12 Fasiliti Taman Negara Termasuk FRIM & Pusat Konservasi Hidupan Liar Ditutup Akibat Peningkatan COVID-19

Share

12 fasiliti di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan ditutup kepada orang awam bermula pada 5 dan 6 Oktober 2020 sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Penutupan ini adalah bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Perhilitan dalam satu kenyataan menjelaskan langkah itu diambil bagi mencegah penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19 yang kini melanda negara. Kemudahan yang terbabit adalah:

  • Paya Indah Wetlands (Selangor)
  • Taman Negara Kelantan
  • Kuala Koh (Kelantan)
  • Taman Negara Pulau Pinang
  • Taman Negara Terengganu
  • Tanjung Mentong (Kenyir).
  • Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah
  • Taman Negara Pahang
  • Sungai Relau, Merapoh
  • Taman Negara Pahang, Kuala Tahan
  • Tapak RAMSAR Tasek Bera.





Selain itu, semua Pusat Konservasi Hidupan Liar dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar turut terbabit dalam penutupan itu, menurut kenyataan itu. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Talian Aduan Hotline Perhilitan di 1-800-88-5151 yang beroperasi dari 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pula memaklumkan penutupan sementara Taman Botani Kepong dan 'Forest Skywalk'hingga tarikh yang akan diberitahu nanti.

FRIM telah mengambil keputusan untuk menutup buat sementara waktu Taman Botani Kepong, Taman Warisan serta Forest Skywalk kepada pengunjung sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi staf FRIM serta para pengunjung memandangkan peningkatan kes COVID-19 khususnya di negeri Selangor yang semakin membimbangkan. FRIM akan mengkaji semula keputusan ini berdasarkan laporan dan maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

IKLAN