Inisiatif Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau yang bermula 23 November 2020 merupakan usaha kerajaan dalam memastikan sektor pelancongan negara kembali pulih dan aktif.

5 Inisiatif ‘Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau’ Untuk Sektor Pelancongan. Ramai Dapat Manfaat!

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata inisiatif itu selaras dengan tiga strategi utama di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan iaitu mengembalikan semula keyakinan rakyat untuk kembali melancong, pemfokusan untuk menyemarakkan pelancongan domestik serta mengenal pasti segala produk dan meningkatkan penawaran yang lebih kreatif dengan memaksimumkan sumber sedia ada.

5 Inisiatif ‘Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau’ Untuk Sektor Pelancongan. Ramai Dapat Manfaat! 5 Inisiatif ‘Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau’ Untuk Sektor Pelancongan. Ramai Dapat Manfaat!

“Bermula 23 November 2020 prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Perjalanan Domestik telah pun diluluskan. Inisiatif ini memberi kebenaran untuk pergerakan antara zon hijau dengan negeri dan seterusnya pintu sempadan negara kelak, insya-Allah. Sumbangan yang diberikan oleh industri pelancongan domestik adalah besar.

IKLAN

Data Akaun Satelit Pelancongan daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan rekod perbelanjaan sebanyak RM92.6 bilion oleh sektor pelancongan domestik pada tahun 2019. Selaras dengan keputusan kerajaan itu, kementerian tersebut turut menyediakan beberapa inisiatif meliputi penginapan, pengangkutan dan diskaun pembelian produk kraf di outlet Karyaneka. Kempen ini menyasarkan warganegara Malaysia dan tempoh kempen ini ialah dari Disember 2020 sehingga Februari 2021.

  • Di bawah inisiatif penginapan, pelbagai pakej ditawarkan dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan platform e-dagang Shopee dengan pengguna perlu membeli pakej penginapan minimum tiga hari dua malam bagi menebus rebat baucer sebanyak RM100 dan RM50 berdasarkan kategori hotel. Bagi yang menyempurnakan pembayaran akan menikmati e-baucer tunai sebanyak RM20 yang boleh digunakan untuk pembelian barangan lain di aplikasi Shopee bagi merancakkan ekonomi membeli-belah di Malaysia secara dalam talian.

5 Inisiatif ‘Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau’ Untuk Sektor Pelancongan. Ramai Dapat Manfaat! 5 Inisiatif ‘Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau’ Untuk Sektor Pelancongan. Ramai Dapat Manfaat!

  • Melalui dua kempen Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) bagi hotel tiga bintang ke bawah terpilih iaitu ‘Jom Nginap’ dan ‘Malaysia Welcomes You,’ ada tawaran tunai kembali serta rebat sebanyak RM20 dalam bentuk Touch n’Go yang terhad kepada 62,500 tempahaN bagi setiap transaksi minimum RM50. Tawaran ini bermula 31 Dis 2020 hingga Mac 2021. Bagi kempen Malaysia Welcomes You, juga dengan kerjasama Touch n’Go, menawarkan rebat sebanyak RM20 bagi tempoh tempahan dari April hingga Jun 2021.
  • Inisiatif pengangkutan, kempen ‘Cuti-Cuti Malaysia’ dengan kerjasama syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Air Asia, Firefly dan Malindo Air turut menawarkan potongan diskaun sebanyak RM50. Sebagai contoh, Malaysia Airlines termasuk Firefly menawarkan potongan diskaun sebanyak RM50 atau potongan RM100 untuk tiket penerbangan pergi dan balik bagi pembelian tiket untuk kelas ekonomi dan kelas perniagaan. Keseluruhan tawaran adalah sebanyak 9,000 tempat duduk. AirAsia juga menawarkan rebat baucer sebanyak RM50 bagi pembelian tiket dan menyasarkan 24,000 orang maksimum. Malindo Air pula memberi tawaran pemberian diskaun sebanyak RM50 terhad kepada 6,000 pengguna dengan pendaftaran terawal.

5 Inisiatif ‘Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau’ Untuk Sektor Pelancongan. Ramai Dapat Manfaat!

IKLAN
  • Inisiatif dalam segmen perkhidmatan, pengangkutan dan syarikat swasta dengan kerjasama Prasarana melalui kempen MY30 Pass (Beli Satu Percuma Satu) ditawarkan kepada 5,000 pengguna pertama dan pengguna boleh menikmati perjalanan tanpa had Rapid KL Rail (LRT/MRT/Monorail), bas dan Rangkaian BRT untuk 30 hari.

5 Inisiatif ‘Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau’ Untuk Sektor Pelancongan. Ramai Dapat Manfaat!

  • Selain program yang dirangka di bawah pelan pemulihan pelancongan, Tourism Malaysia melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam pada 3 September lepas. Sehingga bulan Oktober 2020, sejumlah RM115,549 nilai jualan pakej berjaya direkodkan menerusi Kempen Pakej Penjawat Awam ini.

Diharap program serta inisiatif yang dirangka dapat membantu merancakkan semula sektor pelancongan domestik dengan kerjasama daripada setiap pihak industri pelancongan tempatan ke arah pemulihan dan kemajuan ekonomi negara. Semua pemain industri diseru agar sentiasa menampilkan tawaran pakej menarik selain menjaga SOP dengan norma baharu bagi memastikan kelestarian ekonomi sektor pelancongan.

IKLAN

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang Tourism Malaysia untuk mendapatkan inspirasi trip pelancongan serta pakej menarik domestik di www.malaysia.travel

Jom cuti-cuti Malaysia!

5 Inisiatif ‘Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau’ Untuk Sektor Pelancongan. Ramai Dapat Manfaat!

Foto: Facebook Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia & pexels.com| Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI