Setelah industri pelancongan kembali rancak pada tahun ini setelah pandemik melanda selama 2 tahun, syarikat penerbangan AirAsia X membuat comeback dan bakal membuat penerbangan baharu ke London, Dubai dan Istanbul.
Ketua Pegawai Eksekutif, Benyamin Ismail menyifatkan pengumuman itu menandakan segmen penerbangan tambang murah jarak jauh kembali rancak tahun ini.
“Penyambungan penerbangan semula ke London serta penerbangan kali pertama terus ke Dubai bakal menjadi pemangkin perkhidmatan penerbangan jarak jauh bernilai hebat dan ia akan mula dijual tidak lama lagi untuk perjalanan menjelang akhir tahun ini.
Photo credit: The Star Simon Cheong’s wish was granted when this AirAsia A340 soared into the blue sky.
“Melalui perkembangan perkhidmatan ini, kami akan terus menambah jumlah pesawat dan berharap untuk mengambil kembali para juruterbang serta kru kabin kami secara beransur-ansur.
“Saya yakin semua perkhidmatan kami yang disambung semula atau baharu ini akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan kami akan kembali kepada kapasiti pra-COVID di beberapa laluan utama kami dalam tempoh 12 bulan akan datang,” katanya.
Ads
Pada masa sama, kapasiti penumpang juga diunjur kembali seperti tempoh sebelum pandemik dalam masa 12 bulan.
Anak syarikat kumpulan Capital A itu turut mengumumkan empat laluan baharu melibatkan Tokyo, Sapporo dan Osaka di Jepun, selain ke Hawaii.
Ads
AAX kini menawarkan penerbangan ke tujuh laluan popular dari Kuala Lumpur ke New Delhi, Sydney, Seoul (Incheon), Tokyo (Haneda), Sapporo (Chitose), Osaka (Kansai), dan daripada Osaka (Kansai) ke Honolulu.
Ads
Semua laluan ini tersedia untuk ditempah bermula hari ini hingga 26 Jun 2022, untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai 2022 dan 26 Mac 2023, bermula daripada RM499 (tambang sehala termasuk semua) untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk premium flatbed.
Berhubung kenaikan harga minyak dunia, syarikat yakin mampu mengekalkan tambang kompetitif disokong perkhidmatan kargo selain langkah kawalan kos.
Sebagai tanah yang pernah didiami para nabi dan aulia, kawasan Madinah dan Mekah sudah tentu mempunyai banyak barakah dan kelebihan berbanding tempat-tempat lain di dunia ini. Tiada tempat beribadat sehebat di tanah suci. Sudah tentu kita dilarang melakukan perkara-perkara yang tidak baik ketika berada di sini kerana dengan berniat tidak baik juga sudah dianggap berdosa.
Namun, sedih dan marah mendengar khabar berita dan cerita-cerita daripada keluarga dan rakan-rakan yang ke tanah suci pernah menjadi mangsa tipu atau scammer di sana. Ketika orang berebut-rebut untuk membuat kebaikkan, ada yang mengambil kesempatan untuk melakukan kejahatan dengan cara menipu semata-mata untuk hidup mewah.
Baca perkongsian ini:
Salam Semua. Hati-Hati dgn SCAMMER di AL-HARAMAIN. Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah x ada Scammer, Ada rupanya.. bezanya ada yg kena cara halus dan cara kasar saja..
CARA KASAR:
Cara 1: Sudah pastinya bag kita di seloknya atau di torehnya dengan pisau sama ada kita sedang melakukan Tawaf @ Saie, cara depa buat ni mmg kita pun x perasan langsung.. ni memang berani dan pro.. Hasil yang dia dapat pun kasar jugak, mau riban-riban & Handphone pun boleh dapat. (Kebiasaanya cara 1 ni wanita adalah target utama)
Cara 2: Scammer jadi pengiring (kononnya escort kita) utk cium Hajarul Aswad, ini orang Indonesia, dia akan himpit kita dan bertanya “pak, mau cium Hajarul Aswad, kalau kita cakap mau, dia mintak siap2 400 Saudi Riyal, kadang2 1000 Riyal pun ada. kita cakap x ada @ x mau, then dia blah lah.. tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang… ada juga kes, yang ikut kita sampai ke hotel utk tuntut duit.. so, hati2..
Cara 3: Hati2 bila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, selalu konfius sebab warna duitnya MERAH. saya pernah tgk depan mata saya jemaah wanita tua dia nak beli air mineral 1 riyal, dia kasi 100 riyal, sepatutnya baki 99 Riyal, tapi dipulangnya baki 9 riyal saja.. then, makcik tu tanya “saya bagi 100 riyal, then dia cakap tak, makcik bagi 10 riyal, lalu dia angkat 10 Riyal.. makcik tu pun terkiyal-kiyal dgn mamat tu.. Hakikatnya saya tgk sendiri makcik tu bg dia 100 riyal. (Dalam kes ni saya campur tangan, sebab geram.. so makcik dpt lah balik baki duitnya 99 Riyal)- hati2 dgn penjual yg duduk atas food-truck di Jabal Rahmah.
Cara 4: Mak-mak arab yg berjubah hitam yg dok menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam), ini lagi profesional punya scammer, depa boleh buat 1001 macam cerita siap dengan drama dan watak2 pelakon sampingan lagi.. so, awas jgn cepat melatah dan bermurah hati sangat.. sekali kita bagi, habissss… kitaa akan dikerumun oleh “mereka”
Cara 5: Geng Teksi pun sama, awalnya kita dah deal harga dari airport jeddah ke Hotel di Mekah 200 Riyal, nanti bila sampai di Mekah dia akan buat2 pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat2 cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan… (padahal itulah game plan dia org..) kalau nak secure baik amek GRAB/UBER terus.
CARA HALUS (Lebih kepada Psychology)
1. Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17) saya dah x heran sgt dgn kaki Scam ni sebab dah tau game depa, saya layan (sebab nak tgk game depa)… saya didatangi oleh seorang lelaki pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih), dia tarik saya ke tepi, dan bermulalah cerita sedihnya yg dia kena selok, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua, yg sedang baring) utk memberikan kita yakin dgn ceritanya, dia mintak 500 Riyal utk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tau dia SCAM, saya cakap saya x ada duit dan terus saya blah, dengan nada cengei skit la..
Saya intai dia dan geng2 dia mencari mangsa yg lain dari jauh, yup.. ternyata mangsa keduanya berjaya, dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit, dan terus blah.. (geng sendikit 4 ke 5 org) kalau sehari dia dah kaut 1000 Riyal kalau sebulan dah berapa..
saya perati rata2 mangsa scam geng ini adalah jemaah umrah & haji rakyat Malaysia, indonesia, brunei, mungkin easy target kot @ kita ni mmg suka bersedekah.
KESAN PADA JEMAAH:-
1. Kita akan hilang focus utk beribadat.. dok menyesal atas kealphaan kita..
2. Membuatkan keluarga yg dok di Malaysia ni jadi risau, atas kejadian yg menimpa.
3. Bila dah hilang pertimbangan tu, mulalah mulut kita pun sama naik mencarut dan memaki hamunnya.. (niat asal dan focus utama ke Tanah Suci dah hilang).
4. Mula rasa takut-takut pada keadaan sekeliling..
5. Murung
Inilah beberapa jenis Scammer yg ada di Tanah Suci Mekah & Madinah.
Pada saya senang saja, kalau nak sedekah, sedekah kepada tukang sapu sampah di dalam atau di luar Masjid. Selagi namanya manusia berhati-hatilah dengan langkah dan gerak, mata mau TAJAM, kalau silap langkah pasti ada yg nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita, sebab kat sana bukannya semua Malaikat, TAPI ada sekelompok manusia yg sentiasa menyambil kesempatan. Orang2 mcm ni depa peduli apa, bukannya depa heran di Tanah Haram ka X Tanah Haram ka, janji Masyuk… Jemaah juga DIINGATKAN kalau pi MASJID tu tak payah la gatai-gatai nak bawa duit beratus-ratus dan beriban-riban.. bawa duit SR50 ke SR100 sudah.. duit yang riban-riban kita bawa tu simpan saja di hotel. (dalam bag berkunci ka dalam peti box keselamatan ka, atau mintak tolong mutawwif / mutawwifah simpankan ka)
Saya pesan, sebab kita bukannya tiap2 bulan mai Mekah dan Madinah, kena menabung dan menyimpan baru boleh datang, jadi bila sampai sini kena penaya ngan org2 mcm ni pulak.. kesian pun ada… jadinya pakat2 beringat.. bila dah kat sana letakkan diri pada Allah SWT, mintak doa kat dia utk dijauhi dari pekara2 mcm ni. andaikata terkena scam mcm ni “kalau” amountnya kecik anggapkan sedekah dan x ada rezeki kita lah tu.. TAPI, kalau AMOUNTNYA BESAR, terus buat report polis, ajak Mutawwif pegi buat report.
Sementara musim haji ni pesan2 lah kepada jemaah dan rakan taulan yg ada di Tanah Suci.. SEKADAR BERINGAT…
Rupanya memang ramai jemaah haji dan rakyat kita yang menunaikan umrah di sana banyak yang terkena dengan scammer.
New Zealand adalah sebuah negara yan sangat cantik dengan pemandangan semula jadi dan menjadi impian setiap pelancong untuk datang ke sini.
Namun untuk sepanjang tahun 2021, impian untuk ke sini terpaksa ditangguhkan kerana sempadan New Zealand mungkin ditutup hampir sepajang tahun dengan pegawai kesihatan menilai pelaksanaan vaksin global.
Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, kemunculan penularan komuniti pertama dalam tempoh lebih dua bulan pada hujung minggu lalu menunjukkan masih wujud bahaya ditimbulkan Covid-19 kepada sebuah negara yang dipuji atas tindak balasnya mengawal Covid-19.
Katanya, kerajaan tidak akan membuka semula sempadan negara yang telah ditutup secara efektif untuk semua orang kecuali warga yang kembali sejak Mac lalu, sementara wabak itu masih menular di seluruh dunia.
“Memandangkan risiko yang terdapat di seluruh dunia dan ketidakpastian pelaksanaan vaksin global, kita mungkin menjangkakan sempadan akan terus ditutup sepanjang tahun ini,” katanya kepada wartawan.
Namun, Ardern berkata, New Zealand akan terus melakukan gelembung perjalanan dengan negara-negara kepulauan Australia dan Pasifik, yang juga sebahagian besar berjaya mencegah atau mengawal virus berkenaan.
Rancangan untuk membuka gelembung perjalanan pada akhir bulan Mac menimbulkan tanda tanya ketika Australia menangguhkan perjalanan tanpa kuarantin untuk warga New Zealand sebagai tindak balas terhadap kes penularan komuniti terbaru.
Ardern mengatakan bahawa kes itu – seorang warga New Zealand berusia 56 tahun yang baru pulang dari Eropah – “terkawal” dan mengkritik Australia kerana mengenakan semula kuarantin untuk warga New Zealand.
CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang berada dalam kelasnya tersendiri menampilkan konsep moden yang menepati citarasa golongan muda masa kini. Baru sahaja memulakan operasinya pada Jun 2019 yang lalu. CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang merupakan hotel dari jenama Belanda yang pertama dibuka di Asia Tenggara dan ke 16 keseluruhannya di peringkat antarabangsa.
CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang menawarkan 210 bilik penginapan lari dari konsep biasa hotel dengan mengetengahkan innovative front-desk dan in-room technology serta smart rooms yang lengkap dengan kemudahan teknologi pada harga yang berpatutan. Di CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang mempunyai hanya satu pilihan jenis kamar iaitu jenis katil bersaiz XL dan berkonsep MoodPad.
Tetamu boleh menetapkan sendiri jenis pencahayaan yang diiginkan samada ingin lampu pelbagai warna, suhu bilik, bukaan tirai dan pilihan program televisyen hanya dihujung jari. Ada beberapa pilihan mood lain turut disediakan untuk tetamu sepanjang menginap di sini samada mood untuk berparti, berehat, romantik atau menonton filem.
Setiap bilik dilengkapi dengan alat berteknologi bunyi atau muzik baru iaitu Brainwaves. Telah diuji saintifik, hasilnya kesan teknologi muzik genius ini membantu menangani masalah tidur dan kegelisahan. Ia juga terbukti berkesan untuk menenangkan seseorang individu dengan menstabilkan degupan jantung, badan terasa ringan dan lebih fokus.
Ia sememangnya sesuatu yang diperlukan oleh pelancong, ahli perniagaan atau individu yang memerlukan waktu rehat terbaik. Tambahan pula, di CitizenM turut dilengkapi kemudahan wifi berkelajuan tinggi yang memberikan nilai tambah untuk penginapan yang lebih selesa dan menarik.
Teruja bukan? Anda boleh cuba rasai sendiri pengalaman ini dengan menginap di CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, layari citizenm.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Huacachina di Peru memang antara destinasi yang nampak seperti ilusi di tengah gurun. Bayangkan sebuah lagun kecil dikelilingi pokok palma, bangunan-bangunan comel dan bukit...