Tahniah! Pemenang LIBUR X Sunway Lagoon Sharknado Alive!
(PERADUAN TAMAT)
Dapatkan 40 tiket percuma yang dibawakan khusus untuk semua pembaca-pembaca Majalah Libur! Bersempena dengan cuti sekolah tak lama lagi, kami sedang mencari 20 orang pemenang bertuah untuk merasai sendiri pengalaman hebat berada di Sunway Lagoon Sharknado Alive!.
Pernah tak anda bayangkan satu hari nanti tempat tinggal anda dilanda bencana alam seperti angin kencang dan puting beliung, tapi dalam masa sama dipenuhi dengan ikan jerung yang menghempas ke merata-rata tempat dan menggigit orang ramai?!
Wow! Kalau anda tak pernah terbayangkan situasi itu berlaku, anda perlu menonton filem Sharknado arahan Syfy. Siri filem yang bermula dari tahun 2013 hingga 2018, mengisahkan sepasang suami isteri dibintangi Ian Ziering dan Tara Reid yang berhadapan tengan puting beliung dipenuhi ikan jerung ke mana-mana sahaja mereka pergi!
Filem fiksyen-sains berkonsepkan komedi seram itu pasti memberikan ketakutan, kejutan dan gelak ketawa anda seisi keluarga! Menambahkan lagi keseronokkan dan keterujaan, Sunway Lagoon dengan kerjasama Lynton V Harris & The Sudden Impact! Entertainment Company akan membawakan kepada anda, Sunway Lagoon Sharknado Alive! – tarikan terbaharu di Scream Park, Sunway Lagoon!
Pelbagai debaran dan keterujaan bakal anda rasai dalam pengembaraan Sunway Lagoon SharknadoAlive! di Scream park. Tidak seperti permainan hiburan bertema yang biasa, di Sunway Lagoon SharknadoAlive! anda akan rasai keseronokkan di dalam bentuk visual yang memukau mata dan bunyi-bunyian yang menggegarkan telinga, seolah-olah anda sedang berdepan dengan kawanan ikan jerung dalam pusaran puting beliung yang ganas!
Sekalipun pengembaraan hebat yang bakal ‘merenggut’ jantung anda itu akan berlaku selama 15 minit, Sunway Lagoon Sharknado Alive! pasti akan memberikan anda satu pengalaman baru yang tak akan dapat dilupakan.
Sebagai tarikan baru di Scream Park yang sebelum ini pernah menyaksikan permainan hiburan bertema seperti Ghostbusters Adventure Live!, Terminator, Night at The Museum, Prison Break LIVE! dan World War Z, Sunway Lagoon Sharknado Alive! bersedia untuk menerima kehadiran anda pada 10 Ogos 2019 bermula dari 11 pagi hingga 6 petang dengan harga RM202 bagi umur 12 tahun ke atas dan RM170 untuk yang berumur 11 tahun ke bawah.
Dengan harga tersebut, anda bukan sahaja dapat masuk ke Scream Park untuk merasai ‘keganasan’ Sunway Lagoon Sharknado Alive!, tapi juga akses ke semua permainan yang terdapat di dalam Sunway Lagoon!
Cara penyertaan mudah sahaja,
Ayuh, jangan tunggu lagi, isi dan jawab segera peraduan di bawah!
Pertandingan telah tamat tempoh. Terima kasih kepada yang telah menyertai pertandingan ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebut sahaja mangga harumanis, sudah pasti ramai yang terbayang keenakan serta rasa lemak buah tropika berkenaan.
Isinya yang berwarna oren kekuningan ditambah dengan rasa yang manis serta berbau harum mampu memikat setiap yang melihat untuk mencubanya. Namun, apa yang membataskan pembeli ialah harga mangga harumanis yang boleh dikelaskan sebagai agak tinggi berbanding buah mangga lain.
Percaya atau tidak, mangga harumanis sebenarnya sudah subur di Terengganu sejak 40 tahun lepas. Mungkin ramai yang beranggapan jika berbuah sekalipun, saiz dan rasanya tidak akan mampu mencapai kualiti yang sama sepertimana Harumanis Perlis yang telah ada di pasaran serta tidak mampu di eksport ke pasaran luar negara.
Jika itu tekaannya, ia sebenarnya meleset sama sekali, kerana buah yang telah dipetik di kawasan Pusat Pembangunan Komoditi Rhu Tapai, Terengganu didapati mencapai gred premium dan tahap kemanisan sehingga 22 peratus brix.
Tanaman yang telah bermula sejak November 2016 itu diusahakan Jabatan Pertanian Terengganu bagi menyelidik kesesuaian tanah bris (tanah berpasir) di kawasan itu. Beberapa daerah yang mempunyai tanah bris telah dibanci dan akhirnya menemui pokok harumanis yang telah lama di tanam oleh orang kampung. Daerah tersebut ialah di Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Di setiap daerah itu telah temui kira-kira 100 pokok harumanis yang telah berusia antara 30 hingga 40 tahun serta berbuah tiga kali setahun. Oleh kerana ramai tidak begitu mahir dalam mengesan kualiti buah itu, akhirnya buah itu gugur dan terbiar begitu sahaja, malah ada yang menganggap ia kategori mangga biasa dan mas itam.
Projek permulaan di kawasan Rhu Tapai telah melalui proses penjagaan yang teratur hinggalah mampu mengeluarkan hasil pertama tiga tahun lepas dengan kualiti sepertimana ditanam di kawasan utara tanahair. Tanaman harumanis atau nama saintifiknya ‘Mangifera indica Linn’ pada peringkat awal, hanya 30 batang pokok telah ditanam, kini kawasan seluas dua hektar telah ditanam dengan lebih 200 pokok harumanis. Berdasarkan rekod tanaman jenis ini, jika dijaga dengan baik ia akan terus mengeluarkan hasil setiap tahun walaupun setelah berusia 20 tahun. Faktor tanaman ini tentunya memerlukan iklim yang panas.
Terengganu telah merangka Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019 hingga 2023 dan apa yang berlaku pada ketika ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan negeri. Pihak jabatan kini turut bersama-sama dengan pelbagai pihak mengumpul mereka yang berminat untuk mengusahakan tanaman harumanis.
Setiap orang memerlukan tidur yang lena lebih-lebih lagi kalau sedang menempuhi satu perjalanan jauh sewaktu travel. Jadi, Libur ingin berkongsikan gear yang berguna kepada anda semua dan fokus kali ini ialah bantal compact untuk travel, mudah untuk dibawa dan disimpan. Sesuai untuk semua travellerespecially kaki backpack. Walau pun backpacking, takkan nak berbantalkan lengan pula kan?
Kesemua gear yang Libur senaraikan ini adalah daripada Indiegogo. For those who didn’t know yet, Indiegogo adalah satu website yang menjadi platform kepada para inventor untuk mencipta dan memasarkan produk atau idea baru ciptaan mereka.
Jadi tanpa melengahkan masa, jom kita tengok apa bantal yang anda boleh gunakan untuk travel trip next year nanti.
Voyage pillow daripada Sondre ini menggunakan rekaan dua dalam satu yang menggabungkan bantal dan juga penutup mata. Ianya sangat selesa untuk digunakan ketika dalam perjalanan tidak kira di dalam kapal terbang, kereta api mahupun di dalam kereta.
Bantal Voyage ini juga menggunakan jenis kain poly/spandex dan bantal microbead, membolehkan ianya di ubah bentuk bagi memberikan keselesaan kepada si pemakai.
Bantal Blossom mempunyai memoryfoam yang premium dan ergonomik, reka bentuk yang draping serta menawarkan tekanan sifar ke leher dan mata anda. Blossom juga bantal leher pertama yang dibina daripada material memoryfoam yang mudah dan selesa untuk diletakkan ke leher dan mata anda bagi memberikan sokongan dan menyerap tekanan tanpa mendatangkan kedudukan dan ketidakselesaan yang janggal kepada lehar dan mata. Rekaan Blossom juga membolehkan ianya digulung seterusnya memudahkan proses penyimpanan di dalam bagasi dan menjimatkan ruang.
Mempunyai design yang unik, bantal ini direka bentuk 80 peratus lebih kecil daripada bantal travel tradisional dengan reka bentuk yang lebih ergonomik dengan memoryfoam untuk keselesaan leher yang lebih baik. BullRest ini juga datang dengan beg dan carabiner untuk setiap pembelian bagi memudahkan penyimpanan di dalam bagasi. BullRest bukan sahaja kecil tetapi sangat selesa. Memoryfoam yang digunakan memuatkan keseluruhan pangkal leher setiap pengguna untuk memberikan sokongan dan keselesaan yang unggul. Jurutera produk BullRest ini berjaya membangunkan bentuk ergonomik pertama dunia yang betul menjajarkan tulang vertebra C1-C7 dan BullRest direka untuk lelaki dan wanita. Jadi tidak perlu risau, keselesaan yang diberikan akan dapat dinikmati oleh sesiapa sahaja.
Reka bentuk hud yang boleh menutup mata anda untuk memberikan rasa gelap dengan segera. Ia dibuat dengan jenis micro–fleece yang selesa, memoryfoam yang memberikan keselesaan ergonomik, dan beg yang boleh ditanggalkan dengan penutup tali untuk mengikat bantal anda untuk memudahkan proses penyimpanan.
Antara ciri-ciri lain bagi produk selain menggunakan micro–fleece adalah saiz hud yang cukup besar, memoryfoam yang ergonomik, dimensi produk bersaiz 11 “x 11″ x 4 ” dan hanya seberat 368 gram.
TrtlPillowPlus adalah bantal travel yang boleh dilaraskan, ergonomik dan mudah untuk kita bernafas. Produk ini masih dalam tempoh mendapatkan funding dan setiap pembelian adalah melalui pre–order. Jadi jika anda terasa ingin melabur dalam produk ini, anda boleh lakukan demikian dengan membeli dengan harga serendah RM184.
Lihat video produk di atas, anda pasti jatuh hati dengan features yang ditawarkan oleh TrtlPillowPlus ini!
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...