Ya, memang ada orang yang suka pakai baju yang sama setiap kali pergi travel dan makan angin. Lebih teruk ia diulang pakai ketika hendak tidur. Mungkin sebab selesa dengan pakaian tersebut atau sudah dianggap seperti ‘bantal busuk’, pelengkap untuk tidur.
Pakaian yang tidak ditukar mudah kotor sekaligus mengundang anda kepada penyakit bawaan seperti demam dan selsema. Bukan itu sahaja, kalau wajah anda senang didatangi jerawat dan pori tersumbat dari mana lagi kalau tidak baju tidur yang tidak bertukar.
Sia-sia sahaja kalau anda kerap menukar cadar tapi memakai pakaian tidur yang sama hampir setiap hari.
Jadi adalah WAJIB untuk anda menukar pakaian tidur pada setiap malam.
Ads
Jika anda masih berdegil untuk tidak menukar, berkemungkinan anda akan mengalami permasalah seperti ini.
Bangun pagi yang lemah
Ads
Memakai pakaian kotor ketika tidur malam boleh memberi kesan pada tubuh pada keesokan paginya. Anda akan berasa tidak segar, bermalasan dan tidak selesa. Ini kerana sepanjang malam anda bergelumang dengan bakteria yang ada pakaian lama. Ketahuilah bakteria berpindah dengan mudah pada kulit anda.
Tidur tidak nyenyak
Ads
Anda akan mengalami ketidakselesaan seperti gatal-gatal dan berminyak sekaligus menganggu kualiti tidur.
Badan berbau
Sia-sia sahaja anda mandi tapi kemudian menyarung baju tidur yang lama. Bakteria yang terperangkap pada pakaian seterusnya meninggalkan bau badan yang tidak menyenangkan. Ingat bukan sahaja mandi yang mengelakkan badan berbau, malah menukar pakaian yang bersih juga memberi faktor yang sama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Memang seronok kalau dapat bercuti bersama ahli keluarga yang ramai. Apa lagi pergi ke banyak tempat termasuklah kota suci Mekah untuk menunaikan ibadat Umrah.
Tak dinafikan bukan mudah nak merancang perjalanan yang melibatkan ramai orang namun itu bukan halangan buat keluarga Siti Hanis Khairul’Zaman yang kesemuanya 16 orang termasuk ibu dan ayah yang sudah berusia dan juga seorang bayi berumur satu tahun.
Merancang itinerari yang tidak terlalu padat kerana ada ibu dan ayah serta anak-anak yang masih kecil, mereka mula membuat tempahan seawal bulan Julai tahun lalu.
Memilih transit selama satu malam di Lapangan Terbang Jeddah untuk keluar ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Ibadat Umrah, syukur semua yang dirancang dipermudahkan.
Pernah menunaikan umrah dan juga pernah berkelana ke beberapa negara Eropah sebelum ini memberi sedikit kelebihan untuk keluarga ini memastikan apa yang dirancang mengikut apa yang dijadualkan.
Siti Hanis berkongsi banyak tip dan maklumat termasuk kos yang diperlukan untuk percutian mereka selama dua minggu itu.
Bagi yang ada perancangan untuk membuat trip DIY seperti keluarga ini, jom Ikuti perkongsian daripada Siti Hanis.
Transit semalam di Jeddah semasa flight pergi, keluar ke Makkah for umrah
RM12749 for 5 pax
*2 adults & 3 kids (16, 15 & 9yo)
Accommodation
– Pullman Zam Zam Makkah
– Jungfrau Residence Interlaken
– Meininger Amsterdam City Center
– Meininger Brussels
*booked via Agoda
RM4346 for 5 pax
Swiss Travel Pass (4 days STP)
RM1812 for 2 adults & free for kids below
16yo
*booked via Klook website during
30% off promo on Dec 2022
Saudi Tourist Visa
RM3076 for 5 pax (payment made via
Wise Card)
Flixbus & DB Night Train (land border
crossing)
*booked a month before fly
RM2215 for 5 pax
Swiss Mountain Excursions& Local
transport (for )
RM4413 for 5 pax
Airport Transfer to (Coaster)
*booked a month before fly
RM305 for 5 pax
Grand Total for 5 pax = RM28917
TOTAL per pax (exclude shopping)
RM5783
RANDOM TIPS & NOTES :
Family trip kami kali ini, diy ke Makkah & Europe, terdiri daripada 4 keluarga, 16 pax all together
Paling muda berumur satu tahun & yang paling berusia berumur 60++ tahun (mak & ayah)
Itinerary tak terlalu pack dan tak juga terlalu santai. Mak dan ayah dah biasa brisk walk setiap hari so tiada masalah berjalan kaki semasa travel
Kami book flight ticket dari July 2022 semasa promo Saudia, kos flight 2.3k – 2.5k untuk return ticket per pax.
Kami pilih lay over semalam di Jeddah airport untuk keluar sekejap ke Makkah buat umrah sebelum meneruskan perjalanan ke Schiphol Airport, Asmterdam
Booking untuk semua accomodation dibuat seawal October 2022 lagi, free cancellation via Agoda kecuali Pullman Zam Zam Makkah je,
Untuk Pullman, kami terus buat payment semasa tempahan untuk secure booking
Travel kali ni, kami ambil package roaming Digi, data 30GB for 30 days (RM95)
Perlu beli sim card Digi dulu RM10 coz kami bukan pengguna telco Digi. Package roaming Digi 30GB sangat berbaloi coz dah cover middle east country & europe!
Selepas selesai 2 weeks travel, masih ada baki lagi 15GB, so boleh guna utk iPad anak2
Ada juga family member yang lain guna sim card Hello1010.my, beli di KL sebelum fly, usable in 72 Europe countries, 25GB data
Travel insurance, kami masih setia dgn Etiqa 360 dari dulu
Saudi Tourist Visa ~ kami apply visa 2 weeks before travel & buat bayaran menggunakan Wise & Bigpay card
Conversion rate sangat berbaloi! Visa siap within 5 minit, sent via email.
Nusuk ~ kami apply slot umrah melalui Nusuk apps selepas dah ada visa
Majority kami pernah mengerjakan umrah & haji dan ini bukan perjalanan pertama umrah diy, jadi umrah semasa penerbangan transit ini tak terlalu sukar kerana masing2 sudah familiar dgn kawasan Al Haram
Walaubagaimanapun kami tetap meluangkan masa ke kursus umrah percuma anjuran TH Travel di Surau Tabung Haji sebelum fly ke Jeddah
Airport transfer, Jeddah – Makkah – Jeddah kami book dengan saudara Fayyez Alharbi (boleh berbahasa melayu) via whatsapp +966598730858
Driver punctual & mesra, kos pun sangat berpatutan, SAR800 sahaja untuk kami 16 pax
Kalau travel berdua sahaja, kami prefer perkhidmatan e-hailing (bolt, uber or careem) utk airport transfer or travel by Haramain High Speed Railway
Kami menggunakan FlixBus & DB Night Train untuk perjalanan land border crossing, sangat berbaloi!
Booked sebulan sebelum fly & download siap2 FlixBus dan DB Train apps
Public transpot di Amsterdam, Brussels, Cologne & Munich sangat efficient.
Guna google maps je untuk panduan perjalanan & info berkaitan platform
Souvenir ~ fridge magnet & keychains lebih murah di Brussels & Amsterdam berbanding Cologne & Munich
Souvenir di Switzerland of course yang terpaling mahal
Kami bawa bekalan makanan, masakan sendiri yang telah diretort kan seperti kari ayam, rendang, masak lemak cili api, kam heong udang, sambal, pes carbonara, kuah kacang, nasi goreng, nasi putih dll.. ready to eat sepanjang travel & sgt berbaloi
Kami dapatkan perkhidmatan retort makanan dengan Ummu Habibah di Puncak Alam, highly recommended!
Muslim restaurant & halal food di Amsterdam, Brussels, Cologne & Munich kebanyakannya makanan Turki & Mediterranean Foods. Antara yang kami singgah untuk lunch
– Cappadocia Kebab, Brussels
– Halal Fried Chicken, Amsterdam
– Istanbul Restaurant, Cologne
– Garam Masala Restaurant, Munich
Muslim restaurant or halal food di Switzerlandjuga sangat banyak (boleh search di Zabiha apps), tapi agak mahal, eg : donor kebab di Lauterbrunnen, 13 swiss franc (RM60)
1 set meal di Zurich Fried Chicken around 15 ke 20 swiss franc
So kalau nak jimat di, better bawa bekal makanan, shopping groceries di Migros or Coop & masak sendiri
Antara restaurant yang kami singgah untuk lunch di
– Donor Kebab, Lauterbrunnen
– Donor Kebab, Zermatt
– Zurich Fried Chicken, Zurich
– Restaurant di puncak Titlis, Engelberg
Dari Munich sebelum ke Basel, kami beli siap2 groceries especially telur
Telur 6 biji di Munich baru 2 euro vs 6.50 swiss franc di Interlaken
Harga semua kayangan bila masuk Switzerland!
Chocolate Lindtyg packaging 1kg tu kami beli di Migros dengan harga 21 swiss franc je, jimat banyak compared to Coop, chf34.50!
Migros di Interlaken West selalu buat promo, kena rajin survey
Public transport disangat2 efficient, menghubungkan kawasan perkampungan dan bandar, menelusuri pergunungan alps & merentasi beberapa negara
Sebab itu kunjungan ke Swiss kali ni kami pilih untuk menggunakan public transport sepenuhnya
Untuk penjimatan yg sangat berbaloi bagi yang pilih mode public transport di Swiss& discount utk certain mountain excursions, boleh beli Swiss Travel Pass or Swiss Half Fare Pass
Kami download SBB Mobile apps utk memudahkan perancangan perjalanan di Switz
Semua jadual utk train, bus, cable car & masa perjalanan boleh diakses via apps termasuk info details seperti harga or maklumat platform
Video & gambar kami shoot n snap guna iPhone & go pro je
Pemandangan sebenar especially di Switzerland lagi cantik berbanding gambar, semua tempat dini view nya Subhanallah, superb!! kena datang & nikmati sendiri face to face
Switzerland merupakan antara negara termahal di europe selain daripada negara2 Scandinavian, kos travel keboleh jimat banyak if bawa bekalan makanan or masak sendiri
Tak perlu beli minuman pun dicoz tap water di sini sangat bersih, Switzerland is recognized as a country with the best quality of tap water in the world!
Ada beberapa Premium Panoramic Train yang view pemandangannya sangat cantik sepanjang perjalanan di Switzerland, antaranya :
The Golden Pass Line
Bernina Express
Glacier Express
Gotthard Panorama Express
Memandangkan kami dah pernah enjoy Bernina Express, 4 hours journey from Chur to Tirano sebelum ni, jadi trip kali ni kami skip Panoramic Train ride
Btw, pemandangan sepanjang train ride ke Tasch & Zermatt pun sangat cantik! train ride naik ke Wengen Village pun superb view nya, dah macam ala2 view Panoramic Train
Pakaian ~ kami bawa heattech inner, fleece jacket, trench coat & down jacket secukupnya. Vacuum storage bags sgt membantu untuk jimat ruang luggage
Walaupun bulan Feb & March, winter di europe masih rendah suhunya especially bila ada angin
Masih ada heavy snow fall di Munich & Switzerland
Mudah sgt travel sendiri ke Hollands, Belgium, Germany & Switzerland hanya menggunakan public transport sahaja!
4 negara ni antara yg selamat utk dilawati In Syaa Allah, risiko pick pocket sangat rendah, pemandangan pun cantik & of course Switzerlandyang paling cantik dan paling bersih
Negara dah lama lifted all covid restrictions for international travelers
Tak wajib lagi pakai mask dalam flight and public transport & of course takde lagi vaccine requirement
Kalau kita mudahkan kerja orang, pastinya Tuhan akan mudahkan juga urusan kita di dunia.
Daripada perkongsian di laman facebook saudara M Redzuan A Rahman, admin tabik dengan cara beliau untuk memudahkan urusan kakitangan yang memeriksa dokumen sebelum menaiki penerbangan.
Mana tidaknya, cuba anda banyangkan setiap hari, staf yang bertugas perlu memeriksa beratus atau mungkin beribu dokumen setiap penumpang dengan teliti. Pelbagai masalah dan situasi perlu mereka tangani dan selesaikan. Jika ada ramai individu yang membantu memudahkan urusan semakan dokumen seperti keluarga ini, pasti sedikit sebanyak mengurangkan beban kakitangan yang bertugas.
Ini cara yang dilakukan:
Teknik ini saya gunakan semasa penerbangan ke Pulau Pinang hujung bulan Ogos lepas. Alhamdulillah kali ini saya gunakan sekali lagi dengan penambahbaikan daripada penggunaan Ogos lepas dan kali ini jauh lebih lancar dan pantas. Teknik ini sesuai digunakan apabila travel bersama anak-anak kecil.
Untuk penerbangan minggu lepas saya susun kad pengenalan dalam 'holder' ini mengikut turutan berikut – saya, isteri, Hannah (daftar masuk di bawah nama isteri) dan Qaid. Pas masuk penerbangan juga saya susun dalam turutan yang sama. Untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, staf yang memeriksa dokumen penumpang sebelum menaiki penerbangan siap puji lagi "Wahhh Encik dan susun kad pengenalan seperti turutan pas masuk penerbangan". Besar hati saya dapat mudahkan urusan beliau.
Setiap keping plastik dalam 'holder' ini terdapat 2 ruang menyimpan kad – bahagian depan dan bahagian belakang. Untuk memudahkan urusan staf menyemak dokumen, saya letakkan kad pengenalan dan MyKid hanya pada bahagian hadapan ruang menyimpan kad. Jadi 4 keping plastik dalam holder ini digunakan.
Walaubagaimanapun, apabila sampai di Imigresen Kota Kinabalu – setiap kad Pengenalan dan MyKid saya keluarkan siap-siap untuk memudahkan pemeriksaan oleh pegawai imigresen kerana setiap kad akan dibaca oleh alat membaca kad pengenalan diri.
Semoga tips mudah ini dapat juga membantu anda apabila travel bersama anak-anak kecil. Insyallah kita mudahkan urusan orang lain, urusan kita akan dipermudahkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selalunya kalau kita berpeluang travel atau singgah di mana-mana tempat yang menarik, pasti kita ingin merakam gambar kenangan secantik dan sebaik mungkin. Lagi-lagi kalau anda seorang wanita, gambar mesti nampak kurus, tirus, ramping dan macam-macam gaya yang boleh nampak ‘elok’ di mata umum.
Namun tidak buat wanita bernama Stephanie Leigh Rose ini. Dia ingin membuat kelainan dalam setiap foto yang dibidik dengan gaya sedang ‘mati’ di setiap lokasi menarik yang dijejak.
Menarik dan kreatif juga gaya dan aksi si Stephanie ini hasilkan. Mana tahu lepas ini, gaya sebegini menjadi ikutan dan tular buat orang ramai yang inginkan kelainan.
Dia juga sempat merakam kenangan di hadapan bangunan ikonik yang musnah terbakar baru-baru ini. Jom lihat gambar-gambar yang dikongsinya dalam media sosial miliknya yang kini memiliki hampir 54.6k pengikut tersendiri.
Macam mana, menarik tak? Libur rasa ada yang tiru aksi-aksi ini nanti. Silap-silap jadi ‘trend’ akan datang. Yang rasa nak terkenal cepat boleh la ambik idea kreatif macam ini untuk tontonan ramai 🙂
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...