Semalam tular berita mengenai seorang wanita terpaksa diusung secara bergilir-gilir oleh 16 anggota bomba selepas mengalami serangan asma serta kejang kedua-dua belah kaki ketika melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ di Hutan Simpan Kota Damansara, Seksyen 9, Petaling Jaya.
Mangsa dianggarkan seberat 137 kilogram, dan menyebabkan pasukan menyelamat terpaksa beberapa kali berhenti rehat sebelum membawanya keluar dari kawasan berkenaan bagi menerima rawatan di hospital selepas lebih empat jam mengusung mangsa bermula dari jam 2.30 petang hingga 7.40 malam.
Ads
Oleh kerana jarak untuk ke laluan utama sejauh lebih dua kilometer dan berat mangsa dianggarkan 137kg, semua 16 anggota serta pegawai bomba yang terbabit operasi itu terpaksa bergilir-gilir mengusung mangsa. Anggota bomba terpaksa berhenti rehat beberapa kali berikutan keadaan trek berbukit membuatkan usaha membawa keluar agak sukar dan memenatkan.
Setelah berita tersebut disiarkan, rata-rata netizen tidak menyokong tindakan mangsa melakukan aktiviti tersebut kerana aktiviti mendaki dikatakan memerlukan stamina yang baik. Mangsa mungkin dikatakan ingin cuba mengurangkan berat badan selain mengamalkan cara hidup yang sihat.
Bagi Libur, berbadan besar dan mempunyai berat badan yang sangat berat tidak salah untuk mendaki jika anda mempunyai stamina dan tahap kecergasan yang baik. Oleh itu, jangan lupa untuk melihat tahap kesihatan diri anda dahulu sebelum melakukan aktiviti lasak ya. Lakukan aktiviti yang ringan terlebih dahulu sebelum memaksa diri. Sayang diri sendiri dahulu sebelum ambik pusing cakap-cakap orang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kuala Lumpur…Dari pembukaan kampung orang Melayu, India dan perlombongan oleh orang Cina, serta penjajahan Inggeris dan pencerobohan Jepun meninggalkan kesan sejarah hebat. Perkara ini juga merupakan faktor kepesatan Kuala Lumpur sebagai pusat niaga dan sosial ibu negara Malaysia. Kewujudan bangunan lama pengaruh Islam, Cina & Inggeris banyak dibina di Kuala Lumpur. Ada yang kekal dan ada juga diroboh untuk kemajuan. Bersama kita hargai senibina bersejarah ini.
Foto baru KL : Mohd Radzi Jamaludin
Kawasan Leboh Pasar Besar
Legend foto ni. Kiri zaman Jepun ceroboh
Simpang 4 di Leboh Pasar Besar
Trafik dulu² dok tengah², ada payung kecik
HSBC Leboh Ampang
Sayang struktur lama bangunan diganti baru…bangunan lama lagi cantik
HQ Chartered Bank of India,Australia & China, kini Muzium Sejarah Nasional
Sebahagian bangunan diroboh untuk dibina jalan
Bangunan Sulaiman
Kekal sempurna
Bangunan Sultan Abdul Samad
Roundabout kecil ni dah takdeLaluan keretapi dah takde
Mana pergi ye jambatan besi padu ala² old English ni…
Bangunan Sultan Abdul Samad sewaktu kedatangan Jepun.Bangunan Sultan Abdul Samad sewaktu kedatangan Jepun. Bersyukur kita bangunan sejarah ni masih sempurnaTugu tu katanya tugu pemerintah British
BBGS (Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan, Bukit Bintang) kini Pavilion
Sayang. Tapak sejarah jadi shopping mall
Central Market
Legend
Chow Kit Road
Dulu tempat arwah Sudirman buat konsert free
Coliseum
Dataran Merdeka
Emporium Campbell
Legend
Galeri Kuala Lumpur
Hotel Majestic
Jalan Leboh Pasar Besar
Jalan Pudu
Dah takde railway tu
Jalan TAR
Jalan Tun Perak
Jalan Tun Tan Cheng Lock, depan shopping complex Kotaraya
Hilang terus seteshen keretapi Jalan Sultan. Ejaan tu legend.
Kelab Di Raja Selangor
Stesen Keretapi Tanah Melayu
Bangunan KTM selamat waktu perang. Sayang bangunan sejarah
Foto epikDibina oleh British, bercirikan Islam
Premis KFC pertama di KL
Siapa tahu kat mana ni?
Bangunan Kwong Yik Bank
Kwong Yik Bank legend
Masjid Jamek Kuala Lumpur
Perubahan landskap Masjid Jamek. Dulu banyak pokok dan rumput. Tangga tu mungkin untuk sampan mendarat dulu?
Medan Pasar @ Market Square
Jalan lama tutup, jadi dataran
Menara Maybank Pudu
Padang Dataran Merdeka
Penjara Pudu
Dah takde.
Petaling Street
SHELL
Shell legend kat Jalan Ipoh/chow kit
SOGO
Jadi SOGO. Boring.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bandar Mersing lokasi popular dikalangan pelancong dan penduduk tempatan untuk ke pulau-pulau terkenal berhampiran. Namun, disebabkan hujan yang turun tanpa henti sejak semalam, daerah ini dinaiki air. Stay safe orang Mersing!
Menurut laporan Bernama , bandar Mersing telah terputus hubungan dengan daerah lain berikutan bencana banjir teruk yang melanda. Kawasan riadah Taman Laut Sultan Iskandar dan pusat perniagaan Mersing Harbour Centre di Mersing lengang tanpa pengunjung, malah kebanyakan premis perniagaan juga ditutup.
Keadaan ini sekali gus meresahkan beberapa orang peniaga jika banjir berterusan kerana ramai daripadanya bergantung sepenuhnya kepada kehadiran pelancong untuk melariskan jualan. Di beberapa jalan pula, tidak banyak kereta mahupun motosikal kelihatan lalu-lalang seperti kebiasaan. Apa-apa pun awasi keselamatan diri dan keluarga selain dengar arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
Banjir sejak semalam menjejaskan seramai 1,282 mangsa daripada 363 keluarga di Mersing setakat ini. Untuk pengguna jalan raya, tangguhkan sementara atau rancang kembali perjalanan anda jika perlu ke Mersing. Bencana ini turut mengakibatkan beberapa jalan yang menghubungkan daerah berkenaan dengan kawasan seperti Kota Tinggi, Johor Bahru dan Rompin ditutup untuk semua jenis kenderaan kerana dinaiki air. Banjir juga dilaporkan berlaku di lapan daerah lain iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Segamat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau bercerita pasal perkhidmatan teksi di sekitar Kuala Lumpur (KL) ni, memang bertimbun-timbun cerita yang boleh kita dengar. Tapi masalahnya, cerita yang kita dengar tu kebanyakkannya bukan cerita yang boleh dibangga-banggakan sangat. Banyaknya cerita sumpah seranah pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan teksi di KL.
Anda tak percaya? Cuba cari cerita berkaitan dengan teksi Malaysia di laman-laman sosial dan baca komen wargamaya yang pernah menggunakan khidmat teksi. Daripada beribu-ribu komen, boleh kata semua menyumpah seranah pemandu teksi. Ada yang kata pernah kena sembelih, ada yang kata suka mencarut, ada yang kata baran, ada kereta berbau dan tak selesa.
Saya boleh bilang pakai jari, daripada 10 komen, mungkin ada satu saja yang memuji sesetengah pemandu teksi yang betul-betul jaga perkhidmatan beliau kepada pelanggan. Untuk pemandu teksi yang jaga kualiti dan imej teksi, saya ucapkan terima kasih dan salam hormat pada anda.
Gambar hiasan.
Tapi pemandu teksi yang mencemar imej menjatuhkan maruah ni macam mana? Dah la diorang yang antara menjadi muka depan negara menyambut kedatangan pelancong-pelancong dari luar negara. Sedangkan warganegara sendiri pun dah pangkah naik teksi sebab kene sembelih, anda bayangkan pula dengan pelancong asing, rasa-rasanya macam mana?
Isu ini lah yang menjadi kemarahan kepada saudara Mohd Faiz Hashim dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau. Melalui daripada pengamatan, saudara Faiz ni pun pemandu teksi tetapi beliau kecewa dengan sikap segelintir kawan-kawan teksi yang lain hingga mencemar dan memberi persepektif buruk kepada perkhidmatan teksi di negara kita.
Menurut saudara Faiz, sikap tidak jujur dengan tidak menggunakan meter dan berlagak samseng membuatkan pelanggan lari dari terus menggunakan khidmat teksi dan beralih kepada menggunakan khidmat e-hailing.
Faiz turut berkata bahawa baru-baru ini beliau ada membawa sekumpulan pelancong asing yang di’sembelih’ oleh pemandu teksi di KL dengan harga yang tidak masuk akal. Cerita daripada pelancong asing tersebut, dek kerana salah seorang dalam kumpulan mereka OKU, mereka terpaksa mengambil teksi berkenaan sekalipun ditawarkan harga yang merepek dan tidak menggunakan meter.
Sikap semacam ini lah yang membuatkan penumpang lebih suka naik Grab berbanding teksi. Tapi bila orang awam pilih Grab, ada pemandu teksi yang marah.
Antara lokasi hotspot pemandu teksi ‘kaki sembelih’ penumpang yang perlu anda berjaga-jaga selepas ini;
Depan Petaling Street Teksi yang bersidai luar Klcc Segelintir yang bersidai luar pavilion. Depan arab street Depan Time Square. Sepanjang jalan Bukit Bintang depan KFC hingga Federal hotel.
Saudara Faiz juga sempat menyampaikan kepada semua bahawa cara mudah untuk anda mendapatkan teksi bermeter adalah dengan menggunakan aplikasi GrabTaxi. Anda ada pilihan untuk menggunakan teksi bajet atau eksklusif bergantung kepada selera anda yang mana. Lebih menyakinkan adalah pemandu teksi yang menggunakan aplikasi ini akan mematuhi standard yang ditetapkan kalau tak mahu disenaraihitamkan kerana tidak mengikut undang-undang.
Akhir kata, kepada pemandu teksi, sebelum anda harapkan bantuan daripada sesiapa, apa kata anda bantu perniagaan anda dahulu dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Dengan izin tuhan, anda boleh mengubahnya.
Gambar hiasan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...