Bualan puasa tahun ini dikebanyakkan negeri di Malaysia atau seluruh Malaysia pasti berbeza. Tradisi ‘Bazar Ramadan’ sepanjang bulan puasa saban tahun yang diadakan untuk pengunjung membeli juadah berbuka dibatalkan ekoran wabak COVID-19.
Beberapa negeri seperti Kedah, Melaka, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini, mengumumkan pembatalan operasi bazar Ramadan, bermula pada hari pertama umat Islam berpuasa yang dijadualkan pada 24 April ini.
Negeri Pahang juga tidak terkecuali mengumumkan pembatalan ‘Bazar Ramadan’ tahun ini di negeri tersebut. Namun, menurut kerajaan negeri Pahang akan melancarkan portal PahangMart sebagai pengganti kepada penganjuran bazar Ramadan tahun ini.
Ads
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata portal itu merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu peniaga mencari rezeki memandangkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini tidak dibenarkan di seluruh Pahang bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Katanya, PahangMart akan dibangunkan oleh pihak pengurusan aplikasi digital PahangGo, yang akan memaparkan juadah Ramadan dan senarai serta produk jualan pasar raya yang beroperasi di seluruh negeri.
Ads
Inisiatif ini bukan hanya membantu pengguna membuat pesanan makanan terhadap juadah berbuka atau membeli barang keperluan lain, tetapi juga membantu peniaga dan penjaja kecil untuk terus berniaga dalam tempoh yang sukar akibat COVID-19.
Ads
PahangMart juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dan mereka yang berminat mendaftar sebagai ‘runner’ (penghantar barangan dan makanan) boleh menghubungi PahangGo di laman sosial mereka untuk maklumat lanjut.
Namun tanpa sejarah juga kita tidak akan tahu asal usul sejarah bangsa. Di negeri Selangor, penuh kisah yang menarik untuk kita teroka khususnya Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor yang mana ia mengumpul sejarah mengenai negeri termaju di Malaysia ini.
Jom jengah Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor yang turut banyak menyimpan artifak lama serta sejarah negeri Selangor itu sendiri.
Muzium bersejarah ini terletak 53km dari Bandaraya Shah Alam dan lebih kurang 40km dari Bandar DiRaja, Klang. Bangunan muzium ini merupakan sebuah bangunan lama yang asalnya merupakan kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor. Menyedari pentingnya sejarah Kuala Selangor untuk dikongsi bersama masyarakat, Lembaga Muzium Selangor mengambil inisiatif bersama kerajaan negeri untuk menubuhkan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor di Bukit Malawati kepada umum.
Muzium ini menghimpunkan segala pensejarahan berhubung Kuala Selangor sebagai pusat pentadbiran Negeri Selangor terawal selain meyaksikan bermulanya Institusi Kesultanan Selangor yang diasaskan oleh Raja Lumu (Sultan Salehuddin) pada tahun 1766. Pameran di muzium ini yang berkonsepkan ‘mesra pengguna’ menyediakan tujuh seksyen yang menerangkan secara kronologi Sejarah Daerah Kuala Selangor. Teknik pameran yang interaktif dengan penggunaan info kiosk, diorama dan audio visual akan membantu para pengunjung memahami pameran dengan lebih mudah dan berkesan.
KUALA SELANGOR BANDAR BERSEJARAH
ASAL USUL NAMA KUALA SELANGOR
Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis binatang yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.
Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada di antara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor. Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyeksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’.
Kota Bukit Selangor atau Kota Malawati
Kota ini dibina dengan batu pejal yang tersusun rapat dan diletakkan beberapa pucuk meriam Pokok Jati dan Sena ditanam selang 10 kaki untuk mengelakkannya runtuh. Semasa Belanda menduduki Kuala Selangor kota ini diubah suai dengan menambah beberapa pucuk meriam dan dinamakan Fort Altingburg. Mempunyai keluasan kira-kira 500 x 300 ela persegi. Mengandungi 3 tingkat iaitu:
Paling tinggi merupakan tapak istana (sekarang Rumah kediaman Pegawai Daerah ) Tingkat kedua merupakan Balai DiRaja (semasa penjajahan British dijadikan gelanggang tenis) Tanah lapang dan rata sebagai tempat perhimpunan tentera.Kota ini dibina di zaman pemerintahan Sultan Ibrahim untuk mempertahankan diri dari serangan musuh khususnya
Belanda Batu Hampar Terletak di halaman Istana Sultan di suatu kawasan tanah lapang sambil menuruni tiga mata anak tangga menghala ke matahari terbit terdapat seketul batu pejal empat persegi 5x5x11 kaki padu. Batu ini beralaskan longgokan tanah pasir sebagai kakinya. Batu ini dinamakan batu hampar dan setengahnya menamakan sebagai batu pemancung.
Busut Malawati Kira-kira 120 meter dari batu hampar, arah ke timur lagi sambil menuruni beberapa anak tangga, jika mengarah pandangan ke hadapan akan tertumpu pemandangan ke sebuah busut di bina dari tanah seluas 20X20 kaki persegi dan tingginya melebihi 15 kaki. Pembinaannya sezaman dengan pemerintahan Sultan Ibrahim. Ada 2 tujuan dibina iaitu sebagai tempat sultan berehat-rehat dengan raja-raja dari negeri lain yang datang melawat ke Kuala Selangor sambil menyaksikan laga ayam dan sebagai gedung menyimpan harta-harta kerajaan pada masa itu.
Makam Diraja Terdiri daripada sebuah bangunan kira-kira 40 x 30 kaki persegi. Di sinilah bersemadinya tiga pusara Almarhum Sultan Selangor yang awal iaitu: Al Marhum Sultan Salehuddin, Al Marhum Sultan Ibrahim dan Al Marhum Sultan Muhammad.
Telaga Tujuh Ada pendapat mengatakan dahulu di sini wujudnya tujuh buah telaga. Pendapat lain mengatakan bukannya tujuh buah telaga tetapi tujuh pancutan mata airnya ada dalam sebuah telaga. Air di telaga ini dikatakan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau dan tidak pernah susut walaupun beribu gelen air dikeluarkan dari perutnya.
Tangga Seratus Tangga yang disusun dengan batu-batu pejal sebanyak seratus keping hinggalah bertemu ke penjuru Busut Malawati. Tangga ini digunakan oleh pedagang untuk ke istana Sultan di Bukit Selangor setelah menambat perahu, sampan dan bahtera mereka di Pangkalan Batu Buruk .
Kota Bukit Tanjung Kota ini sebahagian besarnya dibina daripada tanah. Puncak Bukit Tanjung ditebuk sedalam 10 kaki sementara di sekelilingnya tanah setebal 8 kaki. Di atas tembok tersebut ditanam pepohon besar dan beberapa pucuk meriam.
Keramat Anak Dara Keramat Anak Dara atau Keramat Rubiah Terletak di hujung jalan ke Tanjung Keramat kira-kira sebatu dari bandar Kuala Selangor. Berada di atas bukit keramat setinggi 100 kaki dari aras laut di pinggir Tasik Shina.
Rumah Api Kota Malawati Rumah Api Kota Malawati dibina pada tahun 1907 oleh penjajah British. Tingginya 83 kaki dari dasar laut dan 27 kaki dari darat rumah api ini mempunyai tiga bahagian iaitu bawah, tengah dan atas.
Bukit Raja Bukit Raja merupakan Kubu Pertahanan Raja Muda Nala Ibni Almarhum Sultan Salehuddin (1784-1795) sewaktu terjadinya peperangan pada tahun 1785 untuk menawan semula Bukit Malawati dari pihak Belanda. Peperangan tersebut berkesudahan dengan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Salehuddin dan pengikutnya dari dari negeri Selangor dan Pahang berjaya menawan semula Bukit Malawati dari pihak Belanda. Di bukit ini juga terdapat beberapa makam yang dipercayai makam kerabat DiRaja Negeri Selangor.
Untuk keterangan lanjut, boleh ke :- MUZIUM SEJARAH DAERAH KUALA SELANGOR No 1, Puncak Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor. SELANGOR DARUL EHSAN.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kerajaan Negeri Sembilan melarang sebarang penganjuran majlis berbuka puasa atau bersahur pada bulan Ramadan bagi melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat dalam memastikan pandemik COVID-19 tidak membentuk kluster baharu.
Penyertaan setiap empat tahun, Sukan Olimpik adalah acara sukan terbesar yang paling ditunggu-tunggu oleh semua atlet. Ini kerana sukan bertaraf dunia ini menerima pengiktirafan terunggul dan dianggap satu kejayaan besar jika atlet memenangi pingat emas.
Malah ia menjadi eko pelancongan yang paling banyak menguntungkan negara tuan rumah. Dan tahun ini negara yang terpilih adalah Tokyo, Jepun yang melobi untuk menjadi tuan rumah. Bukan sekadar atlet bertanding, temasya Sukan Olimpik ini mendatangkan pendapatan dari sumber pelancongan malah semasa Brazil menjadi tuan rumah pada 2008, pelancong asing membelanjakan AS $ 5.785 bilion di Brazil, peningkatan sebanyak 133 peratus berbanding tahun 2003. Tidak hairanlah banyak negara bersungguh-sungguh melobi sebagai tuan rumah.
Namun nampaknya tahun ini, di saat dunia dilanda wabak COVID-19, dan kes semakin menunjukkan peningkatan, seramai 400,000 orang telah menandatangani pungutan suara untuk membatalkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo akan datang berikutan pandemik Covid-19, lapor Sputnik.
Pungutan suara itu dilancarkan pada 5 Mei oleh peguam dan ahli politik terkenal Kenji Utsunomiya. Ia ditujukan kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach; Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Andrew Parsons; Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga; Menteri Hal Ehwal Olimpik, Tamayo Marukawa; Presiden Jawatankuasa Penganjur Olimpik dan Paralimpik Tokyo, Seiko Hashimoto dan Gabenor Tokyo Yuriko Koike.
Menurut undian itu, organisasi yang berkaitan 'kini secara paksa mendorong agar Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo diteruskan,' sementara Tokyo dan wilayah lain, serta semua negara di seluruh dunia sedang berusaha untuk membendung penyebaran virus itu.
"Sukan Olimpik Tokyo tidak akan berlangsung tanpa bantuan daripada pekerja kesihatan, institusi perubatan, dan sumber perubatan yang tidak terkira banyaknya.
Bagaimanapun, profesional perubatan telah memberitahu, orang ramai tidak ada ruang untuk tuntutan perubatan yang lebih banyak…penganjuran Olimpik berkemungkinan tinggi akan menjadi penyebar paling besar dan memburukkan lagi keadaan yang sedang kita hadapi," menurut undian itu.
Beberapa undian di Jepun menunjukkan kebanyakan orang mahu Olimpik dibatalkan. Sebagai tambahan, surat khabar Jepun Asahi Shimbun, rakan rasmi temasya itu, pada Rabu meminta Perdana Menteri membatalkan acara itu dengan alasan ancaman berkaitan dengan pandemik terhadap keselamatan awam dan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan negara itu.
Pada Khamis, sebahagian besar wilayah Jepun yang menjadi tuan rumah Olimpik, termasuk Tokyo, berada dalam keadaan darurat kerana lonjakan jangkitan Covid-19. – Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila bercakap tentang hotel, ramai orang terus bayangkan tempat untuk tidur, mandi dan berehat sebelum sambung berjalan keesokan hari. Tetapi di beberapa destinasi dunia,...