
AirAisa kini melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit sehingga 730 hari atau dua tahun berbanding tempoh setahun yang diberikan sebelum ini.
- Selain itu, penumpang juga diberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.
- AirAsia berkata, penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh perlepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini boleh membuat beberapa pilihan.
- Antara pilihan yang diberi adalah pertukaran tarikh penerbangan tanpa had meliputi menukar tarikh penerbangan sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
- Selain itu, penumpang juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa dua tahun.
April lalu, menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menyarankan para pelanggan yang terjejas agar penerima tawaran kredit bukannya menuntut bayaran balik bagi penerbangan yang dibatalkan kerana wabak COVID-19. Sehingga kini lebih 80 peratus pelanggan telah menerima tawaran kredit sebagai alternatif. Walaupun pihaknya amat mengharapkan pelanggan menerima tawaran kredit, AirAsia masih menerima permohonan untuk pembayaran balik mengikut kes.
“Saya tahu ramai di antara anda telah menyatakan kekecewaan kerana tidak menerima bayaran balik untuk penerbangan anda tetapi saya menyarankan anda untuk menerima kredit sebagai alternatif terbaik. Lebih daripada 80 peratus daripada anda telah menerima tawaran kredit kami dan kami benar-benar menghargai ini,” katanya dalam satu kenyataan bulan April di Facebook rasmi AirAsia.
Sumber: hmetro
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 JAMBATAN TERTINGGI DUNIA

Jambatan-jambatan ini dibina tinggi di puncak bukit, tebing tinggi, dan antara lembah merentasi sungai atau lembah. China negara paling banyak bina jambatan tinggi lebih dari 100 meter. Daripada 100 jambatan tinggi di dunia, lebih 80 adalah milik China. Tinggi jambatan dikira dari permukaan sungai atau lembah di bawah jambatan. Berikut 10 jambatan tertinggi di dunia.
10. Jambatan Sungai Dimuhe (360 meter tinggi)
Ia jenis jambatan gantung berhampiran Liupanshui, Guizhou, China. Dengan dek jalan raya 360 m tinggi, iambatan ini adalah sebahagian daripada laluan Lebuhraya G56 Hangzhou-Ruili antara Liupanshui dan Bijie dan dibuka pada tahun 2016.
9. Jambatan Sungai Beipanjiang (366 meter tinggi)
Ia adalah jambatan gantung 366 meter tinggi. Ia sebahagian laluan Lebuhraya Guanxing berhampiran Xingbei Town (Xinbeizhen),daerah Zhenfeng , Wilayah Guizhou, China. Jambatan ini sepanjang 388 meter. Ketika dibuka pada 2003, ia adalah jambatan tertinggi di dunia. Ia memegang gelaran tersebut sehingga pembukaan Jambatan Pipa Hegigio Gorge pada tahun 2005.
8. Jambatan Sungai Baling (370 meter tinggi)
Merupakan jambatan gantung di daerah Guanling , wilayah Guizhou, China. Jambatan ini merentas Lembah Sungai Baling dan dibuka kepada awam pada 23 Disember 2009. Jambatan ini sebahagian daripada laluan Lebuhraya Shanghai-Kunming G60 antara Kunming dan Guiyang dan mengurangkan masa perjalanan merentasi lembah sungai dari satu jam ke empat minit sahaja. Panjang jambatan gantung ialah 1,088 m manakala mempunyai panjang keseluruhan 2,237 m.
7. Jambatan Baluarte (390 meter tinggi)
Terletak di Mexico, jambatan empat lorong seluas 20 meter lebar serta sepanjang 1,124 meter yang disokong 12 tiang, dengan dua daripadanya menjadi menara di atas tebing sungai Baluarte.
Ia menghubung jurang pergunungan Sierra Madre Occidental pada ketinggian 390 meter,jauh lebih tinggi daripada Menara Eiffel dan dibuka pada 2013.
6. Jambatan Paip Hegigio Gorge (393 meter tinggi)
Dengan ketinggian 393 meter, jambatan paip tertinggi didunia. Ia adalah jenis jambatan gantung sepanjang 470 meter merentasi Sungai Hegigio. Ia digunakan untuk mengangkut minyak petroleum dari ladang minyak Mananda Tenggara di selatan tanah tinggi Papua New Guinea. Ia menjadi jambatan tertinggi di dunia pada tahun 2005 dan kekal tertinggi sehingga pembukaan Jambatan Sidu River di China pada tahun 2009.
5. Jambatan Sungai Qingshui (406 meter tinggi)
Ia jenis jambatan gantung di Guizhou, China. Berada 406m di atas Sungai Qingshuihe, ia merupakan jambatan gantung ketiga tertinggi di dunia. Ia juga merupakan salah satu jambatan terpanjang dengan jarak 1,130 m. Dua menara setinggi 230 m dan 224 m tinggi menjadi sambungan utama menggunakan keluli untuk sokongan dan keutuhan jambatan. Jambatan ini sebahagian daripada Lebuhraya Guiweng. Ia memendekkan jarak perjalanan antara wilayah Weng’an dan Guiyang dari 160km ke 38km. Jambatan dibuka untuk trafik pada 31 Disember, 2015.
4. Jambatan Sungai Yachi (434 meter tinggi)
Ia jenis jambatan kabel di Guizhou, China. Ia juga merupakan salah satu jambatan kabel terpanjang yang terpanjang dengan jarak 800 m. Menara barat setinggi 258.2 m dan menara timur adalah 243.2 m menjadikan ia antara jambatan tertinggi di dunia. Ia melintasi Sungai Yachi antara wilayah Qianxi di Bijie dan Qingzhen di Guiyang. Jambatan ini sebahagian laluan di Guiyang ke Qianxi Expressway.
3. Jambatan Puli (485 meter tinggi)
Ia adalah jambatan gantung berhampiran Xuanwei, Qujing, China. Jambatan ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Hangzhou-Ruili G56 menghubungkan Liupanshui dan Xuanwei dan dibuka pada bulan Ogos 2015. Jambatan dan lebuh raya mengurangkan masa perjalanan dari Xuanwei ke sempadan Guizhou dari empat jam ke hanya sejam. Jambatan melintasi aliran kecil di seberang jurang Sungai Gexiang.
Ia mempunyai ruas utama 628 meter dan panjang keseluruhan 1,040 meter. Dek jalan raya adalah 24.5 meter lebar dan kabel suspensi utama adalah 26 meter jarak setiap satu. Ia seakan sama dengan Jambatan Sidu, cuma kable berwarna merah.
2. Jambatan Sungai Sidu (496 meter tinggi)
Jambatan gantung sepanjang 1,222 m yang menyeberangi lembah Sungai Sidu berhampiran Yesanguan di wilayah Badong, Hubei, China. Ia dibuka kepada awam pada 15 November 2009. Jambatan ini sebahagian daripada Lebuhraya G50 Huyu baru yang sejajar dengan Lebuhraya Nasional China 318, laluan timur-barat antara Shanghai dan Chongqing. Ia terkenal dengan dua menara berwarna kuning.
1. Jambatan Duge (565 meter tinggi)
Ia adalah jambatan kabel di Liupanshui,China. Pada 2016, jambatan ini adalah yang tertinggi di dunia dengan dek jalan raya yang terletak lebih 565 meter di atas Sungai Beipan. Jambatan ini melintasi sungai di sempadan antara Yunnan dan wilayah Guizhou.
Jambatan ini adalah sebahagian daripada Lebuhraya Hangzhou-Ruili G56 antara Qujing dan Liupanshui. Menara timur berukuran 269 m menjadikannya salah satu yang tertinggi di dunia. Jambatan ini terletak 1.34 km antara bandar Xuanwei di wilayah Yunnan dan daerah Shuicheng di wilayah Guizhou. Ia memendekkan perjalanan antara dua tempat dari lebih dari empat jam perjalanan ke kira-kira sejam.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Student Kena Banyak Keluar Melancong Untuk Tingkatkan Jatidiri!

Isi Kandungan
ToggleSiapa kata zaman universiti/kolej hanya terhad kepada belajar sahaja? Waktu inilah sesuai sangat-sangat untuk anda dan kawan-kawan pergi melancong ke merata-rata tempat. Tidak perlulah fikir jauh-jauh sangat seperti luar negara atau luar negeri.
Perhatikan di mana terletaknya universiti/kolej anda dan lihat apa tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan ‘ditawan’. Mari Libur berikan 7 sebab kenapa anda perlu banyak melancong.
Melancong membantu pengajian anda
Jangan tidak percaya mengenai ini. Melancong bukan sahaja mampu memberi anda pengalaman hidup berharga malah ia boleh memberi insight yang baik terutama sekali jika tempat yang anda lawati itu berkaitan dengan pengajian anda.
Belajar dengan mata dan sentuhan lebih berkualiti daripada belajar dengan membaca sahaja.

Melancong bermakna bertemu orang baru
Memasuki universiti/kolej sudah tentu cukup mencabar terutama sekali jika anda bukanlah seorang yang sosial. Tetapi dengan melancong, sosial atau tidak anda tidak ada pilihan untuk survive!
Spread your wings dan jangan biarkan sifat segan atau malu menghalang anda untuk menjadi lebih konfiden dan mesra orang. Tetapi jangan sampai terlupa batas-batas agama dan adab ketimuran.

Melancong akan melebarkan sempadan anda
Semasa melancong anda mungkin akan mengalami peristiwa seperti tersesat barat, tertinggal bas, terlepas hentian, salah masuk tempat, tersalah pilih tempat makan dan banyak lagi pengalaman yang berharga.
Ketahuilah kesemua ini akan mengajar anda banyak benda mengenai hidup lebih dari apa yang anda boleh dapat semasa di universiti/kolej.
Kaya atau tidak, itu bukan penghalang
Jika anda mendapat pinjaman PTPTN atau tajaan biasiswa, sebolehnya janganlah anda boros habiskan majoriti duit anda untuk bercuti. Apa kata cuba buat kerja part-time untuk dapatkan sedikit income untuk percutian anda.
Di universiti anda pasti ada kedai-kedai kecil yang sentiasa memerlukan pembantu. Ini membolehkan anda berdikari dan juga berbajet dalam berbelanja.

Melancong akan mengikat tali persahabatan dengan lebih erat
Bila melancong bersama teman-teman, barulah anda tahu siapa sebenarnya sahabat sehidup semati anda. Kekurangan dan kelebihan masing-masing akan tertayang dengan jelas sepanjang melancong dan ini membolehkan anda menilai siapa yang sesuai dijadikan sahabat sejati.
Menyesal kalau tidak ambil peluang ini
Graduan yang memiliki CGPA yang mantap semata-mata tidak akan menjadi jaminan untuk mendpat pekerjaan dengan mudah. Ramai majikan sekarang yang mencari anak muda yang ada pengalaman yang unik dan pengalaman melancong membolehkan anda menjadi pilihan utama mereka.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadikan diri anda lebih marketable dengan pemilikan pengalaman melancong. Ia pasti akan membantu anda kelak.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Info Laluan Alternatif Untuk Penduduk Negeri Sembilan, Elak Sesak Ketika Tahun Baru China

Pengguna jalan raya di sekitar Negeri Sembilan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, sempena Sambutan Tahun Baru Cina nanti.
Sumber Bernama, laluan yang dijangka sesak melibatkan lapan daerah seperti Seremban, Tampin, Kuala Pilah, Jempol, Port Dickson, Jelebu, Rembau dan Nilai.
**media[126085]**
- Laluan yang dijangka sesak itu adalah Jalan Seremban-Kuala Pilah, Jalan Seremban–Tampin, Jalan Rasah, Jalan Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Plus Utara Selatan, Jalan Port Dickson-Seremban/ Melaka, Jalan Pantai Port Dickson, lampu Isyarat Pekan Gemencheh/Jalan Gemencheh Lama, Persimpangan Lampu Isyarat Kilometer 1 Pekan Tampin, Jalan Kuala Pilah–Seremban, Jalan Tampin-Kuala Pilah dan Jalan Bahau-Kuala Pilah.
- Selain itu Jalan Kuala Pilah–Simpang Pertang dari arah Simpang Pertang (Karak) menghala ke Kuala Pilah, Pekan Kuala Klawang, Tol Pedas–Linggi, Jalan Kota–Rembau, Lebuhraya Plus Arah Utara Selatan, Jalan Batang Benar–Pajam dan Lebuh Raya Arah Selatan Utara.
Sila guna jalan alternatif seperti:
- Dari arah Kuala Pilah menggunakan Jalan Simpang Pertang–Kuala Klawang ke Seremban/Lebuhraya Lekas, Jalan Kuala Pilah–Tampin-Rembau ke Seremban/Lebuhraya Plus, Jalan Persiaran Senawang 1 terus ke Lebuhraya Plus atau melalui Lingkaran Tengah ke Lebuhraya Plus.
- Dari arah Jelebu melalui Jalan Jelebu ke Lekas, dari Arah Tampin/Rembau melalui Tol Pedas atau Tol Senawang, dari arah Labu melalui Tol Ainsdale/Tol Labu/Tol Nilai, Lebuhraya Plus ke arah Selatan melalui Tol Ainsdale–Jalan Seremban–Tampin-Tol Simpang Ampat ke arah Selatan, manakala Lebuhraya Plus ke Utara melalui Tol Simpang Ampat/Pedas ke Jalan Seremban–Tampin–Lebuhraya Plus/Lekas.
- Pengguna dari Port Dickson menghala ke Kuala Lumpur/ Melaka dan Johor dicadangkan guna Jalan Bypass Pasir Panjang seterusnya memasuki Pekan Pasir Panjang dan terus ke daerah Alor Gajah, Melaka mankala pengguna dari Port Dickson menghala Ke Kuala Lumpur/Utara laluan alternatif Lukut–Sepang bagi mengelakkan kesesakan bandar Seremban dan kesesakan Lebuhraya Plus Kawasan Seremban dan Nilai serta pengguna dari Seremban, menggunakan Lebuhraya SPDH ke Persimpangan lampu isyarat Betong, Jalan Pintasan atau ke bulatan Jururawat.
- Jalan Simpang Sg Dua–Air Kuning di Km 37 Jalan Tampin–Gemas (Sebelum MRSM Gemencheh), Jalan Keru–Batu Belang di Km 8 Jalan Tampin–Gemas, Jalan Seremban-Tampin-Bukit Miku ke Kuala Pilah/ Jempol/ Pantai Timu, Jalan Jelebu–Kuala Klawang –Spg Pertang ke Karak/ Kuala Pilah/ Pantai Timur, melalui Seri Menanti–Senaling–Tampin dan laluan ke Melaka/ Seremban boleh melalui Jalan Kuala Pilah ke Tampin.
- Selain itu laluan dari arah Simpang Pertang (Karak) ambil Simpang kiri di Spg Serting Ulu/ Air Hitam Sampai Jalan Kemayan Bahau–belok kanan ke Pekan Bahau ikut Jalan Juaseh terus ke Kuala Pilah, laluan Ke Seremban/ Kuala Lumpur melalui Jalan Ulu Kanchung–Rantau.
- Dari arah utara melalui Tol Bukit Mahkota, dari arah Selatan melalui Tol Bandar Ainsdale atau melalui Tol Nilai, dari arah Batang Benar ke Seremban melalui Jalan Labu–Bandar Ainsdale atau Jalan Labu–Gadong– Sendayan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI