Satu dunia memberi reaksi apabila gambar hasil kerja seorang pemuda Malaysia yang dikenali sebagai Dinie Aiman diterbitkan di laman Instagram Apple yang mempunyai 21 juta pengikut. Gambar tersebut diambil menggunakan iPhone 7 Plus.
Menurut sumber Astroawani, pada bulan November, Dinie dihubungi wakil Apple untuk mendapat kebenaran menggunakan imej tersebut di laman Instagram gergasi teknologi itu sendiri.
Imej foto kawasan paya berumput berlatarbelakangkan Bukit Nakawan di Kampung Sahabat, Perlis boleh dikatakan bukan sebarang gambar kerana mampu menarik perhatian Apple. Terbukti di Perlis ada tarikan tersendiri! Paparan di Apple diiringi keterangan gambar; “Humanity turns a picture into a story” (Kemanusian menjadikan gambar biasa satu cerita).
Ads
Gambar asal dimuat naik lengkap dengan caption: ‘Seorang pemuda yag menikmati pemandangan pada waktu pagi dan bunyi angin betiup kencang dan kedengaran bunyi burung berkicauan. Selain itu, perasaan pemuda itu keseronokan menikmati keindahan alam yang jauh berbeza berbanding di kota raya.
Ads
Ramai yang memuji kreativiti dan ketepatan foto tersebut setelah Apple memberi ruang publisiti yang meluas. Tidak kurang juga yang mempersoal kualiti imej digital yang didakwa lebih baik jika menggunakan jenama pesaing.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Beberapa lokasi di negeri utara Semenanjung Malaysia direkodkan mengalami gelombang haba tahap berjaga-jaga untuk minggu ini.
Rancang perjalanan anda sebaik mungkin kerana cuaca panas boleh menjejaskan tahap kesihatan diri. Untuk semakan keadaan cuaca harian dan terkini di lokasi anda boleh layari portal MET Malaysia (http://www.met.gov.my/iklim/kemarau/statusgelombanghaba
Gelombang haba adalah satu tempoh dengan suhu tinggi yang luar biasa, melebihi suhu maksima purata harian dan keadaan cuaca yang agak panas, kelazimannya berlarutan hingga beberapa hari atau beberapa minggu.
Terdapat beberapa implikasi yang signifikan yang disebabkan gelombang haba di antaranya penggunaan tenaga elektrik, sumber air, pertanian dan kesihatan orang awam dan di dalam kes-kes yang ekstrim, boleh menyebabkan kematian. Setiap negara mempunyai ambang nilai yang berlainan untuk menentukan satu kejadian gelombang haba iaitu berdasarkan suhu harian maksima jangka panjang dan juga data-data klimat yang lain.
Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksima harian melebihi 37°C untuk tiga hari berterusan. Terdapat Empat peringkat di dalam pemantauan gelombang haba yang melibatkan suhu maksima harian di Malaysia yang dibangunkan oleh MetMalaysia seperti berikut:
Peringkat 0 – Suhu normal dan selamat (suhu <35C)
Peringkat 1 – Berjaga-jaga (suhu 35-37C untuk tiga hari berterusan )
Peringkat 2 – Gelobang haba (suhu >37C untuk tiga hari berterusan )
Peringkat 3 – Kecemasan ( suhu > 40C untuk tiga hari berterusan )
Pandemik COVID-19 telah merebak di seluruh dunia dengan jumlah kes positif melepasi angka empat juta dengan angka korban melebihi 285,000 orang.
COVID-19 tak kenal mangsa! Dalam kalangan itu juga tidak terkecuali mereka yang dikenali ramai, termasuk pegawai tertinggi kerajaan, personaliti sukan, dan juga selebriti. Antaranya ialah pelakon Hollywood Tom Hanks dan isteri, pelakon dan penyanyi Rita Wilson, pelakon Britain Idris Elba, pewaris diraja Britain Putera Charles, penyanyi Pink, dan penyanyi opera Placido Domingo.
Individu ternama lain yang dijangkiti COVID-19 sehingga April 2020:
Dalam ratusan ribu angka yang terkorban akibat pandemik itu, ada juga insan dari industri seni, dunia bola sepak dan pemimpin yang meninggal akibat COVID-19. Personaliti/ individu terkenal yang disahkan meninggal dunia akibat COVID-19:
Selain melalui jalan darat, pengunjung yang mahu ke Langkawi boleh pergi dengan penerbangan yang ditawarkan, antaranya AirAsia.
Dalam hal ini AirAsia memberi jaminan faktor kesihatan dan keselamatan penumbang menjadi keutamaan syarikat berkenaan.
Malah syarikat penerbangan tambang murah itu turut membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh yang membolehkan tetamu terbang dengan selesa dan selamat.
Ini termasuk sistem daftar masuk yang mudah dan pantas serta membolehkan pelanggan memuat naik dokumen kesihatan dan vaksinasi mereka untuk pengesahan segera melalui AirAsia Super App sebelum ke lapangan terbang.
AirAsia memastikan prosedur operasi dilaksanakan dengan standard tertinggi termasuklah dengan menugaskan hanya kru penerbangan yang telah divaksinasi sepenuhnya untuk mengendalikan pesawat.
Manakala ciri-ciri keselamatan pesawat itu sendiri seperti sistem pengudaraan dan penapis berkuasa tinggi yang digunakan di dalam kabin juga menjamin udara yang paling bersih untuk para tetamu.
Sebelum menempah tiket penerbangan AirAsia anda, sila pastikan perkara-perkara berikut untuk menjamin perjalanan yang lancar:
Sila semak jika ada sebarang peraturan atau syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan untuk ke Langkawi dan destinasi lain. Ini termasuklah keperluan menyediakan dokumen kesihatan dan perjalanan. Syarat-syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, jadi sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.
Langkah ini adalah untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang. Mendaftar masuk kendiri amat mudah dan ia boleh dilakukan melalui airasia Super App atau laman web airasia.com bila-bila masa 14 hari sebelum penerbangan.
Anda hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vaksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.
Sila ambil maklum:
A. Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri.
B. Caj daftar masuk kaunter akan dikenakan kecuali untuk kategori tetamu yang dinyatakan di atas.
Para tetamu digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum masa berlepas untuk memenuhi semua proses yang diperlukan. Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia membantu sebarang pertanyaan dari tetamu.
Pakai pelitup muka perubatan jenis tiga lapis seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia.
Berikut adalah beberapa tip bagi anda mendapatkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan lancar bersama AirAsia.
Bagi yang belum memuat turun aplikasi ini, disarankan berbuat demikian sekarang. Ia adalah satu-satunya aplikasi perjalanan yang anda akan perlukan, bermula dengan tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan.
Jika anda membuat perjalanan berkumpulan atau bersama keluarga, sila pastikan setiap tetamu mempunyai airasia Super App pada telefon pintar mereka. (Psst… Inilah aplikasi bagi anda mendapatkan tawaran promosi perjalanan terhebat dan menikmati pelbagai perkhidmatan lain untuk gaya hidup anda.)
Jika anda mempunyai bagasi daftar masuk, jangan lupa untuk membuat pra-tempahan dalam talian semasa membeli tiket penerbangan atau sehingga 4 jam sebelum penerbangan anda untuk menikmati penjimatan terbaik.
Selepas mendaftar masuk secara kendiri, anda boleh mengimbas kod QR pada pas masuk elektronik anda untuk mencetak tag bagasi di kiosk dan kemudian mendaftar masuk bagasi secara kendiri.
Untuk memastikan kelancaran dan meminimumkan sentuhan sesama para tetamu dan dengan kru kabin, perlepasan akan dilakukan dari barisan belakang (Zon 2), diikuti dengan barisan tengan (Zon 3) dan akhir sekali barisan hadapan/Hot Seats (Zon 1). Proses turun dari pesawat juga akan dibuat secara berperingkat setiap 3 barisan.
Kini anda boleh merujuk menu sajian Santan, katalog Bebas Cukai, majalah penerbangan, serta menikmati kandungan hiburan digital secara percuma menggunakan peranti anda sendiri. Dengan internet berkelajuan tinggi kami, anda juga boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, dan mengakses perkhidmatan airasia Super App yang lain semasa penerbangan.
Semua kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang di Malaysia kini menerima pembayaran digital menggunakan e-dompet, perbankan dalam talian dan transaksi kad kredit/debit.
Bila bercuti, ramai orang terlalu fokus pada itinerary, tempat menarik dan makanan sampai terlupa satu perkara penting iaitu soal keselamatan barang peribadi. Dalam mood...