Nampaknya sambutan Syawal new norm yang tidak pernah kita fikir iaitu dengan bercuti di atas kapal mewah.
Baru-baru ini Genting Cruise Lines dan Penang Port Sdn Bhd mengumumkan rancangan untuk memulakan semula perkhidmatan dan operasi kapal Star Pisces di Pulau Pinang dengan itinerari baru ke Pulau Langkawi bermula 13 Mei ini bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Itinerari-itinerari ke Pulau Langkawi yang dicadangkan termasuk pelayaran dua malam iaitu pakej ‘Langkawi Escape’ dan pelayaran satu malam dengan pakej ‘Straits of Malacca’ yang dijangka akan bertolak dari Pulau Pinang.
Dengan pelancaran itinerari-itinerari tersebut, Star Pisces, kapal yang dimiliki Star Cruises dengan muatan 40,053 tan dan kapasiti 1,600 penumpang ini akan menjadi kapal persiaran pertama yang beroperasi semula di Malaysia dan salah sebuah kapal yang paling awal memulakan operasi di dunia.
Menurut Naib Presiden Jualan Genting Cruise Lines di Malaysia, Cynthia Lee berkata, ia secara tidak langsung juga membantu perkembangan sektor pelancongan di Pulau Pinang dan Pulau Langkawi yang kini terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Ads
“Seperti rakyat Malaysia yang lain, percutian alternatif seperti inilah yang kami nanti-nantikan, lebih- lebih lagi apabila melancong ke luar negeri masih tidak dibenarkan pada masa ini.
“Itinerari-itinerari ke Pulau Langkawi yang baru ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk kembali bercuti di tengah laut,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Penang Port Sdn Bhd, Datuk Sasedharan Vasudevan, seperti kita sedia maklum, perkhidmatan pelayaran merupakan tonggak pembangunan Pulau Pinang sejak dulu lagi dan ia telah menjadi keunikan Pulau Pinang.
Ads
Itinerari terbaru Star Pisces ke Pulau Langkawi akan memberi peluang kepada para penumpang untuk mendalami keindahan semulajadi dan mengenali keunikan warisan budaya di pulau tersebut, yang juga digelar sebagai ‘Permata Kedah’.
Menarik bukan? Namun, jika anda berminat untuk merasai percuti mewah tersebut perlu menjalani ujian dan patuh beberapa perkara sebelum naik kapal seperti :
Proses pemeriksaan kesihatan yang ketat dan garis panduan sebelum naik dan selepas turun dari kapal
– Prosedur kuarantin anak-anak kapal diperketatkan,
– Sanitasi dan pembasmian kuman yang menyeluruh.
– Sanitasi dan pembasmian kuman yang menyeluruh.
– Mempraktikkan amalan kebersihan yang tinggi di kabin tetamu, kawasan awam di atas kapal dan semasa aktiviti-aktiviti rekreasi.
– Peningkatan keselamatan makanan dan minuman.
Satu dunia memberi reaksi apabila gambar hasil kerja seorang pemuda Malaysia yang dikenali sebagai Dinie Aiman diterbitkan di laman Instagram Apple yang mempunyai 21 juta pengikut. Gambar tersebut diambil menggunakan iPhone 7 Plus.
Menurut sumber Astroawani, pada bulan November, Dinie dihubungi wakil Apple untuk mendapat kebenaran menggunakan imej tersebut di laman Instagram gergasi teknologi itu sendiri.
Imej foto kawasan paya berumput berlatarbelakangkan Bukit Nakawan di Kampung Sahabat, Perlis boleh dikatakan bukan sebarang gambar kerana mampu menarik perhatian Apple. Terbukti di Perlis ada tarikan tersendiri! Paparan di Apple diiringi keterangan gambar; “Humanity turns a picture into a story” (Kemanusian menjadikan gambar biasa satu cerita).
Gambar asal dimuat naik lengkap dengan caption: ‘Seorang pemuda yag menikmati pemandangan pada waktu pagi dan bunyi angin betiup kencang dan kedengaran bunyi burung berkicauan. Selain itu, perasaan pemuda itu keseronokan menikmati keindahan alam yang jauh berbeza berbanding di kota raya.
Ramai yang memuji kreativiti dan ketepatan foto tersebut setelah Apple memberi ruang publisiti yang meluas. Tidak kurang juga yang mempersoal kualiti imej digital yang didakwa lebih baik jika menggunakan jenama pesaing.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sungai Lembing, Pahang cukup terkenal kerana merupakan lokasi lombong bijih timah paling dalam di dunia. Namun, disebalik kesan tinggalan sejarah itu, terdapat rahsia alam yang mampu menarik perhatian ramai pecinta alam iaitu Air Terjun Pelangi terletak 16 kilometer dari Bandar tersebut.
Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media. Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini.
Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.
Pengangkutan Khas
Jika tiba di dipekan Sungai Lembing pengunjung yang ingin ke Air Terjun Pelangi mempunyai beberapa pilihan perjalanan, sama ada untuk mendaki atau menggunakan perkhidmatan jentera 4×4 untuk ke tapak perkhemahan Lubuk Beruk. Jika tidak mempunyai jentera pacuan empat roda sendiri, bolehlah memilih pengangkutan yang biasanya ada disediakan oleh penduduk sekitar untuk masuk ke sana.
Dikenali sebagai ‘Teksi’, jentera 4×4 yang telah diubah suai ini boleh memuatkan lebih banyak penumpang. Bayaran tertentu dikenakan untuk setiap orang yang menggunakan khidmat pengangkutan ini. Pesanan untuk pengunjung, jangan sesekali berkeras untuk membawa kenderaan sendiri selain kenderaan jenis 4×4 atau kenderaan untuk perjalanan offroad. Jika degil dan tidak mahu mematuhi arahan, kenderaan anda pasti akan terkandas di tengah hutan!.
Cabaran Bermula
Perjalanan masuk ke tapak perkhemahan bakal membawa pengunjung merentasi kawasan hutan belantara selama hampir satu jam dan setibanya ke kawasan perkhemahan Lubuk Beruk, pengunjung bebas memilih lokasi yang sesuai untuk mendirikan khemah.
Menjadi pilihan buat pengunjung sama ada untuk bermalam di tapak perkhemahan (alatan perkhemahan perlu disediakan sendiri) atau meneruskan perjalanan balik hari ke kawasan Air Terjun Pelangi. Jentera yang dinaiki pengunjung akan berakhir di tapak perkhemahan ini sahaja, maka penggembaraan untuk menggapai pelangi perlu diteruskan sendiri dengan aktiviti trekking. Anda juga boleh mengupah penunjuk arah untuk ke Air Terjun Pelangi tersebut untuk melancarkan perjalanan anda.
Boleh dikatakan Air Terjun Pelangi ini sesuai buat mereka yang sukakan cabaran. Jika ada yang ingin membawa keluarga, anda perlu pastikan keselamatan mereka sentiasa terjaga terutamanya kanak-kanak. Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti menggapai pelangi ini.
Terlebih dahulu pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 45 minit untuk ke air terjun dengan merentasi arus sungai yang agak deras tetapi cetek. Laluan yang disediakan yang agak cerun dan kadang kala sedikit licin mengikut pada cuaca. Langkah pasti semakin laju tatkala mulai kedengaran desiran air terjun. Jika tiba mengikut masa yang betul, dari jauh pengujung sudah boleh melihat sang pelangi yang dicari-cari menunjukkan rupa.
Menurut pemandu arah, jika sedikit lambat tiba mungkin pelangi tersebut tidak dapat dilihat. Ini kerana jika matahari sudah berada hampir betul-betul di atas kepala situasi ini menyukarkan proses pembiasan berlaku kerana untuk pelangi terjadi di air terjun, matahari harus berada di hadapan air terjun.
Keindahan Tidak Terungkap
Pengunjung pasti bersyukur kerana dapat melihat salah satu air terjun yang tercantik di Malaysia walaupun perlu merentas hutan belantara. Suasana sekeliling yang damai memang menjanjikan kepuasan setelah berhempas pulas mendaki. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan malah amat sesuai dijadikan sebagai destinasi berekreasi, penggambaran filem atau buat mereka yang mahu lari daripada kesibukan kota raya. Pengunjung pasti akan terpesona dengan juraian air terjun jernih serta pelangi yang indah.
Dalam pada itu, menjadi tanggungjawab bersama agar setiap pengunjung Air Terjun Pelangi menjaga kebersihan kawasan rekreasi yang masih boleh dianggap dara dan tidak tercemar itu. Untuk info, pengunjung boleh melihat pelangi sekitar pukul 8 pagi hingga 10 pagi pada ketinggian 50 meter daripada ait terjun itu.
Tip Best!
Selepas bermandi manda di Air Terjun Pelangi, apa kata sebelum pulang anda melawat sekitar pekan Sungai Lembing terdahulu. Terdapat pelbagai destinasi menarik untuk diterokai di sini. Antaranya:
Pekan Sungai Lembing
Pekan Sungai Lembing dikenali sebagai ‘Kota El Dorado Timur’ pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu. Ini kerana kegiatan perlombongan telah menjadikan pekan ini terkenal. Malah merupakan antara kawasan lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Dianggarkan panjang terowong lombong bijih timah bawah tanah yang dibina melebihi jarak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dengan kedalaman 396 meter. Kini, bekas lombong serta sebahagian bangunan lama Inggeris masih wujud dalam bentuk asal dan sekali imbas seperti pekan ala koboi dalam filem. Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan di sekitar kawasan ini.
Mee Bandung Sungai Lembing
Tidak sah jika pengunjung datang ke Sungai Lembing tidak menjamu selera di kedai makan yang terkenal dengan keenakan mi bandung dan mi jawa. Banyak kedai makan menu mi bandung yang terdapat disekitar ini. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Lokasi-lokasi kedainya agak strategik iaitu berhampiran pintu gerbang pekan Sungai Lembing, memudahkan pengunjung untuk singgah di premis berkenaan. Kedudukannya juga amat sesuai untuk bersantai kerana terletak di pertembungan Sungai Kenau dan Sungai Kuantan.Fenomenanya lebih menarik apabila terdapat sebuah jambatan gantung yang merentangi Sungai Kenau bagi kemudahan penduduk dan pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar kawasan itu yang menghijau.
Muzium Sungai Lembing
Muzium Sungai Lembing menjadi salah satu daya tarikan disini. Siapa sangka, pekan kecil ini menyimpan sejarah yang mungkin tidak diketahui kebanyakan orang. Sesi lawatan di muzium ini pasti memberi pengetahuan kepada pengunjung tentang sejarah kegemilangan Sungai Lembing. Pelbagai khazanah, replika dan artifak menarik berkaitan dengan aktiviti perlombongan bijih timah terdapat di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lapangan terbang baru Istanbul yang dijangka menjadi lapangan paling sibuk dunia dijangka beroperasi sepenuhnya pada 7 April ini.
Lapangan terbang bernilai AS $12 bilion (RM48.8 bilion) itu sudah dibuka pada Oktober lalu seperti diumumkan Presiden Tayyip Erdogan namun hanya membabitkan beberapa penerbangan saja. Pemindahan ke lapangan terbang baru dari Lapangan Terbang Ataturk akan bermula pada 5 April, jam 3 pagi dan berlanjutan hingga 45 jam.
Syarikat yang membina dan mengendalikan lapangan terbang itu, IGA berkata, sebarang pengumuman terbaru akan dimuat naik di laman sesawang. Lapangan terbang baru itu berupaya menampung kehadiran 90 juta penumpang setahun dan boleh diperluaskan untuk menampung sehingga 200 juta orang.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...