Image: pinterest

Ketika umat Islam lain berebut-rebut untuk membuat kebaikkan di Tanah Suci, ada yang mengambil kesempatan untuk melakukan kejahatan dengan cara menipu semata-mata untuk hidup mewah.

Ini ada panduan untuk anda yang bakal mengerjakan Umrah atau menunaikan Haji agar tidak diperdaya individu 'yang nampak baik' tetapi sebenarnya seorang scammer. Perkongsian ini adalah daripada saudara Hilmi Mazlan agar anda berhati-hati dengan 8 jenis scam yang sering menghantui jemaah di Tanah Suci.
**media[150061]**

Sahabat yang dihormati,

Hari ini saya akan kongsikan 8 kumpulan scammer yang mungkin akan mengambil kesempatan ke atas anda di tanah suci. Kongsikan post ini dengan rakan-rakan anda yang bakal ke tanah suci moga-moga ia bermanfaat.

IKLAN

1. Paling popular adalah sindiket Indonesia yang kononnya akan bantu kita untuk sampai di depan Hajarul Aswad. Bila selesai mereka akan minta 200 ke 500 riyal atas servis mereka. Ada sahabat yang terkena, dia dikerumuni gang tersebut & terpaksa membayar 200 riyal. Itu pun sebab itu saja duit yang dia ada pada waktu itu. Berlaku pada hari pertama tiba di Mekah.

2. Scam Palestin – scammer mengaku dari Palestin dan kata tiada duit nak ke Madinah atau nak hantar duit kepada ibunya di Madinah yang nak datang Mekah. Selalunya akan minta minima dalam 100 ke 200 riyal. Tak terima sumbangan kecil.

3. Scam teksi sapu (teksi atau van haram) – pemandu akan offer harga munasabah untuk pergi ke destinasi yang kita tanya. Bila sampai dia akan kata harga itu adalah untuk seorang, jadi kalau berdua dia akan kali 2. Kalau berlima dia akan tuntut tambang tersebut dikali 5. Kalau tak mahu bayar dia akan kata jom balik semula ke Mekah tapi dia akan bawa kita ke kawasan yang tidak diketahui dan ugut dengan batang paip. Nak selamat, guna teksi yang berdaftar.
.
4. Scam sakit – biasanya berlaku dalam masjid-masjid di sekitar Mekah. Selesai solat mereka akan ke kawasan yang jemaah lalu dan menunjukkan balutan sambil menangis meminta sumbangan. Bayangkan kalau sorang bagi 1 riyal, satu waktu boleh dapat 100 riyal. 5 waktu dah 500. Mereka akan pusing masjid-masjid berbeza dan kecederaan berbeza sepanjang musim haji – contohnya minggu lepas balut kat perut minggu ni dah balut kat lengan.

IKLAN

5. Scam tahfiz Afghanistan – mereka tunjuk gambar atau sijil tahfiz di Afghanistan. Bila minta sumbangan mereka akan minta dalam jumlah yang agak besar, minima 100 riyal. Bila mereka sudah tetapkan 'sumbangan' maka faham-fahamlah dan segeralah beredar.

6. Scam budak kudung – Yang ini biasanya di jalan-jalan menuju hotel dari Masjidil Haram. Ada sederet budak-budak akan lipat tangan masuk dalam baju nampak macam kudung. Tapi bila dah habis shift atau dihalau polis tangan diorang akan tumbuh balik.

IKLAN

7. Scam snap gambar – geng ni guna kamera polaroid (jenis snap terus keluar gambar). Biasa orang kena di Jabal Rahmah. Sekali snap kena lah bayar dalam 20 – 30 riyal. Kalau jumpa pandai-pandailah lari atau tutup muka. Kalau senyum terus kat kamera memang dia snap & minta bayaran.

8. Scam gunting – geng ini akan tunggu di Marwah iaitu perhentian terakhir sa'ie. Mereka menawarkan gunting untuk mereka yang nak bertahalul. Selesai menggunting mereka akan meminta bayaran pinjam gunting pada harga yang tidak masuk akal. Kalau ada yang offer tolak dengan baik dan cari kedai gunting di luar Masjidil Haram untuk gunting atau cukur rambut. Cuma 10 riyal.
**media[150060]**
Moga-moga para jemaah di tanah suci terhindar oleh Allah dari scammer ini & saling ingat mengingatkan. Ada banyak saluran untuk bersedekah, sebagaimana yang telah banyak dikongsikan.

Ini antara perkongsian lain daripada individu yang juga pernah 'terkena' atau mengetahui mengenai scam di Tanah Suci.
**media[150063]**
**media[150062]**

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI