Pandemik Covid-19 nyata "membunuh" banyak perniagaan. Baik sekecil-kecilnya hinggalah kepada perniagaan bertaraf lima bintang. Terbaru menyaksikan Hotel Istana Kuala Lumpur akan ditutup bermula September ini selepas 29 tahun cemerlang dalam industri perhotelan.
Memetik Astro Awani, berdasarkan sepucuk surat bertarikh 30 Jun 2021 yang ditandatangani pengurus besar hotel Noorazzudin Omar, pihak pengurusan tiada pilihan selain menutup operasi hotel bertaraf lima bintang yang berusia 29 tahun itu.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa pihak pengurusan Hotel Istana akan menawarkan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada para pekerja. “Kami sudah capai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.
Ads
“Dengan rasa dukacita kami ingin memaklumkan keputusan untuk menutup operasi kami dijangka pada 1 September 2021.”
Selain itu, beliau menambah hotel itu masih tidak mampu menanggung kerugian operasi bulanan walaupun digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak COVID-19.
Ads
Keadaan tersebut, katanya, telah memberi kesan kepada perniagaan, keuntungan dan bilangan pelanggan yang menghuni hotel tersebut.
Ads
“Di sini juga, kami inginkan memaklumkan, pihak hotel akan menawarkan kepada pekerja-pekerja skim VSS. Pihak sumber manusia akan menghubungi anda dalam masa terdekat,” katanya.
Hotel 23 tingkat dan 486 bilik yang siap dibina pada 1992 itu dimiliki Tradewinds Corp Berhad.
Astro AWANI difahamkan bahawa notis rasmi daripada pengurusan Hotel Istana kepada pekerja masih belum dikeluarkan setakat ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bumi dipercayai akan 'berselisi'h dengan sebuah asteroid gergasi pada esok ( Sabtu, 15 Februari 20202), sekitar jam 7.05 pagi waktu Malaysia, lapor media Astroawani.
Menurut NASA, asteroid itu dijangka berselisih dengan bumi dengan jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi di mana pergerakan itu tidak akan menyentuh bumi.
"Tiada bahaya!. Kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya, dan kami arif tentang orbit laluannya," kata pengarah Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi di NASA, Paul Chodas kepada portal Herald.
Namun, jika asteroid terbabit tersasar dan menghentam bumi maka malapetaka akan berlaku seterusnya menghancurkan bumi. Dijangkakan juga pertembungan asteroid paling hampir seterusnya akan berlaku pada Jumaat, 13 April 2029 apabila asteroid Apophas menghampiri bumi. Struktur sepanjang 300 meter itu akan berada hampir dengan bumi, tetapi tidak akan menghentam bumi dan menyebabkan kemusnahan, jelas NASA.
Anda pernah bayangkan untuk cipta satu sejarah percutian paling ekstrem sekali seumur hidup? Kalau pernah, jom cuba beberapa tempat yang disenaraikan ini.
Lokasi-lokasi percutian paling ekstrem ini terletak di seluruh dunia dan setiap daripadanya pernah berlaku insiden dan meragut nyawa manusia. Walau demikian, lokasi ini masih manjadi tempat persinggahan para pelancong yang ingin mencipta kenangan mereka di sana.
Jadi untuk anda yang memang gilakan cabaran, jom ambil tahu apakah lokasi yang dicadangkan ini.
Tidak ramai yang mengenali lokasi ini dengan nama asalnya Mosi-oa-Tunya yang membawa maksud ‘Asap Yang Berbunyi Seperti Guruh’ tetapi jika disebutkan air terjun Victoria, pasti ramai yang mengenalinya. Tarikan utama yang ada di sini adalah kolam yang betul-betul terletak sebelum air terjun yang dinamakan ‘Armchair’ atau nama popularnya, Devil’s Pool.
Pada ketika musim panas di air terjun Victoria, air di sungai tersebut akan surut ke satu tahap di mana individu boleh berehat di dalam kolam yang ada, dihadang oleh batu-batu yang menjadi dinding sebelum air menjunam jatuh setinggi 108 meter.
Kolam itu hanya dibuka pada waktu musim panas, ketika aliran air lebih rendah, kerana pada waktu lain, andainya seseorang masuk ke dalam sungai itu, mereka akan terus dibawa arus deras yang akan membuatkan mereka terjunam ke air terjun Victoria.
Gunung Mayon di daerah Bicol, Filipina merupakan sebuah gunung berapi aktif dan salah satu destinasi pelancongan paling terkenal Filipina. Mempunyai ketinggian 2463 meter, Gunung Mayon terletak lebih 300 kilometer dari ibu negara Filipina, Manila.
Menjadi lokasi pelancongan yang aktif walaupun sangat berisiko tinggi, Gunung Mayon menjadi pilihan pendaki gunung yang sanggup mempertaruhkan nyawa. Runtuhan tanah dan batu kerap berlaku di sekitar kawasan gunung ini, selain dari letupan-letupan yang terjadi tanpa boleh diramal.
Pada tahun 2013, Gunung Mayon mengalami letupan kecil yang membunuh 5 orang pendaki, 7 orang cedera parah dan selebihnya mengalami kecederaan. Bagi mereka yang berjaya sampai ke puncak gunung ini, bersedialah untuk memakai topeng gas kerana gas yang dikeluarkan oleh Gunung Mayon beracun dan mampu membunuh.
Lubang seluas 4 meter yang menjadi pintu masuk kepada kawasan gua dalam air yang tidak pernah berjaya diterokai habis, menjadi salah satu lokasi paling mencabar bagi mereka yang gemarkan cabaran. Terletak di sebuah daerah bernama Hays County, Jacob’s Well adalah sebuah lubang sedalam 100 kaki yang menjadi pintu masuk kepada jaringan gua bawah air yang sempit.
Bagi mereka yang pernah terjun ke dalamnya dan meneroka sendiri, ramai mengakui ruangan dinding gua yang terlalu sempit dan memerlukan seseorang menanggalkan tong oksigen untuk melaluinya, membuatkan Jacob’s Well masih lagi belum dapat diterokai oleh manusia sendiri.
Mereka yang terperangkap kebanyakannya meninggal dunia dengan mayat mereka terperangkap dalam air. Bagi beberapa orang yang ‘bernasib baik’, badan mereka akan dibawa arus kembali melalui lubang masuk sebelum terapung. Itupun selepas bertahun lamanya hilang tanpa dikesan.
Dengan bayaran RM10500 untuk pakej seminggu, mereka yang sanggup berdepan bencana alam boleh mengikuti ‘pakej pelancongan’ paling unik – cuba berada dalam kedudukan paling hampir dengan puting beliung yang melanda pada bulan April hingga Julai, di sekitar Amerika Syarikat.
Kawasan-kawasan yang termasuk dalam kawasan yang digelarkan ‘tornado alley’ di Amerika Syarikat, merupakan laluan puting beliung paling kerap melanda. Pakej pelancongan unik ini lebih mudah diwujudkan di Amerika Syarikat berikutan negara tersebut merupakan negara paling banyak berlakunya puting beliung. Bagi mereka yang pernah mengalami pengalaman itu sendiri, risiko yang mereka lalui cukup tinggi.
Ketika puting beliung berlaku, ada kemungkinan ratusan bebola ais yang mampu menyamai saizsebiji bola tenis terbentuk. Bayangkan bola-bola keras itu berpusing pantas dan mengenai manusia atau harta benda. Mungkin atas sebab itulah, pakej ini memerlukan bayaran yang agak tinggi bagi menampung risiko kerugian yang agak besar.
Trolltunga yang membawa masuk ‘lidah Troll’ dalam bahasa Norway, terletak di kawasan Hordaland, Norway. Trolltunga adalah formasi batuan yang terbentuk 10 ribu tahun dahulu semasa zaman ais. Menjadi salah satu lokasi pelancongan paling popular di Norway, seramai 80 ribu pengunjung datang ke sini setiap tahun.
Tarikan utamanya adalah peluang untuk berdiri di atas sebuah batu berupa seperti lidah, berada pada paras ketinggian 700 meter dari aras laut. Mereka yang memberanikan diri berdiri di situ akan menikmati pemandangan yang indah Tasik Ringeldalsvatnet. Bagaimanapun, tidak ada sebarang penghadang keselamatan di situ.
Untuk sampai ke situ pula, individu perlu mempunyai kemahiran dan ketahanan mendaki gunung dalam perjalanan 13.5 kilometer, selama 10 jam yang membawa pelawat pada ketinggian 900 meter dari aras laut untuk mendapatkan peluang bergambar di salah satu lokasi paling bahaya di dunia.
Dalam salah satu insiden kematian yang terjadi di situ, mangsa yang jatuh tidak dapat dicari berikutan tiada hubungan telekomunikasi di kawasan tersebut. Hanya selepas pengunjung turun dan melaporkan kejadian, keesokannya barulah pasukan penyelamat dapat melakukan ekspedisi mencari badan mangsa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Robocar Poli, Tobot & PJ Masks adalah watak kartun popular Korea yang semakin digemari ramai kanak-kanak di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu watak-watak kartun kesukaan kanak-kanak ini di Adventure Land di Main Concourse, Sunway Putra Mall pada cuti sekolah minggu hadapan pada 23 Mac hingga 31 Mac.
Pelbagai acara harian juga telah diaturkan untuk para pengunjung cilik setiap hari antaranya permainan bertemakan Robocar Poli iaitu Robocar Poli Puzzle Game, Robocar Poli Roy Fire Safety Game, Robocar Poli: Poli Paper Car DIY dan aktiviti mewarna Robocar Poli. Di kawasan pameran Tobot pula, sebuah “photobooth” khas akan didirikan untuk bergambar bersama karakter-karakter kegemaran dari Tobot iaitu Tobot Adv X, Tobot Adv Y, Tobot K dan Tobot Mach W.
“Meet and greet” bersama Roy dari Robocar Poli
Si cilik yang gemarkan Robocar Poli tentu akan teruja dengan peluang bertemu Roy dan bergambar bersama-samanya!
“Meet and greet” bersama Tobot Adventure K & Tobot Adventure Y
Kanak-kanak berpeluang untuk bergambar dan berjalan-jalan bersama Tobot K & Y di sekitar kawasan pameran. Tentunya ia menjadi suatu kenangan indah untuk para peminat cilik Tobot!
“Meet and greet” bersama PJ Masks
Bagi peminat PJ Masks , anda berpeluang untuk bergambar bersama dan berjalan-jalan dengan karakter PJ Masks iaitu Catboy, Gekko dan Owlette di sekitar kawasan pameran.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...