Jepun sememangnya sebuah negara yang terkenal pelancongan. Antaranya ialah Gunung Fuji yang menjadi kebanggaan rakyat Jepun dan menjadi daya tarikan orang luar untuk melawat negara ini. Bukan saja Gunung Fuji tetapi juga terkenal dengan bunga Sakura yang cantik memukau.
Dari perkongsian Zunita Ramli yang tinggal di Jepun, ada lokasi menarik di Jepun yang mana seolah kita berada di lautan biru kalau naik ke atas bukit yang dipenuhi bunga nemofila sebanyak 4.5 juta.
Sedikit trivia mengenai Hitachi Seaside Park:-
Ads
Ads
Hitachi Seaside Park ni dulu sebenarnya merupakan lapangan terbang ketenteraan Amerika Syarikat, iaitu Lapangan Terbang Higashi-Mito. Kemudian lepas perang Dunia Kedua tamat, ia dijadikan kawasan latihan tembakan dan bom oleh tentera Amerika Syarikat.
Tapi pada tahun 1973, ianya dijadikan taman sebagai simbol keamanan dan dinamakan “Hitachi Seaside Park”. Pada musim bunga, puncak tertinggi taman ini iaitu Bukit Miharasi dengan ketinggian 58 meter dari paras laut bertukar biru dengan lebih 4.5 juta bunga nemofila di tanam di bukit ini, tak ubah seperti “lautan biru”. Jadi kalau ke Jepun, jangan lupa singgah di sini ya. . Kredit : #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Menikmati bulan puasa dengan glamping di Kebun Haus, Segamat Johor pun menarik ya. Buat kelainan untuk sambutan Ramadan bersama keluarga tersayang.
Sesekali layan anak-anak dan luangkan masa macam ini pun cukup menarik, bagi pengalaman berbeza untuk anak-anak meraikan Ramadan.
Tempat ini berkonsepkan glamping rekriasi & cafe, yang mana anda boleh layan suasana berkhemah dengan makan-makan bersama.
Bukan sahaja cantik kawasannya, malah lengkap juga dengan kemudahan yang sedia ada. Tak perlu dah nak pening kepala fikir yang lain.
Di sini hanya ada 2 kemah sahaja. 1 kemah boleh memuatkan 4-5 orang dewasa. Disediakan 2 tilam bersaiz queen. (tambahan RM70 untuk tilam tambahan lengkap dengan bantal dan selimut). Tent juga sejuk kerana mempunyai penghawa dingin.
RM428- hari bekerja
RM458- hari minggu (Jum-Ahd)
RM478- cuti umum
Percuma sarapan untuk 2 orang. (bulan puasa, gantikan waktu berbuka)
Welcome drinks & snacks.
Unggun api & marshmallow (bergantung keadaan cuaca)
Outdoor cinema
Owh ya, apa yang menarik ada mini kolam di setiap tent. Ada kolam awam khas untuk glampers juga.
Untuk aktiviti permainan, anda boleh memanah, buaian, dan lain-lain. Mempunyai tandas dan surau, ini memang kemudahan buat anda yang datang sini.
Dinner boleh add on daripada KebunHaus Cafe. Anda juga boleh pilih nak bbq atau ala carte.
Check in : 3pm
Check out : 12pm
Macam mana, agak-agak berbaloi tak? Macam-macam aktiviti boleh dibuat dengan anak-anak kat sini nanti. Tidak terlalu ramai orang dan suasanya perkampungan yang tenang.
Lokasi:
Kebun Haus, Kg.Sulir, Pekan Jabi Segamat Johor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hutan Royal Belum ini merupakan satu kawasan pelancongan yang terbaik untuk percutian skala besar seperti family gathering atau reunion. Sebab apa? Nanti akan Libur jelaskan di bawah.
Ada dua cara yang akan anda gunakan untuk sampai ke Royal Belum. Yang pertama, melalui jalan darat dan yang keduanya, melalui jalan air.
Kedua-dua cara ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada anda kerana cara yang pertama, anda akan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Kuala Kangsar sebelum tiba ke Jeti Temenggor. Dari jeti ini anda akan menaiki bot untuk ke kawasan Royal Belum.
Di kawasan Jeti Temenggor ini, anda akan dapat lihat pelbagai jenis house boat. Ada yang kecil dan ada yang besar. Kesemua jenis house boat ini dapat memenuhi kriteria dan skala percutian yang anda mahukan, bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan.
Sekiranya anda mahukan house boat yang mewah untuk percutian anda, jangan segan silu untuk mengeluarkan bajet sehingga RM9,000 selama 3 hari 2 malam. Kosnya agak tinggi kan? Tapi jangan risau, house boat itu akan memberikan satu kepuasan terjamin kepada anda dan rombongan.
Cadangan kepada anda yang baru pertama kali ingin merancang trip ke Royal Belum, cukup sekadar anda ambil house boat berharga RM3,000 ke RM4,500 sahaja. Pakej yang ditawarkan dalam julat harga ini sudah cukup untuk memenuhi kesemua kehendak anda sepanjang masa berada di sana.
Setibanya di sana nanti, apa yang anda boleh lakukan? Okay, di sini Libur senaraikan serba sedikit aktiviti-aktiviti yang best untuk anda lakukan apabila sampai di Royal Belum nanti:
Tahukah anda apa itu salt lick? Salt lick adalah kawasan dimana terdapatnya garam mineral terkumpul dan pelbagai haiwan akan datang ke kawasan tersebut dan menjilat garam mineral sebagai salah satu sumber nutrisi. Di Royal Belum, terdapat 12 lokasi salt lick untuk haiwan-haiwan ini berkumpul. Jika anda ke sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tapak kaki haiwan yang datang menjilat garam mineral.
Dikenali sebagai bunga paling besar di dunia, ia juga boleh didapati di Royal Belum. Bunga Rafflesia yang ada di Royal Belum terdiri daripada tiga spesis iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii. Jika anda bertuah, anda boleh nampak bunga ini kembang mekar. Jangka hayat bunga Rafflesia sekejap sahaja. Bunga ini boleh kembang dan mati dalam masa dua minggu.
Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh anda lawati antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama.
Kebanyakkan Orang Asli ini terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito. Mereka menerima lawatan anda dengan hati dan tangan terbuka. Kelibat anak-anak Orang Asli yang comel dan malu-malu ini begitu menceriakan.
Jika berkesempatan ke sini, bawalah beberapa saguhati seperti makanan dan permainan untuk diberikan pada kanak-kanak Orang Asli. Sumbangan juga boleh diberikan pada tabung sumbangan mereka. Mereka sangat menghargainya sumbangan yang diberi.
Tiada apa yang lebih menenangkan di Royal Belum ini apabila melihat ikan-ikan bebas berenang menikmati makanan yang diberikan. Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit, dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini. Apabila tiba, anda boleh menikmati keindahan air terjun, mandi-manda serta memberi ikan makan.
Bagi penggemar aktiviti mendaki, Air Terjun Sungai Kooi akan mengujakan anda. Daripada jeti, anda perlu mendaki trek yang mudah untuk sampai ke air terjun ini.
Setengah jam mendaki naik, anda akan bertemu dengan sebuah air terjun tinggi yang sangat cantik. Segala penat Lelah anda mendaki akan hilang sekelip mata setelah melihat keindahan ciptaan Tuhan ini.
Tidak hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Pahang, burung Enggang juga boleh dijumpai di Royal Belum. Ada 10 jenis burung Enggang yang boleh didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum. Jika anda bernasib baik, anda boleh nampak burung ini hinggap di pokok.
Terdapat empat kem di Royal Belum untuk kemudahan anda menginap. Anda boleh memilih untuk menginap di Kem Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar. Setiap kem ini mempunyai tarikan dan aktiviti tersendiri antaranya memancing, berkayak, berakit dan sebagainya.
Selain terkenal dengan keindahan flora dan faunanya, antara yang menarik perhatian orang untuk datang ke Royal Belum adalah Belum Rainforest Resort. Resort mewah di tengah hutan ini cukup menarik dan suasana dalamnya sangat menenangkan jiwa.
Belum Rainforest Resort boleh diakses menggunakan Lebuhraya Timur Barat iaitu dari Grik dan Kelantan. Anda akan kagum dengan binaannya yang mengadap Tasik Temenggor dan dikelilingi gunung-ganang membuatkan saujana mata memandang. Sambil berehat menikmati ketenangan alam, anda juga boleh mengambil pakej-pakej aktiviti hutan Royal Belum yang tersedia.
Penginapan istimewa di Royal Belum adalah houseboat. Anda boleh memilih tinggal di rumah bot yang berlegar-legar di sekitar sungai. Rumah bot akan memberikan anda satu pengalaman baru dimana anda tidur, makan dan menikmati keindahan sungai belum dari dalam bot yang besar.
Salah satu perkara yang anda wajib cuba apabila menginap di houseboat Royal Belum. Boleh dikatakan semua houseboat Royal Belum akan menunda rakit buluh bersama-sama houseboat mereka untuk kegunaan dan keseronokkan anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Changlun yang terletak 42 km dari Bandar Alor Setar adalah sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Changlung yang berasal daripada Bahasa Thai yang membawa maksud Gajah mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Salah satunya adalah Air Terjun Bukit Perangin.
Umpama permata tersembunyi yang ada di sana, perjalanan yang agak mencabar ke sini memang berbaloi.
Perjalanan selama dua jam pendakian untuk sampai ke air terjun super cantik ini ternyata berbaloi. Bawa makanan dan kelengkapan lain untuk piknik kat sini. Dah penat hiking mesti seronok dapat makan dengan view yang super cantik ni kan.
Terdapat dua pilihan jalan untuk sampai ke sini, pertamanya adalah melalui Wang Perah atau anda boleh melalui Changkat Setol untuk sampai ke sini.
Bagi yang sukakan aktiviti alam seperti hiking, tempat ini wajib anda singgah. Bukan sahaja tempatnya cantik dan masih terpelihara, pasti yang sampai ke sini akan rasa teruja, hilang segala penat jerih untuk sampai ke sini. jadi jangan lupa ya singgah ke Air Terjun Bukit Perangin jika anda berada di Kedah atau datang ke Changlung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi yang mengimpikan percutian ke England tetapi mahu lari seketika daripada kesibukan kota besar seperti London, Derbyshire boleh jadi destinasi yang cukup menarik untuk...