Setiap orang memerlukan tidur yang lena lebih-lebih lagi kalau sedang menempuhi satu perjalanan jauh sewaktu travel. Jadi, Libur ingin berkongsikan gear yang berguna kepada anda semua dan fokus kali ini ialah bantal compact untuk travel, mudah untuk dibawa dan disimpan. Sesuai untuk semua travellerespecially kaki backpack. Walau pun backpacking, takkan nak berbantalkan lengan pula kan?
Kesemua gear yang Libur senaraikan ini adalah daripada Indiegogo. For those who didn’t know yet, Indiegogo adalah satu website yang menjadi platform kepada para inventor untuk mencipta dan memasarkan produk atau idea baru ciptaan mereka.
Jadi tanpa melengahkan masa, jom kita tengok apa bantal yang anda boleh gunakan untuk travel trip next year nanti.
Voyage Pillow
Voyage pillow daripada Sondre ini menggunakan rekaan dua dalam satu yang menggabungkan bantal dan juga penutup mata. Ianya sangat selesa untuk digunakan ketika dalam perjalanan tidak kira di dalam kapal terbang, kereta api mahupun di dalam kereta.
Bantal Voyage ini juga menggunakan jenis kain poly/spandex dan bantal microbead, membolehkan ianya di ubah bentuk bagi memberikan keselesaan kepada si pemakai.
Bantal Blossom mempunyai memoryfoam yang premium dan ergonomik, reka bentuk yang draping serta menawarkan tekanan sifar ke leher dan mata anda. Blossom juga bantal leher pertama yang dibina daripada material memoryfoam yang mudah dan selesa untuk diletakkan ke leher dan mata anda bagi memberikan sokongan dan menyerap tekanan tanpa mendatangkan kedudukan dan ketidakselesaan yang janggal kepada lehar dan mata. Rekaan Blossom juga membolehkan ianya digulung seterusnya memudahkan proses penyimpanan di dalam bagasi dan menjimatkan ruang.
Mempunyai design yang unik, bantal ini direka bentuk 80 peratus lebih kecil daripada bantal travel tradisional dengan reka bentuk yang lebih ergonomik dengan memoryfoam untuk keselesaan leher yang lebih baik. BullRest ini juga datang dengan beg dan carabiner untuk setiap pembelian bagi memudahkan penyimpanan di dalam bagasi. BullRest bukan sahaja kecil tetapi sangat selesa. Memoryfoam yang digunakan memuatkan keseluruhan pangkal leher setiap pengguna untuk memberikan sokongan dan keselesaan yang unggul. Jurutera produk BullRest ini berjaya membangunkan bentuk ergonomik pertama dunia yang betul menjajarkan tulang vertebra C1-C7 dan BullRest direka untuk lelaki dan wanita. Jadi tidak perlu risau, keselesaan yang diberikan akan dapat dinikmati oleh sesiapa sahaja.
Reka bentuk hud yang boleh menutup mata anda untuk memberikan rasa gelap dengan segera. Ia dibuat dengan jenis micro–fleece yang selesa, memoryfoam yang memberikan keselesaan ergonomik, dan beg yang boleh ditanggalkan dengan penutup tali untuk mengikat bantal anda untuk memudahkan proses penyimpanan.
Antara ciri-ciri lain bagi produk selain menggunakan micro–fleece adalah saiz hud yang cukup besar, memoryfoam yang ergonomik, dimensi produk bersaiz 11 “x 11″ x 4 ” dan hanya seberat 368 gram.
TrtlPillowPlus adalah bantal travel yang boleh dilaraskan, ergonomik dan mudah untuk kita bernafas. Produk ini masih dalam tempoh mendapatkan funding dan setiap pembelian adalah melalui pre–order. Jadi jika anda terasa ingin melabur dalam produk ini, anda boleh lakukan demikian dengan membeli dengan harga serendah RM184.
Lihat video produk di atas, anda pasti jatuh hati dengan features yang ditawarkan oleh TrtlPillowPlus ini!
Jika anda nak merasa percutian menarik di Sabah, inilah masanya! Mungkin sebelum ini anda biasa pergi tempat yang ramai orang dan biasanya akan melawat pulau-pulau di negeri itu.
Antara lokasi pulau percutian yang sering mendapat perhatian ramai adalah di sekitar kawasan Sipadan, Sibuan, Mataking dan Semporna.
Haa… memang banyak tempat menarik di Sabah tetapi inilah keindahan Pantai Kelambu yang kurang dikenali di Kudat.
Bagi mereka yang ingin berada di tanah besar, pantai Simpang Mengayau adalah tempat yang sesuai untuk pengunjung pantai yang ingin menikmati pantai pasir putih, kejernihan air biru dan pemandangan yang tenang.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rider Chris telah pun berkongsi tempat menarik tersembunyi di Sabah.
Paling penting, disini juga banyak port yang menarik untuk korang ber’OOTD’. Sudah tentu gambar korang akan menjadi lebih cantik dengan pemandangan semula jadi di persisiran pantai.
Hanya kira-kira 2 kilometer dari pantai ini, korang boleh menjejaki northernmost point di Pulau Borneo dan berada di sempadan terdekat antara Filipina dan Malaysia sambil melihat pemandangan panorama Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Terdapat banyak chalet, kafe, restoran, tandas awam dan tempat ini juga menjadi antara lokasi melihat matahari terbenam yang sangat indah. Penting untuk korang tahu juga, di kawasan ini juga hanya transaksi tunai diterima kerana liputan internet yang terhad. Jadi, bawa wang tunai siap-siap ya.
Cantikkan tempat tersembunyi ini? Sementara lokasi ini masih tidak dikunjungi ramai lagi, eloklah sekiranya korang bertandang ke sini dulu.
Tasmania Island menjadi pilihan pelancong ke negara kanggaru ini kerana mempunyai persisiran pantai putih dan tarikan bangunan bersejarah. Hobart ialah ibu negeri dan pusat kewangan serta pentadbiran Tasmania, dan juga bandar kedua tertua di Australia menjanjikan seribu satu pengalaman unik buat pengunjung.
Pelancong dan pengujung yang ke Tasmania Island, ramai yang memilih untuk pusing-pusing daerah ini menggunakan kenderaan yang disewa. Memandu sendiri adalah pilihan terbaik untuk meneroka pulau ini. Selain kos lebih murah, ia juga lebih fleksibel untuk ke mana saja mengikut masa sendiri.
Pelancong luar tidak perlu mempunyai lesen memandu antarabangsa, cukup dengan membawa lesen memandu Malaysia dwi bahasa. Namun, perlu mematuhi segala undang-undang jalan raya yang sedikit ketat dan efesien.
Ikuti perkongsian & pengalaman mereka yang pernah ke destinasi ini:
Perbelanjaan : Adalah per pax (bercampur dalam RM dan AUD). Saya tak masukkan Melbourne sebab rasanya ramai dah kawan2 lain yang share.
Tasmania ni adalah tempat yang sangat unpredictable weather nya, boleh jadi panas gile, sejuk gile, hujan gile, snowy gile jadi packlah baju yang boleh guna untuk ke semua musim.
1) TRANSPORTATION
a) KL – Melbourne (Air Asia): RM1198 (return)
b) Melbourne – Hobart (TIGERAIR) : AUD 43 (include luggage 20kg kongsi berdua)
c) Launceston -Melbourne (JETSTAR) – AUD57 (include luggage 20kg kongsi berdua)
d) Car rental – APEX car rental AUD 281.45- Mid Size Sedan AUTO with GPS, zero excess insurance and road assistance, extra driver, after hours pickup and drop off, (29/8/2018, 6pm-08/09/2018, 6am) . Saya dapat kereta Hyundai Elantra. Saya sangat2 recommend APEX sebab proses pickup dan drop off yang amat mudah, kereta bersih, cun dan tak ada masalah kerosakan dan paling penting harga sewa adalah yang paling murah dalam banyak2 kereta sewa kat Tasmania.
e) Minyak : AUD65
2) Sim Card – AUD30
OPTUS – 10GB data, unlimited calls and texts
Line Ok Cuma masa kat cradle mountain tak ada line tapi bila dah area atas2 gunung tu line dapatla pulak. Ok je duduk diam2 tak main phone, sekali sekala ye dak…. Saya beli simcard di Melbourne Airport
3) Accomodation
a) HOBART – (Narrara Backpackers) Twin Room shared bathroom: AUD 34.50
OK, staff peramah. Macam ramai yang duduk situ untuk long stay.
b) EAGLEHAWK NECK – (Bluegum Hostel) Double room shared bathroom : RM124
Disebabkan tak ada orang lain, kitorang je, jadi the whole house kami yang punya..yeehawww~ malam pasang lagu rock kapak buat mini karok. cantik rumah ni sekeliling kawasan memang cantik, ayam owner bela besaq gila terjakun sat. No laundry facilities.c) LOWER LONGLEY near HOBART – (Simple Farmstay) Private self contained studio with a queen bed + pull out single bed: RM188/2 nights
Rumah cantik cumanya, sejuk gile weyh rumah ni, pakai unggun api style tradisional kena pakai kayu api, so nak hidupkan unggun api je dah makan masa 2 jam..kahhh~
d) BICHENO – (Bicheno Backpackers) Budget twin shared bathroom: RM109.50
Hostel ni best, bersih dan luas.
e) BICHENO – (Seaview HolidaY Park) Basic Triple Room: RM86.80
Ada masalah dengan bilik kitorang, heater tak function berpindah randah jugak tapi oklah asalkan heater ada, sejuk woiii…
f) LAUNCESTON – (Launceston Backpackers) Twin with shared bathroom: RM80.20
OK, kitchen luas, bilik bersih, penghuni pun ramai, meriah~
g) CRADLE MOUNTAIN – (Cradle Mountain Holiday parks) 4 bed dorm (private): RM242/2 nights
Kitchen yang sebelah bilik kitorang tu memanjang ramai orang, ada budak2 mat salleh duduk, tak habis2 memasaknya. Nasib ada kitchen satu lagi, tapi jauh sikitlah dari bilik nak menapak. Bilik Ok, heater function bagus.
h) LAUNCESTON – (SJ Hostel) Twin Room Budget: RM67.42
Hurmmm hostel ni, bed sheet and mattress berbau, harga memang murah tapi itulahnya masalah dia.
4)
a) Tessellated Pavement
b) Tasman Blow-Hole
c) The Tasman Arch
d) Devil’s kitchen
e) Singgah Doo Town
f) Remarkable Caves
COST: Park entry – HOLIDAY type (8 weeks) valid to use for all parks including Cradle Mountain. AUD60/car. Satu kereta max 8 orang sahaja. Kami beli kat Tourist Centre tak jauh dari hostel kami duduk, Narrara Backpackers. Akan ada resit, jadi sepanjang walking, trekking or hiking kat mana-mana National Park, kena bawak sekali in case ranger ada dan nak check tgk korg masuk ada pass ke x, kat kereta pun ade kena tggl macam keratin kertas dan display supaya park ranger Nampak korang masuk park dengan valid pass.
Tempat-tempat ni semua cantik2 belaka, please jangan skip satu pun~ ?
5)
a) The Cape Huay walk
b) Ralph’s Bay (nak tengok Bioluminescent Plankton)
Ini hari yang tak berapa menjadi lah sebab hujan lebat, plan asal nak pegi trekking kat Cape Huay tu tapi jalan masuk sangat berlecak dan kiri kanan pokok2 tajam habis calar2 kereta, nak park kemudian jalan kaki tapi kawasan rumah orang macam tak berani pulak nak park kereta jadi dibatalkan niat, tak tau nak pegi mana lepaq je kat rumah. Bioluminescent Plankton ni pulak ngam2 dua ke tiga hari lps balik Malaysia bersepah-sepah group cakap dapat tengok plankton ni..siap pakej aurora lagikk tauuuu….tapi kita tak ada rezeki lerrr..
6)
a) Salamanca Market
b) Mount Wellington
Boleh bawak kereta samapai ke peak, tak payah hiking tapi nak jalan kaki naik atas pun boleh. Pakai tebal sikit sebab kat peak sangat sejuk, angina menderu-deru.
7)
a) Bruny Island
Cost: AUD33. Ini cost untuk kereta dan passenger yang size keretanya kurang dari 6meter. Mungkin harga dah berubah. Boleh refer link ni: https://www.sealinkbrunyisland.com.au/ferry/prices
Plan asal adalah nak ke Maria Island tapi last minit tukar plan ke Bruny Island. Tak ingat kenapa tukar plan, sebab terbangun lewat kot? Ferry ke Bruny boleh angkut kereta sekali, kalau Maria Island kena sewa basikal atau jalan kaki untuk berjalan2 kat island.
8)
a) Sleepy Bay & Gravelly Bay
b) Cape Tourville Lighthouse
c) Hiking Mount Amos
Satu je nak pesan, kalau hujan atau keadaan boleh buat track mount amos ni licin, better jangan naik, sangat2 slippery batu-batu kat mount amos. Masa saya naik Alhamdulillah, panas terik jadi batu-batu kering, memang ketar2 lutut nak naik dan sampai atas tapi view dia subhanAllah cantik sangat-sangat tak boleh nak describe macam mana dengan kata-kata..chewahhh~
9)
a) Whalers Lookout Scenic reserve
b) Bicheno Blowhole
c) Binalong Bay
10) Cradle Mountain
Tak dapat sampai peak sebab snow tebal dan track tak nampak jelas, bukan terer sangat hiking jadi, kami setakat 1273 meter sahaja dalam 6.18km perjalanan. View sangat cantik Cuma bagi saya, mount amos lagi cantik.
Itulah cerita saya, sepanjang kat sana makan memang masak sendiri, disebabkan ada kereta jadi kitorang bawak makanan sangat banyak dan barang-barang basah beli kat sana. Tasmania ni bagi saya macam little New Zealand. tengok dalam gambar cantik bila tgk depan2 lagikkkk cantik.
Masa pergi Remarkable Cave terjumpa dengan sorang Australian ni, sembang2 dia nampak happy sangat2, sebab dia cakap dia baru lepas divorce dengan husband nya, husband dia ada affair dengan perempuan muda so husband tinggalkan dia dengan anak2. Dia cakap sepanjang kahwin, dia tak pernah ada masa untuk diri sendiri, so lepas cerai anak pun dah besar, dia berjalan-jalan secara solo, setakat jumpa tu dalam Australia je tapi dia bercadang nak ke luar negara juga.
Bila tengok dia, teringat masa mula-mula travel dulu, nampak kereta lalu pun dah happy… sekarang happy juga Cuma otak banyak berfikir untuk mencari diri yang sebenarnya…??dah jumpa ke? Jawapannya, aku masih mencari~ ☺️
Kemalangan jalanraya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ada kemalangan yang membabitkan anda terjunam ke dalam air dan sekiranya kejadian ini berlaku, adakah anda tahu apa cara yang terbaik untuk menyelamatkan diri anda dengan kadar segera?
Jangan panik
Sangat penting untuk anda sentiasa kekal tenang, fokus dan simpan tenaga daripada teriak tak tentu hala. Bila anda dalam keadaan panik, sukar untuk anda berfikir dengan waras, seterusnya merancang jalan keluar dengan baik dan selamat. Jadi, kekal tenang walau apa jua keadaannya.
Buka tali pinggang keselamatan anda
Buka tali pinggang dahulu sebelum anda lakukan perkara-perkara lain seperti menyelamatkan harta benda anda. Tanggalkan segala aksesori yang ada di badan anda seperti jaket dan topi supaya anda dapat berenang dengan lebih baik.
Buka tingkap pintu kenderaan anda untuk keluar
Secara teori, ramai daripada kita menyangka buka pintu adalah satu jalan keluar yang baik tetapi dalam keadaan sebenar, cuba keluar melalui pintu kereta akan menyebabkan anda terperangkap lebih lama. Sebab, tekanan air menyebabkan anda sukar untuk membuka pintu berbanding biasa. Jadi, gunakan tingkap untuk keluar dari dalam kenderaan. Keluar segera sebelum kenderaan anda tenggelam lebih jauh ke dasar air.
Pecahkan tingkap sekiranya gagal membuka tingkap
Pecahkan tingkap kereta anda sekiranya tingkap kereta gagal dibuka dengan cara ketuk di mana-mana bahagian hujung atau bucu tingkap. Jangan ketuk di tengah-tengah tingkap. Ketukkan di bahagian hujung atau bucu lebih memudahkan kerja anda berbanding ketuk di tengah-tengah tingkap. Sebaiknya, sediakan alat untuk memecahkan tingkap di dalam kenderaan anda setiap masa. Alat ini sekarang mudah untuk didapati seperti di pasar malam atau boleh beli online.
Sekiranya anda travel bersama kanak-kanak, selamatkan yang tua dahulu
Pakar berpendapat bahawa anda perlu menyelamatkan kanak-kanak yang tua dahulu berbanding yang muda kerana mereka boleh membantu untuk menyelamatkan kanak-kanak yang lebih muda.
Satu lagi perkara tambahan, kesemua tips ini akan lebih berkesan sekiranya anda tahu untuk berenang dan memberikan peluang yang lebih besar untuk anda selamat daripada kemalangan yang berlaku. Bagaimanapun, walau tak tahu berenang, lebih baik kita bersedia untuk segala kemungkinankan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...