Sebenarnya banyak view menarik di Thailand dan kalau anda jenis suka hiking boleh plan ke negara jiran ini pula.
Selain daripada mempunyai pelbagai makanan unik, negara Thailand juga menjadi tumpuan pelancong disebabkan banyak lokasi bersejarah dan seni bina bangunan mengagumkan.
Namun, untuk anda yang dah biasa datang ke Thailand dan tak tahu nak pergi ke mana, jom kami kongsi 3 tempat menarik yang mempunyai pemandangan lawa!
1. Kew Mae Pan
Siapa suka tengok view daripada puncak, siap nampak awan berkepuk-kepuk, kena datang ke Kew Mae Pan yang terletak di Taman Negara Doi Inthanon, terletak kira-kira 2 jam daripada barat daya Chiang Mai.
Destinasi ini sangat popular di Thailand tau disebabkan ia mempunyai salah satu laluan alam semula jadi yang sangat cantik dan laluan tersebut terletak di puncak Doi Inthanon, titik paling tinggi di Thailand.
Jadi, kalau nak tengok pemandangan yang menakjubkan, perlu mengikut laluan pendek merentasi hutan hujan untuk ke puncak.
Ads
Menariknya, dari puncak tersebut juga dapat melihat keindahan Royal Twin Pagoda yang terkenal di Thailand!
Paling penting, anda tak perlu risau tentang kesukaran trek pendakian sebab trek laluan ke puncak sangat mudah untuk diikuti. Macam ni barulah seronok!
2. Gunung Phu Thap Boek
Satu lagi lokasi yang mempunyai pemandangan menakjubkan serta trek pendakian mudah adalah di Gunung Phu Thap Boek, terletak di Wilayah Phetchabun.
Ads
Menariknya, gunung yang juga mudah didaki menggunakan pacuan 4 roda ini cukup terkenal dengan pemandangan sangat lawa terutama pada awal pagi ketika awan masih banyak, serta ketika musim hujan, membuatkan kabus menyelubungi kawasan tersebut.
Nak tahu apa yang lagi best? Dekat sini ada tapak perkhemahan serta penginapan. Jadi, kalau suka tengok keindahan bintang-bintang atau nak bangun awal untuk lihat sunrise, memang kena datang ke Gunung Phu Thap Boek.
3. Phu Chi Fa
Ads
Nak melihat pemandangan lawa dan pada masa sama tak nak mendaki gunung tinggi, Phu Chi Fa adalah destinasi paling tepat!
Gunung yang terletak kira-kira dua jam pemanduan ke utara Chiang Rai ini mempunyai perkampungan hilltribe yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti restoran dan tempat berehat. Jadi, lepas long drive, boleh lah berehat dulu sebelum mendaki.
Perjalanan untuk ke gunung tersebut daripada perkampungan hilltirbe itu pun hanya 750 meter saja.
Gunung Phu Chi Fa ini menjadi tumpuan popular dalam kalangan orang tempatan sendiri sebab memberikan pemandangan gunung yang sangat lawa terutama pada waktu pagi ketika kabus menyelubungi kawasan pergunungan.
Jika suka dengan kehijauan alam, Gunung Phu Chi Fa memang destinasi pendakian yang tepat sebab mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna tempatan lawa, paling best terdapat juga sungai lembangan, Sungai Mekong!
Lepas ni, kalau nak melancong ke Thailand, pastikan 3 destinasi ini ada dalam bucket list. Sekali sekala untuk tenangkan fikiran, apa salahnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi orang Johor, tempat ini mungkin sudah biasa bagi mereka tapi bagi orang luar, Putuo Village antara port OOTD cantik lagi menenangkan kalau berkunjung ke selatan tanahair. Terletak di Felda Taib Andak, inilah port ootd viral di Kulai.
Apa yang menarik di sini dan kenapa dinamakan Putuo Village?
Untuk pengetahuan, Putuo Village diambil sempena nama sebuah pulau di Shanghai, China yang merupakan tempat keagamaan bagi masyarakat Buddha di sana. Jadi mengambil inspirasi bandar tersebut, Putou Village dibuka di Felda Taib Andak ini.
Bersebelahan dengan kuil Buddha inilah terletaknya port OOTD menarik kalau berkunjung di sini. Dipenuhi pokok-pokok buluh dengan lanskap dijaga rapi, dicat dengan penuh warna-warna, lokasi ini tidak pernah sunyi dengan kunjungan orang ramai yang ingin mengambil peluang bergambar kenangan.
Untuk masuk ke sini, bayaran RM5 dikenakan untuk orang dewasa dan harga kanak-kanak hanyalah RM2 sahaja. Dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang, bolehlah bergambar sakan di sini.
Ada banyak spot gambar menarik saat berkunjung ke sini tapi kena sabar menunggu sebab memang ramai yang datang ke sini. Sumber gambar : FB/ Internet
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ramai suka bercuti namun setiap orang punya pandangan berbeza mengenai konsep percutian yang dipilih. Ada tak kisah dengan suasana hiruk pikuk, ada mahu bercuti di pantai, mendaki gunung dan lain-lain lagi. Tapi matlamatnya sama, iaitu bercuti.
Bagi yang masih mencari percutian yang mendamaikan, bolehlah buat pilihan ke Sementra Nature Resort yang terletak di Gopeng, Perak.
Terletak di Kampung Ulu Geroh, Ipoh, resort ini menawarkan kedamaian alam semulajadi saat menginap di sini. Malah saat berada di sini, bagaikan berada di alam fantasi kerana pemandangannya sangat indah kerana resort ini terletak di dalam hutan hujan Gopeng serta dikelilingi tasik. Tidak hanya kaya dengan fauna dan floranya, ia juga tempat istirehat bagi yang tidak terkejar-kejar dengan masa.
Menawarkan tiga jenis penginapan Larva, Puupa Semi D Chalet dan Mekar, resort ini menawarkan tiga jenis penginapan berbeza, juga dengan harga berbeza bermula dari RM380 ke atas. Malah reka bentuk setiap penginapan juga amat moden dan minimalis.
Yang ingin datang bercuti dalam jumlah tidak ramai, boleh ambil Larva Chalet yang memberikan pemandangan tasik. Tapi kalau datang beramai-ramai atau keluarga, boleh ambil Puupa Chalet yang mempunyai tiga katil. Namun kalau datang dalam jumlah besar, boleh ambil Mekar Chalet.
Apa boleh buat di sini? Aktiviti yang boleh dibuat termasuklah hiking selain menerokan Gua Tempurung. Bukan itu saja yang suka aktiviti lasak boleh lakukan water rafting selain Waterfall Abseiling. Lebih menarik Rama-Rama Gajah Brooke memenuhi resort ini yang menjadi antara tarikan saat bercuti di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selepas ini kalau nak staycation di KL, boleh pilih Hotel Furama ini. Best sebab dekat dengan Bukit Bintang. Nak jalan ke Times Square, Pavilion, makan shawarma semua dekat.
Hotel Furama, Dunia Fantasi Anak-anak
Apa yang seronoknya, boleh book ‘Family Themed Rooms’. Ada macam-macam tema untuk anak-anak macam Safari, Castle, Underwater.
Hotel ini menarik sebab ada indoor playground yang besar kat dalam hotel. Kalau stay kat sini masuk untuk parent free dan anak RM10. Toilet dan cafe yang luas untuk parent menunggu.
Ya, inilah hotel tema dunia fantasi kanak-kanak yang menarik buat anak-anak anda! Sesuai nak datang ‘beli jiwa’ anak-anak waktu cuti sekolah. Eh, waktu hujung minggu pun boleh!
Lokasi:
Furama Bukit Bintang, 136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...