Setiap daripada kita mesti mengimpikan satu pengembaraan yang epik ke negara luar lebih-lebih lagi pengembaraan secara solo – penuh dengan cabaran, pengalaman dan perkara baharu dalam kehidupan.
Tapi pengembaraan seumpama itu mesti mempunyai pelbagai rintangan dan rintangan pertama yang perlu kita hadapi adalah berdepan dengan keluarga atau lebih tepatnya, mak ayah kita.
Manakan tidak, mak ayah mana yang tidak risaukan anaknya yang nak berjalan ke luar negara lebih-lebih lagi seorang diri. Sudah tentu kerisauan mereka membuak-buak, tambah lagi kalau anda seorang perempuan.
Jadi macam mana nak ‘menang’ dalam ‘mahkamah’ mak ayah ni? Di sini saya nak kongsikan kepada anda beberapa tip yang mungkin boleh membantu anda dapat sikit kelebihan dalam ‘perbicaraan’ tersebut.
Sentiasa ada jawapan kenapa nak travel solo
Mak ayah nak tahu lebih tepat kenapa anak kesayangan intan ayung mereka tu nak sangat travel solo dan sekiranya jawapan anda meyakinkan, mereka mungkin akan lebih terbuka untuk menyokong hasrat anda itu. Lebih tepat lagi, ceritakan kepada mereka soal-soal keselamatan kerana itu yang menjadi keutamaan kepada mak ayah untuk pastikan anda kekal selamat sebenarnya.
Ads
Kalau anda jenis yang baru pertama kali nak travel secara solo, mungkin penjelasan mengenai aspek keselamatan tidak dapat diterangkan dengan lebih terperinci tetapi penjelasan lain seperti travel untuk merasai pengalaman dan budaya baharu di tempat orang disamping melihat keindahan tempat orang mungkin akan memberikan satu gambaran kepada mak ayah mengapa mereka perlu membenarkan anda pergi.
Bagi pada mak ayah itinerari anda
Anda perlu terangkan kepada mereka butir-butir perjalanan anda dari satu tempat ke satu tempat supaya mereka tahu di mana anda berada ketika itu dan apa aktiviti yang anda sedang dan akan lakukan.
Beritahu secara terperinci mengenai penginapan anda, tiket penerbangan, pengangkutan, dan kalau boleh lokasi-lokasi penting kepada mereka seperti pejabat kedutaan, balai polis, hospital supaya amak ayah berasa yakin yang anda tahu apa yang anda sedang lakukan.
Maklumkan juga kepada mereka di mana dan bila mereka boleh cari anda sekiranya tidak dapat dihubungi dan jangan lupa juga untuk kemaskini kepada mereka lokasi terakhir anda untuk hari tersebut.
Ads
Sentiasa berhubung di mana sahaja, bila-bila masa
Anda perlu kerap berhubung dengan mereka tak kisah melalui WhatsApp atau apa sahaja cara perhubungan yang dirasakan mudah ketika di luar negara.
Ketepikan perasaan yang ‘aku nak travel, nak lari dari semua orang, nak release tension bla..blaa.bla..’ ketika travel solo sebab kerisauan mak ayah yang anda buat dengan tidak berhubung dengan mereka akan memberikan lebih tekanan apabila balik ke rumah nanti dengan bebelan ibarat dihempas ombak laut tsunami.
Anda tidak perlu bergayut dengan mak ayah sentiasa sepanjang perjalanan tetapi sekurang-kurangnya update kepada mereka mengenai status terkini anda dengan kerap. Jangan sampai mereka dapat update mengenai anda di Instagram pula, kecil hati mak ayah.
Ads
Tunjukkan siapa kawan baharu anda
Selfie satu kali dengan kawan baharu atau orang-orang baharu yang anda temui sepanjang perjalanan anda. Selain daripada simpan kenangan bersama orang-orang baharu tersebut, anda juga dapat maklumkan kepada mak ayah anda bahawa anda berada selamat dengan mereka di sana dan tiada apa yang perlu dirisaukan.
Selalu berkawan rapat dengan rakan-rakan traveller yang lain tak kisah dari negara mana sekalipun kerana pengalaman mereka mungkin dapat membantu anda untuk mendapatkan sedikit informasi yang berharga.
Beri keyakinan kepada mak ayah anda bahawa anda tahu untuk jaga diri sendiri, barulah mereka akan lepaskan anda pergi travel solo lagi di masa-masa akan datang, kan?
Itu sekian tip yang saya nak kongsikan kepada anda. Bukan bermaksud untuk saya ajar anda cara kurang ajar dengan mak ayah ya, tidak sama sekali. Sekiranya mereka berkeras untuk tidak membenarkan anda pergi juga, akurlah kepada mereka sebab keberkatan hidup kita ada pada kedua orang tua.
Apalah gunanya mengembara satu dunia sekalipun kalau tiada berkat dan restu dari mak ayah kan? Apa-apa pun, saya ucapkan selamat maju jaya kepada anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sektor pengangkutan udara antara sektor yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyenaraikan garis panduan yang perlu dipatuhi.
PENERBANGAN BERJADUAL & KARGO
Perkhidmatan penerbangan berjadual penumpang dan kargo bagi laluan domestik dan antarabangsa. Perkhidmatan general aviation termasuk business & private jet operation.
Waktu Beroperasi: 12.00 pagi – 12.00 tengah malam
Waktu Kehadiran Pelanggan: 12.00 pagi – 12.00 tengah malam
Kapasiti Pekerja: 100%
Pemeriksaan suhu badan dan pemakaian ‘face mask’
• Menggunakan thermal scanner (pengimbas suhu) sebelum memasuki terminal lapangan terbang.
• Mewajibkan face mask kepada semua individu yang memasuki terminal.
Pendaftaran masuk di kaunter
• Penguatkuasaan penjarakan 1 meter di antara penumpang.
• Penandaan garisan bagi penjarakan sosial.
• Penggunaan face mask oleh ejen kaunter syarikat penerbangan.
• Menggunakan hand sanitizer selepas urusan di kaunter ‘check in’ (daftar masuk).
Aturan tempat duduk dalam pesawat
• Penjarakan sosial dengan pengosongan tempat duduk di antara penumpang.
• Tidak membenarkan preference block tempat duduk oleh penumpang.
• Nyahkuman ruang pesawat.
• Melaksanakan proses nyahkuman pesawat selepas operasi.
Boarding (menaiki pesawat)
• Penguatkuasaan penjarakan 1 meter di antara penumpang.
• Penggunaan face mask oleh ejen kaunter syarikat penerbangan.
Meal Service (penyediaan makanan)
• Mengelakkan close contact (kontak rapat) dengan penumpang.
Lavatory Service (perkhidmatan tandas)
• Pembersihan tandas sekurang-kurangnya 1 kali bagi setiap 5 kali penggunaan.
LAPANGAN TERBANG
• Perkhidmatan lapangan terbang
• Perkhidmatan pengendalian darat
• Perkhidmatan kawalan trafik udara
• Perkhidmatan sekolah penerbangan / kolej penerbangan / latihan penerbangan (sama seperti sektor pengajian tinggi)
Waktu Beroperasi: Mengikut waktu operasi padang terbang
Waktu Kehadiran Pelanggan: Mengikut waktu operasi padang terbang
Kapasiti Pekerja: 100%
Pemantauan gejala COVID-19
• Memantau gejala COVID-19 di kalangan penumpang, pengguna dan pekerja lapangan terbang melalui pemeriksaan suhu badan.
Penggunaan sanitizer, face mask dan rubber gloves
• Kakitangan dikehendaki menggunakan sanitizer, face mask, dan rubber gloves apabila bertugas berdasarkan kesesuaian lokasi kerja.
• Penggunaan face mask dan sanitizer adalah wajib kepada penumpang dalam pesawat.
Penjarakan sosial dan tatacara keselamatan kesihatan pekerja
• Pemakaian face mask oleh setiap pekerja di kawasan umum adalah diwajibkan.
• Memastikan garis panduan amalan terbaik social / penjarakan sosial disediakan seperti tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi.
Kesiapsiagaan dalam sebarang perkembangan terkini COVID-19
• Emergency Operation Centre (EOC) dan Airport Crisis Management Team MASB dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa menunggu arahan / perkembangan terkini.
Perkhidmatan teksi motosikal tempatan, Dego Ride beroperasi hari ini di Lembah Klang setelah mendapat kelulusan khas daripada Kabinet. Akan datang Dego Ride akan meluaskan kawasan perkhidmatan ke negeri-negeri lain secara berperingkat.
Dego Ride yang buat masa kini terhad perkhidmatannya di Lembah Klang, boleh diakses melalui aplikasi telefon pintar dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan, penghantaran makanan dan dokumen.
Sehingga kini terdapat hampir 4,000 orang yang telah berdaftar sebagai ‘rider’ dan sebagai permulaan hanya 700 permohonan yang diluluskan. Untuk mendaftar atau menggunakan khidmat teksi motorsikal ini layari dego.my
Syarat-syarat untuk menjadi rider Dego Ride:
Berumur 18 tahun ke atas
Mempunyai lesen penuh B2
Mempunyai perlindungan insurans
Semua jenis motosikal berkapasiti 150cc dibenarkan kecuali motosikal yang telah diubah suai bagi memastikan keselamatan penumpang.
Sebelum ini pekhidmatan teksi motosikal itu memulakan perkhidmatan pada November 2016 dengan kadar tambang serendah RM2.50 dan terhad kepada perjalanan sejauh tiga kilometer di sekitar Lembah Klang. Bagaimanapun pada Januari 2017, perkhidmatan itu mendapat bantahan daripada kerajaan terdahulu dan diharamkan atas alasan keselamatan selain dilaporkan bersalahan dengan lesen kenderaan persendirian, serta melanggar Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.
Menurut Bernama, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perkhidmatan itu dijangka mampu menawarkan 5,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia yang memiliki motosikal, khususnya kalangan berpendapatan rendah (B40) dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500 hingga RM3,500.
"Walaupun ini bukan pekerjaan jangka masa panjang, segelintir mungkin, tetapi setidak-tidaknya ia dapat dijadikan sebagai batu loncatan (untuk mencari rezeki) jika hendak dibandingkan sebelum ini kerana kerajaan ingin pastikan nasib anak muda sentiasa terbela,” katanya selepas merasmikan pejabat urusan Dego Ride.
Penggunaan dron masa kini seakan menjadi satu trend bagi pelancong terutama mereka yang mahir dalam penggunaan gajet dan fotografi dalam siri pengembaraan yang dipilih. Ia satu khabar yang baik dalam industri pelancongan dan fotografi seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Cuma, sejak akhir-akhir ini, sering kedengaran kisah yang membabitkan penyalahgunaannya sama ada membabitkan kes di dalam dan luar negara. Penggunaan dron secara meluas telah banyak mendatangkan ancaman, pengintipan dan juga mampu membunuh. Di Malaysia sendiri ada akta yang diperuntukan untuk salah laku penggunaan dron.
Undang-Undang Penggunaan Dron Di Malaysia
Penggunaan dron termaktub bawah Civil Aviation Regulation 2016 (CAR 2016) atau Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 bawah Kaedah 140 hingga 144.
Bagi pengendali dron yang melanggar undang-undang, hukuman bawah Peraturan 206 (3)(a) atau 206 (3)(b) CAR 2016 boleh dikenakan iaitu individu boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat yang didapati bersalah pula boleh didenda tidak lebih RM100,000.
Bagi dron yang digunakan untuk mengambil gambar atau merakam video, ia tertakluk Akta.
Rahsia Rasmi 1972 bawah Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007 iaitu Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat.
Pengendali dron yang ingin menjalankan kerja mengambil gambar atau video dan kerja ukur perlulah memohon permit bagi menjalankan aktiviti.
Sekiranya pengendali dron melakukan kesalahan dengan mengambil gambar di kawasan larangan dan sensitif tanpa permit, pengendali boleh disabitkan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 bawah Seksyen 4 iaitu larangan mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, pemeruman atau kerja ukur mengenai atau dalam sesuatu kawasan larangan yang membolehkan hukuman iaitu dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 14 tahun.
Pengguna yang menerbangkan dron di kawasan sensitif yang digazetkan, mereka boleh didakwa bawah Seksyen 7 iaitu larangan membawa perkakasan fotografi yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Jepun Perketat Syarat Baru Penggunaan Dron
Di Jepun pula, indidividu yang mengendalikan dron tidak kira warganegara atau pelancong luar, anda perlu mengikut peraturan baru yang diperkenalkan. Undang-undang pengendalian dron telah diperketatkan hingga melaksanakan hukuman penjara buat pesalah. Dewan Rakyat meluluskan undang-undang baru itu, susulan siri kemalangan membabitkan peranti terbang berkenaan meningkat.
Jepun juga berdepan isu berkait penerbangan dron oleh pelancong di kawasan sesak atau tumpuan pelancong asing seperti Kyoto. Ia boleh membahayakan keselamatan.
Pada tahun 2017 di Jepun, sebuah dron bersaiz industri diterbangkan pada satu festival robot di bandar Ogaki di tengah Jepun dan sepatutnya menjatuhkan gula-gula kepada kanak-kanak kecil. Bagaimanapun, peranti yang dikendalikan oleh individu berkelayakan mencederakan enam orang selepas terjatuh ke tanah dari ketinggian 10 meter.
Antara undang-undang diperkenalkan Jepun bagi pengguna dron:
Tindakan menerbangkan dron seberat 200 gram dalam keadaan mabuk boleh menyaksikan pesalah didenda sehingga 300,000 yen (RM11,520).
Tindakan melakukan aksi berbahaya menggunakan dron seperti membuatkannya menjunam pada sudut berbahaya juga boleh menyebabkan seseorang itu didenda sehingga 500,000 yen (RM19,200).
Lokasi tumpuan ramai, penjalan kaki atau kenderaan.
Jepun meluluskan beberapa undang-undang untuk mengharamkan penerbangan dron di lokasi Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Larangan menerbangkan dron di kawasan fasiliti tentera.
Melarang penggunaan peranti kawalan jauh itu di Pejabat Perdana Menteri dan istana.