Di sebalik hidangan yang pada asasnya cuma menggunakan bahan ringkas iaitu nasi, sambal, telur, kacang, timun dan ikan bilis, ia berjaya menyatukan pelbagai kaum di Malaysia.
Itu la Nasi lemak menjadi lambang makanan kemegahan negara malah juadah sarapan tradisional masyarakat Melayu ini turut menjadi pilihan popular sebagai menu sarapan tanpa mengira latar belakang.
Kini, nasi lemak tidak lagi terhad sebagai menu santapan untuk sarapan kerana ia boleh dinikmati sepanjang masa malah ada premis yang menyajikannya hingga lewat malam. Banyak juga ‘port’ nasi lemak sedap sekitar KL dan menjadi tumpuan warga kota makan pada malam hari.
Nasi Lemak Mali’s Corner
Jika anda berada di sekitar Wangsa Maju, memang wajib anda kunjungi ke Mali’s Corner ini untuk Nasi Lemak Ayam Goreng mereka yang memang popular. Lokasi ini sangat terkenal dan menjadi port wajib untuk warga kota menikmati menu nasi lemak lazat. Jangan pelik jika lihat orang sentiasa beratur panjang untuk menikmatinya. Itu pemandangan biasa di sini.
Lokasi: Mali’s Corner, Gerai Makan Radziah, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, 53300, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 5.30 petang – 4.00 pagi (setiap hari)
Nasi Lemak Wanjo
Telah beroperasi lebih 50 tahun, Nasi Lemak Wanjo (dahulu dikenali sebagai Nasi Lemak Mak Wanjo) boleh dikatakan antara Nasi Lemak yang paling popular di KL. Bagi anda yang tidak menyukai sambal yang pedas, Nasi Lemak Wanjo ni memang sesuai untuk anda dengan sambal yang mempunyai rasa pedas dan manis dihidangkan degan menu pilihan seperti paru, sambal sotong, ayam goreng dan pelbagai lagi!
Lokasi: Nasi Lemak Wanjo, 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 6.30 pagi – 12.00 tengah hari | 3.00 petang – 1.00 pagi
Nasi Lemak Antarabangsa
Nasi Lemak Antarabangsa ini memang popular di KL, dan dikatakan nasi lemak kebanggaan penduduk Kampung Baru. Warung ini menghidangkan juadah nasi lemak dan juga lauk-pauk pelbagai variasi yang sememangnya cukup rasa. Sangat popular, anda juga boleh merasai nasi lemak popular ini di cawangan mereka di Bangsar, TTDI dan Kota Damansara. Kalau korang duduk di KL, tak cuba rasa nasi lemak ini pada malam hari memang tidak sah.
Lokasi: Nasi Lemak Antarabangsa, 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 6.00 petang – 12.00 pagi (Isnin) 12.00 tengah malam – 12.00 tengah hari | 6.00 petang – 12.00 tengah malam (Selasa – Ahad)
Nasi Lemak Bumbung
Tidak jauh dari Kuala Lumpur, tetapi masih dalam lingkungan Lembah Klang, Nasi lemak bumbung adalah sebuah restoran mamak yang sering menjadi tumpuan dikala malam bagi mereka yang tinggal di kawasan Petaling Jaya dan juga Kuala Lumpur. Walaupun meja hanya dibuka di lorong jalan, dan agak sukar untuk mendapat tempat ia tetap menjadi tumpuan. Ssambal dia sangat sedap! Lebih-lebih lagi bila ditambah dengan telur goyang (telur mata).
Lokasi: Jalan 21/11B, Seapark, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 5 petang – 4 pagi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI