Aplikasi ‘PahangMart’ Ganti Bazar Ramadan Pahang. Install Cepat Aokme

Share

Bualan puasa tahun ini dikebanyakkan negeri di Malaysia atau seluruh Malaysia pasti berbeza. Tradisi ‘Bazar Ramadan’ sepanjang bulan puasa saban tahun yang diadakan untuk pengunjung membeli juadah berbuka dibatalkan ekoran wabak COVID-19.

Beberapa negeri seperti Kedah, Melaka, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini, mengumumkan pembatalan operasi bazar Ramadan, bermula pada hari pertama umat Islam berpuasa yang dijadualkan pada 24 April ini.

Negeri Pahang juga tidak terkecuali mengumumkan pembatalan ‘Bazar Ramadan’ tahun ini di negeri tersebut. Namun, menurut kerajaan negeri Pahang akan melancarkan portal PahangMart sebagai pengganti kepada penganjuran bazar Ramadan tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata portal itu merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu peniaga mencari rezeki memandangkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini tidak dibenarkan di seluruh Pahang bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Katanya, PahangMart akan dibangunkan oleh pihak pengurusan aplikasi digital PahangGo, yang akan memaparkan juadah Ramadan dan senarai serta produk jualan pasar raya yang beroperasi di seluruh negeri.

Inisiatif ini bukan hanya membantu pengguna membuat pesanan makanan terhadap juadah berbuka atau membeli barang keperluan lain, tetapi juga membantu peniaga dan penjaja kecil untuk terus berniaga dalam tempoh yang sukar akibat COVID-19.

PahangMart juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dan mereka yang berminat mendaftar sebagai ‘runner’ (penghantar barangan dan makanan) boleh menghubungi PahangGo di laman sosial mereka untuk maklumat lanjut.

Sumber: Bernama

IKLAN