Apple Siarkan Hasil Foto Pemuda Malaysia. Terbukti Lokasi Di Perlis Sangat Istimewa

Share

Satu dunia memberi reaksi apabila gambar hasil kerja seorang pemuda Malaysia yang dikenali sebagai Dinie Aiman diterbitkan di laman Instagram Apple yang mempunyai 21 juta pengikut. Gambar tersebut diambil menggunakan iPhone 7 Plus.

Menurut sumber Astroawani, pada bulan November, Dinie dihubungi wakil Apple untuk mendapat kebenaran menggunakan imej tersebut di laman Instagram gergasi teknologi itu sendiri.

https://www.instagram.com/p/B6YbCLOlGdh/?utm_source=ig_embed


Imej foto kawasan paya berumput berlatarbelakangkan Bukit Nakawan di Kampung Sahabat, Perlis boleh dikatakan bukan sebarang gambar kerana mampu menarik perhatian Apple. Terbukti di Perlis ada tarikan tersendiri!
Paparan di Apple diiringi keterangan gambar; “Humanity turns a picture into a story” (Kemanusian menjadikan gambar biasa satu cerita).

Gambar asal dimuat naik lengkap dengan caption:
‘Seorang pemuda yag menikmati pemandangan pada waktu pagi dan bunyi angin betiup kencang dan kedengaran bunyi burung berkicauan. Selain itu, perasaan pemuda itu keseronokan menikmati keindahan alam yang jauh berbeza berbanding di kota raya.

Ramai yang memuji kreativiti dan ketepatan foto tersebut setelah Apple memberi ruang publisiti yang meluas. Tidak kurang juga yang mempersoal kualiti imej digital yang didakwa lebih baik jika menggunakan jenama pesaing.

IKLAN