Ramai yang telah merancang untuk bercuti pada tahun 2020 ini ke pelbagai destinasi di dunia.
Ada yang telah mendapatkan khidmat agensi pelancongan untuk memudahkan urusan percutian mereka. Namun, akibat penularan wabak COVID-19 diseluruh dunia, aktiviti pelancongan bukan sahaja dalam negara malah 'satu dunia' terpaksa dihentikan seketika.
Disebabkan itu, ada pelanggan yang kerugiaan ratusan ringgit hingga puluhan ribu ringgit kerana telah membuat bayaran penuh atau separuh kepada agensi pelancongan. Oleh itu ada yang meminta jasa baik agar wang tersebut dipulangkan kembali.
Ketika ditanya mengenai aduan terdapat agensi pelancongan yang tidak mahu memberi bayaran balik kepada pelanggan kerana perjalanan dibatalkan disebabkan PKP, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta kedua-dua pihak duduk berbincang dalam mencapai situasi menang-menang.
“Sebenarnya hubungan kontrak atau perjanjian antara pelancong dan ejen tidak ada kena mengena dengan kerajaan, tetapi daripada segi kemanusian sepatutnya mereka (agensi) perlu pulangkan wang itu kerana mereka (pelanggan) bukan batalkan atas kehendak mereka tetapi terbatal kerana mereka tidak boleh keluar negara kerana polisi tidak membenarkan. Kalau tak terbang atau pulang duit mungkin boleh dibawa ke hadapan supaya mereka (pelanggan) tidak rugi dan agensi juga tidak rugi,” katanya yang turut memaklumkan telah meminta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membantu pelanggan yang mengalami masalah tersebut.
Agensi Pelancongan Diberi Kebenaran Beroperasi Ketika PKPB
Ads
Kerajaan juga telah bersetuju membenarkan pejabat agensi pelancongan seluruh negara beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bagaimanapun kebenaran pengoperasian hanya untuk tujuan pentadbiran, kewangan, pengurusan dan penjualan sahaja.
“Mereka juga boleh menyediakan pakej-pakej pelancongan sebagai persediaan pada masa hadapan sekiranya kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan dimulakan. Setakat hari ini, aktiviti pelancongan masih dalam senarai terlarang,” katanya.
Ahli Program Malaysia Rumah Keduaku Dibenarkan Pulang Ke Negara
Ads
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Nancy Shukri dalam kenyataan memaklumkan terdapat 253 ahli MM2H termasuk tanggungan mereka terkandas di luar negara dan beliau berharap kesemua mereka dapat bersabar dan memahami cabaran yang dihadapi kerajaan dalam menangani COVID-19.
Ads
Mengulas mengenai perkara tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan membenarkan ahli program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang terkandas di luar negara untuk kembali ke negara ini. Bagaimanapun setiap ahli program perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan disahkan negatif COVID-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan berlepas pulang ke Malaysia. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan termasuk menjalani saringan kesihatan dan kuarantin wajib selama 14 hari dan kos kuarantin wajib perlu ditanggung sendiri oleh ahli program.
Menjadi kelaziman dan tradisi penduduk terutama di kawasan kampung di Terengganu memasang pelita di sekeliling rumah dan di sepanjang jalan sekitar kampung untuk menceriakan suasana waktu malam pada hari-hari terakhir bulan Ramadan.
Bagi menceriakan lagi sambutan Aidilfitri di Terengganu tahun ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan Pelita Raya Online Beautiful Terengganu: PKP Raya Style 2020 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM8,000.
Dalam suasana Ramadan dan Aidilfitri kali ini agak ‘suram’ selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan wabak COVID-19. Wujudnya pertandingan ini sekurang-kurangnya akan menceriakan sesebuah keluarga di kawasan kejiranan agar lebih kreatif dalam ‘menghidupkan’ suasana malam yang suram dan memeriahkan sambutan Aidilfitri.
Pertandingan itu terbuka kepada semua rakyat di negeri Terengganu dengan setiap penyertaan tertakluk kepada kreativiti peserta dalam menampilkan dekorasi pelita untuk menghiasi kediaman masing-masing.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu foto terbaik dan video terbaik itu akan bermula pada 18 Mei hingga 26 Mei ini sekali gus dapat mempromosikan Terengganu sebagai lokasi pelancongan yang ‘wajib’ dikunjungi pada masa akan datang.
Bagi kategori video, peserta perlu memastikan klip yang dihantar tidak melebihi dua minit dan dibenarkan melakukan suntingan untuk menjadikan video mereka lebih menarik.
Bagi kategori foto, peserta perlu menghantar gambar suasana persediaan dan gambar pelita raya yang dibuat dengan minimum lima keping gambar termasuk swafoto berseorangan atau secara berkumpulan.
Penyertaan boleh dihantar melalui laman Facebook Beautiful Terengganu Malaysia dan mengikuti semua syarat yang telah ditetapkan.
Bila sebut percutian di pulau, destinasi yang bermain di kepala dah tentu Pangkor, Redang dan Tioman.
Namun ramai juga yang berkira-kira nak ke sini kerana faktor jarak dan perjalanan yang memakan masa.
Tapi lepas ini tiada masalah lagi kalau teringin nak ke tiga pulau ini walau pun pada hujung minggu kerana sudah ada penerbangan terus ke sini dengan pelancaran SKS Airways semalam.
Syarikat penerbangan terbaru di Malaysia ini memperkenalkan laluan jarak dekat ke tiga destinasi pulau popular di Malaysia, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman.
Semalam SKS Airways melancarkan penerbangan sulungnya ke Pulau Pangkor dalam satu majlis ringkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan melepaskan penerbangan pertama SKS Airways KI 6357 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada jam 1315 ke Pulau Pangkor.
Antara tetamu yang menaiki penerbangan sulung SKS Airways termasuk Dato’ Rohman Ahmad, Pengarah SKS Airways Sdn.Bhd. beserta dengan beberapa tetamu lain yang terdiri daripada industri berkaitan dengan penerbangan dan pelancongan.
Info SKS Airways
SKS Airways menawarkan akses mudah ke lawatan pulau-pulau (Island Hopping) dengan penerbangan bermula antara Subang ke Pulau Pangkor mulai 26 Januari; Subang ke Pulau Redang mulai 31 Januari; ke Pulau Tioman dari Subang dan Johor Bahru pada suku kedua 2022.
Dengan pembukaan ketiga-tiga laluan ini, terdapat 12 penerbangan berjadual setiap hari dengan kapisiti harian penuh seramai 228 penumpang, SKS Airways menawarkan tambang tetap bermula dari RM160 sehala.
SKS Airways akan memulakan operasi dengan pesawat Twin Otter, yang terkenal di seluruh dunia kerana keteguhan dan kebolehpercayaan dengan keupayaan Short Take Off and Landing (STOL) yang sangat baik. Ia turut membolehkannya ia mendarat dengan selesa di landasan udara pendek.
Pesawat Twin Otter Turboprop yang boleh membawa 19 penumpang ini sangat mudah dikendalikan, serba boleh dan salah satu pesawat paling fleksibel yang pernah dibina.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika anda merasakan sudah habis melawat kawasan menarik di Selangor dan Kuala Lumpur tetapi sebenarnya belum.
Banyak lagi tempat menarik yang kita boleh kunjungi sama ada untuk bermalam atau day trip sahaja.
Kalau nak lebih adventure, anda boleh staycation bersama buddies dan rancang percutian di beberapa lokasi menarik.
Perkongsian Felicia Ramzi memberitahu destinasi menarik patut kita kunjungi di KL dan Selangor.
1. Elmina Valley Park, Shah Alam
2. BookXcess Sunsuria Forum, Setia Alam
BookXcess Sunsuria Forum, Setia Alam. Nota tmbhn : sunsuria forum berkonsepkan open space. Tak byk kedai2 berhampiran yg ada. Lps BookXcess, blh try mkn di Tata Thai, kedai mkn kiosk di tgh2 laluan berdktn dgn Village Grocer
3. Street Art Seksyen 7, Shah Alam
4. Kwai Chai Hong atau Jalan Panggung
5. Tamarind Square, Cyberjaya
6. Street Art Jalan Alor, Bukit Bintang
Saloma Bridge @ Pintasan SalomaKLIA2 Landing View Site
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...