Dapat menyaksikan persembahan lincah ikan lumba-lumba yang comel menjadi idaman ramai pelancong tidak kira kanak-kanak dan juga orang dewasa. Namun tahukah anda, setiap persembahan yang sempurna seringkali dilakukan haiwan ini setiap hari adalah daripada latihan yang berterusan.
Baru-baru ini persatuan pencinta haiwan mengutuk keras kejadian seekor anak ikan lumba-lumba yang baru berusia sembilan hari, mati dipercayai keletihan ketika membuat persembahan. Kejadian tersebut berlaku di Eropah sebuah taman air di Bulgaria.
Ads
Haiwan malang itu yang baru 9 hari dilahirkan didakwa mati di hadapan penonton di Varna Dolphinarium, akibat ‘keletihan’ melakukan persembahan berterusan lapor Daily Mail. Sejurus kejadian tersebut berlaku penonton diarah keluar dari kawasan persembahan oleh kakitangan yang bertugas dengan serta merta.
Walaupun masih tidak jelas punca kematian bayi ikan lumba-lumba tersebut, orang ramai mendakwa Varna Dolphinarium perlu bertanggungjawab kerana memaksa haiwan itu membuat persembahan bersama ikan dewasa walaupun masih kecil. Ia dilatih empat kali sehari untuk menghiburkan penonton terutama ketika kemuncak cuti musim panas.
Ads
Berita itu mendapat reaksi pengguna media sosial yang menganggap haiwan itu diseksa secara halus kerana dipaksa bekerja yang tidak sepadan dengan usianya. Jurucakap organisasi perlindungan haiwan Four Paws, Yavor Gechev berkata, sebanyak lima ikan lumba-lumba dan seekor anjing laut didakwa mati di pusat peranginan itu sejak lima tahun kebelakangan ini. Jumlah kematian dijangka lebih tinggi dari yang diumumkan. Kematian haiwan menandakan keadaan di pusat akuarium itu tidak memenuhi standard minimum untuk menjaga semua haiwan.
Ads
New Zealand Larang Aktiviti Berenang Bersama Ikan Lumba-Lumba
Di New Zealand pula kerajaan mereka telah mengenakan larangan terhadap sebarang aktiviti pelancongan berenang bersama ikan lumba-lumba Bottlenose. Ia sebagai usaha untuk melindungi haiwan yang diancam kepupusan itu. Larangan tersebut dilaksanakan keatas semua syarikat pelancongan yang berpusat di North Island Bay yang cukup popular dengan kehadiran pelancong.
Sebut sahaja Kuala Lumpur, kota metropolitan ini menjanjikan seribu keseronokan berganda yang menanti pengunjung.
Tidak kira dari dalam atau luar negara. Segala yang diimpikan ada di sekitar bandaraya Kuala Lumpur termasuk pusat beli belah terkemuka.
Biapun terkesan dengan pandemik dua tahun lalu, namun bukan alasan untuk pengguna kembali membeli belah.
Selain KLCC, Avenue K dan Pavilion, terdapat beberapa lagi pusat beli belah baru yang sudan dibuka kepada orang ramai termasuk dua lagi dijangka dibuka akhir tahun nanti.
1. Mitsui Shopping Park Lalaport KL
Bakal beroperasi pada 20 Januari 2022 ini, Mitsui Shopping Park Lalaport, Bukit Bintang City Centre (Lalaport BBCC) – menempatkan hampir 400 kedai yang kebanyakannya jenama dari Jepun. Lalaport merupakan fasiliti luar negara pertama di Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd, dengan keluasan 861,000 kaki persegi yang membezakannya dengan pusat beli belah lain.
Kehadiran jenama Coo&RIKU antara salah satu kelainan di sini selain Nitori (rumah dan kediaman), Nojima (elektronik), kedai roti Kobe DONQ/Mini one, dan restoran Yakiniku Sizzle oleh Yakiniquest antara kedai yang wajib dikunjungi.
Sisa-sisa Penjara Pudu yang dirobohkan di mana Lalaport telah didirikan itu, menggunakan simbolik warna putih di pintu masuk utama pastinya akan memenuhi ruangan Instagram pada hari pembukaannya nanti.
2. Pavilion Bukit Jalil
Pavilion Bukit Jalil mempunyai banyak keunikan yang wajib diterokai di bangunan lima tingkat dengan keluasan 1.8 juta kaki persegi dan pusat beli belah itu kini mula menerima kunjungan orang ramai.
Barangan berjenama seperti Goodnite, HOHM (kedai keperluan rumah terbesar), Shiseido Ginza Tokyo, The Coffee Academics, Christine Bakery’s dan pelbagai jenama mewah semestinya menarik minat pengunjung.
Keluasan ruang acara 28,000 kaki persegi meliputi piazza sebagai pusat hiburan luar untuk menganjurkan acara perayaan dan pelancaran cukup mengagumkan. Tidak hanya itu, terdapat juga akses jejantas baharu sebagai sebahagian daripada pelan induk untuk meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan pelanggan ke pusat beli belah itu.
Ia termasuk jalan sepanjang 100 kaki, pelebaran jalan kepada enam lorong, pusingan U baharu, laluan bawah tanah dan akses terowong ke tempat letak kereta bawah tanah pusat beli belah yang akan datang.
3. Sungei Wang Plaza
Pusat beli belah legenda Malaysia Sungei Wang Plaza, antara yang paling lama beroperasi di Malaysia sehingga melepasi beberapa dekad kini kembali hidup dengan pandangan serba baharu selepas menjalani projek baik pulih besar-besaran keempat yang bermula 2017 lalu.
Seiring dengan perkembangan, Sungei Wang Plaza menunjukkan rupa ‘glistening gold’ yang mewakili bangunan itu sebagai ‘Beauty & Experiential Mall’ – menawarkan kedai yang berbeza di samping aktiviti yang menarik seperti indoor rock-climbing gym, indoor adventure park, indoor drift kart, muzium miniatur warisan dan pelbagai lagi.
4. 118 Mall
Bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa iaitu Merdeka 118 bakal mempunyai sebuah pusat beli belah iaitu 118 Mall yang pastinya memberi pengalaman membeli belah berbeza.
Pusat beli belah ini berbeza dengan kompleks lain apabila ia dikelilingi empat ekar kehijauan taman linear sesuai untuk mereka yang penat seharian menjelajah bandar. Lebih menakjubkan lagi, 118 Mall dihiasi dengan ciri air dan kubah kaca yang sangat besar menerusi bangunan dengan satu juta kaki persegi itu.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada sebarang khabar berita mengenai pembukaan pusat beli-belah ini tetapi ia pasti akan menjadi tempat yang wajib dikunjungi orang ramai apabila ia dibuka kelak.
5. The Exchange
Bangunan bercirikan moden ini dilihat sebagai pemangkin dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) untuk memacu bandar ke arus perkembangan dunia maju. TRX memiliki empat tingkat yang berkeluasan kira-kira 1.3 juta kaki persegi – mengintegrasikan taman awam seluas 10 ekar.
Malah konsep dewan makanan Depachika dan Dairy Farm memperkenalkan dalam pusat beli-belah mewah seluas 23,000 kaki persegi ini. Seperti yang didengari daripada khabar angin, pusat beli-belah itu akan dipenuhi dengan pelbagai jenama mewah yang beroperasi di luar sebagai tarikan tetamu untuk datang.
Bagi peminat kopi, mereka pasti akan mendapatkan secawan setiap hari. Cita rasa terhadap minuman ini juga berbeza-beza mengikut kesukaan masing-masing. Ada yang menggemari kopi kampung yang diusahakan oleh pengeluar produk tempatan tetapi ada yang menggemari Nescafe yang rasanya agak pekat.
Terkini, viral Nescafe Classic Kopi Kedah yang mana rasanya “ala-ala kopi kampung namun ditinkan dengan cukup menarik yang berjaya menarik perhatian ramai peminat kopi untuk mencubanya. Nescafe Classic Kopi Kedah ini merupakan tarikan terbaru bagi penggemar kopi dikeluarkan oleh Nestle Products Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor.
Lebih menarik lagi, Nescafe Classic ini diusahakan oleh Pak Lang Che Nai bin Hassan di Kampung Bandar Hilir, daerah Sik. Dengan keluasan sebanyak tujuh relung, sebanyak 2000 batang pokok telah dituai.
Pengusaha Nescafe Classic Kopi Kedah ini mendapat bimbingan dari Jabatan Pertanian dan dikilangkan oleh Nestle Products Sdn Bhd untuk pasaran tempatan.
Malah dari maklumbalas diberikan oleh pengguna, mereka menyukai baunya tetapi rasanya tidak seperti kopi kampung yang biasa diminum dan masih mempunyai pengaruh rasa Nescafe. Malah ramai menggemari corak pada tin yang cukup menarik.
Sumber gambar: Pusat Khidmat Adun Jeneri,
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bangkok merupakan kota pilihan kebanyakan pelancong serata dunia untuk menghabiskan masa cuti dan berbelanja. Maka tidak mustahil Bangkok muncul bandar raya yang dikunjungi paling ramai pelancong luar untuk tahun keempat berturut-turut pada tahun 2018. Ia adalah hasil tinjauan MasterCard Inc yang dikeluarkan.
Menurut Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Yuthasak Supasorn, negara itu dijangka menerima dua juta pelancong India pada 2019. Ogos lalu, kerajaan Thailand menyambung kemudahan visa percuma bernilai 2,000 baht (RM273) untuk visa ketibaan bagi pelancong dari 18 negara, termasuk China dan India. Pemerhati berpendapat pertambahan golongan pertengahan serta semakin banyak penerbangan tambang murah menyumbang kepada pertambahan pelancong.
Merekodkan hampir 23 juta pelawat antarabangsa tahun lalu, ibu kota Thailand itu mengatasi kota Paris dan London yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dengan kunjungan lebih 19 juta pelancong. Bandar lain yang berada di kedudukan teratas ialah Dubai (15.93 juta pelancong asing), Singapura (14.67 juta), Kuala Lumpur (13.79 juta) dan New York (13.60 juta).
Laporan Mastercard menyatakan, bilangan pelancong antarabangsa mencatatkan pertambahan besar, meningkat 76 peratus sejak tahun 2009.
Sembilan daripada 10 bandar raya di tangga teratas pada 2018 itu menyaksikan pertambahan bilangan pelawat berbanding tahun sebelumnya kecuali London. Ibu kota Britain tersebut merekodkan penurunan empat peratus bilangan pelancong asing tahun lalu.
Dubai mengungguli senarai itu dari sudut perbelanjaan dengan pelancong luar berbelanja purata AS$553 (RM2,236) sehari, manakala perbelanjaan keseluruhan pelawat pada tahun 2018 pula menghampiri AS$31 bilion (RM130 bilion).
Kota suci Mekah dan Bangkok menduduki tempat kedua serta ketiga dalam aspek perbelanjaan pelancong.
Diwujudkan pada tahun 2011, laporan Bandar Destinasi Global itu menyenaraikan 200 buah bandar di seluruh dunia berdasarkan ketibaan pelancong dan perbelanjaan rentas sempadan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...