Gembirakan Ayah anda dengan merancang pelbagai aktiviti menarik bersama di Negeri Selangor. Jadikan aktiviti yang tersenarai di bawah sebagai inspirasi pada masa akan datang (#ImagineNowExperienceSoon), dan tebus semula momen Hari Bapa yang jatuh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini pada masa kelak.
Memancing di Pulau Ketam, Pelabuhan Klang
Pulau Ketam by Selangor Kini
Sediakan peralatan memancing anda seperti joran, umpan, mata kail dan sebagainya. Pulau Ketam yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang adalah lokasi tumpuan bagi kaki pancing. Pulau ini adalah sebuah pulau bakau yang dikelilingi dengan kawasan lumpur. Terdapat empat perkampungan nelayan di sekitar pulau ini iaitu Perbandaran Pulau Ketam, Bagan Teo Chew, Sungai Dua dan Sungai Lima. Habiskan masa lapang dengan memancing bersama Ayah anda dan berkongsi cerita terbaharu masing-masing sambil bersantai di sini!
Berbasikal di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong
FRIM by sharulnizam.com
Aktiviti berbasikal merupakan salah satu cara mudah untuk beriadah disamping ianya bagus untuk kesihatan. Ajak Ayah anda berbasikal di FRIM, Kepong yang terletak di Daerah Gombak yang menyediakan laluan trek dalam kawasan kampus dengan dikelilingi keindahan semulajadi. Aktiviti berbasikal sangat menyeronokkan dan mampu mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Di sinilah anda dapat meluangkan masa bersama Ayah mahupun seisi keluarga anda!
IKLAN
Santai Berkelah di Air Terjun Sungai Tekala, Hulu Langat
Air Terjun Sungai Tekala by aqhlef_
Sekiranya Ayah anda lebih cenderung kepada aktiviti yang tidak memerlukan banyak tenaga, aktiviti berkelah di Air Terjun Sungai Tekala merupakan pilihan yang tepat! Air terjun di sini cukup sinonim dan popular di Negeri Selangor dengan kejernihan yang pasti memikat hati. Kedalaman air yang cetek dan arus yang tidak deras menjadikan lokasi ini sesuai untuk bermandi-manda. Namun begitu, kemudahan dan kelestarian yang disediakan di sini haruslah dijaga dengan baik oleh semua pengunjung.
Aktiviti Memerhati Burung di Paya Indah Discovery Wetlands
Paya Indah Wetlands by vthian
Bawa teropong khas dan luangkan masa anda bersama Ayah dengan melakukan aktiviti riadah seperti memerhati burung di Paya Indah Discovery Wetlands. Anda akan dapat menyaksikan pemandangan dari menara pemerhati yang menawarkan pemandangan 360 darjah ke seluruh kawasan. Dianggarkan, sebanyak 213 spesis burung boleh ditemui di sini menjadikan aktiviti ini suatu yang mengujakan.
IKLAN
Santai Petang di Holy Smoke Cafe, Shah Alam
Holy Smoke Cafe by Zomato
Bersantai sambil minum petang merupakan perkara yang paling mudah untuk meluangkan masa bersama Ayah. Holy Smoke Cafe yang terletak di Shah Alam, menawarkan kualiti masakan yang tinggi pada harga yang berpatutan. Kafe ini mempunyai reka bentuk dalaman berkonsepkan retro-moden yang pastinya membangkitkan suasana yang tersendiri serta memberikan pengalaman yang unik. Pengisian masa terluang di sini akan memberi ruang untuk anda mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga, khususnya Ayah anda.
IKLAN
Luangkan masa bersama Ayah anda dengan melakukan aktiviti menarik di Negeri Selangor setelah tamat tempoh pelaksanaan PKP nanti. Semoga idea yang disenaraikan ini mampu memberikan kenangan manis, walaupun aktiviti sempena sambutan Hari Bapa bersama Ayah anda tahun ini ditangguhkan pada suatu masa kelak. Jadikan ianya inspirasi buat masa sekarang dengan #ImagineNowExperienceSoon.
Namun, adalah diingatkan, kita perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Sentiasa pastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, memakai cecair pembasmi kuman secara berkala dan mendaftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat” ketika melangkah masuk ke premis-premis di Negeri Selangor.
Negeri Melaka adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Boleh dikatakan, setiap minggu Melaka pasti dipenuhi dengan pelancong tak kira dari dalam mahupun luar negara.
Selain daripada tempat-tempat bersejarah yang menjadi tarikan kepada setiap kunjungan pelancong ke negeri itu, Melaka juga menjadi destinasi kepada penggemar makanan. Ada yang datang ke Melaka hanya semata-mata untuk memburu juadah yang sedap di sana.
Kepada anda yang suka memburu kedai-kedai makan sedap lagi-lagi di Melaka, di sini Libur nak kongsikan kepada anda 23 destinasi makan yang mendapat rating review 4 daripada 5 bintang dan ke atas oleh wargamaya di Google.
Cengkerang Seafood Jumble
Kalau anda memang minat makanan laut, boleh datang ke kedai ini kerana di sini, mereka menyediakan juadah makanan laut yang pelbagai seperti lobster, king crab, udang, ketam dan makanan laut bercengkerang yang lain.
Alamat: No 10, Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, 75250 Melaka.
Waktu Operasi: Pukul 5 petang hingga 11 malam
Mee Sup Tengkera
Lokasi mee sup ini juga dikenali dengan panggilan mee gian. Kalau anda terasa nak makan aneka mee sup yang ada di sini, boleh Google mee sup tengkera. Kedainya berdekatan dengan Masjid Tengkera. Cadangan Libur, selain anda makan mee sup, pesan juga popia basah, highly recommended.
Alamat: Lot, 460, Jalan Tengkera, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Pukul 2.30 petang hingga 6 petang
Pak Putra Restaurant
Kedai special untuk anda yang suka lepak mamak dan makan roti naan bersama ayam tandoori. Kedai mamak ini adalah kedai mamak yang sangat popular dikalangan orang tempatan di Melaka. Menu paling digemari di sini adalah ayam tandoori.
Alamat: 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Waktu beroperasi: Pukul 5.30 petang hingga pukul 1 pagi
Cendol Jam Besar
Anda yang nak basahkan tekak selepas pusing Bandar Hilir, boleh singgah di kedai Cendol Jam Besar yang terletak di tengah-tengah Bandar Hilir berdekatan dengan jam besar. Ada pelbagai menu candol yang disediakan kepada anda dan, selain cendol anda kena cuba air tembikai yang disediakan dengan cara yang paling mengiurkan sekali.
Alamat: Bandar Hilir, 75200 Melaka
Waktu operasi: pukul 9 pagi hingga 6 petang
Floyd Kitchen Melaka
Selalunya orang yang food hunting ke Melaka ni nak cari makanan resipi asli tempatan kan? Tapi dekat Google pun naik juga kedai yang menjual hidangan makanan barat. Ini mesti sebab orang tempatan dekat Melaka suka makan kedai ni. Kalau anda cari kedai makanan barat di Melaka, boleh singgah ke Floyd Kitchen Melaka.
Alamat: No 5, Jln Lagenda 3, Taman 1 – Lagenda, 75400 Melaka
Waktu operasi: pukul 12.30 tengahari hingga 11.30 malam
Mango Float Royale Melaka
Kedai yang menjual mangga susu sampai orang ramai kena beratur panjang di Melaka. Dekat KL pun ada jual mangga susu tapi, bila anda sampai ke Melaka, anda kena cuba mangga susu yang disediakan di sini. Sangat sedap. Kalau tidak, masakan orang sanggup beratur panjang hanya untuk mangga susu.
Alamat: Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam
Waktu operasi: pukul 11 pagi hingga 11.30 malam
Klebang Original Coconut Shake
Kedai yang menjual coconut shake yang asal di Pantai Klebang. Sambil-sambil jalan dekat Pantai Klebang tu sedut coconut shake, alahai sedapnya. Ada banyak kedai yang jual coconut shake tapi kedai Klebang Original Coconut Shake antara kedai yang dicadangkan kepada anda untuk singgah mendapatkan segelas coconut shake segar dari dalam buah kelapa.
Alamat: Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Klebang Besar, Melaka, Kesibang
Waktu Operasi: 11 pagi hingga 6 petang
Hadramawt Palace
Lokasi kedai makan ini adalah untuk anda yang nak cuba menu makan bertemakan Arab dan Yaman di Melaka.
Alamat: No.15,jalan pnbb 2,pusat Niaga Bukit Baru, Mukim Bukit Baru
Waktu operasi: 11 pagi hingga 11.30 malam
Cendol Kampung Hulu @Makan Avenue
Cendol Kampung Hulu – tengok gambar saja dah cukup untuk menceritakan kesedapan juadah yang disediakan kepada pelanggan yang datang ke sini. Landmark yang paling senang untuk anda yang ingin pergi makan Campung Kampung Hulu ini adalah Masjid Kampung Hulu. Ada pelbagai jenis cendol yang ada daripada cendol biasa hingga cendol durian. Anda kena cuba cendol durian, sangat sedap waktu panas lit lit.
Alamat: No 26, Jalan Kampung Hulu, Melaka
Waktu operasi: 12 tengahari hingga 12 malam
Calanthe Art Cafe
Kafe ini sangat sesuai untuk anda yang nak lepak makan tempat-tempat hipsturr. Juadah makan dia sedap juga dan persekitaran dalaman kedainya selesa dan nyaman. Kalau anda bermalam di Bandar Hilir, boleh singgah ke kedai ni untuk sarapan pagi.
Alamat: 11, Jalan Hang Kasturi, 75200 Melaka
Waktu operasi: 9 pagi hingga 11 malam
Botanist Cafe
Kafe ini berkonsepkan sehijau warna daun dan juadah makanan yang disediakan di sini adalah istimewa untuk anda yang hanya makan sayur-sayuran atau vagetarian. Sekalipun makanan di sini untuk vagetarian, tapi sedap tau. Kalau anda suka makan sayur, anda boleh datang ke sini.
Alamat: 41&43, Jalan Melaka Raya 8, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Seri Erra Roti John
Penggemar roti john kena datang sini. Inilah syurga roti john. Tak percaya? Anda tonton video ni. Saduran telur yang menyaluti kepingan roti john tu betul-betul nampak menyelerakan.
Alamat: 42, Jalan Tun Sri Lanang, Kampung Durian Daun, 75100 Melaka
Waktu operasi: 6.30 petang hingga 11 malam
Yong Tau Foo Pantai Puteri
Kedai yong tau foo ni dekat hujung Medan Selera Pantai Jering atau nama dia Gerai Mesraria Yong Tau Foo. Ada banyak jenis pilihan yong tau foo yang anda boleh pilih dan yang menariknya adalah ada pilihan-pilihan di situ yang boleh membuatkan anda rambang mata nak pilih. Yong tau foo ni yang paling penting kuah dia, dan kuah yang ada di kedai sangat menepati citarasa orang ramai.
Alamat: Gerai No.1 Medan Selera Pantai Jering, 76400 Tanjong Kling
Waktu operasi: 5 petang hingga 11 malam
Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Melaka ada banyak kedai yang jual makanan laut tapi di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Duyung ini adalah antara yang terbaik di sana. Suasana yang selesa di restoran ini sangat sesuai untuk anda bawa keluarga makan malam. Bukan sahaja keluarga, kalau anda datang bercuti bersama teman sekalipun, kedai makan ini antara yang perlu ada dalam senarai cadangan makan malam anda bersama.
Alamat: Jalan Padang Temu, 75050 Melaka
Waktu operasi: 4.30 petang hingga 11 malam
Mee Besen Original
Nama dah gempak kan? Makan mee dalam besen. Haha bukan macam tu. Maksud mee besen ni adalah kuantiti makanan yang dihidangkan kepada anda umpama makan dalam besen sebab banyak! Kuantiti makanan dekat sini boleh makan berdua. Kalau anda jenis tak jaga badan main sebat kecuali batu dengan kayu, boleh la try makan sorang. Tapi untuk yang perut kecil, boleh kongsi bersama teman anda. Ada pelbagai jenis menu yang ada di sini dan yang pasti, rasanya cukup untuk membuatkan anda repeat setiap jenis hidangan yang ada.
Asam Pedas Pak Man
Melaka memang terkenal dengan asam pedas dan Restoran Asam Pedas Pak Man ini adalah yang popular di kalangan warga Melaka dan semestinya, pilihan asam pedas yang paling laku adalah asam pedas ikan pari.
Alamat: 202, Ujong Pasir, 75050 Melaka
Waktu operasi: 8 pagi hingga 10 malam
Roti Terbang Asam Pedas Banjir
Kueh Keria Gula Melaka Batu Berendam
Kuih keria Batu Berendam ni agak terkenal bukan saja dekat orang Melaka tapi, orang luar pun suka juga makan kuih keria Batu Berendam ni. Panjang barisan orang beratur semata nak beli kuih keria tu. Tapi kalau anda sendiri nak beratur, Libur rasa berbaloi sebab rasa yang ada pada kuih keria tu membuatkan hasil beratur tu rasa berbaloi. Bukan sekadar menjual kuih keria sahaja, kedai ini juga ada menjual beberapa juadah yang lain seperti goreng pisang.
Alamat: Ruang Niaga Terbuka, Taman Cergas, 75350 Batu Berendam, Melaka
Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 petang
Ikan Bakar Parameswara
Satu lagi menu makan yang best kalau anda nak makan makanan laut dan kepakaran kedai ini adalah pada juadah ikan bakar yang disediakan. Ada pelbagai jenis ikan yang dibakar di atas dapur arang yang marak membara-bara, membuatkan aroma bau ikan bakar itu menyelerakan dan menyebabkan anda terasa lapar dan ingin makan semua jenis ikan bakar yang ada di situ. Anda boleh pilih apa jenis makanan laut yang anda nak, kemudian dibakar dan dimakan dengan air asam. Halamak!
Alamat: Medan Ikan Bakar, Pengkalan, Kampung Umbai, 75460 Ayer Molek, Melaka
Waktu operasi: 5 petang hingga 12 malam
Kocik Kitchen
Nak rasa makanan style Cina? Jom datang kedai Nyonya ni untuk rasa juadah makanan Chinese style yang sedap. Kedai ni tak jauh pun kalau anda nak pergi. Ada di Jonket Street saja.
Alamat:100, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka
Selebriti media sosial Nor Anis Dato’ Rosyam Nor baru-baru ini berkongsi pengalaman bercuti membawa anak kecil ke Turkiye pada Julai yang lalu. Menaiki penerbangan selama 13 jam, ia merupakan percutian pertama buat si kecil Anis yang ketika itu baru berusia lapan bulan.
Memilih Turkiye sebagai destinasi percutian, menurut Anis dia dan keluarga memang gemar bercuti dan percutian ke Turkiye merupakan percutian pertama buat anaknya, Muhammad Raees Mikael yang dilahirkan pada 15 November tahun lalu.
Pilih Destinasi Yang Dah Biasa
Ketika ditemubual oleh Majalah NONA, Anis yang merupakan anak kedua kepada pelakon terkenal Dato’ Rosyam Nor ini menyatakan ada rasa gementar pertama kali membawa anak yang masih kecil dalam penerbangan selama 13 jam.
“Mengenai percutian, memang saya gemar bercuti bersama keluarga. Tahun ini turut melancong ke Istanbul, Turkiye. Ini Pertama kali Anis bawa anak dan first time juga bercuti lepas Covid-19.
“Waktu tu ada rasa gementar juga sebab kali pertama bawa anak naik kapal terbang dan penerbangan selama 13 jam. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan anak pun tak meragam dalam flight serta sepanjang percutian,” ujar Anis
Istanbul dipilih sebagai destinasi sulung percutian bersama si kecil, Anis mengakui ia lebih mudah memandangkan negara tersebut pernah menjadi pilihan untuk percutian bersama keluarganya. Tambah pula bila bawa anak kecil, lebih mudah bila sudah biasa.
“Pergi Istanbul memang sengaja pilih tempat yang pernah pergi untuk tak rasa hassle sangat nak kena cari tempat makan, tempat berjalan semua sebab rasanya kalau bawa baby ni memang susah sedikit. So kena cari destinasi yang kita biasa supaya tak rasa penat sangat dan terbeban.”
Suami Bantu Jaga Anak Ketika Bercuti
Anis juga sempat berkongsi beberapa tip untuk bawa anak yang masih kecil bercuti
“Kalau nak berkongsi tip bawa anak kecil bercuti, Anis tak lah banyak pengalaman sangat tapi dari pengalaman hari tu, makanan kena sentiasa ready.
“Dalam flight kena make sure sebelum anak menangis, kita dah bagi susu dan makan supaya dia kenyang. Lampin kena tukar awal-awal, baju kena siapkan.”
“Paling penting kalau boleh, selalu bertukar-tukar (jaga anak) dengan suami supaya tak penat sangat kalau long flight. Kalau mak je yang kena jaga memang penatlah mak tu. Kena bertoleransi.”
Itu antara tip yang dikongsikan oleh Anis bila bercuti bersama anak yang masih kecil. apa yang ditekankan Anis ada benarnya, kalau nak happy dan enjoy bercuti, suami isteri perlu saling bergilir menjaga anak. selain membuat persiapan mengenai tempat yang ingin dilawati supaya lebih bersedia sepanjang percutian.