Tidak dijadikan sesuatu itu sia-sia. Begitulah juga dengan mengembara atau travelling. Setiap perkara yang dijadikan mesti ada kebaikan dan entri ini akan menceritakan apa kebaikan yang akan kita perolehi dengan travel;
1. Meningkatkan Keyakinan Diri
Sama ada kita seorang yang pemalu atau gugup apabila berada di dalam perhatian umum, dengan mengembara dapat membantu untuk membina keyakinan diri yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita akan selalu berjumpa dengan kawan-kawan baru setiap hari, sesat di lorong-lorong kotaraya, keliru dengan laluan keretapi, makan makanan yang bukan ruji harian kita dan bersukaria di tempat yang asing bagi diri kita. Mengembaralah, sama ada di kawasan konflik atau di celah-celah istana di Eropah, ia akan membina keyakinan diri yang lebih tinggi kepada diri kita sendiri.
2. Bertemu Kawan Baru
Ramai orang yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti travel risau mereka akan keseorangan apabila bercuti nanti. Jangan risau! Ada ramai lagi travellers di luar sana dan ada pelbagai cara untuk kita bertemu dengan kawan-kawan baru setiap hari. Sama ada kawan baru kita itu adalah geng traveller seperti kita atau orang-orang tempatan di kawasan destinasi percutian kita. Sekiranya kita berjumpa kawan baru yang sama destinasi dengan kita, ikut beliau sekali kemana-mana. Percayalah, ia mesti menyeronokkan!
Ads
3. Buat Kita Jatuh Hati
Cinta akan sentiasa hadir apabila kita membuka hati kita untuk dicintai. Hubungan diantara manusia seringkali lebih mendalam sewaktu keluar travel bersama-sama. Tidak ada yang lebih indah selain daripada berjalan di tepi pantai sambil berpimpinan tangan bersama dan melihat matahari terbenam di ufuk barat. Ramai juga yang terjumpa jodoh sewaktu keluar travel. Cubalah, mana tahu anda akan terjumpa jodoh anda ketika bercuti, manalah tahu?!
4. Menambah Sikap Sukarela
Jika anda seseorang yang suka mengembara dan memberi, ada banyak NGO yang boleh anda sertai di luar sana. Sukarelawan memberikan anda banyak faedah bukan sahaja dari segi jasmani malah rohani. Di samping melihat tempat orang, anda juga dapat membantu insan lain yang tidak berkemampuan daripada kita. Program sukarelawan juga dapat menjadi turning point untuk kita menjadi seorang insan yang lebih baik di masa akan datang.
Ads
5. Tambah Skil Baharu
Mengembara juga dapat membantu kita untuk menambah skil yang baharu. Sama ada kita menunggang motorsikal, belajar bercakap bahasa ketiga, atau mencuba aktiviti-aktiviti lasak, sedikit sebanyak mengembara dapat mendedahkan kita tentang pengetahuan yang jarang kita dapat sekiranya duduk terperap di rumah.
6. Lebih Menghargai Perkara-Perkara Kecil
Sama ada anda terselamat daripada terjatuh dari rekahan di gunung Everest, atau terselamat daripada kemalangan jalanraya di India, ia akan membuatkan anda lebih menghargai kehidupan anda yang selama ini selamat daripada segala ancaman bahaya. Keadaan sekarang jika anda lihat, akan menjadi satu masalah dunia apabila smartphone kita kehabisan bateri tetapi dengan mengembara, ia akan mengajar anda bahawa itu adalah perkara biasa yang tidak perlu digembar-gemburkan.
Ads
7. Menjadi Lebih Peka
Tidak kira bagaimana anda travel, anda pasti akan menjadi seorang yang lebih peka dengan keadaan sekeliling. Anda akan lebih arif tentang bagaimana keadaan dunia ini berfungsi. Anda juga akan dapat menambah sedikit pengetahuan berkenaan politik dan sejarah di satu-satu kawasan yang dilawati dan berpeluang berjumpa dengan warga tempatan sendiri bagi mendapatkan kisah sebenar di situ.
8. Meningkatkan Keupayaan Diri
Mengembara menjadikan anda seorang manusia. Ya, ia akan menjadikan anda seorang manusia yang lebih baik berbanding hari semalam. Daripada segi siasah dan sahsiah diri. Tidak perlu dihuraikan panjang lebar bab ini. Sekiranya anda ingin tahu bagaimana rasanya, keluarlah mengembara!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone) yang sepatutnya berakhir 20 Februari 2020 akan dilanjutkan sehingga 6 Mac 2020 ini.
Perintah berkurung ini bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan mereka yang berada di daratan ESSzone.
Perintah berkurung dari jam 6 petang hingga jam 6 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Dengan berkuat kuasa perintah berkurung itu, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah dan orang lain tidak dibenarkan masuk atau berada di kawasan diisytiharkan antara jam 6 petang hingga jam 6 pagi pada tarikh dinyatakan.
Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik menjalankan penyelidikan dan pelancong asing melawat pulau peranginan.
Perintah berkurung itu juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.
Semua Ketua Polis Daerah di ESSzone juga diberi kuasa bagi mengeluarkan permit kepada pemohon layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung.
Tiada lagi penginapan secara percuma bagi mana-mana individu yang memasuki pintu masuk Malaysia bermula pada 1 Jun 2020 ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka yang dikuarantin bakal dikenakan caj kuarantin hotel bermula tempoh tersebut termasuk warganegara dan bukan warganegara. Caj 100 peratus daripada kadar bayaran hotel bakal dikenakan kepada bukan warganegara, sementara 50 peratus bagi warganegara Malaysia.
"Sidang Majlis Keselamatan Negara telah membuat keputusan bagi mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu yang memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun 2020. Walau bagaimanapun bukan warganegara Malaysia termasuk permastautin tetap dan lain-lain, mereka akan dikenakan caj hotel sepenuhnya." kata beliau.
Majlis Keselamatan Negara turut membuat keputusan mewajibkan semua individu yang ingin pulang ke negara ini untuk menandatangani Surat Setuju Pembayaran. Surat Setuju Pembayaran 50 peratus bagi warganegara Malaysia dan 100 peratus bagi bukan warganegara boleh dibuat melalui pejabat Kedutaan Malaysia yang terdekat. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat penerbangan untuk memastikan Surat Kelulusan dijadikan syarat kepada semua penumpang.
Sebelum ini, ramai dalam kalangan bukan warganegara Malaysia yang berkahwin dengan rakyat Malaysia, yang dikuarantin iaitu pemegang pas permastautin tetap enggan membayar apabila mereka ingin keluar dari pusat kuarantin. Oleh sebab itu, selepas ini jika ada rakyat di luar negara mahu pulang ke Malaysia, mereka perlu tanda tangan dahulu surat Akur Janji bayar sebelum diberi kebenaran untuk pulang.
Majalah Libur bersimpati dengan nasib yang menimpa negara jiran Indonesia kerana situasi banjir teruk yang melanda. Sekurang-kurangnya 24 orang mangsa dilaporkan terkorban dalam banjir yang melanda Jakarta, ibu kota Indonesia sejak empat hari lalu.
Buat rakyat Malaysia yang bercadang ke Jakarta, mungkin boleh tangguhkan sementara perjalanan anda ke sini. Selain beberapa kawasan di ibu negara Jakarta, kawasan di bandar berhampiran Jakarta seperti Tangerang, Depok, Bekasi dan Bogor, turut mengalami banjir semalam berikutan hujan lebat pada awal pagi tahun 2020.
Mereka yang menjadi mangsa korban itu antaranya mengalami hipotemia, lemas dihanyutkan arus, tertimbus akibat tanah runtuh dan terkena renjatan elektrik. Beberapa kawasan banjir di Jakarta sudah beransur pulih, namun masyarakat diminta berjaga-jaga berikutan hujan diramalkan berterusan minggu ini.
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam satu kenyataan menyatakan antara punca banjir itu adalah hujan lebat ekstrem yang mencatatkan bacaan 377 milimeter (mm), sedangkan rekod tertinggi pada 2007 mencatatkan bacaan 340 mm.
Beberapa jalan utama di Jakarta seperti masih tidak dapat digunakan kerana digenangi air, antaranya di Simpang Cempaka Mas, Jalan S Parman, Jalan Rasuna Said, Jalan Pemuda Rawamangun dan Jalan Gatot Subroto.
Lapangan terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur yang tidak dapat beroperasi kerana digenangi air, telah kembali beroperasi sepenuhnya semalam.
Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta meminta rakyat Malaysia yang sedang bercuti atau menetap di Jakarta dan kawasan sekitar mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan jika memerlukan sebarang bantuan konsular, boleh menghubungi kedutaan Malaysia di talian +62 813 80813036.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...