Tahu atau tidak, laut di kawasan pantai timur semenanjung tidak selamat untuk sebarang aktiviti mandi manda sepanjang Monsun Timur Laut kerana tenaga ombak yang sangat kuat dari kawasan tengah Laut China Selatan sentiasa aktif dan boleh membawa tenaga ke kawasan pantai pada bila-bila masa dan ini yang sering menjadi punca lemas.

Namun, pengunjung yang terpesona dengan keindahan pantai dan ketenangan ombak itu akan mandi manda sedangkan ia umpama ‘perangkap maut’ kepada mereka. Walaupun mungkin anda tahu berenang namun situasi cemas akan menyebabkan panik dan gagal menyelamatkan diri. Setiap tahun, beratus kes lemas dilaporkan berlaku di seluruh negara kita dan kebiasaannya akan melibatkan kehilangan nyawa.

Antara faktor berlakunya kes lemas adalah disebabkan kehadiran ‘rip current’ atau dikenali sebagai arus karau di persisiran pantai. Apa itu arus karau dan bagaimana ia terbentuk? Arus karau merupakan arus yang melalui saluran sempit yang terbentuk di pesisiran pantai dan bergerak menuju ke arah laut.

Arus Kurau, Bahaya Yang Tersembunyi Di Kawasan Pantai Yang Tenang. Ini 7 Cara Selamatkan Diri

Arus Kurau, Bahaya Yang Tersembunyi Di Kawasan Pantai Yang Tenang. Ini 7 Cara Selamatkan Diri
 Picture: / Sea Rescue

Secara ringkasnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan arus karau terbentuk antaranya adalah disebabkan keadaan muka Bumi di sekitar pantai seperti wujudnya celah antara dua beting pasir berhampiran pantai sehingga mengganggu pergerakan air untuk kembali ke laut. Beting pasir tersebut menyebabkan air laut terumpu pada satu haluan yang membentuk saluran untuk air kembali ke arah laut.

Selain itu , arus karau juga boleh terbentuk apabila ombak dari laut bergerak pada sudut tegak ke arah pantai dan menyebabkan hadirnya arus yang sejajar dengan pesisiran pantai. Arus sejajar tersebut akan menyebabkan air laut di pesisiran pantai bergerak menuju pada satu titik yang sama lalu membentuk satu saluran untuk air kembali ke laut.

Arus karau yang bergerak menuju ke laut lazimnya berkelajuan sekitar 0.5 meter/saat dan mampu mencapai kelajuan lebih 2 meter/saat iaitu melebihi kelajuan manusia biasa berenang. Kelajuan arus karau bergantung kepada kekuatan dan kekerapan ombak , pasang surut air laut dan keadaan muka Bumi di sekitar pantai.

IKLAN

Cara Mengenali Arus Kurau

Arus Kurau, Bahaya Yang Tersembunyi Di Kawasan Pantai Yang Tenang. Ini 7 Cara Selamatkan Diri

  • Kelihatan suatu bahagian permukaan air yang lebih tenang mengunjur dari pantai menuju ke laut berbanding keadaan sekitarnya yang berombak. Keadaan yang tenang tersebut sebenarnya merupakan bahaya yang tersembunyi.
  • Ramai orang akan tertipu dan beranggapan bahawa bahagian yang tenang tersebut akan lebih selamat berbanding bahagian yang berombak sedangkan di situ la arus karau akan menariknya menjauhi pesisiran pantai.
  • Warna air yang berbeza berbanding bahagian air yang lain. Keadaan air akan kelihatan lebih gelap dan berkeladak disebabkan sedimen di pantai ditarik ke arah laut.
  • Buih-buih dan sampah sarap bergerak menuju ke arah laut.

Tip Menyelamatkan Diri Dalam Arus Karau

Arus Kurau, Bahaya Yang Tersembunyi Di Kawasan Pantai Yang Tenang. Ini 7 Cara Selamatkan Diri

IKLAN

1) BERTENANG dan kumpul tenaga.

2) Jangan berenang melawan arus karau kerana arus tersebut membawa anda ke arah laut bukan ke pantai . Melawan arus hanya akan mengurangkan tenaga.

3) Jika anda pandai berenang, Berenang ke arah tepi (kiri atau kanan arus karau)

IKLAN

4) Jika tiada tenaga untuk berenang, usaha apungkan diri dan biarkan arus karau membawa anda sehingga ke hujungnya atau dikenali sebagai ‘kepala’ lalu berenang ke arah tepi arus karau . Semakin jauh arus karau dari pantai, semakin lemah kekuatannya .

5) Setelah keluar dari arus karau, cuba berenang mengikuti arus yang menuju ke pesisiran pantai.

6) Jika tidak mampu berenang sehingga ke pesisiran pantai, lambaikan tangan dan menjerit meminta tolong.

7) Jika anda tidak pandai berenang, berdoalah semoga anda terselamat. Pentingnya di sini untuk belajar berenang.

Semoga bermanfaat.

image via google | Sumber: Ini Sains Beb!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI