Ada beberapa kesilapan yang selalu dibuat ketika bercuti di luar negara. Ikuti entri ini untuk mengetahui kesilapan klise yang selalu dibuat ketika percutian luar negara.
Beg lebih muatan – Jangan sesekali membawa beg yang terlebih muatan. Jika anda ke luar negara, kemungkinan anda akan membeli pakaian baru di sana. Jadi buat apalah bawa baju lebih-lebih. Sesetengah pakaian seperti jaket dan seluar jean kan boleh diulang pakai?
Tak ada ‘check-list’ – Tidak perlu yang terlalu rumit. Cukuplah sekadar satu senarai yang memudahkan anda tentang apa yang perlu dibawa, ke mana mahu pergi, dan aktiviti apa boleh dibuat ketika bercuti. Memandangkan kita tidak biasa dengan tempat itu, eloklah ada ‘check-list’ untuk memudahkan percutian kita.
Ads
Tinggal ubat – Ketika bercuti, anda perlu bawa ubat-ubatan asas. Bukan apa, jika sakit yang tidak serius, anda boleh merawatnya sendiri. Bukankah membazir jika anda jatuh sakit ketika bercuti dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik di sana? Jadi bersedialah dengan membawa ubat-ubatan seperti paracetamol, minyak angin, minyak urut, pil sakit perut, anti septik, dan mungkin plaster dan pembalut.
Tak tukar duit – Tak bagus! Sebaiknya sebelum anda keluar negara, tukarlah matawang di Malaysia terlebih dahulu. Kita sudah tahu tempat yang bagus dan urusannya juga lebih mudah. Bawa duit lebih tidak mengapa, jangan kurang. Menyusahkan nanti!
Ads
Tak ada ‘kepala’ – ‘Kepala’ yang dimaksudkan adalah seseorang yang boleh diharap untuk menyimpan semua dokumen penting seperti pasport, tiket, baucer hotel, dan apa sahaja yang penting. biasanya ‘kepala’ adalah orang yang lebih terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling. Membawa ‘kepala’ ketika bercuit membuatkan anda lebih yakin dan selamat, terutamanya jika anda jenis yang ‘main redah’ saja.
Ads
Tak bawa bekal – Bagi anda yang beragama Islam, mungkin sukar untuk mencari tempat makan halal di negara-negara tertentu. Jadi, bawalah bekal seperti sambal ikan bilis, roti, biskut, dan mi segera supaya anda tidak kelaparan ketika melancong.
*Banyak lagi kesalahan ketika melancong, tetapi ini yang paling asas. Percutian ke negara luar menelan belanja yang agak besar, jadi ia memerlukan perancangan yang teliti. Apa tip anda ketika bercuti di luar negara?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Gunung Jerai memiliki ketinggian 1,217 meter dari paras laut dan terletak di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah sentiasa mendapat kunjungan daripada para pengembara dan pencinta alam yang ingin menerokainya tidak kira pada hari biasa atau cuti umum.
Gunung Jerai, kini menjadi lokasi kegemaran ramai pengunjung untuk beristirehat dan bersantai. Selain mempunyai suhu dingin yang nyaman, pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga menjadi faktor kunjungan samada penduduk tempatan dan pelancong domestik setiap hari. Dari puncak Gunung Jerai, anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah.
Gunung tertinggi di Kedah ini juga ada menyediakan kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Paling best, anda boleh membeli cenderamata berupa tumbuhan dan bunga-bunga indah yang ada di atas kawasan puncak gunung indah ini.
Nak tahu bunga apa yang ada? Baca perkongsian sumber daripada Odah Gebuz
Hello gaiz!!
Last ke puncak Gunung Jerai kalau tak silap tahun 2000. Masa tu chalet pon biasa biasa je. Landskap pon tak cantik macam sekarang, ada swimming pool, playground, chalet lawa2 (harga chalet rm298 paling murah), taman botanika, ladang strawberi dan ada aktiviti paragliding (gayat2)
Lepas 20 thn K.Odah dtg balik (wow lama jugak tu) ada perkhidmatan van utk naik ke atas puncak. Caj RM70 untuk naik dan turun. (dulu rm60 ) Oleh sebab K.odah and the gang 7 org so sorang Rm10 aje. Masa untuk sampai dalam 15-20 mnit kot (kona patah dia tu rare).
Sampai kat puncak tu mata dah tertarik kat bunga2 biru pepel putih ni..cantik sungguh view. Bunga Siti Zubaidah @ Bunga Tiga Bulan @ nama saintifiknya Hydrangea Macrophylla memonopoli pemandangan kat atas puncak ni.Cantik sgt dengan suasana sejuk rasa mcm kat obersi pulak.
Bunga hydrangea ni ada dijual kat atas. Harga rm15 satu pokok. Ada warna putih, biru keungguan dan pink. Bergantung pada pH tanah klau tanah lebih berasid, bunga akan berwarna biru dan kalau tanah beralkali bunga akan jadi merah muda. Menarik kan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi penduduk tempatan Sabah, Kundasang masih menjadi lokasi pilihan untuk bercuti saban minggu. Bahkan ramai penduduk dari semenanjung juga sangat teruja untuk habiskan masa berlibur di destinasi ini.
Kata orang, kalau sesiapa ke Sabah tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Kundasang. Ini kerana, kawasan yang berada di kaki pergunungan tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu itu cukup terkenal dengan pelbagai daya tarikan pelancongan yang unik dan tersendiri. Menjanjikan iklim sejuk, segar dan nyaman dengan pemandangan indah antara keunikan dan keistimewaan yang terdapat di pekan Kundasang.
Untuk yang bercadang ke Kundasang, ini ada perkongsian daripada penduduk tempatan. Tip ini anda boleh kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan yang plan bercuti ke Kundasang, Sabah terutamanya buat yang pertama kali nak jejak ke ‘New Zealand Malaysia’ ini.
Ambil flight awal ✈
Sesiapa yg bercadang terus ke Kundasang disyorkan ambil flight awal ke Kota Kinabalu (KK) sama ada pagi/ tengahari/ awal petang). Di KK ada banyak perkhidmatan kereta untuk disewa disediakan. Kalau anda tidak pandai memandu, boleh upah travel agen untuk sediakan pengangkutan atau ambil sahaj teksi. Kalau flight sampai KK lewat petang/malam sebaiknya bermalam di KK dulu, keesokan paginya baru gerak ke Kundasang. Sebab apa? baca tip di bawah.
Perjalanan ambil masa 2 jam jika dari Kota Kinabalu
Jika tidak biasa perjalanan KK ke Kundasang mungkin ambil masa lebih dari 2 jam. Mula-mula akan melalui fasa jalan lurus dari KK-Tuaran-Tamparuli. Kemudian selepas melalui Tamparuli barulah memasuki fasa jalan berbukit-bukit hingga ke Kundasang. Sila guna waze ke Kundasang sebab signboard ke sana tak banyak. Kalau jumpa signboard pun tulis ke Ranau, boleh ikut juga sebab Ranau terletak selepas Kundasang. Biasanya jalan berbukit mulai gelap berkabus dalam jam 5.30ptg-6ptg. Tidak digalakkan memandu buat mereka yangg tidak biasa melaluinya sebab bahaya.
Isi minyak di KK
Kalau ada yang nak isi minyak ke cucuk ATM ke solat ke buang air ke makan-makan ke beli snacks ke, sila buat siap2 di area KK. Susah nak jumpa stesen minyak dalam perjalanan. Kalau terlupa jangan risau stesen minyak terakhir (kalau tak silap) ada SHELL betul2 sebelah Rumah Terbalik Tamparuli. Kalau terlupa juga, berpusing-pusing nanti cari minyak di Kundasang. Di pekan Ranau atas lagi dalam 20minit dari pekan Kundasang ada Petronas.
Tarikan ketika perjalanan
Apabila melalui kawasan Tamparuli bolehlah singgah Rumah Terbalik & 3D Wonder Museum betul2 di tepi jalan belah kiri. Kalau nak singgah Jambatan Tamparuli kena pergi ke arah pekan. Terpulang nak pergi tempat-tempat tarikan ini masa perjalanan pergi mahupun waktu pulang nanti ke KK.
Untuk Muslim
Selepas simpang Tamparuli nak ke Kundasang ada beberapa gerai tepi jalan kiri kanan. Tak perlu susah-susah singgah ya. Gerai-gerai itu jual sinalau bakas ataupun babi hutan salai. Sila teruskan perjalanan ok! Lebih baik, jika sebelum memulakan perjalanan anda telah singgah di mana-mana kedai sekitar KK untuk membeli makanan ringan dan sebagainya.
Tempat tarikan Kundasang
Tempat-trmpat tarikan ni jaraknya jauh2 sikit. Sebelum sampai Kundasang akan melalui Pekan Nabalu. Bolehlah singgah beli souvenirs murah-murah sana berbanding di KK. Terus lagi jumpa Kinabalu Park (starting point hiking Gunung Kinabalu). Terus lagi sampai jumpa roundabout sayur Kobis situlah Pekan Kundasang. Bolehlah pergi Desa Dairy Farm, War Memorial. Jangan lupa singgah Masjid Kundasang atas bukit tu dan juga gerai-gerai jual sayur, buah murah-murah di tepi jalan tu.
Kedai makan
Tak banyak kedai makan di Kundasang. Ada yg suka fastfood ada KFC sana. Kalau nak cari tempat makan, roundabout Kobis tu dari KK belah kanan, ada Intan Restaurant & Hidayah Restaurant. Order nasi putih & sup panas-panas memang sedap dgn cuaca sejuk-sejuk ni. Jangan lupa try chicken wings Kundasang atau dikenali sebagai sayap ayam.
View gunung cantik
Jauh-jauh datang Kundasang mestilah nak tengok Gunung Kinabalu kan. Gunung Kinabalu ini jelas kelihatan mulai jam 6 pagi hingga 10 pagi. Lebih kurang jam 11 pagi gunung mulai dilitupi kabus awan. Tidurlah di Kundasang satu malam kalau tak nak terlepas peluang keemasan tu. Ada banyak pilihan hotel/homestay. Sila booking lebih awal. Best bila bangun pagi dalam kesejukan dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Subhanallah jatuh cinta! Di Kundasang sejukkk sangat tau! Lagi-lagi waktu malam dan juga waktu hujan. Menggigil badan. Bawa pakaian yang sesuai dengan cuaca di sini ya.
Desa Dairy Farm
Tengok orang lain upload gambar di Desa Dairy Farm (DDF) cantik-cantik dengan background Gunung Kinabalu, dengan ladang menghijau, dengan lembu-lembu comel. Tapi bila pergi nampak kabus, tak nampak gunung pun. Tipnya pergi sana sebelum jam 10 pagi ya. Bila DDF buka jam 8 pagi tu pastikan sudah ada di sana. Nikmatilah pemandangan di sana puas-puas. Jangan lupa minum susu fresh yg amat sedap. Aiskrim pun sedap!
Tempat tarikan Ranau
Apa yg ada di Ranau?? Di situlah ada Poring Hotspring (kolam air panas, canopy walk, etc), Sabah Tea Garden, Fish Massage Kg Luanti.
Poring Hot Springs
Kundasang ke Pekan Ranau dalam 20 minit. Isi minyak siap-siap di Petronas Ranau. Tempat makan pun lebih banyak pilihan di Ranau. Ok teruskan perjalanan. Dari Kundasang ke Poring dalam 45 minit. Dari Kundasang ke Sabah Tea dalam 1 jam. Betul-betul sebelah simpang masuk Sabah Tea ada Fish Massage. Jangan terlepas tau! Kalau terus lagi alamatnya ke Sandakan pula!
Harap dapat membantu ya. Perkongsian tips ni hanya untuk memudahkan percutian/perjalanan mereka yg datang bercuti sendiri. Tiada pakej percutian yg disediakan, dan bukan travel agent/tour guide service atau seumpamanya.
Kreatif! Itu yang terkeluar daripada kepala apabila melihat seorang wanita ubahsuai Myvi jadi ‘campercar’ demi merealisasikan impiannya jelajah satu Malaysia.
Dikenali sebagai Farah Nabilah, dia mengubahsuai kenderaan peribadi miliknya jenis Myvi menjadi ‘campercar’ mudah alih kerana lebih suka melakukan pengembaraan secara solo bagi mencari ketenangan.
Ubahsuai Myvi Jadi ‘Campercar’
Menurutnya ini diibaratkan sebagai satu terapi setelah penat membanting tulang empat kerat demi meneruskan keberlangsungan hidup.
Menurut Farah, idea ini mula tercetus apabila dirinya bercadang untuk melaksanakan satu percutian solo (solo travel) menjelajah sekitar Malaysia dengan menggunakan Myvi miliknya.
Sehubungan itu, Farah telah meminta meminta buah fikiran dan mendapat nasihat serta tunjuk ajar daripada rakanya dalam usaha merealisasikan ideanya untuk menukar Myvi menjadi campercar mudah alih dan ringkas.
Farah menjelaskan bahawa, dia begitu terinspirasi untuk melakukan transformasi tersebut apabila rakanya, Asri Nawawi bertindak menukar kereta Kancil miliknya menjadi campercar.
Tak Perlukan Modal Yang Besar Pun
Tambahnya lagi, kos yang terpaksa dikeluarkan olehnya sewaktu melaksanakan transformasi ‘CamperMyvi’ ini hanya menelan kos sekitar RM500 sahaja.
“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal.
“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”, ujar Farah.
Sebaik sahaja, ideanya itu diterjemah menjadi realiti, wanita ini terus memulakan percutian impianya selama 10 hari, menjelah sekitar Malaysua dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.
“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan.
“Kemudian, saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami telah menikmati durian bersama,” katanya lagi.
Mengulas berkenaan pengembaraan solonya ini, Farah akui dia berasa puas hati dan seronok serta tidak sabar untuk menjalankan pengembaraan solonya ke destinasi yang seterusnya di masa akan datang.
Ternyata usaha dilakukan Farah ini begitu menarik dan wajar dijadikan inspirasi bagi anda yang gemarkan cabaran dan berminat melakukan aktiviti kembara solo seperti ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...