Seiring dengan sambutan Hari Malaysia, CoolBlog Malaysia melancarkan Rasa-Rasa Malaysia, satu pilihan baharu aneka perisa yang memenuhi selera Malaysia. Minuman baharu itu dilancarkan bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, menggabungkan perisa-perisa yang disukai rakyat Malaysia dan diperbuat daripada juadah pencuci mulut tempatan.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Chef Selebriti Antarabangsa Anis Nabilah dan penyanyi Rapper Nombor Satu Malaysia, Altimet. Anis menawan hati para hadirin menerusi penyediaan “juadah Kari Laksa Nyonya”yang merupakan gandingan tepat kepada air minuman Rasa-Rasa Malaysia, dan Altimet secara kreatif mempersembahkan rap gaya bebas 30 saat mengenai CoolBlog dan elemen hebat mengenai pilihan terbaharu minuman tersebut.
“Pilihan baharu perisa ini adalah diperbuat daripada cita rasa tempatan yang kita gemari dan benar-benar memaparkan jenama negara kita. Ia merupakan usaha yang kami semua di CoolBlog cukup gembira untuk laksanakan dan kami berharap perisa-perisa ini akan memberikan sesuatu yang rakyat Malaysia suka,’’ kata Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn Bhd.
Menurut Anis Nabilah, “Makanan adalah begitu dekat pada hati saya dan saya percaya makanan menjadikan kita rakyat Malaysia sejati. Saya teruja menerima peluang ini untuk tunjukkan versi sempurna saya untuk juadah istimewa ini dan saya pasti juadah ini sedap dihidang dengan Smoothie Cendol Durian.’’
Ads
“Malaysia adalah tanahair saya,” kata Altimet. “Saya bangga menjadi rakyat Malaysia, dan saya fikir usaha yang dilakukan oleh CoolBlog untuk memaparkan makanan pencuci mulut berciri Malaysia adalah suatu kejayaan tersendiri. Mana lagi di dunia anda boleh menemui pelbagai cita rasa yang enak bila digabungkan, dan selepas mencuba minuman Rasa Rasa Malaysia, saya yakin CoolBlog telah meraih pencapaian hebat.’’
Sebagai tambahan kepada minuman baharu itu, CoolBlog juga melancarkan pencarian ke seluruh negara untuk mengetahui apakah yang menarik atau `cool’ mengenai Malaysia. Selain daripada jawapan lazim seperti Bola Sepak dan Kebudayaan, faktor nombor satu yang tidak syak lagi bagi Malaysia ialah, `Makanan’.
Ads
“Menerusi usaha ini, ia benar-benar membuktikan kepada kami betapa rakyat Malaysia amat berbangga dengan negara kita ini dan mengapa mereka memilih Malaysia sebagai tanahair mereka. Inilah bukti bahawa walaupun rakyat Malaysia adalah unik dan berbeza, satu perkara yang menyatupadukan kita semua ialah makanan,’’ ujar Keith.
Ads
CoolBlog adalah jenama Malaysia yang terkemuka yang berkembang di peringkat antarabangsa. Berasaskan konsep menggabungkan makanan pencuci mulut Malaysia dengan perisa global, CoolBlog merupakan inovator peneraju minuman berasaskan ice-blended dan smoothie di Malaysia. CoolBlog menyasarkan untuk melaksanakan inovasi dan mencipta minuman pencuci mulut yang hebat dan direka cantik, yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Menu produk baharu CoolBlog akan mula dijual di semua gerai CoolBlog bermula 7 September 2017.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hujan tanpa henti yang telah menimpa di beberapa buah negeri seperto Selangor, Melaka dan Pahang telah menyaksikan kejadian banjir yang cukup luar biasa berlaku.
Di Lembah Klang, beberapa kawasan seperti Shah Alam, Klang dan Hulu Langat di antara yang paling teruk terkesan. Begitu juga dengan beberapa lokasi di Pahang seperti di Karak dan Bentong. Kejadian banjir lumpur juga turut dilaporan berlaku dan menyaksikan kemusnahan yang agak ketara.
Salah satu lokasi peranginan yang terjejas ialah Chalet Booby Eco Camp di Bentong, Pahang. Memetik laporan Astro Awani, kejadian banjir lumpur tersebut turut menyebabkan seramai 35 orang telah terkandas.
Foto JBPM Pahang
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, menerima laporan kejadian tersebut pada Sabtu jam 10.40 malam dan mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dan Gombak ke lokasi kejadian dengan bantuan dari Pasukan STORM Negeri Pahang.
Pada jam 4.09 pagi Ahad, pihak bomba telah menemui 32 orang termasuk lapan kanak-kanak berada dalam keadaan kesejukkan dan tidak berani untuk berada di dalam chalet kerana bimbang akan ancaman arus sungai yang deras.
Kerja-kerja menyelamat telah dijalankan dan tamat pada pukul 8:30 pagi namun setelah dilakukan ‘head count’ (kiraan) pihak bomba mendapati tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak telah hilang.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa diteruskan dengan bantuan tiga ekor anjing pengesan dan tujuh anggota Unit Pengesan dalam jarak 300 meter radius dari kawasan kejadian.
Seramai 22 anggota terlibat dalam kerja menyelamat yang diketuai oleh Ketua Balai BBP Genting Highlands, Penolong Kanan Penguasa Bomba Yusri Abdullah Sani.
Operasi menyelamat di sambung semula pada hari ini.
Semoga mereka semua selamatlah hendaknya.
Kredit: Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi kaki pancing dan yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, Perak antara port memancing yang menjadi kesukaan ramai. Menurut page Tourism Perak, ada tiga lokasi disenaraikan. Antaranya ialah Perkampungan Nelayan, Lumut, Tasik Temenggor dan Jambatan Raja Bainun, Manjung.
.
.
.
.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ekoran perkembangan terkini wabak COVID-19, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengambil inisiatif untuk menghentikan sementara beberapa perkhidmatan tren antara bandar dan negeri.
Pemberhentian perkhidmatan tersebut akan mula berkuatkuasa pada 25 Mac sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan.
MAKLUMAN PENTINGKENYATAAN MEDIA – COVID-19: Henti Tren Antara Bandar, Negeri Ditunda Rabu IniPenumpang dimohon untuk…
Perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar masih akan dijalankan seperti biasa. Hanya perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar sahaja yang akan beroperasi seperti biasa berbanding lapan kesemuanya sebelum ini.
KTM juga akan dikurangkan kepada 49 perkhidmatan sehari bagi sektor Lembah Klang dan Utara.
Turut terjejas perkhidmatan tren Skypark Link di antara stesen Kuala Lumpur Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dikurangkan empat kitaran berbanding lapan sebelum ini.
Menurut kenyataan sebelum ini, notis yang dinyatakan sepatutnya berkuatkuasa bermula 24 Mac namun ditunda ke 25 Mac. KTMB juga meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat semasa operasi tren menerusi laman sesawang atau boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB 03-2267 1200.
Para penumpang yang sudah membuat tempahan boleh meminda tarikh perjalanan di kaunter atau pembatalan tiket menerusi laman sesawang www.ktmb.com.my
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...