Aktiviti selam skuba di Malaysia sememangnya mempunyai pengikutnya tersendiri kerana boleh dikatakan terdapat pulau tertentu dalam negara yang sentiasa dipenuhi golongan berkenaan. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti air, terlibat dengan aktiviti selam skuba merupakan pengalaman sukar digambarkan dengan kata-kata tatkala berada dalam dunia marin.

‘Penyakit Menyelam’ Ancam Nyawa Penyelam. Diving Bukan Sekadar Hobi Suka-Suka!

Namun begitu, apa juga hobi dan kegemaran yang kita suka lakukan pasti ada risiko dan cabaran yang perlu anda ambil tahu. Begitu juga dengan aktiviti selaman. Kebanyakkan ‘divers’ sendiri ramai tidak tahu mengenai masalah dekompresi, juga dikenali sebagai ‘penyakit penyelam’.

‘Penyakit Menyelam’ Ancam Nyawa Penyelam. Diving Bukan Sekadar Hobi Suka-Suka!

Mengikut penjelasan pakar perubatan, dekompresi berlaku disebabkan gas nitrogen yang terlarut dalam tisu badan melalui tekanan persekitaran yang rendah. Ia akan bertukar menjadi buih apabila nitrogen meresap ke dalam badan.

Ini ada perkongsian menarik daripada sumber page Facebook Aku Menyelam Untuk Hidup untuk anda yang bergelar penyelam atau bakal penyelam.


Simptom-Simptom DECOMPRESSION SICKNESS (DCS). Sila Klik

IKLAN

‘Penyakit Menyelam’ Ancam Nyawa Penyelam. Diving Bukan Sekadar Hobi Suka-Suka! ‘Penyakit Menyelam’ Ancam Nyawa Penyelam. Diving Bukan Sekadar Hobi Suka-Suka! ‘Penyakit Menyelam’ Ancam Nyawa Penyelam. Diving Bukan Sekadar Hobi Suka-Suka!

Bila Diver datang dalam keadaan lemah dan sakit dan menunjukkan tanda-tanda DCS kami berasa sangat kasihan. Biasanya kami tidak beroperasi pada hari cuti, tetapi bagi kes DCS,rawatannya tidak boleh ditangguh.

Lebih cepat dirawat lebih cepat kesan pemulihannya. Lebih lama ditunggu atau ditangguhkan maka semakin besar risiko kepada penyelam yang sedang sakit.

Pasukan perubatan diaktifkan dan dipanggil hadir ke klinik. Pemeriksaan segera dilakukan oleh pegawai perubatan pakar penyakit selam .

IKLAN

Rawatan terus dijalankan didalam kebuk mampatan tinggi. Selesai rawatan,penyelam menunjukan perubahan yang sangat baik,sembuh dan sihat seperti sediakala. Penyelam pulang dengan gembira seperti ketika sihat.

‘Penyakit Menyelam’ Ancam Nyawa Penyelam. Diving Bukan Sekadar Hobi Suka-Suka!

Dalam kes ini mujur penyelam dan rakan-rakan sekelilingnya ada pengetahuan dan ada kesedaran tentang bahaya DCS dan kenal akan tanda-tanda dan aduan dan tahu dimana hendak mendapatkan rawatan. Kerana kebijaksanaan dan kepekaan mereka maka ia telah menyelamatkannya dari menjadi lebih teruk lagi.

IKLAN

Selesai rawatan, nasihat dan ingatan diberikan berdasarkan pengalaman kami. Nasihat sebagai tanda sayang.

‘Penyakit Menyelam’ Ancam Nyawa Penyelam. Diving Bukan Sekadar Hobi Suka-Suka! ‘Penyakit Menyelam’ Ancam Nyawa Penyelam. Diving Bukan Sekadar Hobi Suka-Suka!

Jika masih ingin jadikan menyelam sebagai sumber pedapatan tolonglah jaga kesihatan dan jaga keselamatan diri dan rakan-rakan ketika aktiviti selaman. Melihat penyelam pulang dalam keadaan sihat dan gembira semula maka kami PUAS.

Jika anda atau rakan-rakan menghadapi masaalah DCS selepas selaman bolehlah hubungi kami untuk khidmat nasihat dan rawatan.

Healing Chambers Of Asia Sdn Bhd |No.3.Pesiaran Titiwangsa 3, Taman Tasik Titiwangsa, Setapak 53200, Kuala Lumpur | 03-40233333 | www.healingchambers.com.my

– Menyelam bukan sekadar hobi,ia seni kemahiran bagaimana untuk terus hidup –

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI