Sementara itu, pihak Wisma Putra sedang mendapatkan pengesahan pihak berkuasa Arab Saudi berhubung berita penggantungan jemaah umrah dan ziarah dari negara mengalami Covid-19. Buat masa ini Arab Saudi belum mengeluarkan arahan rasmi untuk menggantung sementara kemasukan jemaah Malaysia ke negara itu susulan Covid-19.
Ads
Susulan itu, kenyataan rasmi akan dikeluarkan pihak berkenaan sewajarnya. Kenyataan itu disiarkan di Twitter rasminya, hari ini.
Bukan semua destinasi yang boleh wanita kunjungi, ada beberapa lokasi yang melarang kehadiran wanita yang mana ia mempunyai sebab tersendiri.
Kedengaran pelik namun ini adalah kenyataan dan mungkin disebabkan elemen-elemen kepercayaan serta tradisi tempat itu sendiri.
Enam lokasi ini melarang keras kehadiran wanita, jadi para wanita, sila elakkan daripada mengunjungi tempat ini ya.
Kelab Burning Tree yang terletak di Bethesda, Maryland, Amerika Syarikat adalah merupakan kelab golf eksklusif yang dibina khas sejak tahun 1922 untuk menerima kehadiran golongan atasan, ahli monarki serta pemimpin berkuasa dunia yang terdiri daripada kaum lelaki sahaja.
Kemasukan ke Burning Tree hanyalah melalui jemputan khas sahaja. Antara tetamu yang pernah hadir ke lokasi eksklusif itu termasuk barisan Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy, Harry S. Truman serta Franklin D. Roosevelt.
Kehadiran wanita di lokasi adalah tidak dibenarkan melainkan atas permintaan istimewa dan sebab-sebab tertentu sahaja.
Kelab itu direka oleh arkitek terkemuka Alister MacKenzie.
Lokasi indah yang menghadap laut Aegean ini adalah merupakan lokasi penting dalam ajaran Ortodoks di Eropah sejak sekian lama.
Dengan saiz melebihi 335 kilometer (km) persegi, gunung yang turut dikenali sebagai ‘Agion Oros’ atau gunung suci berfungsi untuk melatih agamawan yang datang dari serata benua itu.
Pada satu-satu masa, hanya 100 penganut Orthodox dan 10 jemaah luar dibenarkan memasuki kawasan bangunan yang tersergam di gunung berkenaan.
Sejak lebih 1,000 tahun, Gunung Athos mengekalkan tradisinya untuk tidak membenarkan mana-mana wanita memasuki kawasan itu.
Menelusuri sejarah, langkah itu dibuat bagi menghormati kehadiran The Virgin Mary ke kawasan itu sejak dahulu kala dan menukarkan kawasan pergunungan yang sebelum ini penduduknya mengamalkan ajaran paganisme kepada ajaran Ortodoks Kristian.
Usaha dibuat sehingga kini bagi memastikan hanya The Virgin Mary satu-satunya wanita yang pernah menjejaki kaki ke kawasan itu.
Beralih dari Gunung Athos, kita bercakap pula mengenai fakta di Pulau Okinoshima yang berhampiran dengan Kyushu dan menempatkan tiga pulau utama di sekelilingnya iaitu Koyajima, Mikadobashira dan Tenguiwa.
Pulau ini berfungsi sebagai lokasi keramat untuk melakukan ritual khasnya buat agama Shinto di Jepun sejak abad ke 4.
Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi melibatkan pengunjung di pulau berkenaan.
Pertamanya, hanya kaum lelaki sahaja dibenarkan memasuki kawasan pulau. Mereka tidak dibenarkan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang dilihat atau didengari di pulau berkenaan.
Pengunjung antara lain tidak dibenarkan memakan haiwan sesuka hati terutama yang mempunyai empat kaki.
Golongan wanita tidak dibenarkan mengunjungi pulau kerana mengikut ajaran Shinto, darah haid kaum wanita adalah tidak suci dan tidak boleh ‘mencemari’ pulau berkenaan.
Hanya 200 lelaki dibenarkan memasuki pulau pada satu tarikh istimewa iaitu 27 Mei setiap tahun.
Mengapa 27 Mei? Tarikh ini merupakan tarikh bagi memperingati perang yang berlaku berhampiran pulau berkenaan. Salah satu syarat yang harus mereka ikuti adalah untuk berendam di pantai tanpa seutas benang. Ia merupakan simbolik penyucian buat pengunjung lelaki sebelum boleh ke lokasi-lokasi lain di pulau berkenaan.
Pulau ini telah diisytiharkan sebagai tapak warisan oleh Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2017.
Gunung yang terletak di Nara, Jepun ini amat dikenali untuk menguji tiga cabaran keberanian.
Secara rasminya, gunung ini dikenali sebagai Gunung Sanjo. Namun, disebabkan lokasinya yang terletak di banjaran Omine, ia lebih dikenali dengan nama berkenaan oleh masyarakat Jepun.
Gunung ini menjadi lokasi penyembahan utama agama kuno Shugendo.
Sejak sekian lama, hanya golongan lelaki dibenarkan mendaki gunung yang mana puncaknya menempatkan sebuah tokong dikenali Ominesanji di ketinggian lebih 5,000 kaki. Tradisinya dikekalkan sehingga kini.
Kuil Hindu ini terletak di Kerala, India. Meskipun larangan jantina tidak lagi dipraktikkan di kuil ini, namun sejak 1991 lagi, kuil ini menjadi kawasan larangan buat wanita yang masih menjalani proses ovulasi atau erti kata lain, berada dalam tempoh subur.
Ini disebabkan kepercayaan bahawa dewa itu masih bujang.
Bagaimanapun, larangan ini berjaya dicabar oleh kumpulan pejuang hak asasi manusia pada 2018 yang kemudiannya menyebabkan mahkamah India mengisytiharkan bahawa setiap jantina dan usia dibenarkan memasuki kuil untuk beribadat.
Setiap tahun, kuil ini menerima sekitar 40 juta hingga 50 juta pengunjung.
Kuil Kartikeya yang terletak di bandar Pehowa, Haryana ini adalah merupakan struktur bersejarah yang dibina sejak abad ke-lima.
Wanita dilarang sama sekali untuk berada di kuil ini atas dasar kepercayaan terhadap kisah dewa, yang merai brahmachari iaitu penjelmaan bentuk Tuhan Kartikeya. Dikatakan bahawa pemuja sejati kuil ini tidak pernah tewas dalam pertempuran hidup.
Sumber: Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tetap tidak membenarkan pergerakan rentas daerah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.
Kelulusan pergerakan rentas daerah akan diberikan bagi mereka yang bekerja, kes kecemasan ataupun berkepentingan sahaja. Sebanyak 51 operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) serta Pasukan Polis Pemantau akan dikuatkuasakan mulai 10 Mei sehingga 9 Jun 2020 ini.
Operasi yang dijalankan itu bagi mengawal pergerakan rentas daerah serta memastikan sektor yang dibenarkan beroperasi mengikuti prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Pasukan pemantau akan membuat pemeriksaan pada sektor yang diluluskan operasi, termasuk perkilangan, peruncitan, pengangkutan. Lebih 3,000 anggota polis ditugaskan untuk membuat kawalan mengikut giliran jadual kerja masing-masing sepanjang PKPB dijalankan. Selain polis, operasi turut membabitkan agensi daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Setakat ini tiada ketetapan masa bagi orang awam untuk keluar ke tempat awam. Sektor ekonomi masih lagi diarahkan untuk beroperasi dari 7 pagi sehingga 10 malam. Orang ramai di Sarawak diminta supaya terus mematuhi arahan dalam memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan sepenuhnya.
Semporna antara destinasi percutian yang cukup popular bagi mereka yang pertama kali ke Sabah.
Pelbaga aktiviti di darat dan air yang boleh dilakukan sepanjang berada di sini. Anda pastinya tidak akan rasa jemu atau mahu cepat pulang dek penangan angin bayu laut Semporna.
Ayuh kita kongsi itinerary sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Romi Zunaidi yang katanya sudah dua kali ke sini. Bila sudah dua kali ke Semporna membawa maksud memang best bagi dirinya.
Day 1 – KLIA2 – Tawau Airport – Airport transfer Tawau to Semporna – Jetty to Egang-Egang Resort water chalet – Check in Egang-Egang
Day 2 – Island Hoping Package B Timba-Timba, Mataking, Pom-pom
Day 3 – Check out.Bawa beg siap2 lepas island hoping terus balik jetty semporna – Island Hoping Package C Mabul & Kapalai – Return to jetty semporna – Check in Kuree Hut, Pekan Semporna
Day 4 – Grab to Bukit Parapat – Hiking Bukit Parapat – Tanjung Parapat – Pasar Malam Semporna (Depan MCD) Lokasi dulu dekat jetty.Lokasi baru lebih meriah dan happening
Day 5 – Check Out Kuree Hut – Airport transfer Semporna – Tawau – Tawau – KLIA2
1. Pakej RM700 per pax (termasuk 2 malam di Egang-Egang Resort, breakfast, lunch, dinner, airport transfer tawau-semporna-tawau, jetty transfer semporna-egang2-semporna, island hoping 2 pakej ( B & C). Pakej A (Bohey Dulang, Mantabuan & Sibuan) aku tak ambik sebab dah pernah pergi masa tahun 2020.
2. Makcik yang juga tukang masak dan juga pemilik Egang-Egang sangat friendly. Dinner ada sotong goreng tepung (sedap).Korang juga boleh beli makanan laut kt pasar semporna mcm lobster dan mintak dia masakkan kalau rasa nak makan extra lagi time malam.
3. Sebelum ini ke Semporna tak pernah duduk tengah laut. Kali ini dapat rasa duduk dua malam kat Egang-Egang.
4. Nak ke Bukit Parapat dari Pekan Semporna lebih dari 10km..pergi naik grab tapi balik tu susah dapat grab nasib baik ada orang sana baik hati tumpangkan balik ke pekan. Terima Kasih
5. Boleh PM saya jika nak tau lebih lanjut berkenaan pakej semporna. Kali ke-2 datang maksudnya Semporna memang best bagi aku
Oppo Reno/GoProHero8/Mavic Air 2 #Semporna #Travel
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...