Meski jauhnya beribu kilometer dari Malaysia namun Pulau Jeju di Korea Selatan ini mungkin tidak asing terutama bagi yang meminati K Drama. Welcome To Samdari, Extra Attorney Woo, Running Man, Our Blues dan banyak lagi K Drama popular yang berlatar belakangkan Pulau Jeju.
Dan sebagaimana indahnya tempat ini dalam drama begitulah juga Jeju yang sewaktu menyambut kedatangan kami. Libur berkesempatan meneroka pulau indah ini di awal musim luruh pertengahan Oktober lalu atas jemputan Scoot Airline, syarikat penerbangan tambang murah dari Singapura dan Jeju Tourism Organization.
Dalam tempoh tiga hari meneroka pulau ini banyak lokasi dengan panorama cantik terhidang di hadapan mata. Namun berikut adalah lokasi pilihan Libur buat mereka yang merancang bercuti ke Jeju terutama yang memburu pesona keindahan alam semula jadi.
1. Seongsun Sunrise Peak
Lokasi ini adalah salah satu destinasi pelancongan yang menarik jutaan pengunjung ke Jeju. Kemuncaknya yang terletak 180 meter dari aras laut juga merupakan kawah yang terhasil dari letusan gunung berapi, menjadikan ia cukup unik.
Seongsan Sunrise Peak ini menawarkan keindahan yang cukup luar biasa dari atas. Kepenatan mendaki tangga pasti hilang sebaik melihat gabungan keindahan pemandangan laut, hamparan hijau kawah yang cukup mempersona bersama tiupan angin sejuk yang nyaman sekali. Kaki pasti terpaku seketika melihat keindahan ciptaan Tuhan ini.
Sebenarnya terdapat dua cara untuk meneroka Seongsun Sunrise Peak ini, selain mendaki ke puncak boleh juga menyusuri laluan pantai yang turut menawarkan pemandangan laut, Pulau Udo dari kejauhan serta kehijauan tanah tinggi cukup cantik hingga berat kaki untuk melangkah pulang.
Tip: Pastikan anda mengenakan pakaian yang sesuai untuk mendaki pada masa yang sama menarik untuk merakam foto. Sumpah cantik tempat ni!
2. Saryeoni Forest
Ads
Memasuki laluan khas yang dibina untuk meneroka Saryeoni Forest mata terus terpesona dengan aturan pokok ditanam cantik oleh manusia. Ya, hutan ini adalah salah satu ‘man made forest’ yang mana pokoknya mula ditanam sejak lebih 40 tahun lalu.
Asalnya dari tanah kosong, hutan yang kini dihuni pokok besar dari jenis oak, cedar, Snowbell dan beberapa lagi jenis pokok kini menjadi lokasi keluarga beriadah selain ‘photoshoot’ pengantin. Saryeoni Forest juga cukup popular kalangan pelancong menggemari aktiviti jungle trekking.
Tip: Hutan ini menyediakan laluan khas untuk memudahkan kita meneroka hutan, ambillah masa untuk menghayati suasana kedamaian dan bunyi alam semula jadi. Pilih datang hari bekerja ke sini untuk mengelakkan ‘kesesakan’ pengunjung selain mudah berfoto.
3. Saebyeol Oreum
Terletak di bahagian Selatan Pulau Jeju, ‘gunung kecil’ yang terhasil dari letusan volcanic cukup indah sekali kejadiannya. Ia salah satu destinasi yang perlu dikunjungi untuk menyaksikan panorama sekitar pulau Jeju dari ketinggian 520 meter.
Menaiki tangga semula jadi sambil berpaut pada tali untuk menjejaki kemuncak Saebyeol Oreum, anda akan menyaksikan hamparan eulalia yang memutih memenuhi tanah tinggi ini dari bawah hingga ke puncak. Satu latar belakang foto yang cukup cantik untuk dirakam.
Ads
Tip: Destinasi untuk yang gemarkan aktiviti hiking sambil menikmati keindahan pulau Jeju dari puncak. Pendakian mengambil masa lebih kurang 40 minit saja secara santai. Pastikan memakai kasut yang bersesuaian.
4. Sinchang Windmill Coastal Road
Jeju juga terkenal dengan kincir angin. Terdapat ratusan alat ini sekitar pulau terbesar di Korea Selatan ini. Berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik untuk pulau Jeju, salah satu lokasi terbaik untuk menyaksikan ‘mesin’ gergasi ini adalah di Sinchang Windmill Coastal Road.
Jalan yang terletak di tepian pantai ini terdapat deretan kincir angin boleh dilihat dari dekat sekaligus menjadikan sebagai tempat tumpuan pelancong bukan saja dari luar negara malah dari dalam Korea Selatan sendiri.
Tip: Jangan lupa singgah juga menikmati kopi panas di kafe sekitar persisiran pantai ini yang turut menyajikan pemandangan indah.
5. Gimnyeong Haenyeo Village
Ads
Sambil meneroka keindahan semula jadi Jeju, menarik juga untuk mengenali salah satu kebanggaan Jeju iaitu adalah penyelam wanita atau dikenali sebagai Haenyeo.
Di perkampungan ini anda dapat menyaksikan sendiri rutin serta persiapan haeneyo sebelum menyelam hinggalah selesai selaman. Meski masih ada namun populasi Haenyo semakin berkurang kerana golongan muda tidak berminat terlibat dalam kerjaya ini. Haenyeo paling muda yang ada ketika ini sudahpun berusia 62 tahun.
Dua orang penyelam wanita atau Haenyeo menunjukkan rutin yang dilakukan sebelum dan selepas menyelam.
Tip: Selain Gimnyeong Haenyeo Village, terdapat juga Muzium Haenyeo yang membolehkan pengunjung melihat lebih terperinci kehidupan dan tradisi penyelam wanita ini.
Jangan lupa ke sini juga
Selain daripada lima destinasi di atas, anda yang bakal ke Pulau Jeju boleh juga singgah di beberapa destinasi kunjungan kami yang tak kurang berbaloi keunikannya.
Ladang Teh Hijau O’sulloc & Innisfree
Sambil menikmati suasana hijau ladang teh hijau, pengunjung juga boleh berehat di kafe yang ada di sini selain membeli belah produk berasaskan teh hijau.
Myeongwol Elementary School
Nama saja sekolah tadika tapi ia sebenarnya adalah sebuah kafe. Selepas sekolah ini ditutup, ia tukar menjadi kafe dan masih mengekal ciri-ciri sekolah tadika.
Camellia Village
Perkampungan ini dipenuhi dengan pokok camellia yang dijadikan salah satu ramuan untuk produk kecantikan serta kesihatan. Kami dibawa melakukan aktiviti mencari biji benih hinggalah melihat penyediaan minyak camellia. Perkampungan ini menjadi tumpuan pelancongan terutama apabila pokok camelia ini mengeluarkan bunganya.
Scene of Jeju
Kami juga berpeluang melakukan akvititi mewarna pakaian atau dye menggunakan Gardenia seed, salah satu tumbuhan yang ada di Jeju. Ia antara idea buah tangan yang menarik untuk dibawa pulang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nak merasai suasana kedamaian hijau sawah yang terbentang luas dan sangat cantik untuk dijadikan background gambar kenangan anda? Percutiaan ke negeri Kedah dan Perlis merupakan pilihan ideal buat kalian.
Perkongsian trip secara backpack mendaki dua lokasi berbeza di Kedah dan Perlis oleh saudara Mohd Helmi nyata memberi kelainan untuk percutian anda yang suka akan alam semulajadi. Paling menarik, bercuti ketika ini, sangat menjimatkan.
Jom baca!
ITINERARI 3 HARI 2 MALAM
Hiking Backpacker Style Ke Negeri-Negeri Jepalang Padi Malaysia: Bukit Jernih, Perlis & Bukit Mok Cun, Kedah.
Trip:26-28 Jun 2020
Lokasi: Jajaran Pantai Barat Utara Malaysia.
COSTING:
Flight Airasia pergi balik KL-Alor Setar: RM24
Bee Garden Motel double room: RM26/ malam x 2
Total transport (mycar, bas & tren): RM37.70
Souvenier: Glove kedai Eco RM2 nak hiking
Guider: Harga deal dgn guider sendiri, honestly x mahal.
Makan minum:RM37.70
ALL IN COST= RM163.40
Hari 1
Flight tujuan KL-Alor Setar 8.30pm terus gerak KLIA lepas kerja.
Mycar Airport-Hotel RM12.90 (mahal dari harga flight aku, huhu)
Check in Hotel The Space Inn RM52 utk 2 malam.
Dinner di warung dan ke Menara Alo Setar je.
Hari 2
Mycar RM5 ke Tren Keretapi
Tren kedua (pertama terlepas) Alor Setar – Bukit Keteri, Kangar 7.39am, sekitar 1 jam perjalanan sampai di Stesen Bukit Keteri (stesen antara Arau-Padang Bsr) RM3.80
Amin anak Cikteh amik di stesen Keteri- naik motor ke Kaki Bukit Jernih (lbh kurang jarak 3km).TQ amin.
Pendakian bermula: View Superb kebabom. Siapa2 nak ke atas tolong guna guider (Highly recommended amik guider dgn Citteh BJ, servis dia dan anak dia memang gred A+), kalau x ada diorang belum tentu dpt cari trail ke atas, diorang pun tolong amik kan gambar dan jaga keselamatan kita. Kalau rasa servis diorang overexpectation, sila lah bg extra tips ok sayang.
Tengahari: Makhan2 di Restoran Pokok Sawa, Mata Ayer, Perlis. TQ sgt kpd hamba allah yg belanja makan makanan kampung.Sedap. Seronok jumpa kawan2 baru juga, nanti kita hiking tempat lain pulak ya kwn2.
Cikgu Pah, time kasih jg hantar pulang ke Arau. Rehat2 dan makan di Arau pula sebelum pulang Kedah.
Tren 4.30pm Arau-Alor Setar RM3.20
Mycar Alor Setar-Aman Central RM5 .Then makan lagi.
Petang:rehat dan tidur
Malam: Dinner di Iman Kutiew kerang, TQ kpd hamba allah lain pula yg belanja malam tu.Sedap kutiawnya.
Jalan-jalan night walking di sekitar Menara Alor Setar, Dataran dan Masjid Zahir sebelum dihambat balik oleh pak polisi sbb meriah sangat di dataran malam tu tanpa jarak sosial sesuai. Apapun tahniah Kedah dah zon hijau.
Hari 3
Tidur sampai 11 pagi
12.00 Makan di warung belakang Aman Central
12.30pm: Naik Bas Mara dari Aman Suri Residence, sebelah Aman Central ke Kampung Kodiang Lama RM4.40-then jalan kaki dalam 15 minit ke kaki bukit Mokcun. Kira mcm warm up dulu. Tapi confirm view sawah bawah tu dah panggil2 korang sebelum daki Mokcun.
Pendakian solo bermula seawal 1.45pm mcm tu
dalam pukul 6 pm baru turun setelah ke beberapa point seperi Batu Gantung, View Side Kereta Api & Side Lebuh Utama Jitra-Arau dan di Puncak Mokcun.
6 Pm: Bas Mara naik dari Kampung Kodiang Lama-Persimpangan Airport Alor Setar (Depan TH Hotel) RM3.40.
Makan Nasi Arab-then jalan kaki ke airport je, TQ ada abang baik tumpangkan otw jalan kaki ke airport. Org2 Kedah sempoi baq hang
Flight pulang ke KL 9.30pm
Credited with TQ kpd kawan-kawan yang dah menjayakan trip ni walaupun ada yang hanya jumpa di en-route, belanja-belanja makan dan free ride. Kepada yang tak sempat jumpa kita ketemu di lain masa ok.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Redang terkenal dengan pantai yang berpasir putih dengan pemandangan air laut yang membiru. Pulau Redang merupakan antara pulau pilihan terbaik untuk pelancong yang inginkan pengalaman percutian di pulau tropika.
Kawasan perairan Pulau Redang telah digazetkan sebagai Taman Laut bagi memastikan kelestarian alam semulajadi dikekalkan. Masa yang diambil untuk sampai ke Pulau Redang adalah dalam sekitar sejam sekiranya bertolak dari Kuala Terengganu dan 50 minit dari Marang.
Dekat Malaysia ni banyak pulau yang menjadi destinasi pelancong. So kali ini saya memilih Pulau Redang utk bercuti 4h3m memang sesuai untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Day 1 Terengganu
5.30am Penang ke Terengganu
1.00pm Sampai Terengganu
Check in area merang
Sutra Beach Resort (Inc breakfast)
Jalan2 cari makan kuala terengganu
Makan kedai warong Pak nong celup tepung
Kuala Terengganu DrawBridge
Pantai Batu Buruk
Day 2 Redang
8.30am Jetty Merang
10.00am Speedboat Jetty merang – Redang Island
Check in Redang Pelangi Resort
Lunch
Snorkling Trip 1
Aktiviti bebas
Dinner
Day 3 Redang
Breakfast
Snorkling Trip 2( tgk turtle)
Lunch
Snorkling Trip 3
Aktiviti bebas
Dinner bbq
Day 4
Breakfast
Check out Redang Pelangi Resort
Cari keropok lekor beli dkt Bayu enterprise dkt area jetty merang
Lunch Fauzi Nasi kerabu
Pasar Payang
Gerak balik
Anggaran Bajet:
Hotel 1M Sutra Beach : Rm60 sorg
Redang Pelangi Resort
Pakej 3H2M RM365 per person (Include 2xlunch, 2x afternoon tea, 1dinner,1 Bbq, 3x snorkling trip)
Minyak:Rm50
Parking jetty: RM10 per night
Makanan & ole2:200 ++
Total : Rm600++
Selesai sudah 3 hari 2 malam di Redang Pelangi Resort Pulau Redang. Pakej serendah RM365 termasuk 2 way boat trnsfer, 2xlunch, 2x afternoon tea, 1dinner,1 Bbq, 3x snorkling trip. Drive dari Penang ke kuala Terengganu .. Dapat jugak tengok penyu depan depan. Selesai di dalam pulau , kami berjalan sekitar bandar kuala terengganu. Memang terbaik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mempunyai daya tarikan tersendiri, Bukit Fraser ini cukup menarik kalau anda tahu beberapa tempat best. Memang sesuai sangat kalau anda nak cari cuaca sejuk dan lari dari kebiasaan pergi Cameron Highland.
Mungkin tak semeriah Cameron tapi masih okay kalau nak jelajah ke sini. Menurut perkongsian dan pengalaman Puan Felicia Ramzi, duduklah semalam baru lah dapat explore dengan tenang dan tak rush nak turun semula.
Naik Ke Bukit Fraser
Taman AwamNight out.
Ini hotel yang dipilih sewaktu berjalan ke sana, Hotel Shahzan Inn- 2 single beds menghadap depan (garden view)
Ruang lobi Shahzan Inn. Bersih, kemas dan tersusun.
Maklumat tambahan:
1. Parking banyak dan luas.
2. Disediakan breakfast. Dan breakfast spreadnya sangat memuaskan hati.
3. Staf yang mesra.
4. Lokasi strategik. Turun ke jalan besar terus nampak clock tower, simbol ikonik Bukit Fraser.
5. Rancangan TV ada dalam 10 channels – semua clear sungguhpun di atas bukit.
6. Sejuk, tak perlukan aircond.
Minus points:
1. ‘Water pressure’ tak kuat. Ayu je keluarnya. Kalau kuat macam air pili bomba baru best.
2. Malam pertama, air shower tak panas. Menyesal mandi.
3. Perabot agak lama. Nak on TV sila tekan punat dekat meja katil. Punat tu takda label, jadi main la teka teki sekejap, tekan mana-mana punat sampai TV tu menyala.
Apa Yang Menarik:
1. Allan’s Water
Tempat untuk fish feeding dan paddle boat. RM10 per boat /15 minit. Soalan saya, siapa Allan?Terkejut otot tiba-tiba mengayuh.
2. The Paddock
Tempat naik kuda dan archery.Nama kuda ni Ringo. Umur 6 tahun. Kalau umur manusia, 66 tahun dah usianya. Hi atok.
3. Arzed Restaurant untuk lunch dan dinner. Lokasi: sebelah Taman Awam.
Masa sampai, kabus tebal. Tapi sejuk tu ‘bearable’. Ni dekat Taman Awam, lunch dekat Arzed Restaurant.
4. Ye Olde Smokehouse
Salah satu spot di Ye Olde Smokehouse.Ye Olde Smokehouse. Saya ambil tip Ryan Bakery, pura-pura tertinggal purse. Bubur sago honeydew tak silap saya RM40. Nak tengok menu mukasurat sebelah pun macam nak parkinson tangan. Tapi tempat ni cantik. Very serene dan peaceful. Ada tempat penginapan juga. Boleh rujuk website dorang ya.
5. Glasshouse Fraser
Glasshouse. Datang sini by mistake. Ingatkan sini ada scones. Tengok menu takda scones, rupanya dekat Ye Olde Smokehouse. Tapi boleh layan teh dan burnt cheese cake. Harga pun boleh burnt the pocket jugaCantik kan. Tapi nama Glasshouse ni buatkan teringat movie Glasshouse yang uncle dia bunuh parents budak2 tu. Dramatik imaginasi. Sini ada uncle jugak tau. Tapi dia ambik order korang je. So no worries.
6. Clock Tower
Clock tower ni setiap ‘side’ boleh bergambar. Jadi tak perlu gaduh ‘aku dulu’. Tenang-tenang jangan bawa balik jam tu sudah.
7. Taman Lady Guilemard
Bersebelahan Shahzan Inn. Ada mini garden. Bunga hydrangea banyak sini
8. Strawberry Garden tanpa strawberi
Strawberry GardenStrawberry Garden tanpa strawberries. Ada dijual madu, ubi manis. Oren deiii tak mau dah beli.
9. Istana Pahang.
Bersebelahan Istana Pahang.Pos ofis pun unik. Sayang tak buka. Curious nak tengok. Lain kali naik nak try hantar poskad kat diri sendiri.Balai polis yang dibina sejak tahun 1919. Ni kalau buat repot atau aduan ni rasa macam pergi rumah member sebab langsir tu macam mak ikat.
Tip Naik Ke Atas:
1. Hati-hati di selekoh. Jalan sempit.
2. Awas dengan buluh yang ‘mencodong’ ke arah jalan.
3. Isi perut, jangan kenyang sangat, jangan kurang sangat juga. Kebarangkalian untuk ‘mabuk’ tu ada. Saya steady, tapi anak muntah.
4. Berhenti di Empangan Air Selangor untuk bergambar. View cantik.
Sebelum kehidupan jadi berliku-liku naik Bukit Fraser, berhenti dulu di Empangan Sungai Selangor okay.
5. Arzed Restaurant buka sampai 9.30pm. Saya rekomen makan sini sebab sedap dan banyak pilihan. Sedikit menunggu tapi berbaloi.
6. Kalau dalam pekan, Mimi Strawberry pun buka untuk dinner. Kalau nak santai-santai, beberapa food truck berdekatan Shahzan Inn pun ada tapi sampai 7.30pm saja.
7. Paling penting, jika berlaku kes kecemasan, ketuk saja pintu Klinik Kesihatan berhadapan Balai Polis. Atau call nombor yang tertera di pintu. Sini tak ada Farmasi atau klinik swasta kalau nak cari ubat dan lain-lain.
8. Hati-hati ramai enthusiastic cyclists naik.
Klinik kesihatan. 650 petang kami call, emergency pula anak tiba-tiba terkena heartburn lepas makan oren beli dekat Strawberry garden.
Keseluruhan, best naik Fraser. Laluan naik memang agak mencabar, menyerupai Tapah. 27km itu memang berpusing sampai atas. Tapi ketenangan di Fraser, ditambah dengan keunikan bangunan dikekalkan dari dulu, membuatkan Fraser unik. Ada vibe tersendiri.
Bagi anda yang belum keluar negara, boleh lah masukkan Fraser dalam senarai becuti. Boleh tahan dan best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...