Glamping pada hari ini menjadi antara trend percutian dalam kalangan pencinta alam semula jadi dengan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengetepikan keselesaan.
Buat anda yang berkeluarga, percutian cara ini sangat berbaloi kerana lebih selesa terutama yang memiliki anak kecil. Glamping merupakan kombinasi idea percutian ‘glamour camping’ buat warga kota yang ingin mencari ketenangan dalam hutan.
Nah, ini satu lagi cadangan daripada LIBUR destinasi glamping menarik untuk anda habiskan masa bersama keluarga atau rakan-rakan pada hujung minggu nanti.
Ads
Canopy Villa Glamping Park satu lagi resort percutian berkonsepkan glamping yang terletak di Janda Baik, Pahang bakal memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan kepada anda yang nak tinggal bermalam dalam khemah dan ingin dekat dengan flora dan fauna.
Pengunjung boleh alami suasana yang jauh dari hiruk pikuk kota raya dan celik mata dari tidur dengan pemandangan hijau yang terdapat di sekitar tempat ini.
Ads
Tambahan pula, ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sekitarnya seperti memanah, memancing, berbasikal, mandi sungai dan bersiar-siar di kawasan sekitar. Pada malam hari, aktiviti BBQ dan duduk mengelilingi unggun api akan menjadi penutup hari percutian kalian yang sangat indah.
Pantai Teluk Kemang bukanlah satu-satunya pilihan menarik yang wujud di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ada 21 pantai lain yang cantik dengan pemandangan indah untuk dijadikan sebagai destinasi pilihan pantai anda untuk cuti sekolah yang akan datang.
Ini beberapa pilihan untuk korang yang mahu santai-santai dengan pasir lembut, luas permandangan laut yang hanya 50-80 minit jarak dari KL, Sepang dan sekelilingnya.
1. Sunshine Bay / Lui Pantai Watersport
2. Pantai Tanjung Gemok (Pulau Burung)
3. Pantai Bagan Pinang (Pulau Bagan Pinang)
4. Pantai Teluk Pelanduk (Pulau Babi & Pulau Perjudi)
5. Pantai Saujana
6. Wakaf Nelayan Batu 4
7. Pantai Cahaya Negeri (Pulau Burung)
8. Pantai Bayu
9. Tanjung Lembah Campervan Park
10. Pantai Batu 1 Beach Road Food Stall / Pantai Cahaya
11. Pantai Cunningham (Pulau Terumbu)
12. Pantai Teluk Kubur
13. Pantai Teluk Kemang
14. Pantai Purnama
15. Pantai Poli / Akar Beach
16. Pantai TNB Cahaya
17. Pantai Monkey Bay
18. Pantai Pulau Intan
19. Pantai Keramat
20. Pantai Cermin
21. Pantai Tanjung Biru
Banyak sungguh pantai di Negeri Sembilan, ya? Jadi kalau anda masih mencari lokasi untuk bawa anak bercuti boleh lah ke beberapa pantai seperti yang dikongsi.
Tanpa kita sedar banyak rupanya tempat menarik di Malaysia dengan pemandangan indah seperti di luar negara.
Salah satunya adalah di Hounon Ridge Farmstay And Camping yang terletak di Bundu Tuhan, Sabah yang dianggap sebagai salah satu ‘hidden gem’ di Malaysia.
Berlokasi hanya kira-kira 21 KM dari Kinabali Park dan tempat ini sangat popular kerana memilik pemandangan alam semulajadi yang sangat menarik.
Namun begitu untuk sampai ke sini abda akan berdepan dengan cabaran pemanduan yang mencabar kerana tempat ini terletak jauh di pedalaman kampung.
Walaupun begitu perjalanan yang sangat mencabar ini sangat berbaloi kerana anda akan dapat saksikan pemandangan terbit dan tenggelam matahari yang sangat indah dan sukar diluahkan dengan kata-kata.
Bukan itu saja, anda juga akan dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu depan mata dengan sangat jelas.
Di sini anda boleh lakukan pelbagai aktiviti seperti camping, BBQ dan tidur berbumbungkan bintang di langit.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi, Kg. Himbaan, Bundu Tuhan,, 89308 Ranau, Sabah, Malaysia- 013-850 6463.
Rajin memasak macam mana pun, sesekali kena ambil masa berbuka puasa di luar untuk tukar suasana. Nak-nak kalau semua keluarga ada, lagi meriah untuk dibuat kenangan.
Ya, masa ini lah kita boleh merasa aneka makanan tradisional yang selalunya memang tak akan dapat di restoran ataupun pasar malam. Tambah bertuah jika lokasi berbuka itu berlatarkan pemandangan indah pada waktu senja.
Ada yang teringin ke nak rasa pengalaman berbuka puasa sambil menikmati panorama tasik? Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) menyediakan pakej berbuka puasa bertemakan ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’ bermula 14 Mac hingga 8 April 2024.
Ada 100 jenis pilihan hidangan termasuk pembuka selera, hidangan utama dan sepuluh warung makanan sampingan, beserta aneka pencuci mulut yang sedap-sedap belaka.
Tak ketinggalan, juga antara menu yang ditunggu-tunggu setiap tahun tentunya kambing bakar yang diperap dengan lebih 18 jenis herba dan rempah ratus. Dibakar dengan api yang perlahan untuk hasil yang lembut dan berjus. Memang sedap!
Menurut Chef Mohd Huzaimi, sebanyak tiga set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari pada tahun ini. Cuba bayangkan bagaimana sedapnya makanan di BMLR apabila dimasak oleh 20 orang chef berpengalaman.
Antara hidangan utama yang disajikan termasuk ayam karapoley, ayam masak merah, ayam masak bawang, daging pesamah, daging kurma, daging masak hitam manis, sotong kari masala, sotong kam heong, sotong goreng kunyit dan banyak lagi. Nak cuba makan bersama nasi mandy boleh, nasi minyak dan nasi beriani pun boleh! Istimewanya, ke semua nasi ini dimasak mengikut cara ‘orang dulu-dulu’ dengan menggunakan periuk nasi Apollo.
Menu di sepuluh warung yang ada di situ pun tak kurang hebatnya. Antaranya bubur lambuk, sup kaki ayam, sup perut, mi kari, bihun sup, laksa dan banyak lagi. Untuk anak-anak yang gemar menu western bolehlah cuba spaghetti Bolognese, fettucini carbonara dan angel hair pasta aglio olio.
Menu Istimewa tahun ini ialah hidangan pulut kukus dan ubi rebus yang dimakan bersama kelapa parut. Memang menggamit memori betul bila berbuka di BMLR ni.
Sambil-sambil berbuka tu, boleh lah berhibur bersama penyanyi jemputan. Kemudahan surau pun ada disediakan. Tinggal bawak telekung sahaja. Dari segi harga, BMLR antara yang termurah sebenarnya. Serendah RM60 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Dapat pula dua tiket percuma ke Taman Tema Air apabila membeli lebih dari 10 orang dewasa. Bagi yang merancang untuk datang dengan bilangan keluarga yang ramai, untunglah! Jangan risau, tiketnya boleh digunakan dalam masa enam bulan selepas hari raya.
Sudah terlanjur ada di sana, jangan lupa rasa pengalaman menikmati keindahan tasik buatan yang tertua di Malaysia dengan melayari Ramadan Cruise selama 15 minit. Harga tiket cuma RM10 je seorang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...