Sebelum ini, ramai penumpang yang membuat aduan dan memberi maklum balas mengenai penerbangan terhad untuk laluan Kuching-Sibu hingga menyukarkan orang ramai dan perancangan penting banyak tergendala.
Buat penduduk Kuching atau Sibu, anda tidak perlu susah ahti lagi kerana syarikat penerbangan AirAsia Berhad bersetuju untuk meningkatkan jumlah penerbangan bagi laluan dua hala Kuching dan Sibu.
Ads
Penerbangan untuk kedua-dua laluan itu akan ditambah kepada 21 penerbangan berbanding tujuh penerbangan seminggu sebelum ini. Penambahan ini akan berkuat kuasa 1 Ogos 2020. Selain itu, AirAsia juga bersetuju untuk menambah penerbangan laluan sama kepada dua kali sehari bagi tempoh 17 hingga 31 Julai 2020.
Ads
Dengan peningkatan kekerapan penerbangan itu diharap akan memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri terutama sektor pelancongan domestik. Setakat ini laluan penerbangan Kuching-Sibu-Kuching hanya dijalankan oleh AirAsia.
Seperti mana kita semua sedia maklum kerajaan kini membenarkan untuk pelancong dari dalam negara pergi ke Langkawi sebagai salah satu projek rintis gelembung pelancongan. Mana-mana individu lengkap vaksinasi dibenarkan ke pulau legenda tersebut kecuali dari kawasan PKPD.
Namun mereka terlebih dahulu perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 sama ada ujian PCR atau RTK. Majlis Pemulihan Negara kini optimis lebih ramai pelancong akan ke Langkawi apabila projek rintis gelemnbung pelancongan mencapai kejayaan.
Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada peringkat awal projek itu, banyak perkara yang perlu diperhalusi namun semuanya dijangka berjalan lancar setelah tahap keyakinan rakyat dan pengusaha industri pelancongan meningkat.
“Saya jangka apabila tahap keyakinan dalam kalangan pengusaha pelancongan meningkat dan kemudahan yang disediakan kembali boleh digunakan pelancong, apa lagi penerbangan dari luar negara dibolehkan masuk ke sini, maka peratusan atau kadar (pelancong ke Langkawi) yang dijangka awal itu boleh berubah.
“Saya harap lebih besar daripada itu kerana Langkawi mempunyai kapasiti 12,000 bilik, insya-Allah lebih banyak lagi hotel baharu akan dibina bila keadaan bertambah baik,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama pengusaha hotel, inap desa, kereta sewa dan pemandu teksi Langkawi hari ini.
Beliau diminta mengulas sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang menjangkakan 200,000 pelancong berkunjung ke Langkawi hingga Disember ini susulan pembukaan semula industri di bawah projek rintis gelembung pelancongan bermula hari ini.
Muhyiddin juga menjangkakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melonggarkan prosedur operasi standard terutama berkaitan rentas negeri apabila Malaysia mencapai tahap imuniti kelompok yang diperlukan dan lebih banyak negeri beralih ke Fasa Dua atau Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.
Beliau berkata apabila ini berlaku, rakyat akan dibenar menjalankan lebih banyak aktiviti bukan hanya dalam sektor pelancongan tetapi juga perniagaan, pengangkutan dan perkilangan.
“Apa yang penting supaya kita dapat lihat proses pemulihan kita cepat, kita tidak boleh bertangguh kerana kita telah menanggung kos yang terlalu mahal dalam tempoh setahun yang lepas disebabkan oleh pandemik,” jelasnya lagi.
Jadi buat anda yang memasang niat untuk ke Langkawi dalam tempoh terdekat, lakukan perancangan sebaiknya. Setiasa mematuhi SOP dan jaga diri dan keluarga.
Sumber: BERNAMA & Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setelah lebih 1000 hari misi cari dan menyelamat (SAR), Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengisytiharkan tamat misi pencarian pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang.
Ketua Pesuruhjaya Greg Hood juga berkata tidak dapat mengesan sebarang bahagian pesawat.
Pencarian ini yang dijalankan mengikut piawaian tinggi dan profesional.
MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, dan misi pencarian bermula hingga 17 Januari 2017, sebelum ditangguhkan oleh Malaysia, Australia dan China. “Apapun punca kehilangan MH370, tidak ada transmisi diterima pada masa 38 minit penerbangan pesawat itu.”
“Sistem yang direka untuk menghantar lokasi pesawat secara automatik termasuklah transponder dan komunikasi pesawat gagal menghantar lokasi pesawat selepas waktu itu”, menurut laporan tersebut.
Analisa radar dan satelit komunikasi lain membongkar pesawat MH370 menyambung penerbangan selama lebih tujuh jam.
Laporan juga menjelaskan 120,000 kilometer persegi carian bawah laut telah dilakukan dan gagal menjumpai sebarang bahagian pesawat.
Seramai 239 penumpang termasuk krew hilang. Selama tiga tahun ini, lima bahagian pesawat yang mungkin atau tidak mungkin kepunyaan MH370 dijumpai di Afrika Selatan, Mauritius, Mozambique dan Kepulauan Reunion.
Data terbaru Hotels.com mendedahkan trend rakyat Malaysia pergi bercuti ke destinasi percutian keluarga pada musim Hari Raya yang kian meningkat. Trend ini menandakan peralihan budaya di negara ini, memandangkan Hari Raya lazimnya dikaitkan dengan perjalanan balik kampung.
Data pencarian Hotels.com mendedahkan 10 destinasi utama yang paling kerap dicari oleh pengembara Malaysia untuk tempoh cuti Hari Raya tahun ini – dan destinasi tersebut memang terkenal sebagai pusat percutian keluarga yang popular.
“Lazimnya orang ramai meluangkan masa bersama keluarga pada Hari Raya, dan kami telah melihat peningkatan ketara dalam minat pengembara terhadap destinasi mesra keluarga untuk musim cuti tahun ini. Hotels.com dapat memenuhi keperluan pengembara di Malaysia, dan kami terus menawarkan nilai terbaik bagi pelanggan kami. Dengan 25 juta ulasan pengunjung yang sahih, rakyat Malaysia boleh mencari hotel terbaik yang memenuhi keperluan keluarga masing-masing,” kata Jessica Chuang, Pengarah Serantau bagi China Raya, Asia Tenggara & India bagi Jenama Hotels.com.
Destinasi Hari Raya dalam negara yang paling kerap dicari oleh pengembara Malaysia pada 2017*:
Kedudukan 2017
Destinasi
Peratus Peningkatan Carian, 2016-2017
1
Langkawi
14%
2
Pulau Pinang
71%
3
Port Dickson
103%
4
Melaka
93%
5
Kuala Lumpur
123%
6
Ipoh
64%
7
Tanah Rata
28%
8
Brinchang
46%
9
Johor Bahru
164%
10
Kota Kinabalu
102%
Langkawi, Pulau Pinang dan Port Dickson ialah destinasi carian utama yang diminati pengembara Malaysia pada musim Hari Raya tahun ini. Ketiga-tiga destinasi tersebut terkenal dengan keindahan pantai dan resort mesra keluarga, sesuai untuk percutian seisi keluarga. Pulau Pinang juga popular kerana kepelbagaian budaya dan aneka makanan yang boleh dinikmati.
Beraya di bandar raya? Johor Bahru mencatatkan kenaikan terbesar dari segi minat pengembara pada musim Hari Raya tahun ini, diikuti oleh Kuala Lumpur dan Port Dickson.
Walaupun Kuala Lumpur lazimnya lengang ketika Hari Raya kerana kebanyakan warga kota sudah balik kampung, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah pencarian bagi hotel KL pada musim Hari Raya tahun ini. Trend ini mungkin disebabkan oleh pertambahan bilangan pelawat dari seluruh Malaysia ke ibu kota negara, yang terkenal kerana daya tarikan beli-belah, menjamu selera dan hiburan mesra keluarga.
Destinasi antarabangsa Hari Raya yang paling kerap dicari oleh pengembara Malaysia pada 2017:
Kedudukan 2017
Destinasi
Peratus Peningkatan Carian, 2016-2017
1
Bangkok
45%
2
Phuket
52%
3
Bali
78%
4
Singapura
107%
5
Hat Yai
59%
6
Hong Kong
40%
7
London
-4%
8
Tokyo
26%
9
Taipei
34%
10
Hokkaido
1%
“Lonjakan dalam percutian Hari Raya tidak terhad hanya kepada destinasi tempatan – lebih ramai rakyat Malaysia bercadang untuk mengambil kesempatan daripada cuti hujung minggu lebih panjang untuk mengunjungi destinasi serantau,” tambah Jessica.
Destinasi luar negara paling popular bagi pengembara Malaysia pada musim Hari Raya tahun ini ialah Bangkok, Phuket dan Bali. Rakyat Malaysia suka mengunjungi Thailand – data Indeks Harga Hotel™ (HPI) bagi 2016 juga menunjukkan bahawa negara tersebut adalah paling popular dalam kalangan pengembara Malaysia, dan kecenderungan ini dijangka akan berterusan.
Singapura mencatatkan lonjakan paling tinggi dalam minat pengembara untuk musim Hari Raya kali ini, dengan peningkatan berganda dalam jumlah pencarian, diikuti oleh Hat Yai dan Phuket. Singapura ialah destinasi popular bagi percutian keluarga, dengan muzium terkenal, taman tema Universal Studios dan pilihan membeli-belah dan menjamu selera yang hebat.
Daripada 10 destinasi di atas, hanya London mengalami kemerosotan dari segi minat carian tahun ini – memandangkan pengembara Malaysia lebih memberi tumpuan kepada destinasi serantau berbanding destinasi di Eropah dan Amerika Utara.
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...