Pulau Pangkor antara pulau peranginan yang sering menjadi tumpuan ramai. Tambahan pula kalau nak bercuti ke sini boleh datang pada bila-bila masa sepanjang tahun kerana lautnya tidak mengalami monsun seperti di negeri-negeri Pantai Timur.
Hanya mengambil masa 40 minit perjalanan menaiki feri dari Jeti Lumut, bagi yang tak pernah sampai ke Pulau Pangkor, ini 5 tip dikongsikan untuk anda meneroka pulau pelancongan ini.
5 Tips untuk bercuti di Pulau Pangkor
#1 – How to go Pulau Pangkor?
Cara nak ke pulau pangkor tidaklah terlalu susah. Untuk pergi ke Pulau Pangkor, kita perlu menaiki feri. Jangan risau kerana terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga lewat petang. Perkhidmatan feri yang bermula dari pagi hingga ke malam ini sangat memudahkan pelancong. Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor. Terminal asal adalah Jeti Lumut. Jeti Lumut ini sudah lama dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Selain jeti Lumut, ada juga terminal baru iaitu Kompleks Jeti Marina Island. Kompleks Jeti Marina Island yang baru di bina ini kedudukannya adalah lebih hampir dengan Pulau Pangkor. Untuk harga feri pergi balik antara Marina – Pangkor – Marina hanyalah dalam anggaran RM14 seorang untuk pergi dan balik.
#2. Pilih tarikh yang sesuai
Ads
Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau yang terletak di kawasan pantai timur. Pulau Pangkor cukup strategik dan sepanjang tahun boleh datang bercuti ke sini. Cuma, kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum.
Andainya terpaksa datang bercuti hanya pada waktu cuti umum itu juga, terpaksalah berdepan dengan waktu puncak musim cuti sekolah dengan jumlah pengunjung yang agak ramai.
#3. Tentukan cara dan kenderaan untuk ke sana
Jika mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kereta atau motor ke pulau tersebut. Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iaitu Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.
Ads
#4 – Ketahui tempat menarik di Pangkor
Di Pulau Pangkor ini ada banyak juga kesan peninggalan sejarah. Pemandangan di sini juga cantik. Kerana itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor. Pastinya percutian sekeluarga akan lebih sempurna.
Antara tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor Perak yang boleh dikunjungi adalah :
Kota Belanda
Pulau Sembilan
Batu Bersurat
Tortoise Hill
Galeri Panorama Pangkor
Pantai Teluk Nipah
Pekan Pangkor
Teluk Ketapang
Masjid Terapung Pulau Pangkor dan banyak lagi.
Ads
#5 – Listkan aktiviti siang dan malam di Pulau Pangkor
Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya ronda-ronda sekitar pekan Pangkor, lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik, lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering, lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau dan banyak lagi.
Untuk aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula, boleh berjalan di persisiran pantai, bina unggun api sambil berbbq, nikmati makan malam menu ikan bakar di restoran Shema Hashim Pulau Pangkor dan lain-lain lagi.
Dengan pelbagai aktiviti yang ada siang dan malam di Pangkor, pastinya pengalaman percutian selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor akan terasa sangat pantas.
sumber: Sis hawa
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Malaysia kekal menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut, tetapi buat julung kalinya berkongsi kedudukan itu dengan Indonesia.
Laporan GMTI 2019 itu, yang menyenaraikan 130 destinasi di peringkat global, memberikan markah 78 kepada kedua-dua negara. Dalam kenyataan rasmi kemarin, MasterCard dan CrescentRating berkata, Indonesia meningkat daripada tempat kedua ke tempat teratas menerusi usaha berterusan Kementerian Pelancongan negara itu untuk melabur dalam industri pelancongan dan penggembaraannya dan membangunkan infrastruktur mesra pelancong Islam.
Negara lain dalam kalangan 10 negara teratas ialah Turki (75 markah), Arab Saudi (72), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (71), Qatar (68), Maghribi (67), Bahrain (66), Oman (66) dan Brunei (65).
Pada 2018, Malaysia mendapat 80.6 markah manakala Indonesia terikat dengan UAE dengan 72.8 markah. Singapura kekal sebagai destinasi pelancongan mesra Islam perdana dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada tahun ini, diikuti Thailand, United Kingdom, Jepun dan Taiwan.
Indeks itu selari dengan kekukuhan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra Islam dalam empat bidang strategik iaitu akses, komunikasi, persekitaran dan perkhidmatan.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik ETS dan KTM Intercity sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan mula dijual pada 10 April 2019 oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menurut Unit Komunikasi Korporat KTMB, orang ramai yang mahu menaiki kereta api untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri boleh mendapatkan tiket berkenaan bermula pukul 8.30 pagi rabu depan.
Difahamkan, tiket perkhidmatan ETS dan KTM Intercity dijual bagi perjalanan antara tarikh 1 Mei sehingga 16 Jun tahun ini berdasarkan jadual waktu perjalanan yang disediakan.
Sebanyak 36 perjalanan kereta api ETS dan 49 perjalanan kereta api KTM Intercity disediakan bagi menampung permintaan tinggi sempena musim cuti perayaan itu. Manakala jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral-Woodlands-JB Sentral) kekal seperti biasa
Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, Portal KTMB atau menerusi aplikasi telefon pintar KTM MobTicket serta di kaunter-kaunter tiket KTMB
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KTM Berhad www.ktmb.com.my, laman sosial KTM Berhad di Facebook (KTM Berhad), Instagram (@ktmbofficial) dan Twitter (@ktm_berhad) atau menerusi Pusat Panggilan KTM Berhad 24 jam setiap hari di talian 0322671200.
Kadangkala dengan melihat langit yang luas sahaja boleh menginsafkan kita sebagai insan yang kerdil di bumi Tuhan.
Minggu lalu, seorang jurugambar di Kanada berjaya merakam fenomena cahaya seolah-olah memancar dari permukaan perut bumi ke langit. Foto tersebut berjaya dirakam di bandar Lacombe dan pekan Blackfalds di wilayah Alberta, Kanada.
Jurugambar yang dikenali sebagai Darlene Tanner memberitahu dia sempat merakam ilusi yang dikenali sebagai tiang cahaya (light pillars) ketika suhu di kawasan tersebut menurun di bawah paras suhu beku -30 darjah Celsius. Tiang-tiang cahaya tersebut kelihatan menari secara perlahan dan serentak mengikut hembusan angin.
Fenomena itu dikatakan akan terbentuk ketika zarah-zarah ais atau kristal memenuhi ruangan udara dan memantul semula cahaya daripada sumber luaran termasuk lampu jalan raya.
Tiang cahaya adalah fenomena yang sangat unik dan seringkali berlaku di kawasan bersuhu rendah. Fenomena ini akan terjadi sekiranya cuaca sangat sejuk dengan kehadiran kristal ais dalam udara hadir dalam keadaan berketepatan yang sesuai.
Beberapa keping gambar dikongsi Darlene menunjukkan satu barisan panjang tiang cahaya berwarna kuning dan putih memancar ke langit selepas terkena pantulan lampu jalan raya dan kediaman berhampiran.
Kristal ais akan berperanan seperti sebuah cermin gergasi yang memantul cahaya sama ada ke atas atau bawah sekali gus membentuk tiang cahaya yang kelihatan secara menegak dari jarak jauh.
Menarik bukan? Jika anda ingin menghayati permandangan langit sebegini, apa kata pergi melancong ke negara yang mempunyai suhu di bawah paras beku. Jika bertuah anda pasti dapat melihat fenomena alam ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...