Negeri Sembilan yang bersempadan dengan negeri Melaka sangat popular dengan destinasi pelancongan pantainya di Port Dickson. Bukan itu sahaja negeri Darul Khusus ini sebenarnya ada kehebatannya yang tersendiri seperti pelbagai tempat menarik lain bagi peminat sukan lasak dan ekopelancongan, lokasi makan sedap, rumah ibadat tercantik dan banyak lagi.
Jom cuti-cuti Negeri Sembilan!
Bukit Batu Putih Port Dickson Buat anda yang berhasrat ingin bercuti ke pantai Port Dickson, apa kata anda selitkan sekali Bukit Batu Putih di dalam jadual perjalanan anda itu. Bukit ini terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson mempunyai view dari puncak lautan biru yang sangat cantik dan mendamaikan.
Pendakian ke Bukit Batu Putih ini hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja untuk sampai ke puncak. Ramai yang telah berkunjung ke Bukit Batu Putih ini menyifatkan pendakian ke situ tidak terlalu sukar kerana trek yang disediakan agak cukup sifat.
Ramai juga kanak-kanak dilihat mendaki ke bukit ini bersama dengan keluarga mereka, itu menandakan pendakian ke sini tidaklah terlalu susah. Jika anda datang pada hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum maka hendaklah bersabar dan bergilir-gilir untuk menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam atau untuk merakam gambar.
Tampin Extreme Park & Tampin Water Park Negeri Sembilan
Ads
Terletak kira-kira 46 kilometer dari bandar Seremban dan 44 km dari Melaka, daerah ini mempunyai dua tempat menarik bagi peminat sukan lasak iaitu Tampin Extreme Park dan kawasan riadah serta mandi-manda iaitu Tampin Water Park.
Malahan, kedua-dua kawasan berkenaan terletak berhampiran Gunung Tampin, yang sering menjadi tumpuan para pendaki baik dalam mahupun luar negara. Tampin Extreme Park antara tempat rock climbing yang menjadi perhatian pengunjung dan ia dilakukan pada batu granit.
Aktiviti di sini pasti memberi keseronokan kepada peminat sukan rock climbing serta memberi pengalaman baharu kepada pengunjung yang ingin melakukan aktiviti yang mencabar meskipun ketinggian untuk aktiviti rock climbing ini kira-kira 25 meter sahaja.
Ads
Sebaik sahaja melakukan aktiviti lasak di Tampin Extreme Park, pengunjung boleh bersantai dan beriadah di Tampin Water Park yang terletak kira-kira 3.8 km dari kawasan berkenaan. kawasan yang mempunyai empat kolam itu sesuai untuk pengunjung yang ingin melakukan aktiviti beriadah dan bermandi-manda.
Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan Sekali pandang, masjid ini macam masjid di luar negara. Tidak sangka pula masjid yang diwakafkan oleh seorang individu ternama ini berada di Malaysia. Itulah keunikan Masjid Sri Sendayan yang dikatakan mempunyai ciri-ciri seperti Masjid Nabawi dan Taj Mahal.
Bahkan menjadi ini telah menjadi tarikan terbaharu masyarakat Islam di Negeri Sembilan dan pelancong. Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Sri Sendayan tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Islam, sekali gus memukau setiap mata yang memandang. Sesiapa sahaja yang singgah di masjid ini pasti mengabadikan gambar kenang-kenangan sebagai simpanan peribadi.
Ads
Kopi Manshor, Kuala Pilah Negeri Sembilan
Antara kopi yang terkenal sejak tahun 1957 dicadangkan untuk singgah adalah di Kopi Manshor Kuala Pilah pasti kena dengan citarasa anda! Ada hampir 25 pilihan minuman kopi ditawarkan, namun kopi yang paling istimewa di sini adalah ‘Kopi Power’ sudah berjaya menawan hati ramai.
Rupa kopi ini kelihatan sangat pekat, namun tidak pula pahit. Rasa manisnya juga tidak keterlaluan. Pendek kata, kopi yang melimpah luah hingga ke piring ini memang cukup sempurna.
Jom pusing-pusing Negeri Sembilan!
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Boleh dikatakan hampir segenap lapisan warga kota mengetahuinya kewujudan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) atau dikenali sebagai Taman Botani Kepong. Mungkin juga ada kalangan mereka menjadi pengunjung tetap pada setiap hari atau minggu. frim.
Dengan kehijauan memukau yang meliputi kawasan seluas 1,528 hektar dan terletak kira-kira 16km barat laut Kuala Lumpur atau setengah jam perjalanan dari pusat bandar, memberi peluang kepada semua yang ingin mengalami suasana berjalan dalam hutan hujan tropika. Buat pencinta segala jenis tumbuhan, ini adalah lokasi ideal buat kalian. Jika tidak, FRIM masih lagi ‘boleh’ menjadi destinasi menarik kerana ada tarikan lain yang sedia menanti.
Menjejakkan kaki di FRIM ternyata bukan hanya terasa damai sekali apabila berada di tengah-tengah rimbunan kehijauan itu tetapi takjub dengan susunan landskap perhutanan FRIM. Melawati denai hutan secara semula jadi ataupun ingin sesuatu yang lebih memuaskan, mungkin boleh merentas hutan melalui jambatan tergantung. Dari sini, pengunjung boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna liar. Berada di titian kanopi tersebut, selain berpeluang melihat penghuni rimba, pengunjung juga dapat melihat panorama bandar raya KL, walaupun dari jarak jauh.
Bagi pengunjung yang mencari tempat untuk beriadah atau bersantai, FRIM turut menyediakan tempat seumpama itu iaitu sebuah kawasan air terjun di Sungai Kroh. Mungkin juga, anda seorang yang suka berjoging atau berbasikal lasak, di FRIM juga adalah lokasi yang sesuai.
Foto: FRIM | Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Pinang menawarkan pelbagai macam keistimewaan yang pasti membuatkan sesiapa saja teruja sekiranya berkesempatan menjejaki kaki ke sini. Selain percutian tepi pantai, kunjungan ke Pulau Mutiara membolehkan pelancong mengenali budaya dan menyaksikan pelbagai bangunan warisan yang unik. Bahkan anda turut berpeluang mengunjungi pelbagai tarikan yang tidak kurang menariknya seperti muzium kaca.
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa turut teruja jika berada di muzium ini. Itu gambaran jujur sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke dalam iBox Glass Museum.
iBox Glass Museum diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai muzium kaca pertama di Malaysia, iBox Glass Museum memberi kelainan berbanding muzium lain yang selalunya kelihatan suram dan tidak ceria. Reka bentuk luaran muzium ini yang unik membuatkan ramai tertanya, apa yang terdapat di dalamnya.
Cukup mempersonakan tatkala kaki melangkah masuk ke iBox Glass Museum ini, dekorasi berasaskan kaca yang berwarna-warni dan datang dalam pelbagai bentuk melatari segenap ruang muzium. Setiap pengunjung yang datang ke sini bakal disambut oleh kakitangan muzium untuk diberi penerangan dari sejarah penubuhan muzium hingga ke sesi D.I.Y (do it yourself).
Pelbagai produk menarik yang dihasilkan daripada kaca dipamirkan di sini seperti jam dinding, cermin muka, hiasan dinding, panel penghadang dan banyak lagi. Pengunjung dibenarkan untuk membeli apa jua produk yang dipamirkan di muzium ini untuk di bawa pulang sebagai kenangan. Tanpa bayaran dikenakan kepada pengujung, iBox GlassMuseum dibuka setiap kecuali Ahad dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Ilham Kreatif
Pada sesi D.I.Y (do it yourself) pengunjung tidak kira dewasa atau kanak-kanak diberi kesempatan untuk mempamirkan bakat dengan melukis dan mewarna di atas botol kaca yang dileperkan. Pewarna khas diperkenalkan agar hasil kreatif yang dihasilkan tampak cantik di atas permukaan kaca.
Lokasi: iBox Glass Museum, 80-O Jalan Mt.Erskine, 10470 Tanjong Tokong, Pulau Pinang | www.iboxglass.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda mendamba untuk bercuti dikawasan pantai memutih dan mandi laut, boleh la ke sekitar pantai di Pahang. Ramai pengunjung suka singgah untuk menikmati alam semula jadi dan makanan laut yang enak di Tanjung Lumpur, Beserah atau Pantai Cherating, Pahang.
Berikutan kedudukannya yang berhampiran Laut China Selatan menjadikan lokasi-lokasi ini lebih istimewa dengan memiliki kawasan pantai yang indah sebagai daya tarikan pelancongan. Di sini juga menjadi port kegemaran untuk melepak atau bersantai bersama keluarga terutama bagi mereka yang sukakan bayu pantai.
Life is better at the beach. Trip santai bersama keluarga : Kuantan – Beserah – Cherating, Pahang.
Swiss Belhotel Kuantan, Tanjung Lumpur.
Swiss Garden Resort Residences Kuantan, Beserah.
Royale Chulan Cherating Chalets, Cherating.
KUANTAN
Restoran Ana Ikan Bakar Petai kurang 200mtr sahaja dari Swiss Belhotel Kuantan.
Bagi peminat makanan laut yang dicelup tepung, harus singgah di Warung Moknaa. Owhh, satar yang dijual di sini agak sedap rasanya.
BESERAH
Swiss Garden Resort Residences di sini tiada ‘Kids Room’ (Young Citizens of the World).
Lokasi strategik. Banyak restoran berdekatan.
Pantainya agak landai bila air surut. Air yang agak jernih, namun ombaknya agak kuat.
Kawasan pantai agak ramai pengunjung, mungkin disebabkan ‘public holiday’. Bagi yang sukakan privacy & private beach, Swiss Garden Beach Resort adalah pilihan terbaik !
KEMAMAN
Lunch di Kedai Nasi Budu Ani Selera Kampung. Lokasinya di tepi Sungai Kemaman. Tiap kali ke Kemaman, harus singgah sini. Pelbagai jenis lauk-pauk yang disajikan, sedap-sedap belaka.
Sepanjang jalan di Geliga, terdapat banyak gerai-gerai menjual satar, pulut ikan, keropok ikan, otak-otak ikan dan keropok lekor.
Jangan lupa singgah di Warung Otak-Otak Che Wan. Pelbagai menu makanan yang dijual. Namun, satar, otak-otak ikan & karipap ikan antara yang terkenal di sini. Lokasinya berhadapan dengan Kemaman Sands sahaja.
Paling teruja bila dapat join ‘ Baby Turtle Release Activity’. Aktiviti bermusim ini. Pada yang berminat, boleh hubungi Rimbun Dahan Turtle Hatchery.
Ni baru cuti-cuti Malaysia. Lepas ni senang nak tahu mana tempat nak menginap best! Jom cuti-cuti di Pahang~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...