Ads

5 Port Kraf & Seni Sekitar Lembah Klang, Sesuai Untuk Healing Sambil Buat Aktiviti Kreatif

Aktiviti seni dan kraf kini semakin menjadi pilihan ramai untuk mengisi masa lapang bersama pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan.

Bukan sekadar mahu menghasilkan sesuatu dengan tangan sendiri, aktiviti seperti melukis, membuat tembikar, tufting dan projek DIY juga boleh menjadi cara menarik untuk berehat seketika daripada rutin harian.

Lebih menarik, semakin banyak studio seni dan ruang kreatif di sekitar Lembah Klang yang menawarkan bengkel santai untuk orang ramai, termasuk mereka yang langsung tidak mempunyai asas seni.

Jadi, kalau anda sedang mencari aktiviti hujung minggu yang lain daripada kebiasaan, Libur senaraikan lima lokasi seni dan kraf yang boleh anda cuba.

1. Happy Hour Club

5 Port Kraf & Seni Sekitar Lembah Klang, Sesuai Untuk Healing Sambil Buat Aktiviti Kreatif

Kredit Foto: Happy Hour Club / Google 

Kalau anda baru pertama kali mahu mencuba aktiviti seni, Happy Hour Club antara lokasi yang sesuai untuk bermula.

Ruang kreatif yang santai dan estetik ini menawarkan pelbagai bengkel secara berkala termasuk tufting, seni tanah liat, melukis di atas kanvas dan pembuatan lilin.

Konsepnya lebih santai dan tidak terlalu formal. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya tidak mempunyai bakat atau pengalaman dalam bidang seni.

Apa yang penting, datang untuk berseronok, belajar sesuatu yang baharu dan lepaskan tekanan menerusi aktiviti kreatif.

2. GMBB

5 Port Kraf & Seni Sekitar Lembah Klang, Sesuai Untuk Healing Sambil Buat Aktiviti Kreatif

Kredit Foto: BERNAMA / Google 

Ads

Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, GMBB merupakan hab seni dan budaya kreatif sembilan tingkat yang cukup dikenali dalam kalangan pencinta seni tempatan.

Di sini terdapat pelbagai pameran seni bebas, hasil kraf tradisional dan moden, studio artisan serta bengkel pop-up yang diadakan dari semasa ke semasa.

GMBB juga boleh dianggap sebagai hab sehenti untuk mereka yang mahu mengenali karya artis tempatan dengan lebih dekat.

Anda boleh menyertai bengkel seni, melihat pameran di galeri atau membeli pelbagai barangan kraf buatan tangan.

3. ArtTime, Bukit Jelutong

5 Port Kraf & Seni Sekitar Lembah Klang, Sesuai Untuk Healing Sambil Buat Aktiviti Kreatif

Bagi anda yang sukakan suasana lebih tenang dan selesa, ArtTime di Bukit Jelutong boleh dimasukkan dalam senarai.

Studio seni ini sesuai untuk mereka yang mahu menikmati aktiviti seni secara bersendirian, bersama pasangan atau berkumpulan.

Ads

Suasananya yang cozy menjadikan aktiviti melukis lebih santai, terutama untuk mereka yang mahu meluangkan masa tanpa terlalu memikirkan soal hasil akhir.

Ia juga sesuai dijadikan lokasi untuk sesi santai bersama rakan-rakan sambil mencuba pengalaman seni yang berbeza.

4. Kedai KL, MAHSA Avenue

5 Port Kraf & Seni Sekitar Lembah Klang, Sesuai Untuk Healing Sambil Buat Aktiviti Kreatif

Kredit Foto:Trip.com / Google

Kedai KL pula membawa konsep pasar kraf tempatan atau artisan market dengan suasana seperti street market di dalam bangunan.

Terletak di MAHSA Avenue, lokasi ini memang cukup popular dalam kalangan anak muda kerana suasananya yang menarik dan sangat sesuai untuk bergambar.

Selain barangan kraf daripada pengusaha tempatan, kawasan ini turut mempunyai kafe, ruang kreatif dan bengkel tertentu yang boleh disertai pengunjung.

Ads

Jadi, anda bukan sahaja boleh membeli hasil seni tempatan, malah boleh menghabiskan masa seharian dengan mencuba pelbagai aktiviti di sekitar MAHSA Avenue.

5. Make Art Today

5 Port Kraf & Seni Sekitar Lembah Klang, Sesuai Untuk Healing Sambil Buat Aktiviti Kreatif

Kredit Foto: makearttoday_ / Instagram

Kalau anda sukakan aktiviti DIY yang moden dan trendy, Make Art Today antara studio yang boleh anda cuba.

Antara aktiviti yang ditawarkan termasuk fluid acrylic art, textured painting, hiasan sarung telefon, seni cermin serta pelbagai projek menggunakan resin dan tanah liat.

Aktiviti di sini sesuai untuk mereka yang gemarkan hasil seni visual yang unik dan cantik.

Lebih menarik, hasil kraf yang dibuat sendiri juga boleh dijadikan hadiah istimewa untuk orang tersayang atau digunakan sebagai hiasan di rumah.

Aktiviti Santai Untuk Hujung Minggu

Tidak semestinya hujung minggu perlu dihabiskan dengan aktiviti yang sama setiap kali.

Sesekali, cuba sesuatu yang lebih kreatif seperti melukis, membuat kraf atau belajar kemahiran seni baharu.

Selain dapat menghasilkan sesuatu dengan tangan sendiri, ia juga boleh menjadi cara menarik untuk meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang.

Jadi, kalau anda sedang mencari aktiviti baharu sekitar Lembah Klang, bolehlah masukkan salah satu lokasi ini dalam senarai hujung minggu anda.

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

57KM Di Bawah Swiss Alps! Ini Terowong Kereta Api Terpanjang Di...

Switzerland sememangnya terkenal dengan panorama Swiss Alps yang memukau, tasik jernih dan perjalanan kereta api yang sering dianggap antara paling cantik di dunia. Namun di...