Percutian untuk rakyat Malaysia ketika ini (wabak pandemik) hanya terhad untuk percutian dalam negara sahaja. Jangan rasa bosan ok! Malaysia pun tidak kurang menariknya destinasi yang ada untuk dikunjungi dan bercuti walaupun ke negeri yang sama saban tahun.
Mungkin anda sudah biasa ke Pulau Pinang untuk bercuti. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk makan-makan, beriadah dan berhibur. Setiap kali ke Pulau Mutiara ini, itinerari percutian anda mungkin berulang dan hanya berkunjung lokasi yang sama. Kali ini cuba kreatif sikit. Jika anda merancang hanya bercuti di Pulau Pinang, ini lokasi wajib singgah. Paling best dapat ambil gambar cantik-cantik!
Street Art Di Lebuh Armenian
Bagai tidak sampai ke Pulau Pinang, jika tidak berkunjung ke lorong-lorong di sepanjang Lebuh Armenian. Pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri tarikan karya seni orang tempatan iaitu lukisan mural di dinding dan diinovasikan dengan imej bantuan sebenar. Dahulu kewujudannya hanya satu, kemudian terus bertambah, seterusnya di komersilkan menjadi destinasi wajib dikunjungi pelancong. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di mural Lebuh Armenian seperti Kids On Bicycle, Kid on Chair, Old Motorcycle, Minions, Skippy Cat, Bruce Lee, Magic dan banyak lagi.
Entopia Penang
Berkunjung ke Entopia bagai berada di alam fantasi apabila dikelilingi dan dikerumuni rama-rama pelbagai spesies yang cantik dan berwarna-warni.Pengunjung ke sini boleh merasai pengalaman bersiar-siar dengan lebih 15,000 rama-rama serta berpeluang melepaskan serangga yang sudah dewasa itu ke habitatnya. Dikelilingi 200 spesies tumbuhan, air terjun, kolam dan gua buatan, pengunjung boleh merakamkan gambar kenangan bersama rama-rama serta menikmati makanan di restoran berlatarkan keindahan sebahagian Natureland dan rama-rama berterbangan.
Ads
Jika mahu merasai pengalaman ala ‘avatar’, Cocoon tempatnya apabila terdapat sebahagian ruang pameran gelap dikenali sebagai Pandora Forest, hanya disinari kerlipan lampu malap seperti berada di hutan pada waktu malam.
Red House
Blue Boat House atau rumah biru yang terletak di Perth, Australia menjadi satu lokasi mesti dikunjungi pelancong jika ke bumi kanggaru itu. Di Pulau Pinang juga tidak kurang menariknya kerana ada destinasi tarikan sebegitu rupa iaitu dikenali sebagai Red House.
Daya penarik berupa rumah kecil berwarna merah ini terletak di Jeti Tan, Pengkalan Weld, Georgetown. Setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mengambil foto berlatarkan Red House ini sebagai gambar kenang-kenangan. Waktu lawatan ke Red House ini hanya dibuka pada jam 8 pagi hingga 10 malam sahaja setiap hari. Ia sebagai langkah menjamin tahap keselamatan penduduk dan pengunjung terutama yang berkunjung pada waktu malam hari dari berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Kampung Agong
Kampung Agong lokasi ekopelancongan, membangkit nostalgia kehidupan kampung Melayu tradisi lalu. Kampung Agong lokasi yang sangat disarankan untuk anda yang gemar bergambar berlatar belakangkan panorama desa selain merasai sendiri suasana kampung tradisi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Paling utama, pastikan anda mengambil kesempatan untuk merakam gambar menarik di setiap sudut di sini.
Ads
Bayaran masuk dikenakan untuk masa dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Nama Kampung Agong diberi bersempena dengan nama jolokan yang diberikan orang kampung kepada Ang Peng Tiam, 84, iaitu ‘Agong’ kerana beliau mempunyai sebidang tanah yang luas, kebun kelapa dan sawah padi.
Muzium Peranakan Pulau Pinang
Terletak di sebuah rumah agam di Lebuh Gereja, Georgetown, Muzium Peranakan Pulau Pinang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan. Rumah agam tersebut pernah dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang bernama Kapitan Chung Keng Kwee pada abad ke-19.
Ads
Rumah agam ini telah lama dilupakan namun berjaya dibangunkan semula apabila seorang arkitek tempatan yang bernama Peter Soon membeli rumah agam tersebut dan melakukan kerja-kerja membaik pulih lalu menempatkan lebih 1,000 koleksi pameran artifak kaum Peranakan di Pulau Pinang. Menariknya tentang lokasi ini, ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem hit, Crazy Rich Asians dan rancangan realiti Amazing Race.
Dark Mansion Museum
Merupakan muzium 3D Glow in the dark yang menggunakan warna kesan cahaya khas agar pengunjung boleh menikmati lukisan yang sama dengan dua mood yang berbeza. Terdapat lima konsep berlainan iaitu My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood, Mysterious Tropical Pandora, Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting, The Infinity Room dan Stars and Moonlight. Rakam sebanyak mana foto kenangan anda berlatar belakangkan efek cahaya dan warna yang pelbagai di Dark Mansion Museum ini.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampaknya industri pelancongan kembali rancak apabila akan mula dibuka semula di bawah progam ‘travel bubble’ dimulakan dengan Pulau Langkawi.
Inilah masanya terutama bagi mereka yang tinggal di negeri fasa kedua meluangkan masa bercuti bersama keluarga.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan bahawa pulau itu akan dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.
“Sukacita dimaklumkan bahawa, mesyuarat bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program “travel bubble” berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Selain Langkawi, Terengganu juga sudah membuka sektorpelancingan bermula Rabu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, berkata pembukaan sektor pelancongan itu meliputi pulau peranginan terkemuka seperti Pulau Kapas di Marang, Pulau Redang di Kuala Nerus dan Pulau Tenggol di Dungun, selain Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.
“Sebenarnya, pulau telah dibuka awal bulan ini kepada individu yang lengkap vaksinasi tetapi aktiviti seperti ‘snorkeling’ dan ‘diving’ tidak dibenarkan, jadi ramai pengusaha memilih untuk tidak beroperasi.
“Justeru bermula 1 September ini, aktiviti berkenaan akan dibenarkan semula, namun penggiat dan pelancong perlu mematuhi peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.
Pulau-pulau telah dibuka awal bulan ini kepada individu yang lengkap vaksin tetapi aktiviti seperti ‘snorkeling’ dan ‘diving’ tidak dibenarkan, jadi ramai pengusaha memilih untuk tidak beroperasi. – Bernama
Selain bercuti dan tinggal di hotel atau homestay, rakyat Malaysia sekarang suka bercamping. Apatah lagi dengan kewujudan banyak campsite yang menawarkan fasiliti lengkap untuk yang mahu berkhemah membuatkan ramai memilih untuk bercamping.
Yang penting mempunyai kelengkapan lengkap untuk camping seperti khemah, peratalan memasak serta peralatan lain untuk memastikan keselesaan sepanjang perkhemahan.
Antara salah satu campsite yang sering menjadi pilihan camper adalah Hola Campsite yang terletak di Cameron Highlands. Kedudukannya yang terletak di tanah tinggi membuatkan suasana yang bakal camper perolehi sangat nyaman dan selesa.
Berada di tempat tinggi juga memberi peluang kepada camper untuk menikmati keindahan waktu malam dengan melihat deretan bintang di langit selain melihat sendiri matahari naik pada waktu pagi.
Memang seronok membaca pengalaman camper yang camping di sini, antaranya adalah Firdaus Arshad yang baru sahaja camping di Hola Campsite pada 11 hingga 13 Mei yang lalu.
Ikuti perkongsiannya!
Hola 2.0 campsite Tanah Rata.. 11/05/2022 – 13/05/2022..
Booked campsite untuk weekdays..
Tapak 2.0 hampir full.. 02.30 ptg smpi campsite..
Hampir 2 jam untuk setup khemah & drop semua peralatan..
Setelah belajar dari first setup camping di Lojing.. Alhamdulillah cuaca cantik.. Suhu dingin.. Dapat kabus tebal.. Malam pertama tidur di luar khemah atas camping bed.. 3.30 pagi dah bangun.. Sebab nak layan view waktu pagi.. 4.30 pagi try stargazer.. Alhamdulillah dapat captured gambar cantik..
stargazing, cantik!
video: layan sunrise
Hari kedua tengahari dah mula gerimis.. Kabus dah mula tebal.. Sangat-sangat tebal.. Suhu sangat sejuk.. Siap menggigil.. Bawa sampai ker senja.. Jarak 50m pun tak nampak disebabkan kabus.. Memang enjoy.. Malam kedua tak sanggup tidur luar.. Tak tahan terlampau sejuk..
cuaca berkabus
Campsite Best, fasiliti terbaik!
Campsite HOLA sangat best.. Tandas bersih.. Siap ada water heater.. Tak perlu risau untuk mandi waktu malam & awal pagi.. Around 10.00 pagi akan ada pekerja kutip sampah & basuh bilik air.. 5 bintang
Bali, bumi yang terkenal dengan jolokan Pulau Dewata mempunyai keindahan serta keunikan sosio-budaya Hindu menjadi pilihan ramai untuk berkunjung. Ramai yang suka datang ke Bali untuk berbulan madu, tidak kurang untuk menghayati alam dan menghargai keseniaan.
Bagi yang ingin meneroka Bali lebih lagi, anda wajib singgah destinasi tradisi ini:
Jika bertandang ke Ubud, jangan lupa melawat tarikan utama sekitarnya seperti Monkey Forest, tempat menghasilkan kopi luwak, teres padi, Pura Tirta Empul dan air terjun Tegenungan. Dianggap pusat kebudayaan dan seni di Bali, pancaindera bakal disajikan dengan keindahan perkampungan yang dibina di sekitar kehijauan kawasan berbukit.
DGDHJ2 The Padangtegal temple in Ubud’s Monkey Forest Sanctuary, Bali, Indonesia..
Tanah Lot popular dengan cerita mitos dan legenda tersendiri. Destinasi ini sentiasa dipenuhi dengan pelancong dan jika tidak singgah ke sini umpama anda tidak menjejakkan kaki di Bali.
Tanah Lot.
Tirta Gangga bermaksud air yang mengalir dari Sungai Gangga. Di sinilah terletaknya Istana Air Tirta Gangga, sangat indah pemandangan yang ditawarkan di sini. Dikelilingi oleh kolam-kolam, pancuran air, taman mekar yang indah dan ukiran-ukiran batu. Terdapat beberapa kolam yang membolehkan pengunjung untuk berendam di sini mengikut bayaran tertentu.
Tirta Gangga.
Perkampungan Mas yang menjadi pusat ukiran kayu yang terkenal di Bali. Kuil Goa Gajah, sebuah kuil lama yang telah wujud sejak abad ke-11 lagi yang menunjukkan pegaruh Hindu-Buddha di Bali pada suatu masa dahulu.
Pura Ulun Danu Beratan atau Tasik Beratan dikatakan merupakan salah satu daripada 20 tasik terindah di dunia ini. Di sini menawarkan panorama indah tasik di sekeliling, tanah yang menghijau serta pemandangan gunung-ganang. Untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan, anda boleh menaiki bot yang disediakan di tasik ini. Untuk kaki pancing ada aktiviti memancing juga tau disediakan di sini!
Pura Ulun Danu Beratan.
Kuil Besakih Temple dianggap sebagai ibu kuil ataupun yang terpenting di antara kuil-kuil yang lain di Bali. Berusia lebih daripada 1,000 tahun, kuil yang terletak pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut ini terdiri daripada 86 buah kuil termasuklah Kuil Besar Negeri iaitu Pura Penataran Agung.
Kuil Besakih Temple.
Terletak di kawasan tanah tinggi 700 meter dari aras laut, Kampung Penglipuran merupakan sebuah kawasan kampung tradisional yang memiliki karakternya tersendiri yang masih kukuh tanpa sentuhan modenisasi.
Kampung Penglipuran.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...