Sejak berlakunya krisis pandemik COVID-19, pengusaha-pengusaha hotel antara mereka yang terjejas teruk apabila tiada lagi tetamu yang berkunjung ke premis mereka.
Ini menyebabkan banyak hotel terpaksa mengambil langkah sukar dengan menutup terus operasi hotel mereka. Disebabkan itu juga, ramai kakitangan hotel yang diberhentikan kerja dalam kepayahan ketika ini. Sehingga kini belum ada angka sebenar dikeluarkan berapa jumlah hotel di Malaysia yang telah menamatkan operasi.
Berikut adalah antara hotel yang terpaksa gulung tikar setakat ini kerana situasi itu.
1- G City Club Hotel Sdn Bhd yang mengendalikan 180 bilik hotel di bawah nama dagang GTower Hotel di Kuala Lumpur menutup operasinya selepas sedekad disebabkan oleh penyusutan kadar penginapan.
Ads
G City Club Hotel
2- Plenitude Bhd pula menutup operasi tiga hotelnya iaitu Mercure Penang Beach, The Gurney Resort Hotel and Residences, kedua-duanya di Pulau Pinang dan Travelodge Ipoh, Perak dengan serta-merta, disamping mengecilkan operasi di hotel yang lain.
Mercure Penang BeachThe Gurney Resort Hotel and ResidencesTravelodge Ipoh, Perak
3- Ramada Plaza Melaka Hotel yang mempunyai 294 bertaraf lima bintang turut tidak terkecuali daripada berdepan penutupan.Ia telah mengumumkan penutupannya bermula 30 Jun 2020.
Ads
Ramada Plaza Melaka Hotel
4- Salah sebuah hotel tertua di Ipoh, Syeun Hotel, adalah yang terbaru untuk menutup pintunya secara kekal kerana kesan wabak COVID-19. Notis pemberhentian pekerja pada hari Khamis (30 April) yang dihantar kepada kakitangannya yang menyatakan bahawa hotel akan ditutup pada akhir 31 Mei telah diedarkan secara meluas di media sosial.
Syeun Hotel
5- Kinta Riverfront Hotel and Suites turut akan ditutup secara kekal kerana masalah kewangan yang diperburukan oleh perintah kawalan pergerakan (MCO). Hotel ini ditutup pada 30 April dan merupakan yang kedua untuk mengumumkan penutupan di Ipoh kerana MCO, setelah Tower Regency Hotel and Apartment Sdn Bhd mengumumkan penutupannya awal bulan ini.
Ads
Kinta Riverfront Hotel and SuitesTower Regency Hotel and Apartment
Anda ada pengalaman indah penginap di hotel-hotel ini?
Bila camping antara faktor yang diambil kira adalah kemudahan yang disediakan oleh pemilik tapak perkhemahan. Bila semua lengkap tambah pula ada faktor lain, pasti ramai yang suka dan pilih untuk staycation atau bercuti bersama keluarga, orang tersayang atau rakan-rakan.
Mempunyai pilihan untuk bermalam sama ada di dalam khemah, dome, dorm, kabin atau glamping, Asahan Water Theme Park yang terletak di Melaka antara destinasi percutian untuk anda dan keluarga kunjungi.
Lokasinya yang cukup strategik berada di Jasin, Melaka dan bersempadan dengan dua lagi negeri lain di Selatan iaitu Negeri Sembilan dan Johor, kunjungan anda ke sini memang berbaloi. Sekali pergi pasti ada keinginan untuk datang lagi.
Ifii Fiqa berkongsi di grup Facebook Family Camping Malaysia (FCM) tentang percutian keluarganya ke taman tema ini. menurutnya bila sampai ke sini, memang seronok sampai rasa tak nak balik.
Bagi yang ingin bermalam boleh memilih jenis penginapan yang disediakan dan bagi yang hanya datang untuk berseronok tanpa bermalam boleh membeli tiket masuk seperti biasa.
Dikelilingi alam yang mendamaikan, selain taman tema air, anda yang berada di sini juga boleh mengunjungi sungai landai yang terletak tidak jauh dari tempat ini.
Nak tahu apa lagi yang menarik di sini, ikuti perkongsian Ifii Fiqa:
Best! Dia punya best sampai kami extend lagi sehari, tak nak balik
Dekat sini, boleh merasa pergi ke Melaka, Negeri Sembilan & Johor dengan cuma selangkah kaki
Antara lain yg menarik dekat sini, ada banyak pilihan kalau nak bermalam dekat sini.
Harga berbeza starting from RM100/night
Dekat sini seronok sebab malam pun tidur dengar bunyi sungai. SEJUK! Ye, ada sungai sebelah water park ni, public area. Kena jalan kaki mendaki sikit. Sungai tu dekat Johor haha dari Gunung Ledang.
3hari dekat sini tak ada panas terik pun maybe sebab musim hujan, cuaca cantik mendung je hujan kadang-kadang. ada satu malam hujan ribut, tent depan kami habis terbang semua fly tapi kami tak kena apa-apa maybe angin tak kena belah site kami. Setiap hari memang nampak staff cuci dan maintain kolam. Good move!
Selepas 6pm, yang datang daytrip dah balik, yang bermalam boleh nak mandi kolam sampai malam pun 24jam dibenarkan tapi sejuk nau nau malam tak adalah nak celup kaki pun.
Review:
Telco Coverage
Parking
Toilet
Kedai makan
Pekan terdekat : Asahan
Harga tapak : RM25/night
Caj Kebersihan : RM30
Tiket : Rate Public Holiday & weekend –
RM15 dewasa (13 tahun keatas)
RM10 (3 tahun keatas)
RM12 warga emas.
Tiket renew daily.
Overall sini best kami suka, CO baik & staff pun rajin peramah.
Cuma sini boleh tahan nyamuk & lalat. Sentiasa pasang ubat nyamuk & pakai repellent pun masih kena gigit nyamuk & lalat pun banyak..
Toilet & tempat mandi banyak, tapi maybe boleh ditambah baik dari segi water pressure & pintu takde selak. Selain tu terbaik
Lain orang lain ragam dan minatnya. Ada yang suka travel atau mengembara seorang diri dan ada juga yang gemar berjalan dengan rakan-rakan yang sama minat.
Keseronokkannya lebih terasa kerana boleh berkongsi cerita dan pandangan sepanjang percutian di beberapa destinasi menarik
Negara yang kaya dengan ada budaya serta keunikan tesendiri. Menurutnya mereka pergi selama 7 hari dan membelanjakan hampir RM2,500 seorang termasuk tiket perjalanan penginapan segala perelanjaan sepjang pengembaraan ini.
Berkongsi itinerari serta pengalaman dilalui dari dalam trip dari Delhi ke Ksahmir dengan menaiki pelbagai kenderaan. Sengaja memilih cara ini kerana mahu merasakan pengalaman baru dan mencabar.
Route: – KL-New Delhi-(Air Asia) – New Delhi Airport- Agra- New Delhi Train Station (Ola Cab) – New Delhi Station-Jammu Tawi- (Train) – Jammu Tawi-Banihal- (Jeep cab) – Srinagar-Delhi (Vistara Air) – New Delhi- KL (Air Asia)
10 Mac 2019- Ahad – Flight KUL – New Delhi (AirAsia) RM596- return – Waktu pelepasan jam 7.00 malam – Tiba di Airport New Delhi Indira Ghandi, India (jam 10.00 malam) waktu tempatan. – Urusan evisa di kaunter mengambil masa yang lama sehingga jam 12.00 tengah malam. Selamat tak kena soal macam-macam time tu. Yang penting muka kena confident tau.
11 Mac 2019- Isnin – Kami menunggu Ola Cab di terminal 2, dan anda semua boleh download apps Ola Cab untuk memudahkan urusan. Driver Ola kami kurang fasih berbahasa Inggeris. So cakap macam ayam dan itik jugaklah – Perjalanan ke Agra mengambil masa selama 4 jam dan check-in di Sai Palace Hotel lebih kurang jam 4 pagi dan tambang Ola yang dikenakan adalah sebanyak 5500 rupee termasuk tol. – 7.00-8.00pagi- breakfast di hotel. Hotel ni ada rooftop cafe yang berlatarbelakangkan Taj Mahal okay…superb sangat view dia. – Selepas itu, kami menuju ke Taj Mahal dan berjalan kaki lebih kurang 3 minit. Keadaan udara dekat sini kurang elok sikit. Jadinya sila bawak mask untuk menutup hidung. Untuk makluman,pastikan tiket dibeli awal secara online sebelum datang bagi mengelakkan dari beratur panjang. Tips untuk mengelak dari kena tipu semasa dalam Taj Mahal, pastikan anda semua tak menerima sebarang tawaran oleh jurugambar mereka. – Tourguide 100rp/pax – Taj Mahal entrance 1300rupees – Kemudian kami menuju ke Agra Fort. entrance 500 rupee. Kami tak masuk disebabkan waktu tu dah petang sangat dan kami bercadang berjalan-jalan menaiki tuk tuk (oleh Mr Manesh) harga: 250r upee seramai 6 org (return) bagi 1 tuktuk. Memang macam tin sardin tapi menyeronokkan! – Kami juga sempat berkenalan dengan satu group member dari Malaysia. Salah seorang yang kami sempat berkenalan, namanya Cik Nabilah Shapizi dari Shah Alam.
12 Mac 2019-Selasa – Breakfast di hotel – Ambil Ola dari hotel menuju ke New Delhi Train Station. – Perjalanan selama 4 jam dan jalan sesak area town je sebab peak hour time! Harga yang dikenakan: 5500 rupee (6 orang) – Tiba di train station, kena lebih alert di sini sebab scammer terlalu ramai dan jangan mudah terpedaya! – Scammer check tiket & kata train kami delayed selama 7 jam. Kemudian dia mencadangkan suruh beli tiket baru, tiket lama boleh refund & siap mengaku sambil tunjuk kad kata diorang ajen rasmi India Tourism. Tapi untuk dapatkan tiket baru, kena pegi beli di IRCTC office bukan dekat train station & siap tunjuk lokasi office melalui Google Map. Malangnya lokasi office tak muncul dalam Google Map. Mungkin terasa diri macam dah kantoi agen boleh berlalu begitu saja. – Untuk mengelak dari ditipu, tipsnya adalah terus ke pejabat bureau tourist di tingkat 1, boleh check di kaunter dan boleh check on. – Tiket train kami menuju ke Jammu Tawi adalah jam 8.40malam. – Pastikan tiket train dibeli awal dalam online . Kami beli tiket melalui website IRCTC dengan harga 1570 rupe – Disebabkan lambat lagi train nak sampai, kitorang bercadang untuk berjalan- jalan sekitar Delhi dahulu. – Barang boleh disimpan di platform no 16, dan kunci mangga boleh dibeli kat depan kaunter. Tapi kena banyak bersabar kat sini. Dorang jenis tak tau nak que dan kena berkasar sikit semasa nak berurusan di kaunter. – Kitorang menuju ke Patel Chowk menaiki Metro dan mengambil tuktuk juga untuk 6 pax. Nak jimat punya pasal dan kami menuju ke Indian Gate serta Agrasen Ki Baoli. – Untuk pengetahuan semua, tempat ini adalah tempat shooting pengambaran cerita yang dilakonkan oleh Aamir Khan dalam filem PK. Tempatnya sangat cantik walaupun cuma tangga sahaja. – Alhamdulillah pemandu tuk tuk kami sangat penyabar orangnya sebab sanggup menunggu bergambar bagi kedua-dua tempat. – Disebabkan banyak masa lagi, kami menaiki Metro semula dan menuju ke Masjid Jamek untuk solat jamak Zuhur dan Asar. – Ini pertama kali tengok masjid yang sangat penuh dengan umat manusia! Masjid ni terlalu besar dan susah nak jumpa tempat wuduk. Jadi kami berwuduk menggunakan air botol sahaja. – Setelah selesai solat, kami berjalan kaki hampir 1km sekitar jalan Masjid Jamek untuk mencari makanan Halal tapi malangnya tak lalu pulak tekak nak makan. Kami bertolak semula ke train station New Delhi dan cuma singgah makan di Burger King sahaja. – Setibanya tiba di station, kami menunggu train untuk ke Kashmir dengan mengambil train dari New Delhi ke Jammu Tawi lebih kurang 9 jam perjalanan. Kami mengambil sleeper coach seat yang boleh menempatkan 6 orang. Dengan ruang yang terhad ini lah tempat kami makan, sembahyang, berehat dan tidur. Meal yang kami order juga not bad, banyak dan macam-macam rasa. – Memang sangat lain dari zon selesa. Waktu ini, teringat katil kat rumah.
13 Mac 2019- Rabu – Setelah tiba di Jammu Tawi, kami mengambil jeep selepas sesi tawar menawar dengan harga yang berpatutan. – Masa perjalanan yang diambil dari Jammu Tawi ke Banihal sepatutnya mengambil masa selama 5-6 jam sahaja. Tapi, disebabkan jem yang teruk dan kejadian tanah runtuh pada malam sebelumnya, perjalanan kami telah mengambil masa selama 13 jam. Cuba bayangkan. Tapi yang bestnya sepanjang perjalanan, kami boleh menikmati pemandangan gunung ganang yang bersalji serta anak sungai yang mengalir di bawah gunung tersebut. – Setiap kali sesak itu, driver siap boleh lepak kat luar lagi sementara nak tunggu trafik ok. Azabnya hanya Allah yang tahu. – Kami lost contact dengan ejen kami di Kashmir. So, one of my friend cuba untuk pinjam data daripada sepasang suami isteri yang naik kenderaan dengan kitorang masa untuk update situasi semasa dekat guide kami. – Alhamdulillah sampai juga di Banihal! Tapi, disebabkan tiba hampir ke waktu malam dan terlepas last train nak ke Srinagar, kami cuma walk-in ke hotel bajet sekitar Banihal dengan suhu waktu tu dalam sekitar 1 darjah celcius. Harga hotel bajet itu adalah 300 rupee per pax bagi satu malam. – Bermalam kat hotel bajet tanpa heater, memang menyeksakan. Ada jugakla tak mandi sampai ke pagi masa sampai.
14 Mac 2018- Khamis – Disebabkan masa perjalanan train mengambil masa selama 9 jam dan jeep dalam 12jam, kami telah kurang 1 hari untuk sampai ke Kashmir. – Ok pagi ni kami akan bertolak ke Srinagar. – Perjalanan dalam train mengambil masa selama 2jam. – Kami sebenarnya telah terlepas train pertama pada jam 7 pagi dari Banihal ke Srinagar sebab driver jeep kami terlewat bangun kerana kepenatan. Oleh itu kami boleh ambil gambar lama sikit sambil enjoy view Banihal dengan berlatarbelakangkan pemandangan gunung yang bersalji. Subhanallah! This is Banihal! sangat menakjubkan dan memukau! – Tiba di Srinagar, guide kami Mr Irrfan Ahmad Shalla dah tunggu di station keretapi. Wow! Handsomenya orang Kashmir ni – Mr Irrfan kata kami 1st customer dia yang datang ke Srinagar menaiki train. – Tiba dan check- in di Himalayan Resort selama 2 hari 1 malam. Resort ni sangat cantik, selesa ada warm blanket semua makan sedap, and wifi yang berfungsi. Tapi kadang-kadang akan mati kejap dalam pukul 10 malam. – Pakej yang kami ambil Kashmir dengan Mr Irrfan sepatutnya adalah 4 hari tapi sempat ambil 3 hari je. – Recommended ambik package dengan dia nak apa apa boleh request je hehe. Terima kasih kepada Mr Irrfan & Mr. Irshad a.k.a Frodo pembantu resort tersebut sebab sudi layan kami sepenuh hati – Tak sangka dengan pakej yang affordable, kami dilayan bak raja sebab time ini rumours kata tak boleh masuk Kashmir, dan tourist pun tak banyak yang datang dan cancelled plan. – 1st tempat perjalanan kami adalah ke Naranaag. Mr Irrfan bawa ke satu perkampungan gipsi. Di situ, kami dibawa untuk trekking melalui anak sungai dan bergambar. Baru hari pertama sampai dah kena exercise. – Selepas tour di Naranaag, kami menuju ke Hazratbal Mosque dan jalan-jalan di sekitar Srinagar. – Malam: check in houseboat di Dal Lake: Young Alzira selama 2 malam. – Bersih, cantik dan yang penting ada warm blanket. – Tapi electricity limited sikit. Kadang cut pukul 10pm, kadang pukul 7pm, bergantung.
15 Mac 2019- Jumaat – Aktiviti hari ini adalah ke Pahalgam. – Tujuan utama adalah nak horse ride to mini Switzerland iaitu Baisaran Valley. Horse ride 1100 rupees. Berbaloi sebab naik itu around 3-4hours spend. Di atas ini kami boleh try main sledge dan makan maggi (maggi je pun tapi sampai sekarang teringat ingat) . Jualan pashmina pun ada dekat gunung tau. Jangan tak percaya. – Lepas tour di Pahalgam, kami menuju ke Art & Craft Bazaar untuk bershopping pashmina, kain saree dan lain- lain.
16 Mac 2019- Sabtu – Pagi ni menuju ke Gulmarg untuk main snow cycle, ski dan sledge. – Then kena guna jeep lain untuk naik atas sbb jalan snow tebal – Jeep snow- 300 rupees/pax – Sebelum naik, akan ada singgah kedai untuk sewa wintercoat dan boots (optional) – Boot – 100 rupees – Bila sampai ke puncak gunung, berikut adalah harga yang perlu dibayar: – Gondola ride 750 rupess – Skiing 1500 rupees – snow cycle 1000 rupees – Another skiing down or sledge is optional – Lepas balik dari trip siang tadi, kami lepak di Nishat Bagh iaitu one of Mughal Gardens untuk menikmati bunga yang tak kembang lagi disebabkan musim wnter. Kemudia petang sampai ke malam kami cuba Shikara ride dan pusing sekitar Dal Lake. Ada banyak benda dijual kat sini sambil dayung sampan termasuklah makanan. – Malam ni adalah makan malam kami terakhir di houseboat. Kami dilayan bak Raja dan Maharani oleh chef kami, Mr. Omar di houseboat tersebut. Makanan yang disediakan sangat sedap dan tak dapat kami lupakan.
17 Mac 2019- Ahad – Pagi ini kami dihantar oleh driver ejen ke airport. Kami bercadang untuk menaiki kapal terbang ke Delhi dari airport Srinagar menaiki Vistara Air (RM265.00). Flight kami telah direschedule transit dahulu di Jammu sebelum ke New Delhi. – Tiba di New Delhi, kami bercadang untuk berjalan lagi sekitar pasar di New Delhi station. – Kalau pandai survey, akan jumpa kedai-kedai jual saree, kurta dan macam-macam lagi dengan harga yang sangat berpatutan. – Kapal terbang dari New Delhi berlepas jam 9-10 malam ditambah dengan waktu delayed.
18 Mac 2019- Isnin – Tiba di KL dan Back to Reality!
Total expenses: – RM 2500/pax all including tickets entrance and shop serba sedikit. – Sampai di sini sahaja coretan yang tak seberapa ini. Kami harap panduan dan itinerari ini dapat membantu mereka yang ingin menjelajah ke bumi Kashmir sangat indah!
Malaysia sangat bertuah kerana memiliki destinasi alam semula jadi yang menarik. Seperti di Selangor terdapat banyak lubuk lokasi pelancongan alam semulajadi seperti destinasi air terjun yang menakjubkan.
Antara yang menjadi pilihan pengunjung seperti:
1) Sungai Tekala
Salah satu air terjun menakjubkan di Selangor ialah Sungai Tekala yang terletak kira-kira 14km dari Semenyih di daerah Hulu Langat. Jarak Sungai Tekala dari Kuala Lumpur pula adalah kira-kira 50km. Pada tahun 1982, orang ramai akhirnya dapat menikmati keindahan Sungai Tekala setelah Taman Reaksi dibuka secara rasmi. Ia adalah tempat yang ideal untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan kerana anda hanya memerlukan 10 minit untuk sampai ke air terjun dari pintu masuk utama. Dengan caj masuk serendah RM 2 bagi orang dewasa dan RM 1 bagi kanak-kanak, lokasi air terjun ini dilengkapi dengan deretan gerai makan, surau, aksara dan tandas awam. Bagi yang ingin bermalam, perkidmatan menyewa chalet juga disediakan, atau anda boleh menyewa tapak untuk mendirikan khemah untuk lebih penjimatan.
2) Air Terjun Kanching
Hutan hujan Kanching yang juga dikenali sebagai Hutan Lipur Kanching terletak di antara Bandar Rawang dan Kuala Lumpur. Pada hujung minggu, hutan ini sangat terkenal sebagai lokasi untuk berkhemah, berkelah, berenang dan meredah hutan kerana lokasinya yang strategik dan dekat dengan pusat bandar. Laluan atau trek di hutan ini adalah agak mudah bagi yang mula ingin berjinak-jinak untuk meredah hutan dan ia juga dipenuhi oleh pelbagai spesis tumbuhan yang jarang dapat dilihat di tempat lain. Hutan ini diuruskan oleh pihak Tourism Selangor, dan mempunyai 7 lapisan air terjun yang indah dan menakjubkan. Tambahan lagi, adalah suatu pemandangan biasa jika anda terlihat sekumpulan monyet bergayutan dari pokok ke pokok dalam habitat asli mereka. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM 1 seorang dan RM 2 untuk caj parkir bagi sebuah kereta.
3) Lata Medang
Terdapat satu lagi air terjun mencabar yang terletak di Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu. Air terjun ini berhampiran dengan kampung Orang Asli yang menjadi penduduk tetap di Kampung Pertak. Jika anda ingin ke air terjun Lata Medang, anda perlu bersiap sedia untuk mendaki ke lokasi diingini. Laluan trek adalah agak mudah bagi yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian. Di sepanjang jalan ke air terjun Lata Medang, anda akan dapat menyaksikan pelbagai jenis tumbuhan dan pepohon, disertai permandangan yang indah. Anda akan dikenakan caj masuk sebanyak RM1 seorang untuk tujuan penambahbaikan dan penyelenggaraan lokasi air terjun tersebut.
4) Sungai Pisang
Air terjun ini terletak di pinggir Lebuhraya Karak. Untuk sampai ke air terjun ini, anda perlu memulakan aktiviti meredah hutan dari lokasi yang dinamakan sebagai Jungle Lodge (terletak di sepanjang Jalan Gombak lama ke Genting Highland). Perjalanan ke sana akan mengambil masa selama satu jam. Anda akan menyeberangi sungai beberapa kali, melalui terowong yang terletak di bawah Lebuhraya Karak dan mendaki melalui hutan berusia 100 tahun. Anda boleh melewati terowong dengan mengharungi laluan yang mempunyai air atau berjalan di bahagian tebing. Apa yang lebih menarik, anda boleh menikmati sensasi ala spa dengan air sungai yang menempatkan ikan-ikan kecil menggigit manja kulit-kulit mati yang terdapat di tapak kaki anda,
5) Sungai Chiling
Sungai Chiling adalah salah satu daripada air terjun yang menakjubkan dan luar biasa yang terdapat di Negeri Selangor. Perjalanan ke air terjun ini memakan masa kira-kira satu jam melibatkan aktiviti berjalan dan meredah hutan, Jadi anda perlu bersiap siaga untuk sebuah penggembaraan dengan keberangkalian pakaian menjadi basah seusai sampai ke lokasi. Air terjun dan sungai ini merupakan salah satu dari tapak Perlindungan Ikan Mahseer yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor. Air terjun Chiling mempunyai 3 paras air terjun tetapi anda hanya dibenarkan untuk menerokai hingga ke paras yang pertama manakala 2 paras selebihnya tidak dibuka kepada orang awam.
Bila bercuti, ramai orang terlalu fokus pada itinerary, tempat menarik dan makanan sampai terlupa satu perkara penting iaitu soal keselamatan barang peribadi. Dalam mood...