AirAsia Setuju Tambah Penerbangan Dua Hala Kuching-Sibu Selepas Ramai Penumpang ‘Susah Hati’

Share

Sebelum ini, ramai penumpang yang membuat aduan dan memberi maklum balas mengenai penerbangan terhad untuk laluan Kuching-Sibu hingga menyukarkan orang ramai dan perancangan penting banyak tergendala.

Buat penduduk Kuching atau Sibu, anda tidak perlu susah ahti lagi kerana syarikat penerbangan AirAsia Berhad bersetuju untuk meningkatkan jumlah penerbangan bagi laluan dua hala Kuching dan Sibu.

Penerbangan untuk kedua-dua laluan itu akan ditambah kepada 21 penerbangan berbanding tujuh penerbangan seminggu sebelum ini. Penambahan ini akan berkuat kuasa 1 Ogos 2020. Selain itu, AirAsia juga bersetuju untuk menambah penerbangan laluan sama kepada dua kali sehari bagi tempoh 17 hingga 31 Julai 2020.

Dengan peningkatan kekerapan penerbangan itu diharap akan memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri terutama sektor pelancongan domestik. Setakat ini laluan penerbangan Kuching-Sibu-Kuching hanya dijalankan oleh AirAsia.

Sumber: astroawani

IKLAN