
Memancing antara hobi menjadi pilihan ramai tetapi aktiviti ini buat masa ini dihentikan sekeitka kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang tidak membenarkan ia dilakukan. Pasti ramai kaki-kaki pancing sudah rindu untuk mengulang jejak tempat yang membuat mereka teruja saat menarik jorang di makan umpan.
Bagi kaki pancing dan yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, Perak antara port memancing yang menjadi kesukaan ramai. Menurut page Tourism Perak, ada tiga lokasi disenaraikan. Antaranya ialah Perkampungan Nelayan, Lumut, Tasik Temenggor dan Jambatan Raja Bainun, Manjung.




Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sungai Lebih Jernih, Udara Semakin Baik Di Malaysia. Hikmah PKP

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia susulan pandemik COVID-19 turut memberi ‘hikmah’ kepada alam sekitar.
Ia berikutan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pembebasan karbon dioksida seperti asap kenderaan dan aktiviti perindustrian yang merupakan penyumbang karbon dioksida kedua tertinggi di Malaysia iaitu 23 peratus dapat dikawal kepada tahap minima.
Ini terbukti melalui rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara yang secara purata di bawah tahap sederhana iaitu kurang daripada 60, manakala di Kuantan (Pahang), Tanjung Malim (Perak), Paka (Terengganu), Alor Setar (Kedah), Kangar (Perlis) dan beberapa kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara di bawah 50 iaitu di tahap baik.


Kejernihan air sungai di sekitar Lembah Klang semasa Perintah Kawalan Pergerakan juga menunjukkan ada aktiviti yang menyumbang kepada kekeruhan sungai terhenti. Antara aktiviti yang berkemungkinan menyumbang ialah kerja pembangunan tanah dan pelepasan sisa basuhan terus ke longkang seterusnya ke sungai. Apabila kedua-dua aktiviti ini dihentikan, hasilnya sungai kelihatan lebih bersih.
Media sebelum ini melaporkan menurut Global Environment Centre (GEC), jelas dapat dilihat perbezaan yang berlaku khasnya terhadap sungai-sungai di Lembah Klang yang dahulunya berwarna coklat, kini bertukar menjadi jernih. Antara sungai yang kelihatan jernih sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah Sungai Gombak, Sungai Way dan Sungai Kemunsing.
Di Sungai Klang lebih bersih, apabila pengurangan sebanyak 43 peratus jumlah sampah telah dikeluarkan daripada sungai tersebut. Pada 15 Mac 2020 sehingga 15 April 2020, sebanyak 15,580 tan metrik sampah dikumpul menerusi projek “Selangor Maritime Gateway” berbanding purata 900 hingga 1,200MT sebulan dalam tempoh enam bulan lepas.
Bagi tempoh itu, Sungai Klang mencatatkan bacaan Indeks Kualiti Air Kelas III hampir 90 peratus daripada masa pemantauan berbanding pada tahun lepas sehingga Mac, dan walaupun secara keseluruhannya bacaan Indeks Kualiti Air pada Kelas III adalah baik.
Ini jelas menunjukkan bahawa meminimumkan pergerakan orang ramai dan operasi perniagaan dapat membantu memulihkan sungai seperti ditunjukkan oleh frekuensi lebih tinggi Indeks Kualiti Air Kelas III. Apa yang lebih penting ia meningkatkan lagi kualiti air, berikutan data antarabangsa menunjukkan air bersih adalah faktor utama bagi pertumbuhan ekonomi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Gunung Berapi Taal, Filipina Meletus. Stay Save Yang Ada Kat Sana

Gunung Berapi Taal sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan 'bahaya'. Ahad lalu Gunung Berapi Taal menghamburkan abu sehingga satu kilometer ke udara.


Pihak berkuasa Filipina telah memindahkan lebih 6,000 penduduk sejak Ahad lalu di wilayah Batangas di selatan ibu negara Manila. Semua mereka terjejas akibat abu letusan gunung berapi.

Lebih merisaukan ramai juga rakyat Malaysia yang terkandas di sana ketika ini kerana kejadian itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup lapangan terbang Manila. Aktiviti kewangan di ibu negara tersebut juga digantungkan serta merta.


- Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina memberi amaran kepada penduduk bahawa 'letusan berbahaya mungkin berlaku dalam tempoh beberapa hari ini.'
- Pihak berkuasa juga menutup sekolah dan pejabat kerajaan di kawasan yang terjejas.
- Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan mematuhi nasihat serta notis rasmi yang dikeluarkan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
- Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino juga digantung sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Landasan di lapangan terbang terbabit dipenuhi dengan abu. Setakat ini, lebih 100 penerbangan telah dibatalkan atau ditukar laluan disebabkan penggantungan operasi lapangan terbang.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
The Everly Putrajaya Dinobatkan ‘ Best 4-Star Hotel’


The Everly Putrajaya dinobatkan sebagai ‘Best 4 –Star Hotel untuk Anugerah Going Places Readers Choice 2016. Pengurus External and Media Relations Malaysia Airlines Berhad ( MAB) , Cik Adlina Mohamed Azharuddin menyampaikan anugerah tersebut kepada The Everly Group Managing Director , Encik Dennis Tan, mewakili pihak The Everly Putrajaya.
Dianjurkan oleh Malaysia Airlines Going Places, anugerah ini dicetuskan untuk menobatkan jenama pelancongan dan gaya hidup yang terbahagi kepada 14 kategori termasuk Best 5-Star Hotel, Best 3-Star Hotel, Best Travel Agent, Best Restaurant, Best Spa, Best Shopping Mall dan Best Beach Resort.
The Everly Putrajaya tampil sebagai pemenang bagi kategori 4-star hotel sebaik mendapat undian tertinggi daripada pembaca Going Places untuk kategori hotel dalam rangkaiannya.
Lokasinya strategik, terletak di tengah pusat perniagaan , hiburan , tempat makan dan membeli-belah di Putrajaya. The Everly Putrajaya dilengkapi 380 bilik untuk kemudahan pengunjung, kapasiti muatan 1,500 dalam dewan bankuet, lapan bilik mesyuarat, restoran , café lounge, kolam renang serta gimnasium.Semuanya dikendalikan oleh The Everly Group.
Buat masa ini The Everly Group mengendalikan enam hotel termasuk ParkCity Everly Hotel Bintulu, ParkCity Everly Hotel Miri, Prescott Hotel Kuala Lumpur-Medan Tuanku, Prescott Hotel Kuala Lumpur-Sentral dan Prescott Hotel Kajang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!


