Seperti yang kita tahu, Taman Tema Genting Skyworld akan dibuka tahun ini tetapi belum dipastikan bila.
Namun dalam satu kenyataan rasmi, waktu yang dinanti-nantikan akhirnya akan tiba.
Tempat permainan yang sangat mengujakan ini akan dibuka sepenuhnya bermula 8 Februari ini setelah pembukaannya tertangguh beberapa tahun lalu.
Lebih menarik Genting Skyworld ini akan melakukan promosi diskaun 20% sempena pembukaannya 8 Februari ini hingga 31 Mac.
Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi, Genting Malaysia Berhad, Lee Thiam Kit berkata, harga tiket selepas diskaun 20 peratus bagi dewasa berjumlah RM151 berbanding harga asal RM189.
Bagi kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) dengan ketinggian 90 sentimeter (cm) ke 110cm pula, harga tiket selepas diskaun bernilai RM128 berbanding harga penuh RM161 seorang.
Manakala kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 90cm adalah percuma untuk kemasukan.
“Kami sudah bersedia, akhirnya dapat menunjukkan taman tema kami kepada dunia, tarikan bertema baharu ini bakal melonjakkan nama Pahang dan Malaysia di persada pelancongan dunia.
Ads
“Pembukaan taman tema ini juga akan menyumbang kepada sektor pelancongan dan ekonomi dengan kewujudan ribuan peluang pekerjaan,” katanya.
Gambaran Epic Voyage to MoonhavenPemandangan sekitar Andromeda Base.
Ujarnya, selepas membeli tiket secara dalam talian, para pengunjung digalakkan untuk memuat turun aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds yang tersedia dengan percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.
Aplikasi ini juga telah diintegrasikan dengan teknologi Virtual Queue (VQ), sebuah aplikasi pintar yang dapat menjimatkan masa di samping membantu mengelakkan pengunjung daripada menunggu lama.
“Masa penungguan akan dipaparkan di aplikasi tersebut dan para pengunjung bolehlah merancang masa mereka untuk aktiviti pilihan seperti permainan, tarikan dan persembahan yang tersedia pada hari itu.
“Syarikat kami menerima tawaran promosi dan baucar diskaun, malah terdapat tempat makan, membeli belah, permainan serta perkhidmatan Photo+ yang canggih,” ujarnya.
Ads
Central Park – Asteroid Arcade
Naib Presiden, Ketua Operasi Taman Tema, Resort World Genting, Greg Pearn menjelaskan, sesetengah tarikan masih di bawah proses pentauliahan dan tidak tersedia untuk menerima para pengunjung.
Taman Tema Genting SkyWorlds yang terunggul itu bakal membawa para tetamu mengembara ke sembilan ‘dunia’ berbeza yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan, menggabungkan Harta Intelek (IP) asli, dan juga keterujaan dengan permainan dan tarikan bertaraf dunia.
Antara ‘dunia’ unik penuh keseronakan bertemakan filem yang pastinya sukar untuk dilupakan adalah Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio.
Gambaran 3D ESD Exchange
Ads
Jika menghadapi kesukaran mengenai pembelian tiket, pengunjung boleh melayari laman web Genting SkyWorlds dan aplikasi Genting SkyWorlds bermula jam 10 pagi pada 4 Februari ini.
Jadi kepada yang sudah menantikan detik keriangan ini, bolehah segera menempah di laman web bagi mengelak sebarang kesulitan.
Fenomena ‘Blue Tears’ atau Air Mata Biru yang wujud di permukaan pantai Kuala Selangor kini sedang diperkatakan ramai.
Ada yang kata foto-foto fenomena tersebut bukan di Malaysia tetapi di luar negara. Ya! fenomena Blue Tears tersebut memang berlaku di Kuala Selangor. Lokasinya terletak berdekatan dengan destinasi tarikan pelancong popular di Kuala Selangor iaitu Sky Mirror.
Blue Tears adalah antara produk pelancongan terbaru di negeri Selangor yang boleh dilihat pada waktu malam. Fenomena Blue Tears dikatakan terhasil daripada fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air. Ia kemudiannya menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut.
Penduduk tempatan mula menemui kejadian air seakan berwarna biru pada malam hari sekitar tahun 2018 dan ia semakin kerap boleh dilihat hingga hari ini.
Difahamkan, tarikan ini hanya dibuka pada jam 8 malam hingga 10 malam sahaja dan berharga RM25+ untuk seorang. Pastikan anda memilih travel agensi yang berdaftar untuk mengambil pakej melihat Blue Tear ini.
Pelawat akan di bawa menaiki bot yang disediakan untuk menyusuri pantai di Kuala Selangor. Kawasan sekitar yang lebih gelap membolehkan seseorang melihat Blue Tears dengan lebih baik. Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak sama apabila anda cuba menangkap dengan kamera, hanya mata kasar boleh melihat kecantikan ini.
Setiap kali keluar travel, pasti ada di antara kita yang akan jadi ‘doktor’ sebab dalam backpack dia mesti ada first aid kit. Itu satu perkara yang bagus sebab kita tak tahu bila masa penyakit yang akan singgah dan merebahkan kita atas katil hotel.
Jadi, setidaknya ada sprang ‘doktor’ ni, boleh la kita menumpang first aid kit dia. Tapi sampai bila nak tumpang? Kena la ada satu first aid sendiri sebagai persediaan kita nak travel.
Libur nak kongsikan kepada anda senarai basic yang perlu ada dalam first aid kit untuk anda yang gemar keluar travel. Senarai ni untuk ubat-ubatan basic je. Kalau rasa senarai ni tak lengkap dan ada beberapa perkara yang perlu anda tambah, tuliskan di ruangan komen Facebook Libur ya. Boleh kita kongsikan bresama rakan-rakan traveller yang lain.
Penafian: Ubat-ubatan yang ditulis di sini hanyalah cadangan sahaja. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai penyakit-penyakit lain yang boleh mendatangkan kesan sampingan.
Ubat Analgesic seperti paracetamol (ubat tahan sakit).
Ubat Antihistamine untuk alahan akibat gigitan, sengatan atau alahan.
Ubat selsema dan demam.
Ubat batuk.
Ubat mabuk alam perjalanan seperti Antihistamine atau Scopolamine.
Ubat sakit tekak.
Larutan Antiseptic untuk mencuci luka atau gigitan.
Antiseptic ointment untuk diletakkan pada luka.
Plaster untuk menutup luka atau kesan lepuh.
Micropore tape.
Alat untuk memcuci dan membersihkan luka seperti crepe bandage, gauze swabs dan OpSite atau STERIS trips yang boleh menggantikan jahitan luka untuk sementara.
Pin keselamatan, gunting dan penyepit.
Penghalau serangga yang mengandungi DEET (diethyl toluamide).
Larutan melegakan sengatan seperti Stingose (aluminum sulfate).
Ubat cirit-birit seperti Imodium (loperamide).
Ubat julab untuk sembelit.
Antacid untuk penghadaman.
Krim antifungal atau antibakteria.
Krim antigatal seperti low potency hydrocortisone.
Ubat cecair pedih hulu hati seperti Gaviscone.
Serbuk atau minuman penambah tenaga seperti Gastrolye atau HYDRAlyte.
Penitis mata.
Ear plugs.
Krim sunscreen (sekurang-kurangnya SPF30+)
Alat pembaca suhu atau thermometer (thermometer yang diletakkan di dahi adalah yang paling bagus untuk travel.
Kad insurans perlindungan kesihatan.
Itu adalah senarai ubat-ubatan yang boleh membantu merawat penyakit-penyakit biasa, tapi sekiranya menghidap penyakit yang memerlukan anda membawa ubat-ubatan yang khusus seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sebagainya, maka WAJIB untuk anda bawa ubat-ubatan tersebut bersama.
Bawa bersama senarai rujukan untuk anda tahu apa kandungan yang perlu ada dalam first aid kit anda. Selitkan ianya bersama dalam first aid kit dan jika anda perlu untuk topup isi kandungan first aid tersebut, sekurang-kurangnya anda boleh rujuk kepada ahli farmasi di lokasi percutian anda.
Siapa yang tidak kagum dengan keindahan Menara Eiffel jika berkunjung ke kota cinta impian seluruh dunia, Paris.
Setelah beberapa bulan ditutup berikutan pandemik Covid-19, Menara Eiffel akan kembali dibuka kepada orang ramai bermula 16 Julai depan kata pihak pengurusan seperti dilaporkan AFP.
Bagaimanapun jumlah pengunjung akan dihadkan kepada 10,000 sehari demi memastikan penjarakan fizikal dapat dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak itu.
“Setelah beberapa bulan ditutup, pihak pengurusan tidak sabar menanti kedatangan pengunjung dan bagi menjamin keselamatan pelawat, kami mengamalkan protokol ketat,” kata presiden Menara Eiffel, Sete Jean-Francois Martins.
Pesanan tiket secara dalam talian juga akan dibuka bermula 1 Jun 2021.
pexels-photo-149419
Menara Eiffel yang dibina pada 1889, biasanya menerima tujuh juta pengunjung setiap tahun atau tiga perempat daripadanya adalah pelancong dari luar negara.
Namun sejak pandemik, pihak pengurusan menara itu mengalami kerugian 70 juta Euro pada 2021 manakala 52 juta Euro tahun lalu.
Perancis pada awal bulan lalu melonggarkan sekatan terhadap rakyatnya selepas mengamalkan kawalan pergerkan selama enam bulan.
Malah kafe dan restoran sudah boleh menerima kedatangan pelanggan dan makan di premis selain pihak kerajaan negara itu merancang untuk membuka kembali ekonomi sepenuhnya menjelang akhir Jun.
Untuk rekod, muzium, panggung wayang, teater juga akan kembali dibuka selepas ditutup selama 203 hari. Pihak Disneyland Paris pula akan membuka pintu taman tema itu kepada pengunjung pada 17 Jun.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...