Dikenali sebagai kota metropolitan, Kuala Lumpur turut menawarkan pelbagai lokasi moden dan tradisi menarik selain kaya dengan budaya makanan yang pelbagai serta menjadi syurga buat penggemar membeli-belah untuk diterokai.
Lihat sahaja pelbagai destinasi menarik yang tersergam indah seperti Kampung Baru, Taman Tugu, Taman Tasik Titiwangsa, Menara Kuala Lumpur, KL Bird Park, Pusat Sains Negara, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Petaling Street.
Namun, ibu negara Malaysia yang pernah sunyi dan sepi seketika akibat pandemik COVID-19, kini bangkit semula menerima kedatangan pelancong domestik selari dengan saranan kerajaan yang menggalakkan percutian dalam negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif dilakukan peserta industri pelancongan bagi merancakkan kembali industri dengan menawarkan kombinasi pelbagai makanan, budaya dan alam sekitar yang menarik.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri 'turun padang' untuk berkolaborasi dengan pemain industri dalam memperkenalkan pelbagai tawaran yang menarik khas buat warga kota bagi merancakkan pasaran pelancongan domestik. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihaknya bertindak sebagai penyokong kepada penggiat industri pelancongan di Kuala Lumpur dalam mempromosikan setiap inci kota metropolitan ini kepada masyarakat.
Ads
"Rakyat Malaysia selalu berpandangan yang mereka tahu secara menyeluruh (tentang Kuala Lumpur) tetapi hakikatnya terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang masih kita tidak tahu akan kewujudannya. Contohnya, Saloma Link Bridge yang tersergam indah dan telah siap dibina, malah masih ramai yang belum mengetahui inisiatif DBKL yang mengindahkan lorong-lorong belakang di sekitar Bukit Bintang yang bertujuan menarik lebih ramai pelancong menghargai lokasi terbiar," katanya.
Platform media sosial dan penggunaan teknologi maklumat akan menjadi 'senjata' utama dalam menyusun strategi bagi mempromosikan Kuala Lumpur. DBKL bercadang mengembangkan penggunaan teknologi dengan melaksanakan Kuala Lumpur Augmented Reality Trail bagi mendapatkan maklumat berkaitan sejarah serta tempat-tempat menarik di ibu kota. Usaha ini akan menjadi medium baharu dalam penyampaian kepada pelancong.
Ads
Bagi membantu sektor itu bangkit semula, MOTAC menerusi Tourism Malaysia akan memperkukuh inisiatif di bawah pelancongan domestik melalui kempen Cuti-Cuti Malaysia. Justeru, kerajaan negeri dan pemain industri dalam sektor pelancongan serta kebudayaan khususnya digesa agar memastikan perkhidmatan serta produk yang ditawarkan berkualiti tinggi, terutama mengenai keselamatan kesihatan dan kebersihan
Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Mohd Izal Mohd Nor pula menyeru orang ramai agar merebut peluang untuk bercuti dalam negara berikutan pelbagai tawaran hebat disediakan daripada pemain industri pelancongan selepas teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.
Ads
Keputusan kerajaan membenarkan pelancongan domestik memberi peluang kepada kebanyakan pemain industri menawarkan pakej pelancongan dengan potongan harga yang menarik. Ini adalah masa yang tepat untuk bercuti dengan peluang merasai pelbagai pakej pelancongan bertaraf 'kayangan' pada harga murah. Justeru, orang ramai perlulah mengambil peluang ini untuk menikmatinya walaupun hanyalah sekadar bermalam di hotel. Malah, kesediaan pemain industri memberi diskaun luar biasa itu mampu merancakkan kembali sektor pelancongan setelah negara terkesan dengan COVID-19.
Kesediaan hotel bertaraf lima bintang menawarkan pakej atau harga istimewa adalah bersifat sementara demi memanfaatkan pelancong domestik dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP). Dengan keadaan sempadan negara yang masih belum dibuka, banyak hotel mewah mengambil peluang menawarkannya kepada pelancong domestik untuk menikmati pengalaman premium dengan kos yang lebih rendah. Jadi jangan lepaskan peluang ini dengan melayari laman sesawang lokasi yang anda ingin tujui.
Kalau sebut sahaja Sepang, pasti ramai yang menggambarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tapi sebenarnya banyak lagi tempat menarik untuk explore di sekitarnya.
Terbaharu di Sepang, Sunset Paradise @Sepang port untuk korang datang bercuti hujung minggu. Ada banyak tarikan di sini yang boleh korang teroka.
Bukan sahaja sesuai untuk korang yang suka OOTD, malah untuk seisi keluarga.
Terletak berdekatan dengan Hotel Avani Sepang, Goldcoast, tempat ini boleh dikunjungi tanpa bermalam, tapi kalau yang nak luangkan lebih masa kat sini ada banyak chalet dan hotel yang korang boleh menginap.
Apa yang ada dekat sini:
Ada Dinosaur Park
Ada Panda Park
Thai Restorant Tom Yam yang padu giler
Makan sambil layan view sunset yg superb
Ada Funfair konpem anak2 x nak balik
Boleh mandi manda di Pantai
Minum Sunset Kopi rasa premium coffe
Banyak Instagrammable Spot dekat sini
Ada pelbagai jenis ride
Waktu Malam meriah dengan lampu LED
Fireshow setiap jumaat malam
Alamat: Sunset Paradise@sepang, Pantai Bagan Lalang, Sebelahan Avani Sepang Goldcoast.
Kredit: Negeri Sembilan Kini
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Malaysia negara yang bertuah hidup dalam aman dan damai. Malaysia telah mengharungi pelbagai suka-duka dan sekaligus mematangkan dan mendewasakan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat serta aman sentosa.
Terbaru, Malaysia diletakkan pada kedudukan di tangga ke-16 negara paling aman di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2019. Laporan GPI tersebut turut mengiktiraf Malaysia sebagai negara ketiga paling aman di Asia Tenggara selepas Jepun dan Singapura.
Sebagai rakyat Malaysia, pasti ia sesuatu yang membanggakan. Laporan GPI ini adalah penting kerana ia akan menarik perhatian terutama pelabur dan pelancong asing untuk datang ke Malaysia. Malaysia berada di kedudukan yang baik berbanding tangga ke-26 pada 2018.
Oleh itu tidak perlu ragu-ragu untuk datang berkunjung ke Malaysia. Negara kita sentiasa komited dalam mempertingkatkan soal keselamatan terutama diperairan Sabah dan Sarawak bagi mengekang ancaman anasir luar dan pencerobohan termasuk penculikan yang kerap berlaku di sana. Keselamatan di Sabah dan Sarawak adalah terkawal dengan pelaksanaan pengoperasian daripada ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Malah, ATM juga masih mengekalkan komitmen dan peranannya bersama ESSCOM dengan memperkukuhkan kawalan keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila sebut sawah padi, pasti terbayangkan negeri di utara terutama Kedah yang mendapat julukan negeri Jelapang Padi. Tiupan angin yang sepoi bahasa, ditambah saat padi menguning, suasana ini pastinya menggamit suasana indah yang sukar dilupakan.
Jika sebahagian rindukan suasana nyaman sawah padi, di Jepun lebih advance kerana petani menanam padi berlainan warna hingga menjadi hasil hasil seni yang amat unik dan menjadi tumpuan pelancong ke daerah Gyoda, Saitama. Lebih membanggakan hasil seni di Rice Paddy Art ini diiktiraf sebagai World Largest Rice Paddy Art Oleh Guiness World Record.
Baca perkongsian Zunita Ramli dalam “CatatanZunitaDiJepun” yang dirinya banyak berkongsi info menarik dari negara ini.
Pernah tengok sawah padi berwarna-warni?
Rice Paddy Art atau disebut sebagai “tambo āto” adalah seni sawah padi yang berasal dari Jepun di mana beberapa jenis padi yang berlainan warna ditanam untuk membentuk corak dan imej tertentu.
Dekat Jepun, ada lebih 100 lokasi tawarkan Rice Paddy Art dan yang paling besar ada di Gyoda, Saitama. Dengan keluasan 27,000 meter persegi, lokasi ni dinobatkan sebagai “World Largest Rice Paddy Art” oleh Guinness World Record. Memang besar lah. Hehe.
Yang menarik pasal padi dekat Gyoda ni, ia ditanam secara sukarela (volunteer) oleh orang situ tau, sebab diorang nak promosikan Gyoda kepada pelancong luar.
Tapi seni padi ini ada masa musim panas je lah, dan masa paling cantik (peak) untuk tengok Rice Paddy Art ni pada bulan September, kalau di Gyoda. . #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...