Boleh Gelongsor Terus Sampai Sungai, Tarikan Best Camping Di Sojuk Riverside Batang Kali Selangor

Share

Melakukan aktiviti bercamping bersama keluarga boleh mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Inilah masakan berkumpul sambil bertanyakan perihal masing-masing.

Jadi bagi mereka yang mencari tapak camping paling best, boleh cuba layan Sojuk Riverside yang terletak di Batang Kali Selangor.

Menariknya pengunjung dapat melihat kejernihan sungai yang juga cetek dan untuk yang bawa anak 6 tahun ke bawah ada disediakan papan gelongsor terus ke sungai.

Kawasannya juga bersih dan terjaga. Pendek kata dengan harga serendah RM30, pengalaman camping di sini pasti memberi kepuasan berbeza.

Ikuti perkongsian sahabat Camping Buddies Malaysia, Azri Abdul Bahar

yang berkesempatan ke sini sebelum berpuasa lalu.

Pengalaman bercamping bersama isteri dan anak-anak di Sojuk Riverside pada Jumaat dan Sabtu lepas. Kemsait yang sesuai untuk keluarga bagi saya. Kabin pun ada untuk yang tak nak pacak khemah.

Kami memilih tapak menghadap Sungai dan bersebelahan dengan tapak berbumbung dan berlantaikan konkrit.
Belum sempat turun ke sungai, hujan turun dengan lebat. Boleh nampak air sudah bertukar keruh.
Air sungai jernih semula, ini port depan tapak khemah kami.

Sungai jernih dan cetek, memang cun untuk bawa anak 6 tahun kebawah, siap ada papan gelongsor terus ke sungai. Kawasan bersih dan terjaga. Pagi-pagi kawasan pengumpulan sampah sudah dkbersihkan. Tandas dan sinki memuaskan, bersih dan tak berbau.

Untuk muslim, surau ada disediakan. Caj tapak khemah, RM50. Yang beratap dan berlantaikan simen RM130, boleh muat dua khemah besar. Kabin saya tak pasti.

Salah satu kabin yang ada di Sojuk Riverside.
Pemandangan betul-betul depan tapak khemah kami.
Antara khemah pengunjung lain yang ada.
Setup untuk sarapan. Meja dan kerusi dari Blackdeer.
Isteri dan anak-anak beradu dalam khemah, saya pula layan sejuk berkelambu di luar.

Yang terbaik, tuan pemilik peramah, lembut berkata dan sudi membantu bila kita bertanya. Pekerja pun sentiasa berlegar-legar dengan walkie talkie mereka untuk melayan tetamu dan menguruskan parking kereta.

Di seberang sungai ni, ada satu kawasan persendirian (On The Rock) yang kita tidak boleh masuk. Penuh dengan rumput dan pokok-pokok besar, jadi pemandangan dari tapak khemah memang cantik menghijau. Pagi-pagi berkabus dan sejuk itu pasti, jadi memang santai.

Seawal pagi kanak-kanak sudah mula turun bermandi-manda di sungai walaupun air sejuk mengigil.
Surau yang disediakan.
Roti prata dan ayam lada hitam untuk sarapan pagi.
Terbaik grill bbq dari Campingmoon ni, saiz comel dan cun sangat untuk keluarga kecil macam saya.
Foto dulu sebelum bergerak pulang.

Sojuk Riverside
Jln Batang Kali – Genting Highlands, Kampung Kuantan, 44300 Batang Kali, Selangor
017-376 5668
https://goo.gl/maps/gwEWrwyU5zGNFuJL6

IKLAN