Jangan tak percaya di Johor Selatan juga banyak ‘hidden gem’ yang cantik dan menarik untuk diterokai.
Oleh kerana buat masa ini tidak boleh ke pulau di sebelah Pantai Timur disebabkan masalah cuaca, apa kata layan pula travel ke selatan yan juga tidak kurang menarik.
Perkongsian Helmi Baharum yang memberitahu itinerari lengkap kala berkunjung ke Segitiga Emas Johor Selatan iaitu merangkumi Johor Bahru-Kulai-Pontian(Kota Tinggi) selama 3 hari dua malam.
Kos untuk perjalanan ini juga sangat berbaloi, tidak sampai RM500 hanya sekitar RM350 saja dan banyak lokasi menarik dilawati.
Itinerari Penuh 3 Hari 2 Malam Layan Johor Selatan (Johor Bahru+Kulai+Pontian (+Kota Tinggi)
KOTA TINGGI – Bukit Tun Abdul Razak, Gugusan Taib Andak ,Kota Tinggi.
JOHOR BAHRU – Bukit Batu Gajah, Johor Bahru – Bukit Tiz, Masai Johor Bahru – Glass Temple/Arulmigu Sri Rajakaliamman Temple,Johor Bahru
KULAI – Gunung Pulai Waterfall,Kulai – Tasik Biru, Kangkar Pulai, Kulai – Putuo Village, Kulai – Johor Premium Outlet, Kulai
PONTIAN – Pulau Kukup dan bandar Kukup, Pontian – Taman Rekreasi Sungai Rambah,Pontian – Muzium Bugis Rambah,Pontian – Nictar Pineapple Park, Pekan Nenas,Pontian – Telok Kerang, Pontian – Pontian Kecil Sea View Park, Pontian – Tambak Pontian – Laman DiRaja Pontian
Ads
MAKANAN PALING BEST – Warung belangkas & burasak, Pekan Nenas – S&W Corner,Pekan Pontian
HOTEL: – SUNFLOWER EXPRESS HOTEL, standard room RM36 – OYO Hotel Hen Hen, standard room RM25
FLIGHT: RM24 pergi balik KL-JB-KL
SEWA KERETA: RM58 sehari x 2 Hari (free extra 2 jam) AVIS Senai Airport-Honda City. Total drive pusing2 390KM, berbaloi sangat kereta baru tahun 2019 +Kos petrol RM50 +Kos tol dalam RM4.
Day (26/11/2021) * Flight KLIA – Senai * 8.20AM depart from KLIA * 9.15AM arrived at KKIA.Kawan pick up & ke Tasik Biru Kangkar Pulai * 12.30PM Selesai hiking & lepak minum. * 1.00PM Pick up kereta sewa * 1.30PM Check in hotel Kulai * 3.30PM Putuo Village-RM5 tiket masuk * 5.30PM Bukit Tun-15 minit pendakian ,10 minit turun. * 6.45PM Bukit Batu Gajah, misi gagal dah sampai lewat.Azan maghrib. * Malam-Econsave Senai dan rehat.
Ads
Day2 (27/11/2021) * 7.00AM: Sambung misi Bukit Batu Gajah -20 minit pendakian. * 9.00AM: Glass Museum JB RM10. * 10.00AM: Bukit Tiz, Masai hanya fokus nak pergi forest walk.Romantis sgt lalu bawah gerbang hutan * 12.30PM: Check out hotel * 2.30PM: Hiking ke Air Terjun Gunung Pulai 15 minit je, tapi best sangat mandi sini sejuk,parking RM3 * 6.30PM: Check in hotel di Pontian * 7.00PM: Layan sunset tepi Pantai Pontian. dan Dataran Pontian,meriah rupanya Pontian ni, best. *Malam: rehat dan layan movie di hotel je
Day3 (28/11/2021) * 7.00AM: Jalan-jalan sekitar bandar Pontian dan Dataran Pontian je. pertama kali makan roti canai dengan asam pedas, sgt serasi. * 10.00AM Check out hotel * 10.30AM: Pantai Rambah dan Muzium Bugis * 11.00AM: Pantai Telok Kerang * 11.30AM: Pulau Kukup * 2.00PM: Makan burasak dan belangkas sedapnya makanan tradisi Bugis. * 3.00PM: Nictar Pineappe Park: Free/ RM10 (free minuman) *Singgah sebentar di Johor Premium Outlet dan pulangkan semula kereta di Senai Airport * Kembara Johor ditamatkan * 4.30 PM flight Senai – KLIA (balik KLIA-Kl Sentral naik ERL hanya RM 1-jimat RM54) Total : +-RM350 *termasuk hotel /flight/makan/minyak etc.
Ads
Dengan ucapan berbanyak terima kasih kepada 3 orang utama yang menjayakan trip ni: 1. Rio Azzaro paling banyak temankan hiking 2. Khazrul Azreen stranger kan.TQ tumpang kereta. 3. Zanariah Zana walaupun tak join tp TQ banyak tips hiking kakakku
Sesekali singgah Wang Kelian di Perlis, ini sudah cukup memuaskan hati. Dapat tenang-tenang layan pemandangan cantik dari atas.
Biasanya pencinta alam semula jadi, akan singgah Wang Kelian View Point untuk melihat sendiri keindahan negeri Perlis.
Di Wang Kelian View Point, anda akan dapat menyaksikan pemandangan dan lanskap indah di ketinggian 303 meter dari aras laut.
Tetapi tarikan paling popular yang ramai orang idamkan di sini adalah untuk menyaksikan sendiri panorama menakjubkan dan jarang-jarang sekali dilihat iaitu ‘Fenomena Awan Karpet’ atau kejadian gumpalan awan yang terbentang luas bak permaidani melewati dua puncak Bukit Chabang.
Menurut penduduk tempatan, tips untuk melihat ‘Awan Karpet’ adalah malam sebelum anda naik mestilah cuaca mendung dan hujan, barulah awal pagi esoknya dapat enjoy fenomena luar biasa itu.
Gumpalan corak awan terbentang dapat dilihat sehingga Empangan Timah Tasoh yang terletak 16.2 kilometer dari kawasan itu.
Disebabkan Perlis tiada banyak bangunan pencakar langit dan amat kurang pencemaran udara, jadi awan karpet ini mudah terbentuk.
Terbaharu Wang Kelian View Point ini mengenakan caj kepada pengunjung dewasa sebanyak RM2 dan kanak-kanak seringgit yang korang kena bayar di pintu gerbang berpalang sebelum mendaki ke puncaknya.
Walau ada sedikit trek mendaki tetapi korang jangan risau kerana laluannya adalah jalan bertar dan tidaklah sesukar mana, asalkan memakai kasut yang bersesuaian untuk lebih keselesaan.
Selepas mendaki sekitar 5 hingga 10 minit mengikut kelajuan masing-masing, mesti penat korang akan terus hilang bila melihat pemandangan indah yang boleh nampak satu Perlis.
Walaupun cuaca masa pergi nanti panas terik, tapi jangan risau angin yang bertiup di puncak Wang Kelian itu pasti dapat menyejukkan badan.
Di sana ada banyak port untuk bergambar cantik seperti papan tanda besar, pelantar tertera tulisan ‘Wang Kelian’ di lantainya serta buaian dengan panorama mempesonakan.
Owh ya, kalau rasa lapar, di puncak Wang Kelian View Point itu tersedia gerai-gerai makanan, minuman dan kopi pun ada untuk dibeli sambil menjamu selera dengan view mahal kat sana.
Jadi, kalau betul nak tenangan emosi yang stress, boleh lah singgah Wang Kelian di Perlis ini. Confirm, puas hati!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Thailand memang sudah terkenal dengan keindahan pulau dan pusat hiburan bertaraf dunia. Pantai di Pattaya antara pantai yang tidak kurang popular di Thailand. Pengunjung akan terasa damai dan tenang melihat pasir yang memutih dan angin laut yang menyegarkan di samping melihat kapal-kapal layar dan bot-bot yang berlabuh di laut yang jernih.
Terletak 147 kilometer dari tenggara Bangkok, Bandar peranginan yang dulunya cuma perkampungan nelayan berubah menjadi pusat pelancongan sekitar tahun 60-an dan sehingga kini menjadi destinasi percutian cukup mengujakan.
Di Malaysia, menu Nasi Goreng Pattaya sangat dekat dihati kita. Mungkin ramai beranggapan menu tersebut berasal dari Pattaya. Tanggapan itu silap! Orang Pattaya sendiri tidak tahu akan kewujudan Nasi Goreng Pattaya tersebut. Tidak percaya? Cuba tanya kepada penduduk tempatan.
Pattaya terus menjadi terkenal dan ia mengecapi pembangunan yang cukup menakjubkan. Oleh itu tidak hairanlah, apabila musim cuti pulau itu menjadi tumpuan. Hotel-hotel akan penuh sesak dan semua kawasan di situ menjadi tumpuan pelancong. Pattaya dikelilingi laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, bersantai, dan memancing. Pantai berpasir putih yang panjang bermandikan limpahan cahaya matahari sepanjang hari menjanjikan ketenangan yang lengkap. Air laut yang jernih membiru mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan rekreasi air lain.
Di sini juga, selain bersantai di persisiran pantai dan menikmati keindahan alam ketika matahari terbenam, ia juga menjadi lokasi untuk pelancong membeli cenderahati dan menikmati pelbagai jenis makanan. Sama seperti destinasi lain yang berhampiran lautan luas, terdapat banyak restoran dan kafe yang menyajikan hidangan makanan laut yang lazat dan segar. Sebut apa sahaja menu yang mahu anda jamah, semua ada di, dari makanan tempatan hinggalah kepada hidangan barat, segala ada di situ.
Pendek kata, di Pattaya apa juga makanan yang anda idamkan pasti boleh diperolehi di situ. Begitu juga dengan hotel dan calet yang di kawasan tersebut. Ia sering menjadi rebutan ramai kerana keindahan dan keselesaannya. Jika ingin beristirehat, segeralah ke pusat urutan atau spa traditional yang menawarkan khidmat urutan Thai yang terbaik dengan harga berpatutan.
Lebih mengujakan, di Pattaya turut mempunyai taman tema air yang menyeronokakan untuk seisi keluarga. Cartoon Network Amazone mula beroperasi sejak tahun 2014 merupakan taman tema air pertama di dunia yang membariskan pelbagai watak dalam siri Cartoon Network seperti Powerpuff Girl, Ben10 dan Adventure Time. Terdapat 10 zon bertema untuk diterokai sebelum jantung anda mengecut saat merasai sendiri keseronokan bermain rollercoasters air yang cukup curam. Rasai juga pelbagai tunggangan menyeronokkan selain bersantai di taman permainan aqua dengan pelbagai permainan air yang berbeza-beza.
Pengunjung dapat menyaksikan persembahan dari karekter kartun seperti The Powerpuff , Johnny Bravo, Ben 10 dan sebagainya pada setiap hari di pentas utama sambil beralun santai di ombak buatan yang menyeronokakan. Terletak di Bang Saray Bay, Thailand iaitu 20 minit dari bandar Pattaya dan dua jam perjalanan dengan kereta dari Bangkok, Taman Tema Air Cartoon Network Amazone terdiri daripada 10 permainan termasuk rollercoaster, kolam mandi ala pantai dan Cartoonival. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang, Cartoon Network Amazone juga dinobatkan sebagai taman tema akuaria terbesar dan memiliki 150 seksyen kolam mandi.
Kalau datang ke Thailand tidak sah rasanya jika tidak melihat persembahan gajah atau melihat gajah dari jarak dekat. Di Pattaya, anda boleh membawa keluarga ke Nong Nooch Botanical Gardenkala yang terletak di Chonburi. Anda pasti teruja melihat persembahan bersahaja si gajah yang berbakat seperti bermain bola, berbasikal, menari dan sebagainya. Tarian klasik Thai yang mempesonakan, pertunjukan tinju dan gendang antara yang menarik untuk dirasai saat berkunjung ke Nong Nooch Botanical Garden ini. Tidak hanya itu, taman yang memenangi banyak anugerah ini juga merupakan lokasi kepada beberapa bunga yang paling luar biasa selain memiliki landskap haiwan cukup mengagumkan.
Di taman ini juga, anda berpeluang melihat sendiri lebih 670 spesies orkid termasuk orkid hibrid yang sangat cantik.
Untuk menghayati kesenian dan senibina Thailand, singgah sebentar ke Sanctuari of Truth di Pattaya. Dari jauh, anda boleh lihat senibina kayu yang tersergam indah di tepian pantai setinggi 100 meter gah berdiri. Bangunan ikonik ini hasil kraf masyarakat Thai mengunakan kayu sejak dari tahun 1981 dan belum siap sepenuhnya hingga sekarang. Ramai pelancong beranggapan ianya merupan sebuah kuil, tanggapan tersebut tidak benar sama sekali kerana ia merupakan binaan yang dibina oleh pemiliknya semata-mata untuk menunjukkan seni kraf orang Thai.
Pengunjung yang datang ke sini akan ditemani oleh seorang pemandu pelancong yang akan menerangkan dengan terperinci tentang binaan tersebut. Selain itu, cuba aktiviti menunggang gajah atau menaiki perahu mengelilingi Sanctuary of Truth ini. Anda akan dapat lihat pelbagai struktur ukiran kayu menarik dari pelbagai posisi dan sudut.
Jika dari Malaysia, boleh terus ambil penerbangan ke Pattaya.
Atau alang-alang berada di Bangkok, anda boleh memilih menggunakan pengangkutan darat samada bas, van atau kereta sewa dari Bangkok.
Cuba keenakan masakan Halal tempatan yang begitu menyelerakan di Restoran Amir Halal Foods. Menu cadangan Sup Daging!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Menjejak kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Nashville di Tennessee, AmerikaSyarikat, penulis disambut dengan deretan kedai menjual CD muzik, cenderahati berkonsep‘cowboy’ dan instrumen muzik, malah gitar-gitar sebenar turut dipamerkan di beberapa sudut sebagai hiasan dalaman.
Muzik sudah dianggap sebagai ‘roh’ negeri Tennessee: bandar terkenal dengan genre muzik yang berbeza pula. Jika bandar Memphis lebih kepada genre rock-and-roll dan blues,genre muzik yang istimewa kepada bandar Nashville pula adalah muzik ‘country’.Terdapat banyak tarikan pelancong di Nashville yang mengetengahkan khazanah muziknya. Antara yang paling mendapat perhatian ialah Country Music Hall of Fame yang terletak di pusat bandar.
Muzium muzik popular yang terbesar di dunia,artifak di Country Music Hall of Fame meliputi instrumen muzik, kostum penyanyi selain pameran berkenaan sejarah muzik country sejak awal kemunculannya hingga kini, melibatkan nama-nama artis daripada Elvis Presley dan Johnny Cash hinggalah kepada Carrie Underwood dan Taylor Swift.Selain bahan pameran di muzium itu sendiri,pengunjung juga berpeluang menyertai lawatan keRCA Studio B, studio rakaman tertua di Nashville, dimana lebih 35,000 buah lagu telah dirakam di situ.Lawatan ke RCA Studio B hanya didapati menerusi pembelian tiket Country Music Hall of Fame sahaja.Seni bina Country Music Hall of Fame juga mempunyai maksud tersendiri yang istimewa,misalnya di hadapannya terdapat deretan tingkap diperbuat daripada kaca gelap yang menyerupai papan kunci sebuah piano.
Berhadapan Country Music Hall of Fame, terdapat sebuah taman bunga mini yang dikenali Music City Walk of Fame Park. Menyerupa iWalk of Fame di Hollywood, ia menghadiahkan sebuah ‘bintang’di taman itu untuk para penggerak industri muzik yang telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada industri. Antara nama-nama yang telah diabadikan disitu termasuk Elvis Presley, Martina McBride, Dolly Parton, Kid Rock,Keith Urban dan Jimi Hendrix.
Selang beberapa bangunan dari taman tersebut, sebuah lagi lokasi penting Nashville, Ryman Auditorium, boleh diakses dengan berjalan kaki sahaja. Dikenali dengan nama “Mother Church of Country Music”, pada asalnya ia dibina sebagai sebuah gereja pada tahun 1892. Antara tahun 1943 dan 1974, Ryman Auditorium telah dijadikan lokasi program hiburan radio dikenali sebagai Grand Ole Opry. Setelah siaran program itu berpindahke lokasi baru, Ryman Auditorium masih lagi mengekalkan peranannya sebagai satu hab hiburan di Nashville. Sehingga kini,persembahan dan konsert masih diadakan. Antara artis-artis yang pernah membuat persembahan di sini termasuk Annie Lennox, Louis Armstrong, Jon Bon Jovi,Sheryl Crow, Coldplay dan Jonas Brothers.Selain penganjuran konsert, Ryman Auditorium juga mempunyai keistimewaan tersendiri termasuk memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat rakaman lagu sendiri di Ryman RecordingBooth.
Dari Ryman Auditorium, eksplorasi pusat bandar Nashville boleh diteruskan lagi dengan berjalan kaki. Muzium Johnny Cash dan Schermerhorn Symphony Center antara tempat tumpuan yang boleh dilawati. Deretan kedai cenderahati berkonsep muzik,pusat karaoke, kedai kasut but serta kostum ‘country’ pula memenuhi segenap penjuru. Suara nyanyian dan muzik berkumandang sepanjang hari daripada persembahan band secara ‘live’ yang terdapat di kedai-kedai makan dan kafe, menambahkan kemeriahan kawasan sekitar.Beberapa minit perjalanan menaiki kereta dari pusat bandar adalah Grand Ole Opry House, lokasi baru program Grand Ole Opry setelah berpindah dari Ryman Auditorium.
Grand Ole Opry merupakan rancangan muzik country secara langsung yang disiarkan di radio sejak tahun 1925 sehingga kini. Persembahan Opry disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu, dan para pengunjung yang ingin menontonnya sendiri di lokasi boleh melakukannya di Grand Ole Opry House, yang mampu memuatkan lebih 4,000 orang penonton. Setiap bulan menampilkan artis-artis yang berbeza, oleh itu anda dinasihatkan untuk melihat jadual persembahan terlebih dahulu di laman webwww.opry.com Grand Ole Opry House bukan hanya lokasi persembahan konsert ‘live’ sahaja,tetapi juga menawarkan pakej lawatan belakang tabir, di mana para pengunjung berpeluang menyaksikan suasana pentas dan bilik persalinan para penyanyi.
Hanya bersebelahan Grand Ole Opry House, adalah sebuah pusat membeli-belah dengan kedai-kedai ‘factory outlet’ yang menawarkan harga lebih murah. Opry MillsMall, mempunyai lebih 200 buah kedai termasuk daripada label-label terkenal seperti Coach, Michael Kors, Fossil, Calvin Klein dan Tommy Hilfiger.Lari seketika daripada hiruk-pikuk bandar, ketenangan ditemui di Centennial Park, taman rekreasi berkeluasan 132 ekar yang mempunyai sebuah tasik, taman-taman bunga, dan sebuah bangunan yang menjadi ikon bandar Nashville sejak penghujung abad ke-19 lagi. Bangunan gah tersebut ialah replika saiz sebenar kuil Parthenon yang terdapat di Athens, Greece.Bagaimanapun, ia tidaklah berfungsi sebagai kuil, sebaliknya berperanan sebaga isebuah galeri seni.Nashville juga mempunyai tinggalan sejarah yang lama; beberapa rumah agam yang berusia ratusan tahun milik keluarga keluarga berada, masih dijaga rapi dan boleh dilawati para pelancong. Contohnya Belle Meade Plantation, Belmont Mansion,dan The Hermitage yang merupakan kediaman Presiden Amerika Syarikat yang ke-7, Andrew Jackson. Jelas sekali, tidak tepat untuk menyimpulkan Nashville hanya mempertaruhkan latar belakang muziknya sebagai tarikan pelancong. Bandar ini turutkaya dengan bangunan bersejarah, seni tampak dan kebudayaan tersendiri yang amat menarik untuk diperhatikan.
Bila bercuti, ramai orang terlalu fokus pada itinerary, tempat menarik dan makanan sampai terlupa satu perkara penting iaitu soal keselamatan barang peribadi. Dalam mood...