Minggu ini ada beberapa siri gempa bumi yang dilaporkan berlaku di dunia. Kejadian berlaku hanya selang beberapa hari antara lokasi-lokasi yang dilaporkan.
Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesan gegaran gempa bumi pada kejadian Isnin tengah malam.
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Kota Marudu, Sabah tengah malam 9 Mac 2020. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada pukul 12.48 malam, pada kedalaman 10km, kira-kira 22km Timur Laut, Kota Marudu. Gegaran mungkin dirasai di persekitaran kawasan gempa itu.
Pada 10 Mac 2020, gempa bumi sederhana kuat bermagnitud 5.0 pada skala Richter mengegarkan kawasan Bogor, Jawa Barat, yang terletak kira-kira 83 kilometer dari Kota Jakarta. Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa itu berlaku pada 5.18 petang waktu Indonesia barat, berpusat di 38km barat daya kota Bogor-Jabar, di kedalaman 10km.
Ads
Tiada amaran tsunami dikeluarkan BMKG. Berdasarkan komen-komen netizen di laman Twitter BMKG, gegaran gempa itu turut dirasakan di kawasan Bogor, Depok (kota berhampiran Jakarta), kawasan kota Sukabumi di Jawa Barat serta beberapa kawasan di Jakarta Pusat. Setakat ini belum terdapat laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa.
Wilayah Autonomi Tibet, China pada Selasa dilanda tiga kali gempa bumi, satu daripadanya berkekuatan 5.0 pada skala Richter, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ads
Gempa bermagnitud 5.0 itu dengan pusat gempa bumi pada 32.84 darjah utara dan 85.52 darjah timur, menggegar daerah Gerze di wilayah Ali pada pukul 2:12 pagi Selasa, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China. Dua lagi gegaran berkekuatan 3.7 dan 3.4 pada skala Richter.
Siasatan awal mendapati tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan setakat 10 pagi 10 Mac 2020. Pusat gempa itu terletak di sekitar kampung di Gerze. Kebanyakan penduduk sedang tidur ketika kejadian. Gerze adalah daerah terbesar di wilayah Ali, dikenali sebagai pusat industri peternakan.
Gempa bumi dengan kekuatan 5.47 pada skala Richter menggegarkan kawasan yang terletak empat kilometer berhampiran bandar Alberto Oviedo Mota, Mexico kira-kira jam 3.52 pagi 7 Mac 2020, lapor agensi berita Xinhua. Memetik Pusat Geologi Amerika Syarikat, pusat gempa adalah pada kedalaman 32.29 kilometer. Gempa 5.47 pada skala Richter gegar bandar Alberto Oviedo Mota, Mexico
Foto hiasan: Jonathan M. Lettow via AP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negara terapung pertama dunia yang bakal dibangunkan di Lautan Pasifik menjelang 2022 sudah mula menawarkan mata wang kripto yang akan digunakan untuk membeli hartanah di kawasan unik itu.
Rancangan yang diilhamkan oleh pengasas Paypal, Peter Thiel akan menyaksikan pembinaan bandar dengan 300 buah rumah, hotel, restoran dan pejabat di atas kawasan perairan Lautan Pasifik berhampiran Pulau Tahiti.
Pelabur kini boleh mengambil bahagian dalam pembelian mata wang kripto Vayron yang akan dikeluarkan oleh Seasteading Institute untuk mendapatkan hartanah di kawasan itu. Mata wang kripto diperlukan untuk proses pembelian dan pemilikan hartanah, rumah dan beberapa lagi aset di kawasan itu daripada syarikat Blue Frontiers.
Dana yang diperoleh daripada pelabur akan dibahagikan kepada beberapa aktiviti pembangunan melibatkan reka bentuk kejuruteraan zon laut dan pentadbiran awam. Kerja-kerja pembinaan bandar utopia itu akan bermula sebaik sahaja majlis tandatangan perjanjian dengan kerajaan Polinesia Perancis diadakan.
Presiden Seasteading Institute, Joe Quirk memberitahu portal Business Insider, selain misi utama untuk membebaskan manusia daripada ahli politik, pasukannya turut memberikan tumpuan kepada fenomena perubahan iklim dalam merealisasikan rancangan pembinaan bandar tersebut. Kumpulan itu kini melihat pembinaan bandar berkenaan sebagai cara hidup baharu ekoran fenomena peningkatan paras laut yang dijangka melebihi 1.83 meter menjelang akhir abad ini.
Oleh: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS via Sinar Harian
Rakyat Malaysia tidak akan dikenakan cukai pelancongan apabila cukai tersebut dilaksanakan kelak.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan tersebut dibuat oleh kerajaan setelah mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak. “Kerajaan telah memutuskan supaya cukai pelancongan tidak dikenakan ke atas rakyat Malaysia yang menginap di semua jenis premis penginapan, iaitu dari lima bintang ke tiada bintang.
“Ini menujukan kerajaan peka terhadap kebimbangan rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Ini juga adalah salah usaha kerajaan untuk merancakkan promosi pelancongan domestik,” katanya ketika menjawab soalan Anthony Loke (DAP-Seremban). Kadar cukai pelancongan adalah RM10 bagi setiap bilik semalam di semua jenis premis penginapan, dengan cukai tersebut hanya dikenakan terhadap pelancong luar negara yang melancong di negara ini. Namun Nazri berkata, premis yang memiliki lima bilik ke bawah tidak perlu mengutip cukai berkenaan.
“Perlaksanaan cukai pelancongan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat. “Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah menyediakan draf peraturan cukai pelancongan dan draf ini dalam semakan akhir oleh Jabatan Peguam Negara,” jelasnya.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mensasarkan kutipan cukai pelancongan sebanyak RM210,956,787 dalam tempoh setahun dengan setiap RM1 cukai yang dikutip akan dikembalikan semula kepada kerajaan negeri untuk tujuan promosi pelancongan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Anda yang selalu solat di rumah sama ada berjemaah bersama keluarga atau bersendirian boleh ambil peluang keemasan pukul 5.28 petang ni untuk semak arah kiblat dengan tepat.
Petang ni, satu fenomena yang dipanggil sebagai Matahari Istiwa A’zham akan berlaku dan Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor kata matahari akan tegak berada di atas Kaabah dan anda berpeluang untuk membuat semakan arah kiblat dari mana-mana ruang solat.
Contoh untuk anda menentukan arah kiblat petang nanti.Kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Panduan yang perlu anda ikut adalah pastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat dan perhatikan bayang-bayang objek tegak seperti tiang, tingkap atau pintu rumah yang terkena cahaya matahari pada pukul 5.28 petang ini.
Bila anda dah dapat tentukan arah bayang-bayang yang terhasil dari objek yang dinyatakan tadi, maka garisan itu akan menunjukkan arah kiblat yang sebenar.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...