Cuba anda tanya kepada mana-mana pemandu tidak kira lelaki atau perempuan, mesti rata-rata daripada mereka akan dibayangi rasa takut apabila sedang memandu dan tiba-tiba lampu E menyala sebelum mereka sampai ke destinasi.
Rasa seram sejuk perut walaupun dalam aircond kerana dek memikirkan tangki minyak kereta dah nak kering dan hampir kosong. Tak pasal-pasal ada yang menolak kereta tengah jalan. Haru weyhh..
Sebenarnya, anda tidak perlu rasa khuatir. Kalau anda tahu berapa kapasiti tangki minyak reserve sewaktu lampu E anda menyala, mesti anda tidak akan kalut lagi. Jadi berapa kapasiti tangki minyak reserve yang ada dalam tangki minyak anda sebelum ianya betul-betul habis? Di sini Libur sediakan sedikit panduan untuk anda.
Tanda aras minyak dalam bulatan merah.
Amaran baki minyak kurang
Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 7.5 liter.
Ads
Berkelip makin laju
Ada sesetengah kenderaan, lampu E akan berkelip-kelip sebagai tanda amaran. Mulanya ia akan berkeli secara perlahan-lahan dan menjadi lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 6.0 liter.
Bila melepasi E
Ads
Tangki minyak kereta mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi E tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh lebih kurang 60 kilometer.
Ia bermaksud enough. Jika penghawa dingin dipadamkan, ia mampu memberi tambahan lagi lebih kurang 10 kilometer. Tambahan lagi 10 kilometer sekiranya anda memandu sekitar kelajuan 50km/h secara konsisten.
P/s: Simpanan minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa. Sekarang anda boleh bertenang jika lampu E anda menyala ya!
Sumber: Dato’ Ir Hj Mohamad Bin Dalib, Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Masih tak mana-mana cuti sekolah? Boleh lah bawa anak-anak ke waterpark Forest City di Muar, Johor. Tengoklah tempatnya, dekat sangat dengan pantai, best!
Diteduhkan dengan pokok-pokok kelapa sekitarnya, lagi lah rasa healing tu sampai ke jiwa yang dahagakan waktu untuk bertenang.
Bersebelahan dengan pantai, itu yang membuatkan tempat ini menarik dan puas hati kalau datang. Kalau anak-anak suka main tema air, mak ayah pula boleh tenang-tenang layan pemandangan laut.
Forest City, Forest City 1, Pulau Satu, Gelang Patah, 81550 Johor Bahru, Johor.
10.00 Pagi – 8.00 Malam (Setiap Hari)
RM15 dewasa dan kanak-kanak
Ini memang salah satu tempat tarikan di Johor Bahru. Forest City Water Park mempunyai 3 tarikan berbeza di iaitu ‘Water Sliding’, ‘Water Maze’ dan ‘Water Fun Challenge’ yang mampu menampung kapasiti seramai 150 pengunjung pada satu masa.
Okay, jangan lupa singgah sini ya! Kalau tak sempat waktu cuti sekolah kali ini, mungkin boleh datang kemudian hari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Namun bagi Siti Noridah Ab. Rahaman menangkis tanggapan ini. Dia yang berpengalaman bercuti di sini memberitahu apa yang menarik untuk kita terokai jika travel ke negara ini.
Di Mogadishu walaupun masih bergolak dan berhadapan dengan ancaman pengganas setiap hari, tetapi rata-rata orang di sana cool sahaja. Tidak ada pula saya ternampak orang bertumbuk atau bergaduh di tepi jalan. Walaupun kami sentiasa di bawah jagaan ketat sekuriti bersenjata, kami berpeluang juga mendekati orang tempatan di sini.
Jangan tidak tahu, di Mogadishu juga ada pantainya sendiri. Pantai Liido namanya. Pasirnya putih bak pasir di pulau Perhentian. Airnya biru kehijauan walaupun begitu dekat dengan bandar.
Di pantai Liido inilah majoriti penduduk Mogadishu bersantai. Ada yang bermain bola, ada yang tour dengan bot, ada yang berenang-renang di persisir pantai dan macam-macam lagi aktiviti. Ada banyak juga deretan kedai minum di sini.
Kami berhenti minum sekejap di satu cafe di tepi pantai bagi menghilangkan dahaga. Iyalah cuaca di Somalia ini sangat panas membahang, apatah lagi di tepi pantai begini. Tiba-tiba kami ditegur oleh sekumpulan 4 orang gadis Somalia.
Tak sangka, begitu fasih sekali mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Salah seorang daripada mereka bertanya tentang saya, adakah saya Islam? Mungkin dia berasa pelik melihat cara saya bertudung.
Wanita di Somalia kebanyakannya memakai tudung hitam labuh terus seperti jubah. 1 piece tudung plus jubah. Baru berjumpa, tetapi boleh berborak mesra seolah sudah lama kenal. Mereka sangat peramah dan cantik. Saya kagum melihat kulit muka mereka yang bewarna gelap dan mulus glowing begitu.
Local guide beritahu, ada seorang lelaki yang menjemput kami makan tengahari di tempatnya. Lelaki ini kenalan local guide dan pernah belajar dan menetap lama di Malaysia. Local guide siap bagi saya bercakap dalam telefon dengan kenalannya dan selamba kami bercakap dalam bahasa Melayu. Ya, fasih sungguh dia berbahasa Melayu!
Jeep kami berhenti di tepi sebuah bangunan yang kelihatan agak mencurigakan. Seperti sebuah bangunan tinggal. Rupanya ini adalah tempat kenalannya tadi dan kami akan berhenti makan tengahari di sini.
Rupanya bangunan ini adalah sebuah hotel. Di pintu masuk ada 2 orang sekuriti bersenjata yang memeriksa beg dan kemudian kami perlu scan badan. Tahap sekuriti di sini seolah-olah kami berada di lapangan terbang.
Apabila masuk ke dalam bangunan, rupanya cantik juga. Lantai bersih dan berkilat. Tetapi di luar tadi macam nak masuk rumah hantu sahaja gayanya.
Kami berjumpa dengan Abbas (bukan nama sebenar) dengan mesra beliau menyambut kami. Seolah jumpa orang kampung sendiri. Bahasa Melayunya fasih walaupun sudah beberapa tahun meninggalkan Malaysia.
Lama juga kami berborak bercerita dan kebanyakannya tentang makanan Malaysia. Rindu benar dia dengan roti canai, teh tarik, nasi lemak. Kami dihidangkan dengan makanan yang cukup banyak.
Padahal dia tahu kami berapa orang sahaja tetapi disediakan makanan yang sangat banyak. Pemurah sungguh mereka. Amalan meraikan tetamu yang menjadi amalan orang Islam masih sangat tebal dalam diri mereka di Somalia.
Macam-macamlah dihidangkan untuk kami dan paling istimewa sekali ada daging unta. Daging unta amat popular dan menjadi favorit kebanyakan orang Somalia. Memang kenyang sungguhlah kami dibuatnya.
Itu pun dia masih memaksa saya makan lagi dan lagi. Perut saya terlalu kecil untuk habiskan semuanya tetapi puas sungguh. Selesai makan, saya tumpang solat Zuhur di dalam salah satu bilik hotel di situ.
Kemudian bila kami balik ke hotel, ada seorang lagi lelaki Somalia yang hendak berjumpa dengan kami. Kami berborak di lobi hotel. Orangnya soft spoken, lembut sahaja bila bercakap.
Katanya dia pernah belajar di universiti di Kuala Lumpur tetapi perlu pulang semula ke Mogadishu atas sebab tertentu. Katanya, dia teringin untuk datang semula ke Kuala Lumpur. Katanya lagi, dia cemburu dengan keamanan, kekayaaan dan kesejahteraan Malaysia.
Berkali-kali dia memberitahu saya, you are so lucky born in Malaysia. Saya terdiam sekejap dan tak tahu perlu jawab bagaimana. Rasa terpukul pun ada. Kadang-kadang kita tak sedar betapa beruntungnya kita yang dilahirkan di Malaysia.
P/s: Saya ingin tegaskan, travel di Mogadishu adalah bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Travel di sana tanpa sekuriti bersenjata seumpamanya membunuh diri. Saya bukan promote untuk travel di sana tetapi saya sekadar berkongsi pengalaman dan cerita.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Doakan juga saudara seagama kita di sana semoga mereka sentiasa terlindung daripada bencana. InshaaAllah!
Untuk trip ke Mogadishu ini, kami mengupah local guide melalui sebuah travel agensi based di London. Kami sedar Mogadishu masih terlalu bahaya untuk independent traveller. Sejujurnya saya kurang gemar dengan arranged tour sebegini tetapi demi keselamatan tak apalah. Apa pun, keselamatan dan nyawa sentiasa jadi keutamaan dalam setiap keputusan yang diambil.
Resort di tengah lautan menjadi pilihan jika bercuti Semporna, Sabah. Kebanyakkannya cukup cantik dan selesa. Paling best boleh mandi laut dan berkayak di sekitar resort sahaja.
Baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lalu, Crystal Resort Semporna menjadi pilihan Nana Sarina Abu Bakar dan keluarga untuk percutian mereka.
Pakej yang diambil termasuklah makan dan minum serta snorkeling di 8 buah pulau ternyata meninggalkan kenangan manis buat mereka sekeluarga. Ikuti perkongsia wanita ini tentang pengalaman menginap di sini!
Malaysia, Bukan Maldives – Crystal Resort Semporna, Sabah
First time sampai Semporna, Sabah. Cantik sangat- sangat ye Pulau-pulau di Semporna ni…Setelah saya survey beberapa resort akhirnya saya memilih Crystal Resort Semporna untuk destinasi percutian kali ni.. saya book melalui Blue Star – Pakej Semporna Sabah…Agent bernama Sen sangat ramah dan melayan segala pertanyaan saya.
Agent akan memberikan senarai hotel, pakej, kelebihan dan harga setiap hotel…jadi, boleh pilih ikut budget dan keinginan masing- masing..untuk kesini saya ambil flight
KL- Tawau ( lebih kurang 2 jam 50 minit) dan seterusnya naik van yang agent uruskan ke Pekan Semporna ( lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan)
Crystal Resort ni baru siap dalam 4 bulan lepas.. jadi condition resort sangat ok….owner pun baik dan ramah tamah…
Tarikh: 11-14 August 2022 ( 4 hari 3 malam)
Jenis Bilik: Standard Room
Booking platform: Agent
Rate: RM1899/ pax ( termasuk airport transfer, Resort, Makan ( sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam), boat transfer, island tour ( snorkeling 8 pulau) , snorkeling equipment, guide semasa snorkeling dan permit. Tiket MAS ke Tawau dalam RM 700 return untuk seorang.
CHECK IN:
Agent dahh uruskan. So tinggal check-in dan bayar refundable deposit RM 50
BILIK:
Bilik sangat luas dan selesa. Sea view. Toilet pun okay.. air laju.. electric 24/7.. ( ada juga resort yang siang hari tak ada elektrik ya).. memang tenang sangat resort ni sebab hanya ada 14 bilik sahaja
LOKASI:
Lokasi tengah-tengah laut. 40 minit dari Semporna Jetty..
KEMUDAHAN:
Boleh swimming di area resort, kayak, snorkeling (boleh sewa alat).. ada lounge yang luas untuk lepak2…
MAKAN
Makanan sangat sedap. Saya ambil full board so tak perlu pikir dah pasal makan.. tapi bawak jugak meggi cup sebab lepas snorkeling lapar heheh…
CHECK OUT:
Rata- rata resort di Semporna check out jam 10 pagi…Lepas check out tunggu boat terus ke Pekan Semporna…
KESIMPULAN:
Pulau- pulau di Semporna ni cantik sangat dari Pulau-pulau yang saya pernah pergi sebelum ini.. dalam pakage 4 hari 3 malam, agent akan bawa snorkeling dan tour ke pulau seperti Bohey Dulang, Mantabuan, Sibuan, Timba- Timba, Mataking, Pom Pom, Mabul dan Kapalai. Paling cantik ialah snorkeling dekat Pulau Mataking .. sangat sangat cantik…
Recommended sangat untuk pergi dan menginap di Crystal Resort.
Musim durian di Malaysia bukan lagi sekadar dinanti-nantikan oleh rakyat tempatan. Kini, semakin ramai pelancong luar datang ke negara ini semata-mata mahu merasai sendiri...