Sebut saja KLCC, ramai yang membayangkan bangunan tertinggi di dunia bermula tahun 1998 hingga 2004 ini terdiri daripada lokasi untuk membeli-belah dan port lepak manusia urban.
Selain itu,pengunjung juga berpeluang untuk menjejak di kawasan Skybridge KLCC, jambatan langit yang menghubungkan dua menara Petronas di tingkat 41 dan 42 tersebut. Berada di sini nyata memberi pengalaman yang berbaloi untuk melihat persekitaran Kuala Lumpur dari aras tinggi.
Ads
Pengunjung di The Skybridge hanya dibenarkan berada di sini untuk tempoh masa 15 minit saja sebelum dibawa naik ke lantai 86 yang terletak di ketinggian 370 meter. Di tingkat 86 ini, menempatkan pelantar pemandangan bagi menyaksikan panorama lebih menakjubkan! Pengunjung akan berada di situ untuk tempoh masa 15 minit lagi.
Ads
Ads
Sebagai rakyat Malaysia, ambil peluang untuk berjalan di jambatan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda. Segan la..warga asing berpusu-pusu datang ingin cuba berjalan di laluan jambatann menara kebanggan kita ini, tetapi kita sekali pun tidak pernah jejak.
Teringin nak naik Skybridge? Ini peluang menarik yang tidak harus dilepaskan! Sekarang ini ada tawaran menarik khas untuk rakyat Malaysia, tiket untuk dewasa hanya RM20 dan kanak-kanak RM10 sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke https://www.petronastwintowers.com.my/
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Malaysia memang kaya dengan lokasi menarik yang sangat cantik. Antara yang sering jadi perhatian ialah kawasan tanah tinggi.
Dan tahukah anda selain lokasi terkenal yang biasa kita tahu seperti Cameron Highland, Bukit Fraser dan Bukit Bendera, terdapat beberapa lagi lokasi tanah tinggi yang WAJIB dilawati kerana ia bukan saja sejuk tetapi mempunyai pemandangan yang indah memukau.
Terletak di pedalaman Sarawak, bario bermaksud angin mengikut bahasa etnik Kelabit. Tanah tinggi Bario berketinggian 1150 meter dari aras laut ini mempunyai kualiti udara yang sangat bersih kerana kedudukannya berhampiran Gunung Murud, gunung tertinggi di Sarawak.
Kesejukan tanah tinggi Bario ini pernah mencecah 11 darjah celsius sehinggakan pengunjung terpaksa mengenakan selimut yang tebal pada waktu malam. Jika anda mahu garam bukit dan padi yang paling berkualiti di Malaysia serta bebas bahan kimia, di sinilah tempatnya.
Ba’Kelalan pula berdekatan dengan Bario ini merupakan penempatan bagi kaum Lun Bawang. Jangan tidak percaya, kawasan ini terkenal dengan penanaman buah epal. Jika anda berkunjung ke sini, aktiviti kebudayaan menanti anda.
Kundasang merupakan pusat tanaman sayur-sayuran segar yang terkenal di Sabah. Terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu, cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi faktor utama pelancong datang ke sini.
Menariknya Kundasang, ia lokasi yang ‘bersih’ dari hiruk pikuk kota. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang ada menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay untuk memberi keselesaan buat pelancong. Di sini, anda dapat memperolehi bunga-bunga dan sayur-sayuran segar dengan harga yang berpatutan kerana faktor cuaca yang sejuk.
Turut dikenali sebagai Maxwell Hill ini merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi yang terletak di Taiping, Perak. Suhu pada hari siang adalah di antara 15 hingga 25 darjah celsius dan boleh mencecah 10 darjah celsius pada waktu malam.
Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. Memandangkan Bukit Larut merupakan kawasan lembap di Malaysia, anda akan meredah hujan hampir setiap hari pada sebelah petang.
Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan kuda padi dan kerusi pengusung untuk ke puncak bukit. Kebanyakan pelancong Eropah yang sampai ke sini akan menyamakan tempat ini sebagi Switzerland pada musim bunga!
Dengan ketinggian 1,276m, gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung. Jika anda berada di atas gunung ini pada hari cerah, anda boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas. Lagenda dan mitos berjaya menarik pelancong yang gemarkan alam semulajadi.
Anda tidak keseorangan jika mahu bermalam di hutan ini kerana ia pilihan anda jika mahu sampai ke sini. Air terjun dan resort pula melengkapkan pakej untuk pelawat memilih Gunung Ledang sebagai lokasi percutian.
Bosan juga jika kerap ke tanah tinggi yang sama. Empat lokasi tanah tinggi di atas merupakan beberapa lokasi pilihan yang membolehkan anda menikmati buah epal bukit seperti yang terdapat di tanah tinggi Ba’Kelalan.
Jika anda berkunjung ke sini, tidak ada salahnya anda feeling membawa jaket tebal seperti bercuti ke luar negara!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pernah tak anda singgah Kedai Mat Sabu ini, sebuah kedai runcit popular di Batu Kurau, Perak? Jadi tumpuan dek kerana konsep kedainya yang tidak dikunci dan bekas duit syiling setinggi 4 tingkat, memang unik!
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hazwanhfiz di laman X, kelihatan keadaan di dalam kedai runcit itu sangat teratur.
Difahamkan, kedai ini dibuka 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Bermakna, kedai runcit tersebut tidak pernah ditutup. Malah, tidak pernah berkunci.
Bukan itu saja, apa yang lebih menarik perhatian adalah terdapat bekas duit syiling setinggi empat tingkat yang dikatakan nilainya hampir mencecah hampir RM100,000.
“Orang Batu Kurau panggil ‘Kedai Mat Sabu’. Masuk kedai runcit dia, mata lebih tertarik dengan duit syiling 4 tingkat di tepi meja.
“Dulu duit syiling letak dalam bakul raga ja. Tokey pesan siapa boleh angkat bakul duit syling ni, boleh bawa balik.”
“La ni nohh dah 4 tingkat.”
“Ada orang tanya tak takut ka kena rompak duit banyak-banyak tu?”
Silakan masuk rompak kalau anda berani. Silap-silap tak keluar kedai la. Tokey bukan kosong,” katanya.
Jadi kalau nak tengok banyak mana duitnya dalam itu dan apa yang ada di kedai itu, kena lah pergi Batu Kurau, Perak. Jom ajak member ke sana pula, tengok sendiri lagi puas!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bayangkan kalau ada seekor nyamuk atau lalat berterbangan disekeliling kita pun sudah rimas.
Ini kan pula jika ada berjuta serangga atau lebih dari itu yang datang ‘serbu’ di tempat tinggal kita. Pasti ‘murung’ seketika kehidupan ketika itu bukan?
Selepas negara Uganda diserang belalang juta Februari lalu di kawasan tanaman mereka hingga menyebabkan rakyat mengalami kekurangan bekalan makanan, terkini negara Iran pula dikatakan menjadi sasaran serangan belalang juta.
Iran terpaksa menggunakan kuasa tentera untuk tahun kedua berturut-turut dalam usaha menghapuskan ancaman belalang juta yang kini menakluki bahagian selatan negara itu, lapor Reuters.
Kehadiran serangga yang dalam jumlah luar biasa itu memusnahkan hasil tanaman yang bernilai lebih AS$7 bilion (lebih RM30 bilion). Ancaman belalang juta itu, yang paling dahsyat dalam tempoh berdekad-dekad, menambahkan lagi masalah Iran, yang sudahpun dalam dilema bagi menangani isu penularan wabak virus korona selain nilai eksport minyaknya yang menjunam teruk sejak sekatan Amerika Syarikat.
Belalang juta yang berasal dari gurun itu menyerang lebih 200,000 hektar kebun dan ladang di 31 wilayah Iran. Kawasan terjejas berkenaan, yang merentangi dari timur Iran di sempadan Pakistan hinggalah ke sempadan barat daya dengan Iraq, dijangka boleh meningkat sehingga sejuta hektar.
Pihak tentera telah berjanji untuk membantu penduduk, termasuk membekalkan kenderaan lasak untuk digunakan di lokasi yang sukar diakses. Operasi melawan belalang juta itu setakat ini mampu menghalang ‘kerosakan’, namun dia tidak memberikan penjelasan lanjut.
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kerugian bidang pertanian akibat serangan belalang juta di Pakistan, akibat belalang juta, boleh mencapai sehingga AS$2.2 bilion (RM9.6 bilion) untuk penghasilan sepanjang musim sejuk.
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...