Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan yang pertama digazetkan sebagai Taman Laut di negara ini. Terletak di bahagian timur Sabah, Pulau Manukan ini juga antara yang terkenal dengan keindahan yang tersedia kepada pengunjung yang datang.
Selain daripada aktiviti sukan air yang boleh dilakukan di permukaan laut seperti snorkeling, Pulau Manukan juga antara lokasi terbaik untuk aktiviti selam skuba kerana keindahan batu karang dan habitat laut semulajadinya yang memukau pandangan mata.
Antara nilai tambah yang ada di Pulau Manukan ini kepada pengunjung adalah penyediaan kemudahan awam dan kemudahan jeti untuk pengangkutan kepada pengunjung yang ingin bercuti ke Pulau Manukan ini.
Hutan Simpan Semanggoh
Hutan Simpan Semanggoh, Sarawak adalah lokasi yang popular dengan habitat Orang Utan yang mendiami hutan di sini. Malah, di sini juga menyediakan pusat konservasi kepada Orang Utan yang kematian induk atau yang diselamatkan daripada ancaman pemburuan haram.
Ads
Disebabkan terdapatnya pusat konversasi kepada Orang Utan tersebut, sekeliling kawasan Hutan Simpan Semanggoh ini dihuni oleh binatang istimewa tersebut, malah ada diantara kawanan Orang Utan itu hidup liar di sekitar hutan simpan ini.
Antara tarikan lain yang selalu menjadi kegemaran kepada pengunjung untuk datang ke sini adalah untuk melihat spesis burung yang juga menghuni Hutan Simpan Semanggoh.
Anda pernah tengok keindahan yang ada pada burung Kenyalang? Di Hutan Simpan Semanggoh ini lah lokasinya untuk anda melihat sendiri burung tersebut dari habitat semulajadinya berbanding di zoo.
Kereta Api Utara Borneo
Ads
Bila kali terakhir anda naik kereta api? Atau soalan yang lebih tepat, bila kali pertama anda pernah naik kereta api wap? Kalau tak pernah, anda kena ke Sabah untuk cuba dan rasai sendiri perjalanan daripada Tanjung Aru ke Papar menaiki kereta api wap yang bergerak menggunakan arang batu.
Kereta api lama ini masih dikekalkan keasliannya dan masih mampu untuk meneruskan khidmat membawa penumpang sejauh lebih kurang 135 kilometer bersebelahan Sungai Padas.
Taman Negara Bako, Sarawak
Taman Negara bako ini juga terletak di Sarawak. Walaupun ianya adalah taman negara yang terkecil di Asia Tenggara namun, ia adalah yang tertua – membuatkan Taman Negara Bako ini menyimpan spesis flora dan fauna yang paling banyak berbanding taman negara lain.
Ads
Antara spesis haiwan unik yang tinggal di hutan simpan ini adalah Monyet Belanda atau Monyet Probiscis. Monyet ini monyet yang berhidung besar – jarang untuk kita lihat di tempat-tempat lain selain daripada di Sarawak.
Bukan itu sahaja tarikan yang ada di sini, tahukah anda, bahawa Taman Negara Bako ini juga taman negara yang mempunyai semua elemen unsur alam dalam satu kawasan iaitu laut, pantai, bukit, air terjun, dan paya!
Pusat Rehabilitasi Sepilok, Sabah
Pusat Rehabilitasi Orang Utan Sepilok ini juga sama seperti apa yang terdapat di Hutan Simpan Semanggoh, cuma Sepilok ini terletak di kawasan Semporna, Sabah.
Pusat rehabilitasi ini dibuka pada tahun 1964 dan menjadi tempat perlindungan kepada spesis Orang Utan yang terancam akibat daripada pembalakan, pembukaan ladang dan, pemburuan haram si Sabah.
Pusat rehabilitasi Sepilok ini juga antara tarikan pelancongan yang popular kepada pengunjung yang datang bercuti di negeri di bawah bayu itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Gunung Bromo dan Gunung Ijen yang terletak di Surabaya memang terkenal dengan kecantikan dan keunikan yang tersendiri. Dapat jejakkan kaki ke sana memang satu pengalaman indah buat Amirah Tunku dan teman-temannya seramai 10 orang.
Mendaki ke Gunung Ijen dalam cuaca yang sejuk merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, tambah pula dapat lihat sendiri blue fire yang berada di bahagian bawah kawah, memang menakjubkan.
Berkongsi itenarari dan juga tip bagi traveler yang ingin ke sana, selaian Bromo dan Ijen, Amirah juga sempat ke tarikan lain yang ada di Surabaya. Ikuti perkongsiannya:
BROMO IJEN TUMPAK SEWU MALANG 5H4M
Trips 10person
Ticket flight AA KUL- Surabaya – KUL
RM197.00 (return)
Rate 1juta Rm297
Tukar 2juta Rm594
TOTAL SEMUA : BELOW RM1300
Pakage termasuk transportations,supir, guider,jeep, entrance ticket
For inquiry boleh whatsapps Mas Lutfi Hendra +62 815-1598-8585
Day 1 :
Sampai airport surabaya 5.00pm , driver pickup terus ke Probolinggo perjalanan dalam 5 jam ,stop di kedai makan malam & sambung perjalanan, sampai checkin Saputra View Bromo Guest House dalam pukul 10.00pm.
Day 2 :(Bromo)
Naik jeep untuk ke bromo dalam pukul 2.30am.
– penanjakan view bromo
– kawah bromo
– bukit teletubies
– pasir berbisik
*Ke kawah bromo boleh naik kuda dari parking jeep then parking kuda naik tangga kawah bromo.
(Harga 150k)
Gerak ke hotel mandi-mandi & Lunch
Checkout ke Banyuwangi (Perjalanan 7jam)
Day 3 (KAWAH IJEN BLUE FIRE)
Start hiking pukul 2.30am , panjang track dalam 3km , sampai puncak dalam pukul 5.00am , untuk tengok blue fire kena turun 700m ke kawah . Tapi kami tak turun just tunggu dekat puncak nak tengok sunrise .
*Hiking take time around 2 jam lebih
Bergantung kepada fitness masing masing
Track dia mencabar
Mental gila kena kuat hike dengan cuaca sejuk lagi
08.00am back to parking area and directly to the tumpak sewu
Ijen – tumpak sewu 7/8hours
Day 4 TUMPAK SEWU WATERFALL
06.00 Start trekking n visit tumpak sewu.
09.00 Back to homestay
11.30 Checkout dan gerak ke malang
14.00 Ke kampung warna warni jodipan
15.30 Gerak ke batu & Dinner
21.30 Checkin Capital O 892 Grand Pujon View Hotel & Resort
Day 5
06.30 Checkout ke Sawah Pujon Kidul & Rumah kayu
13.00 Sampai airport surabaya
BYE BYE SURABAYA
TIPS KE BROMO
kalau nak hiking, better pergi bromo dulu baru ijen. Ijen lagi extreme
Suhu masa saya pergi tu bawah 10 degree, memang sejuk sangat Kena pakai baju tebal sikit
dekat ijen, make sure korang sentiasa pakai mask, sebab ada asap sulfur
Harga pakej boleh dapat lagi murah kalau team korang ramai
Dipersilakan untuk share atau boleh pm untuk lebih details.
Tips better beli luggage airport surabaya tak boleh lebih 7kg. Tidak nanti ampa kena pau
Berdepan pandemik Covid-19 telah banyak menjejaskan industri pelancongan di seluruh negara. Di negeri Selangor terutamanya banyak syarikat pelancongan dan pusat-pusat tumpuan kehilangan pelanggan akibat wabak yang melanda.
Namun melihatkan keadaan yang semakin positif dari hari ke hari berikutan peningkatan kadar vaksinasi, ia memberikan satu harapan baharu. Terbaru kerajaan negeri Selangor bakal memperkenalkan inisatif yang cukup baik bagi merancakkan industri pelancongan di negeri tersebut.
Bauncar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 akan dilancarkan pada bulan Oktober 2021. EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Hee Loy Sian berkata sebanyak 10,000 baucar pelancongan percuma bernilai RM100 itu hanya boleh didapati di platform e-dagang Shopee.
“Baucar ini akan dilancar pada Oktober dan boleh digunakan serta-merta selain keistimewaan diberi untuk rakyat Selangor sahaja. Tujuan kita berikan kepada rakyat negeri ini kerana buat masa ini kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan selain merancakkan industri pelancongan dalam Selangor,” memetik jawapannya kepada SelangorKini.
Pada 9 September Loy Sian memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak 10,000 Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0. Ia merupakan salah satu langkah untuk merancakkan semula aktiviti serta sektor berkaitan selepas Selangor beralih ke fasa dua menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Jelasnya lagi, sebanyak kira-kira RM1 juta telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut dengan setiap baucar bernilai RM100 yang boleh digunakan mulai Oktober depan. Terdahulu, ia telah diperkenalkan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 1.0 di mana Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM2 juta yang diagihkan kepada umum pada Januari lalu melalui Lazada dan Touch ‘n Go e-wallet.
Pada 18 Disember tahun lalu, Selangor melancarkan program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap satu. Pengagihan tersebut membabitkan 10,000 baucar untuk menginap di hotel, taman tema dan inap desa berlesen.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan baucar pelancongan ini ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Republik Filipina merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Kami telah merancang untuk ke Filipina setelah melihat beberapa keping gambar pulau dan aktiviti yang menarik yang dikongsi oleh sahabat kami semasa melawat ke sana.
Perjalanan aku bersama 4 orang sahabatku iaitu Mustakim, Atiqah, Zuliana dan Azelenda dari Kuala Lumpur International Airport menuju ke Mactan Cebu International Airport mengambil masa selama 4 jam. Tiket kapal terbang Air Asia kami beli dengan harga RM450 (return) termasuk luggage dan makanan.
Sampai di Mactan Cebu International Airport, anda boleh dapatkan simcard Globe dengan harga 400peso untuk 7 hari. Waktu di Filipina dan Malaysia adalah sama. Cuma di sini paginya awal dalam pukul 5.00 hari dah cerah dan sekitar pukul 6.00 petang sudah gelap. Sama seperti di Sabah.
Kemudian, kami mengambil van menuju ke Alegria yang mengambil masa 4 jam perjalanan. Keadaan trafik di bandar Cebu agak sesak. Pemanduan di sini adalah ‘ Left side driving’. Walaupun kami tidak memandu sendiri, tetapi terasa agak janggal dan menakutkan pemanduan di sebelah kiri ini! Kami telah memilih untuk check in di D ‘Alegre Travellers Inn yang berdekatan dengan Badian iaitu tempat untuk aktiviti pertama kami esok pagi.
Disebabkan di Filipina agak sukar untuk mendapatkan makanan halal, kami telah membawa satu beg yang penuh dengan makanan dari Malaysia. Kami telah beli biskut, milo 3 in 1, tuna, maggi, pek makanan segera Brahims dengan pelbagai perisa seperti nasi goreng, nasi briani, beserta lauk ikan bilis dan rendang segera sebagai bekalan selama seminggu.
Aktiviti pertama kami adalah Canyoneering Adventure di Kawasan Falls. Pakej aktiviti ni berharga 2400peso seorang. Kami menaiki habal-habal untuk menuju ke Badian. Habal-habal ni telah diubah suai dan boleh memuatkan sehingga 3 ke 4 orang untuk sebuah motosikal. Fuhhh, naik habal-habal pun sudah membuatkan adrenalin kami mengalir deras seperti menaiki motorcross! Rider membawa motor dengan agak laju dengan keadaan jalan yang tidak rata di kawasan berbukit membuatkan aku yang duduk di belakang dan memegang ‘Gopro’ hampir tercampak! Jadi berhati-hatilah dengan memegang besi motor tu kuat-kuat. Tak pun peluk je kawan korang yang kat depan tu erat-erat! Hahaa
Untuk permulaan aktiviti ni, anda perlu hiking lebih kurang 30 minit untuk menuju ke kawasan sungai. Perlu diingatkan untuk memakai kasut atau sandal yang selesa dan bawa beg kalis air kerana aktiviti ini keseluruhannya melibatkan air. Perasaan kami sungguh teruja kerana air sungai di sini berwarna biru jernih! Aktiviti meredah kawasan air terjun ni mengambil masa sehingga 4-5 jam. Kami perlu melakukan aktiviti ‘free jumping’ dari tebing sungai untuk ke next check point! Tapi kalau rasa tak berani nak terjun boleh skip jer di beberapa tempat. Pitstop terakhir di ‘Kawasan Fall’ ialah aktiviti main rakit buluh bersama pakej ‘massage’ lalu di bawah air terjun yang biru! Sebenarnya rasa sakit badan bila kena hempap dengan air terjun yang sangat deras tu! Walaupun aku spesies yang gayat teruk nak terjun tiruk, tapi keseluruhanya aktiviti ni memang sangat mencabar dan seronok! Hasilnya sehingga sandal aku dan Zuliana, barai dan putus bila habis aktiviti ni! Hahaa
Dah habis aktiviti ni, kami terus menuju ke Dalagutte menaiki Jeepney. Perjalanan mengambil masa sejam melalui kawasan gunung ganang. Kami ingin mendaki ke puncak tertinggi di Cebu iaitu Osmena Peak. Tapi disebabkan hujan lebat, kami hanya sempat mendaki sedikit sahaja kemudian terpaksa turun semula ke bawah dengan trek yang licin dan perasaan hampa. Jadi untuk anda yang bercadang untuk datang ke Cebu, pastikan datang pada awal tahun. Kami datang pada awal bulan Julai ni dah start musim hujan jadi banyak aktiviti yang tergendala. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Oslob yang mengambil masa sejam melalui kawasan perkampungan. Kami check in di Lagnason’s Place untuk 2 malam.
Hari ketiga di Filipina, kami akan melakukan aktiviti berenang bersama ‘Whaleshark’! Bayaran yang dikenakan adalah 1000peso seorang dan masa yang diberikan 30 minit untuk snorkeling dan berenang bersama ikan paus jerung! Sebelum turun ke laut, semua pengunjung diberi taklimat keselamatan kerana ia melibatkan nyawa pengunjung dan juga ikan-ikan tersebut. Kami dibawa ke tempat “Whaleshark’ yang hanya 200 meter dari persisiran pantai menggunakan bot nelayan yang kecil. Walaupun perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit tapi air lautnya sangat dalam. Perasaan memang sangat teruja dapat jumpa whaleshark yang sangat besar depan mata dan juga agak takut kalau dia gigit! Hahaa..
Berenang dengan whaleshark ni memang wajib di Filipina! Whaleshark isangat ‘gentle giant’
Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Sumilon Island untuk aktiviti snorkeling dan bersantai di pulau kecil ni. Jarak untuk ke Sumilon Island lebih kurang setengah jam dengan menaiki bot. Tapi disini tak banyak ikan pun. Tapi ada ‘white shark’ dan juga ikan nemo. Setelah puas bersantai, kami kemudian pergi ke kawasan heritage di Oslob. Filipina mempunyai pengaruh keagamaan, kebudayaan dan cara hidup yang kuat dari negara Sepanyol dan Amerika Syarikat memandangkan telah dijajah selama hampir empat abad oleh kuasa besar tersebut. Negara ini juga mendapat nama Philippines (Filipina) dari penjajah Sepanyol yang mengambil nama raja mereka pada ketika itu iaitu, Raja Philip II. Kawasan peninggalan disini terdapat banyak gereja dan kubu-kubu lama. Penduduknya juga majoriti menganuti agama Kristian.
Esok pagi, kami check out dari hotel dan menaiki bot menuju ke Bohol. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Sampai di Bohol, kami check in di Hillview – Holiday House di Dauis, Panglao untuk 2 malam. Petang tu, kami mengambil pakej berharga 1500peso untuk berjalan di sekitar Panglao dengan menaiki van . Tempat yang kami pergi adalah masuk ke dalam gua dengan air yang jernih di Hinagdanan Cave, melawat Nova Shell Muzium, heritage church, makan aiskrim yang sedap di Bohol Honeybee dan membeli barangan souvenier.
Hari kelima, kami akan berjalan lagi di sekitar Bohol dengan pakej Bohol tour berharga 3200peso. Tempat yang kami pergi adalah ‘The Blood Compact Shrine Monument’ iaitu tugu peringatan semasa perjanjian di antara Filipina dan Sepanyol, dan Bohol Butterfly Bonsai Garden. Kemudian, aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu menaiki Superman Zipline di Loboc Ecotourism Adventure Park. Tetapi cuaca pada hari tu hujan lebat, jadi kami terpaksa menunggu lebih kurang dua jam sehingga hujan reda. Kami telah mengambil pakej combo one way zipline dan cable car dengan harga 500peso seorang termasuk gambar. Memang terbaik zipline ni! Rasa macam superman dapat terbang di udara! Hahaa
Aktiviti seterusnya, kami menaiki ATV dan Buggy ride ke kawasan Chocolate Hills! Harga 500peso seorang. Memang best pengalaman naik ATV dan pandu Buggy ride masuk ke dalam kawasan hutan dan meredah lumpur offroad! Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke puncak bukit untuk menikmati pemandangan indah taburan 1260 bukit di sekitar Chocolate Hills. Memang cantik! Kami perlu mendaki lebih kurang 200 anak tangga. Aduh, semput juga! Hahaa. Nama bukit ni diberi seumpamanya kerana jika dilihat pada musim kering, rumputnya akan berwarna coklat dan bentuk bukit separuh bulat ni seakan coklat kisses!
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Chocolate Hills Adventure Park. Disini terdapat pelbagai aktiviti ekstreme yang menarik dan mencabar fizikal. Tapi kami nak cuba satu aktiviti jer iaitu Bike Zipline. Harganya 550peso seorang termasuk gambar. Nak naik ni, kami perlu mendaki tangga dan juga menara setinggi lima tingkat. Perasaan semasa mengayuh basikal di udara, fuhhhhh….. sangat gayat dan mencabar! Memang menggigil kaki dan lutut beb! Macam dah kayuh laju-laju tapi tak sampai-sampai! Hahaa. Jarak untuk mengayuh lebih kurang 550meter (ulang alik) dan tinggi lebih kurang 100 kaki! Memang ketaq abih! Sesiapa yang mempunyai masalah sakit jantung dan darah tinggi tak digalakkan la buat aktiviti ni!
Seterusnya, kami ke Tarsier Conservation di Loboc. Tarsier ni adalah spesis kera hutan yang semakin pupus di dunia. Tarsier ni sebenarnya adalah haiwan yang pemalu. Jika ia rasa terganggu, dia akan cepat stress. Bila dia stress, dia akan bunuh diri dengan menghantukkan kepalanya! Huhh, agak psycho disitu! Jadi jika anda ingin datang ke sini, walaupun sangat teruja tengok Tarsier yang sangat kecil dan comel ni, tapi anda tak boleh bercakap dengan kuat dan bising, tak boleh ada flash dari kamera dan juga bunyi telefon. Jangan anda pula yang stress ye! Hahaa
Kemudian, kami akan melalui Man-Made Forest iatu 2KM jalanraya yang dikelilingi hutan buatan manusia. Sebenarnya, ia adalah projek untuk menyuburkan semula hutan setelah berlaku deforestation yang kronik akibat penebangan dan pembakaran hutan yang dipanggil ‘Kaingin’ yang dilakukan oleh penduduk tempatan untuk mencari perlindungan semasa zaman perang dunia ke 2. Jenis pokok yang ditanam ialah red & white Mahogany trees. Nak ambil gambar di sini perlu berhati-hati kerana ada banyak kenderaan yang lalu lalang.
Hari ke enam di Filipina, kami ke Balicasag Sea Tour dengan pakej berharga 5500peso. Pukul 6.00 pagi kami dah keluar dari hotel untuk menuju je Balicasag Island. Kami keluar awal pagi dengan harapan untuk melihat ikan dolphin yang sedang berenang-renang di tengah lautan. Tapi malangnya, tiada seekor pun ikan dolphin yang kelihatan! Mungkin tiada rezeki kami. Kami sampai di Balicasag Island pada pukul 8 pagi. Di sini memang pulau yang sangat cantik untuk snorkeling bersama penyu dan ikan yang terdiri dari pelbagai spesies! Terumbu karang disini juga sangat indah! Kemudian kami singgah di Virgin Island. Virgin Island ini sangat unik dengan air yang sangat jernih! Airnya tenang dan cetek! Jadi peniaga membuka gerai dan menjual didalam air laut! Kami minum air kelapa sambil berenang di laut! Heaven!
Selepas habis tour, kami bersiap dan bergegas menuju ke Tagbilaran untuk menaiki Feri menuju semula ke Cebu. Perjalanan feri mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Malam tu kami check in di South East Aurora Condominium Tower.
Hari ketujuh, kami berjalan di sekitar bandar Cebu. Kami singgah di SM Mall untuk membeli barangan cenderahati di Island Souvenier. Tengahari kami lepak di 7 Eleven sambil makan Mamee Chef Curry Laksa bagi mengisi perut yang sudah berkeroncong! Jenama Mamee jer yang kami rasa halal sebab ia satu-satunya produk makanan mee segera dari Malaysia yang ada di jual di Filipina ni. Kemudian kami ke Ayala Mall untuk last minute shopping. Kami singgah di Persian Palace, iaitu restoran makanan arab untuk makan roti nan dan kebab.
Hari kelapan, flight pulang ke Malaysia! Jangan lupa sediakan duit untuk bayar airport tax sebanyak 750peso di Mactan Cebu International Airport. Total kos hangus perbelanjaan kami sepanjang 8 hari di Cebu, Bohol dan Oslob termasuk tiket penerbangan pergi balik adalah lebih kurang RM1500 seorang. Kesimpulannya, Filipina menawarkan view pantai, sungai dan air terjun dengan air yang sangat jernih dan biru! Aktiviti disini memang sangat best, mencabar dan awesome untuk anda yang gemarkan adventure! Mabuhai Pinoy, Salamat!
airport tax
alona beach
balicasag
Balicasag Island
Bike zipline
Bike zipline
bohol
buggy ride
cable car
canyon
canyon
canyon
canyon
cave
cave
cave
bukit coklat
feri to cebu
kaki bukit coklat
kawasan bamboo
kawasan falls
man made forrest
nak tgk dolphin
nova shell muzium
Aor jelas nampak penyu
persian palate
raja bomoh pinoy
tangga coklat hill
virgin island
whaleshark
whaleshark
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...