Kementerian Luar mengesahkan, rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, adalah antara 50 mangsa yang kehilangan nyawa dalam insiden tembakan di Christchurch, minggu lalu.
Menurut kenyataan itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia akan memberikan bantuan kepada keluarga bagi proses pengebumian berkenaan. Kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Dalam pada itu, Kementerian Luar memaklumkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof juga akan berlepas ke Christchurch untuk mewakili kerajaan bagi memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas susulan tragedi ini. Katanya, kementerian juga meminta semua pihak media dan awam untuk menghormati perasaan ahli keluarga yang berdepan tempoh sukar ini.
Ads
Haziq yang hilang sejak kejadian Jumaat lalu, disahkan meninggal dunia. Pengesahan itu dilaporkan Exco Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Pooh, 11.20 malam ini.
Ads
Sementara itu, pengebumian jenazah akan disempurnakan di Memorial Park Cemetery Bromley selepas Zohor (waktu tempatan), hari ini. Arwah adalah anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika kejadian, Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Muhammad Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma, manakala bapa mereka parah ditembak.
Ads
Haziq adalah antara 50 mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu ketika umat Islam sedang menunggu solat Jumaat.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi mereka yang minat dengan aktiviti hiking, rupanya boleh mencuba untuk menjadikan jambatan sebagai lokasi pendakian.
Rupanya kini semakin banyak jambatan yang dibuka untuk mereka yang gemarkan aktivit mencabaar dan lasak ini.
Salah satunya negara Australia yang menawarkan pelbagai destinasi pendakian jambatan seperti di Sydney, Brisbane dan Perth.
Walaupun mungkin akan ada rasa gementar dan gayat, tetapi jangan risau kerana aktiviti pedakian akan disertai oleh pendaki jambatan profesional.
Di jambatan Sydney Harbour sebagai contoh, pendaki diwajibkan memakai pakaian khas selain dilarang membawa barang berharga semasa mendaki agar konsentrasi mereka tidak terganggu.
Berikut adalah lima destinasi pendakian jambatan terkenal di dunia.
1. Jambatan Sydney Harbour, Sydney Australia
Jambatan ini paling terkenal dalam kalangan pendaki jambatan dari seluruh dunia. Ia dibuka pada tahun 1932 dan sejak 23 tahun yang lalu, pelancong boleh mendaki jambatan itu.
Sehingga kini, seramai empat juta sudah mendaki jambatan itu termasuk selebriti popular Oprah Winfrey, Robert De Niro, Pierce Brosnan dan ramai lagi.
Ramai tertarik mendaki jambatan ini kerana dapat menyaksikan pemandangan indah Sydney seperti Circular Quay dan Opera House ketika berada di puncak.
2. Jambaran Story, Brisbane Australia
Masih di Australia – jambatan Story menjadi pilihan pendaki kerana ia lebih pendek, cepat dan kosnya murah berbanding di Sydney. Bagaimanapun, ia masih memberi pengalaman luar biasa termasuk pemandangan indah sungai dan bukit di sekitar Moreton Bay.
3. Jambatan Matagarup, Perth Australia
Jambatan Matagarup adalah jambatan penyeberangan sungai Swam dan merupakan ikon di Perth sejak ia disiapkan pada 2018. Istimewanya mengenai jambatan ini, terdapat 314 anak tangga disediakan bagi memudahkan proses pendakian dan mengambil masa 90 minit untuk sampai ke puncak.
4. Jambatan Auckland Harbour, Auckland New Zealand
Meskipun tidak sehebat Sydney Harbour, pendakian di jambatan Auckland Harbour juga menawarkan pengalaman luar biasa selain skydiving dan terjunan bungee.
5. Jambatan Arrabida, Porto Portugal
Jambatan Arrabida adalah satu-satunya aktiviti pendakian di atas jambatan yang terdapat di Eropah dan ia adalah jambatan berbentuk melengkung terbesar di dunia.
Seperti Sydney Harbour, di jambatan ini juga pendaki dapat melihat keindahan alam dari atas puncak jambatan.
Rasa seram sejuk perut walaupun dalam aircond kerana dek memikirkan tangki minyak kereta dah nak kering dan hampir kosong. Tak pasal-pasal ada yang menolak kereta tengah jalan.
Sebenarnya, anda tidak perlu rasa khuatir. Kalau anda tahu berapa kapasiti tangki minyak reserve sewaktu lampu E anda menyala, mesti anda tidak akan kalut lagi. Jadi berapa kapasiti tangki minyak reserve yang ada dalam tangki minyak anda sebelum ianya betul-betul habis? Di sini disediakan sedikit panduan untuk anda.
Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 7.5 liter.
Ada sesetengah kenderaan, lampu E akan berkelip-kelip sebagai tanda amaran. Mulanya ia akan berkeli secara perlahan-lahan dan menjadi lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 6.0 liter.
Tangki minyak kereta mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi E tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh lebih kurang 60 kilometer.
Ia bermaksud enough. Jika penghawa dingin dipadamkan, ia mampu memberi tambahan lagi lebih kurang 10 kilometer. Tambahan lagi 10 kilometer sekiranya anda memandu sekitar kelajuan 50km/h secara konsisten.
Simpanan minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa. Sekarang anda boleh bertenang jika lampu E anda menyala ya!
Sumber: Dato’ Ir Hj Mohamad Bin Dalib, Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dikatakan sebuah perkampungan di sebuah kawasan pendalaman, iaitu Kampung Turtuk yang terletak di sempadan India dan Pakistan dan penduduknya adalah Muslim Balti.
Rupanya ada cerita menarik mengenai perkampungan ini seperti dikongsi oleh salah seorang sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Syu Azis
Ayuh, ikuti perkongsiannya
Turtuk Village (Antara sempadan India & Pakistan)
Turtuk adalah perkampungan utara India yang terakhir yang terletak di lembah Nubra di Ladakh, berhampiran Line-of-Control (LoC). Kampung cantik ini menjadi hakmilik India namun etnik, tradisi memang Pakistan yang punya. Ada ceritanya.
Suatu ketika dahulu, Turtuk adalah sebahagian dari Pakistan yang menguasainya pada tahun 1947. Sebilangan orang di kampung ini mempunyai saudara-mara mereka di Pakistan, jauh dari akar umbi mereka.
Tapi, India kembali menakluk perkampungan Turtuk setelah menang dalam perang Indo, pada tahun 1971. Kampung ini terletak seberang sahaja dengan Gilgit Baltistan yang menjadi hak milik Pakistan namun masih direbut oleh India sehingga ke hari ini.
Siapa sangka? Disebalik sungai tenang, Sungai Shyok dan pergunungan Karokaram, ada lebih 4000 penduduk di dalam kampung itu. Tak ramai yang tahu kerana kawasan ini tertutup sehinggalah pada tahun 2010.
Selepas 2010, baharulah kerajaan India buka bagi pelancong luar melihat dan merasai keunikkan kampung dan penduduknya yang lari dari kebiasaan penduduk Ladakh.
Kenapa?
Penduduk Ladakh memiliki pengaruh kuat agama Buddha dan pengaruh Tibet, namun Kampung Turtuk memiliki budaya Islam Balti. Ada kira kira 300 buah keluarga menetap di sana yang hanya sejauh 10 km daripada Kampung Thang (penganut agama Buddha).
Apa itu etnik Islam Balti?
Orang-orang Balti atau orang-orang Baltis adalah kumpulan etnik keturunan Tibet dan Indo Aryan yang berasal dari wilayah Gilgit Baltistan yang ditadbir oleh Pakistan. Sama rupa macam orang di Ladakh.
Cuma beza negara dan fahaman agama. Orang etnik Balti kebanyakannya tinggal di wilayah Skardu di Baltistan yang merupakan wilayah Pakistan dengan majoriti etnik beragama Islam.
Tapi ada hal yang menarik hati saya kerana desa ini berada pada ketinggian 2900 meter dari aras laut. Makna kata, Turtuk berada pada ketinggian yang lebih rendah dibandingkan dengan daerah lain di Ladakh. Even Lahaul pun lebih kurang 4800 meter dari aras laut.
Kawasan berbatu batu buatkan mereka ini kreatif. Bina gudang makanan diperbuat sepenuhnya dengan batu bagi menyimpan makanan. Makanan bagi musim sejuk perlu disimpan rapi kerana cuaca sangat ekstrem. Salah simpan, rosak semuanya.
Seperti kawasan lain yang sama dengan Turtuk (Ladakh, Lahaul, Spiti), musim panas adalah musim bagi agriculture. Turtuk sangat famous dengan tanaman barli yang penduduk Lahaul gelarkan, “geyhu”. Selain dari geyhu, tanaman utama adalah walnut dan aprikot menjadi sumber eksport utama Turtuk ke wilayah lain di India.
Saya pasti akan ke sini suatu hari nanti. Tak jauh sangat dengan Lahaul. Beza jauh hanya 548 km dari rumah mentua saya. Menariknya! Saya memang suka terjah tempat yang rare dan asing. Semoga tercapai niat di hati ini.
InsyaAllah.
Syu Azis
Disclaimer : Menulis tentang Kampung Turtuk. Tempat cantik, info kampung yang berkait rapat, informasi. Tiada conflict of interest coz both country saya respect. Kena tulis disclaimer sebab follower saya ada dari India, ada dari Pakistan, Afghanistan, ada dari Kashmir, ada muslim, ada pelbagai jenis agama dan you all suka translate dan buat andaian saya ni pro India, pro sana pro sini.
Walhal, sis ni residing di India mestilah ku tulis hal negara India. Takkan nak ku tulis negara Africa pula ya tak? Bakinya, sis respect semuanya. Ngerti?
Susah nak menulis tentang India, isu semasa yang berkait rapat dan kita ini pula Muslim dari Malaysia. Akan ada isu berbangkit but tenang is good, dear my followers and friends. Hah panjang engkau disclaimer kali ni
Credit to : Muhammad Fahim : pakistaninfo.com Picture credit to : Timesofindia, Ariel Sophia Bardi, google images
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...