Ramai suka makan takoyakikan. Tepung bersalut bebola ayam, udang, ketam dan lain-lain perisa amat mudah didapati di gerai jualan tepi jalan dan rasanya agak sedap jika kena dengan sosnya.
Baca perkongsian dari Zunita Ramli yang juga menetap di Jepun mengenai Takoyaki yang dikongsi di fbnya.
Benda yang buat saya paling terkejut sepanjang saya balik Malaysia adalah — Takoyaki.
Mana tak nya dekat Malaysia, takoyaki ada macam-macam filling, ada ketam, ayam, fishball dan macam-macam lagi lah.
I was like. Wow.
IKLAN
Kenapa saya terkejut?
Sebenarnya nama Takoyaki ni berasal dari perkataan “tako” iaitu octopus dan “yaki” yang bermaksud panggang atau bakar. Jadi kalau ikut nama takoyaki ni semestinya filling dia hanyalah tako atau octopus sahaja. Kalau kita isi filling lain, ibarat Nasi Ayam, tapi kita letak daging, gitulah. Takde masalah pun cuma… pelik sikit. Hehe.
Takoyaki sebenarnya dicipta oleh Tomekichi Endo pada tahun 1935 di Osaka. Permulaan penciptaan takoyaki ni sebenarnya bermula lepas gempa bumi dasyat melanda Jepun iaitu pada tahun 1923, di mana masa tu makanan memang susah nak dapat. Jadi ramai mula bereksperimen dengan tepung dan air untuk hasilkan makanan yang murah dan mengenyangkan.
IKLAN
Sampai lah tahun 1935, Endo berjaya hasilkan takoyaki yang guna filling octopus dan terus mendapat sambutan. Dia guna octopus sebab masa tu dekat Osaka banyak octopus.
Sebagai penggemar tegar takoyaki, perlu tahu yang takoyaki yang sebenarnya mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam. Bukan tektur macam kuih jemput tu tau yang lembik segala. Alaaaahai. Sebab pernah terbeli yang lembik macam tu masa kat Malaysia . Kecewalah. Haha.
IKLAN
Sebab tu kalau nak buat takoyaki yang sedap, ada alat khas nak buat yang dipanggil sebagai takoyaki-ki. Alat ni biasanya diperbuat daripada cast iron di mana ia mampu membakar takoyaki dengan sempurna untuk menghasilkan tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Menariknya, kedai asal yang dimiliki Tomekichi Endo ni masih lagi wujud dan telah disenaraikan dalam dan telah disenaraikan dalam Bib Gourmand di Michelin Guide Kyoto-Osaka dari tahun 2016-2018. Bukan senang ye nak masuk senarai Michelin ni. dari tahun 2016-2018.
Tapi tulah nak remind, sebagai penggemar takoyaki, jangan panggil bonito flakes tu sayap kelkatu ye. Hmm. . #CatatanZunitaDiJepun
Selepas berhempas pulas mengekang penularan wabak COVID-19 yang teruk beberapa bulan lalu, China sekali lagi terkesan dengan kejadian gempa bumi yang mengorbankan rakyatnya. Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud di barat daya China malam kelmarin telah menyebabkan empat mangsa maut manakala 23 lagi cedera.
kenyannews.co.ke
Menurut Pusat Rangkaian Gempa China, gegaran di Qiaojia di wilayah Yunnan mula dirasai pada 9.47 malam 18 Mei 2020 pada kedalaman 8 kilometer. Menurut saksi, gegaran dirasai selama beberapa saat itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya sebuah rumah roboh.
Data daripada Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) bagaimanapun meletakkan gempa bumi itu pada kekuatan 4.5 magnitud dengan kedalaman 10 kilometer.
Perbezaan pada kedudukan dan waktu gempa oleh agensi pengesanan gempa bukan sesuatu yang luar biasa, terutamanya apabila melibatkan keluasan kawasan gegaran yang agak besar. Gempa bumi pada kedudukan cetek sering mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada bangunan dan infrastruktur.
Negara kita kini menuju ke arah jumlah penduduk dewasa mencapai 90% divasinasi sepenuhnya dalam masa terdekat. Apabila angka tersebut telah dicapai kebenaran untuk rentas negeri akan dibuka oleh kerajaan. Pastinya ia akan merancakkan semula perjalanan dan industri pelancongan sama ada menerusi laluan darat atau udara.
Sebagai salah sebuah syarikat penerbangan utama di negara kita, Air Asia mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan penumpang lebih terjamin. Sehubungan dengan itu AirAsia Malaysia pada hari ini telah mengumumkan bahawa mereka hanya menerima tetamu dewasa yang telah divaksinasi sepenuhnya dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta.
Manakala bagi penumpang berusia 18 tahun kebawah yang belum divaksinasi atau belum lengkap pula diwajibkan ditemani ibu bapa atau penjaga yang divaksin sepenuhnya.
Jelas AirAsia, ia merupakan sebahagian daripada pelan mitigasi Covid-19 mereka untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi para tetamu dan kakitangannya.
Semua penerbangan AirAsia juga hanya akan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.
PENDAFTARAN MASUK KENDIRI AIRASIA SUPER APP
AirAsia juga telah mewajibkan para tetamu untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang membolehkan penumpang melalui proses perlepasan dan menaiki pesawat menggunakan pas masuk elektronik (e-Boarding Pass), yang meminimumkan interaksi fizikal dengan kakitangan. Tertakluk kepada beberapa pengecualian, bayaran akan dikenakan untuk daftar masuk melalui kaunter di lapangan terbang.
Jadi anda hanya muat turun airasia Super App menggunakankannya untuk tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik, perlepasan melalui sistem pengecaman wajah FACES dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan.
AirAsia telah membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh yang membolehkan para tetamu terbang dengan lebih selesa dan selamat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, “Keputusan untuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan kami dibuat demi untuk menjaga keselamatan para tetamu dan kakitangan kami. Semua penerbangan AirAsia dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya, begitu juga dengan kakitangan operasi yang lain. Selain itu, kami telah menyediakan pelbagai perkhidmatan di airasia Super App.
“Para tetamu kini boleh menggunakan sistem daftar masuk mudah dan pantas yang membolehkan mereka memuat naik dokumen kesihatan dan sijil vaksinasi mereka untuk pengesahan segera dan menggunakan sistem pengecaman wajah FACES untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.”
AirAsia juga menasihatkan penumpang memastikan beberapa perkara tersebut sebelum melakukan tempahan tiket penerbangan:
Pastikan anda (dan keluarga) layak untuk melakukan perjalanan.
Sila semak jika ada sebarang peraturan atau syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan di destinasi anda. Ini termasuklah keperluan menyediakan dokumen kesihatan dan perjalanan seperti sijil keputusan negatif COVID-19 dan sijil lengkap vaksinasi. Syarat-syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, jadi sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.
Pastikan anda tidak mengalami sebarang gejala
Jika anda mengalami simptom seperti selesema, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanan anda. Sebagai tetamu yang bertanggungjawab, kami juga ingin menasihati anda untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 sebelum penerbangan anda bagi memastikan bahawa anda selamat untuk melakukan perjalanan dan melindungi para tetamu lain di sepanjang perjalanan anda.
Hanya tetamu yang telah divaksin sepenuhnya akan diterima
Anda haruslah telah divaksin sepenuhnya dan telah melepasi tempoh matang serta diklasifikasikan sebagai status “Risiko Rendah” atau “Kontak Kasual Tanpa Gejala” di aplikasi MySejahtera untuk meneruskan perjalanan anda.
AirAsia telah mewajibkan daftar masuk kendiri melalui airasia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.
Mendaftar masuk kendiri amat mudah dan ianya boleh dilakukan melalui airasia Super App atau laman web airasia.com bila-bila masa 14 hari sebelum penerbangan. Anda hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vaksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.
Sila ambil maklum:
Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri.
Caj daftar masuk kaunter akan dikenakan kecuali untuk kategori tetamu yang dinyatakan di atas.
Pastikan anda tiba lebih awal di lapangan terbang. Para tetamu digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum masa berlepas untuk memenuhi semua proses yang diperlukan. Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia membantu sebarang pertanyaan dari tetamu.
Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Pakai pelitup muka perubatan jenis tiga lapis seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia.
Genting Highlands antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Disebabkan permintaan yang tinggi untuk penginapan yang terletak di pusat peranginan tersebut, memang sukar nak dapatkan deal dengan harga yang murah.
Tapi ada caranya untuk korang dapatkan harga diskaun bila menginap di Resorts Worlds Genting Highlands. Menerusi pakej F.W.H (Fix Your Own Bed, Waived Early Check-in Fee dan Hygienic Stays) korang berpeluang untuk stay kat atas sana tapi dengan harga yang lebih murah.
Dengan menempah pakej ini, pelanggan akan menerima:
Penginapan di bilik standard MYB
Satu kit kemudahan peralatan tempat tidur di dalam bilik termasuk cadar, sarung bantal, sarung duvet dan peralatan mandian.
Terma dan syarat adalah seperti berikut:
Pengesahan pakej adalah tertakluk pada ketersediaan bilik.
Kadar lazim harian akan dikenakan untuk permintaan menukar ke bilik berhias biasa
RM60 akan dikenakan untuk permintaan mengemas katil
Tawaran ini hanya sah untuk menginap pada tarikh yang dinyatakan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Tiada bayaran balik akan dikeluarkan jika pakej dibatalkan atau tidak digunakan.
Pihak pengurusan berhak untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah syarat ini atau menarik balik pakej pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Namun tak perlu risau kerana pihak hotel akan melakukan tahap pemeriksaan kebersihan selepas korang mengemas bilik dan menginap dengan selesa. Tawaran untuk pakej ini sah sehingga 31 Disember tahun ini.
So korang yang nak menginap dengan harga yang murah bolehlah pilih pakej ini!