civid

Ketika ini, ramai yang mengambil peluang untuk bercuti setelah beberapa bulan disekat ‘pergerakan’ ekoran penularan pandemik COVID-19. Antara destinasi yang menjadi tumpuan orang ramai pastinya kawasan pulau atau pantai.

7 Tip Percutian Selamat Di Kawasan Pantai, Elak Dijangkiti Wabak COVID-19 7 Tip Percutian Selamat Di Kawasan Pantai, Elak Dijangkiti Wabak COVID-19

IKLAN

Jika anda berhasrat untuk menghirup udara segar di pantai dan pulau-pulau tetapi masih ragu-ragu atau tidak pasti apa yang perlu dilakukan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19, ini tujuh tip buat anda:

IKLAN
IKLAN
  • Bagi melakukan aktiviti di luar rumah, terdapat beberapa risiko yang perlu anda teliti. Ini termasuk membawa warga emas dan kanak-kanak bercuti. Jika anda ingin membawa golongan ini bersama ketika bercuti di pantai, pastikan kawasan tersebut mempunyai kelengkapan kesihatan yang baik. Jika berada di ceruk pulau, pastikan anda bertanya di mana terletaknya fasilit untuk perubatan seperti klinik atau farmasi terdekat.
  • Anda dinasihatkan untuk memilih destinasi yang sesuai dan membandingkan kawasan mana yang lebih selamat dan berisiko rendah untuk dituju. Elakkan kawasan yang padat dan mempunyai pengunjung yang terlalu ramai. Jika mempunyai anak kecil atau membawa warga emas, elak berkelah di kawasan padat atau acara berkapasiti ramai.
  • Adalah penting buat anda untuk melakukan perbandingan tentang pemilihan kawasan atau destinasi yang ingin dituju. Anda boleh mempertimbangkan untuk memilih destinasi yang lebih privasi atau mengehadkan jumlah pelancong. Anda boleh lakukan tinjauan tersebut melalui laman web atau boleh berhubung terus dengan pihak hotel. Pastikan juga jika anda bercadang untuk menginap, lokasi tersebut telah mengikut semua SOP yang diarahkan oleh kerajaan.
  • Ketika anda sedang bergembira menikmati keindahan alam semula jadi di pantai, anda diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial. Antara langkah terbaik adalah mengelakkan dari menggunakan tempat tertutup yang digunakan orang ramai seperti tandas awam. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa membasuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman. Jangan lupa juga untuk menjaga jarak sosial.
  • Sekiranya anda berdepan dengan situasi di tempat yang sesak, anda digalakkan untuk menggunakan pelitup muka bagi mencegah dan mengawal penularan pandemik COVID-19. Contohnya seperti ketika berada dalam bot laju atau feri.
  • Untuk mengelakkan makanan di dalam restoran atau kafe yang sesak, anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan sendiri ketika berkelah di tepi pantai.
  • Dalam sibuk menjaga diri daripada jangkitan COVID-19, jangan lupa untuk untuk menjaga keselamatan diri semasa di pantai. Ini bermakna jangan lupa untuk kekal hidrat dengan minum air yang secukupnya ketika berjemur dan menggunakan kirm pelindung matahari.7 Tip Percutian Selamat Di Kawasan Pantai, Elak Dijangkiti Wabak COVID-19

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI