Tidak dijadikan sesuatu itu sia-sia. Begitulah juga dengan mengembara atau travelling. Setiap perkara yang dijadikan mesti ada kebaikan dan entri ini akan menceritakan apa kebaikan yang akan kita perolehi dengan travel;
1. Meningkatkan Keyakinan Diri
Sama ada kita seorang yang pemalu atau gugup apabila berada di dalam perhatian umum, dengan mengembara dapat membantu untuk membina keyakinan diri yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita akan selalu berjumpa dengan kawan-kawan baru setiap hari, sesat di lorong-lorong kotaraya, keliru dengan laluan keretapi, makan makanan yang bukan ruji harian kita dan bersukaria di tempat yang asing bagi diri kita. Mengembaralah, sama ada di kawasan konflik atau di celah-celah istana di Eropah, ia akan membina keyakinan diri yang lebih tinggi kepada diri kita sendiri.
2. Bertemu Kawan Baru
Ramai orang yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti travel risau mereka akan keseorangan apabila bercuti nanti. Jangan risau! Ada ramai lagi travellers di luar sana dan ada pelbagai cara untuk kita bertemu dengan kawan-kawan baru setiap hari. Sama ada kawan baru kita itu adalah geng traveller seperti kita atau orang-orang tempatan di kawasan destinasi percutian kita. Sekiranya kita berjumpa kawan baru yang sama destinasi dengan kita, ikut beliau sekali kemana-mana. Percayalah, ia mesti menyeronokkan!
Ads
3. Buat Kita Jatuh Hati
Cinta akan sentiasa hadir apabila kita membuka hati kita untuk dicintai. Hubungan diantara manusia seringkali lebih mendalam sewaktu keluar travel bersama-sama. Tidak ada yang lebih indah selain daripada berjalan di tepi pantai sambil berpimpinan tangan bersama dan melihat matahari terbenam di ufuk barat. Ramai juga yang terjumpa jodoh sewaktu keluar travel. Cubalah, mana tahu anda akan terjumpa jodoh anda ketika bercuti, manalah tahu?!
4. Menambah Sikap Sukarela
Jika anda seseorang yang suka mengembara dan memberi, ada banyak NGO yang boleh anda sertai di luar sana. Sukarelawan memberikan anda banyak faedah bukan sahaja dari segi jasmani malah rohani. Di samping melihat tempat orang, anda juga dapat membantu insan lain yang tidak berkemampuan daripada kita. Program sukarelawan juga dapat menjadi turning point untuk kita menjadi seorang insan yang lebih baik di masa akan datang.
Ads
5. Tambah Skil Baharu
Mengembara juga dapat membantu kita untuk menambah skil yang baharu. Sama ada kita menunggang motorsikal, belajar bercakap bahasa ketiga, atau mencuba aktiviti-aktiviti lasak, sedikit sebanyak mengembara dapat mendedahkan kita tentang pengetahuan yang jarang kita dapat sekiranya duduk terperap di rumah.
6. Lebih Menghargai Perkara-Perkara Kecil
Sama ada anda terselamat daripada terjatuh dari rekahan di gunung Everest, atau terselamat daripada kemalangan jalanraya di India, ia akan membuatkan anda lebih menghargai kehidupan anda yang selama ini selamat daripada segala ancaman bahaya. Keadaan sekarang jika anda lihat, akan menjadi satu masalah dunia apabila smartphone kita kehabisan bateri tetapi dengan mengembara, ia akan mengajar anda bahawa itu adalah perkara biasa yang tidak perlu digembar-gemburkan.
Ads
7. Menjadi Lebih Peka
Tidak kira bagaimana anda travel, anda pasti akan menjadi seorang yang lebih peka dengan keadaan sekeliling. Anda akan lebih arif tentang bagaimana keadaan dunia ini berfungsi. Anda juga akan dapat menambah sedikit pengetahuan berkenaan politik dan sejarah di satu-satu kawasan yang dilawati dan berpeluang berjumpa dengan warga tempatan sendiri bagi mendapatkan kisah sebenar di situ.
8. Meningkatkan Keupayaan Diri
Mengembara menjadikan anda seorang manusia. Ya, ia akan menjadikan anda seorang manusia yang lebih baik berbanding hari semalam. Daripada segi siasah dan sahsiah diri. Tidak perlu dihuraikan panjang lebar bab ini. Sekiranya anda ingin tahu bagaimana rasanya, keluarlah mengembara!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perdana Menteri berkata, beliau sedar rakyat di negara ini mungkin merasakan tindakan yang diambil oleh kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.
Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi:
Pertama – Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac.
Kedua – Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.
Ketiga – Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
Keempat – Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
Kelima – Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
Keenam – Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Bila sebut Chow Kit, ramai yang tahu kawasan sekitarnya adalah syurga bagi mendapatkan barangan murah pada harga borong. Baik pada yang mahu membeli pelbagai jenis makanan basah sampai kering hinggalah mendapatkan barangan untuk jualan kerana di Chow Kit ada GM Plaza yang merupakan tempat tumpuan pembeli kecil-kecilan untuk mendapatkan harga borong di lokasi tersebut. Lebih best, di Chow Kit juga ada port makan nasi kandar yang cukup terkenal iaitu Nasi Kandar Kudu selain Nasi Kandar Yassin yang hanya sebaris sahaja.
Manakala kalau sebut soal Bukit Bintang, ia syurga membeli belah dan port terbaik untuk dijelajahi kerana di lokasi ini juga adalah syurga beli belah bagi anak muda. Bagi pengunjung luar yang mungkin pertama kali mahu menuju ke dua lokasi ini menggunakan kenderaan sendiri, ada sesuatu yang korang kena alert terutama perubahan jalan seperti diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi melancarkan lagi lalu lintas dua kawasan terbabit yang sememangnya sudah biasa sesak.
Menurut info dari DBKL, bermula 20 Disember 2020 (Ahad), kenderaan yang melalui Jalan Sultan Ismail dari arah Bukit Bintang menuju ke Jalan Raja Laut untuk menghala ke Chow Kit tidak lagi dibenarkan membelok ke kanan di Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan Raja Laut.
Pemandu dikehendaki menyusur kiri menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan seterusnya melalui Jalan Dang Wangi atau Jalan Esfahan dan terus ke Jalan Raja Laut untuk ke Chow Kit.
Pemandu dikehendaki berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda di lokasi.
Jadi bagi korang yang mungkin first time nak ke dua-dua lokasi itu, sila alert dengan perubahan jalan ini ya agar tidak tersesat nanti apabila sudah sampai ke sana.
Apa pun, jom kita support pelancongan domestik kita yang mulai hendak naik kembali.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.
Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.
Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang
Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan.
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.
Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.
Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam.
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.
Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.
Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.
─ Imam Syafie
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...